Monday, August 17, 2009

Sardin Goreng Masak Sambal

Sorilah lambat tepek sini, hari Ahad semalam seharian balik Temerloh menziarah suami jiran rapat akak masa duk Muadzam Shah dulu meninggal dunia..Maghrib semalam baru balik. Menu petang sabtu sebenarnya...x jangka pun nak masak dah sbb spaghetti ada lg tghri tu..tp Najiha tepon suh amik dia jap kat dewan futsal, nak balik rumah jap..malam tu Ummi antar dia semula ke hostel lepas makan malam...so akak sempat masak sardin ni je...masak camni mmg favourite anak2...lain rasanya bila digoreng dulu kan, dan Ummi x letak terus sos asal sardin ni...ku buang terus...hehe..Najiha siap bawak bekal untuk member kat bilik dia malam tu...
Bahan:-
  • 1 tin sardin cap Ayam (tin besar) - ambil isinya dan goreng dulu
  • 2 biji kentang - potong baji dan goreng
  • 3 ulas bawang merah - tumbuk
  • 2 ulas bawang putih - tumbuk
  • 1 inci halia - tumbuk
  • 2 batang serai - di ketuk
  • 4 sudu besar cili kisar
  • 1/4 cawan air asam jawa
  • 1/2 sudu teh serbuk ketumbar
  • sedikit air
  • 1 biji tomato - potong 6
  • 1 labu bawang besar - potong bulat
  • garam dan gula secukup rasa
  • minyak masak

Cara Memasak:-

  1. Tinggalkan sedikit minyak lebihan goreng kentang tadi. Panaskan minyak tadi dan tumis bahan tumbuk dan serai hingga kekuningan dan masukkan cili kisar. Perlahankan api dan masak hingga cili naik minyak.
  2. Masukkan air asam jawa dan serbuk ketumbar. Masukkan kentang dan masak sebentar.
  3. Masukkan sardin, garam dan gula secukup rasa. Kacau dan tambah sedikit air jika terlalu kering.
  4. Masak dengan api perlahan hingga kuah naik merah dan kering sedikit.
  5. Masukkan bawang dan tomato, biarkan sekejap dan tutup api.

2 comments:

Am-flora said...

salam ummi, w/pun menu sempoi & simple tapi bila digoreng dulu sadin ni lagi sedap kan ummi? kita suka sgt sadin.. sedap gitu!

blogresipi said...

sardin sempoi2 pon sedap!! menu kite dgn belen nasik lemak ijau, sardin ler...heheh