Showing posts with label kad. Show all posts
Showing posts with label kad. Show all posts

Friday, July 20, 2012

Salam Seribu Kemaafan Dan Selamat Berpuasa Ramadhan

ASSALAMUALAIKUM.....

Khas buat semua teman dan pengunjung beragama Islam, di sini akak ingin mengambil kesempatan mengucapkan Selamat Menyambut Ramadhan Al Mubarak.... Menjelma sudah bulan penuh rahmat, penuh keberkatan di mana kita semua nanti-nantikan, yang tiada dalam bulan-bulan lain solat sunat tarawih, seronoknya. Sudah sepatutnya juga kita mengambil peluang untuk melipatgandakan segala ibadah-badah lain yang termampu dan berharap agar segala ibadah kita diterima Allah swt. jua hendaknya....

Akak juga ingin menggunakan ruang ini untuk memohon berbanyak-banyak maaf di atas sebarang keterlanjuran kata samada melawak, ketawa, usik mengusik, tersakit hati, tersalah anggap, terusik rasa, terkilan hati yang sudah pastinya ada, tanpa disedari dan tidak disengajakan dan bukan dipinta segala keburukan yang terjadi, melainkan airmata sesalan jua yang datang. Namun kita insan biasa, tidak lepas dari melakukan kesilapan dan itulah fitrah semulajadi manusia. Dengan berlapang dada jua akak sudi memaafkan insan-insan yang pernah dulu, kini dan selamanya berada di hati akak, yang tak mungkin dapat akak sebutkan satu persatu yang telah sudi memeriahkan dapur alam maya akak, ruang facebook atau mana-mana aliran komunikasi dari sama ada dulu ataupun sekarang.

Sempena Ramadhan ini, akak doakan kalian semua akan sentiasa dilindungi Allah swt, hidup penuh keberkatan, saling sayang menyayangi dan dapat merapatkan dan mengukuhkan ukhwah yang terbina sejak sekian lama melalui alam maya hingga sampai ke alam nyata sekalipun.

Akhir kata, jalanilah ibadah dengan penuh sabar dan tekun di bulan Ramadhan yg mulia ini...semoga kita semua akan dikembalikan kepada fitrah diri yang suci dan menjadi sebaik insan menjelangnya Syawal nanti untuk bertemu Ramadhan seterusnya. Semoga ini juga bukan Ramadhan yang terakhir buat kita semua....amiiiiinnn.....

Salam sayang, salam kemaafan dari Kak Ummi dan seisi keluarga.

Sunday, October 9, 2011

Kad Besday Hasil Sentuhannya

ASSALAMULAIKUM....

Selamat berhujung minggu... Terlebih dahulu akak dengan seikhlas hati mengucapkan ribuan terima kasih dan penghargaan tak terhingga buat semua termasuk kaum keluarga dan sahabat handai yang telah mendoakan kesejahteraan dan segala ucapan yang baik-baik buat akak dan juga family akak., samada di blog,FB, sms, bertelefon dengan akak...Akak hayati setiap bait perkataan yang dilontarkan di comment box akak dan tak dapat nak akak balas budi baik kalian mendoakan, semoga Allah swt jua lah yang memhalasnya...huhuu...Kalian tetap di hati akak dan akan akak kenang pesahabatan ini hingga ke hujung nyawa...

Kebetulan selepas akak masukkan entry besday akak tu, pc akak ni akak hantar ke kedai sbb sebelah malamnya masa nak wat entry, tiba-tiba terjadi perkara kesalahan teknikal pada pc akak yg mendukacitakan dan buat akak hilang mood. Sebenarnya sampai sekarang pun x setel sangat jugak...tp biarlah malas nak fikir-fikir.. Hanya Mat, Ady, Mama & Jun jek lah yang tau hal ni....akak redha jek la weeyyy....apa nak buat...senyuuuummm, tak perlu kata apa2 daahh...hehehe


Okay laaahh, ni sengaja lah nak kongsikan dengan you all kad besday hasil keras tangan hb akak...hehehhee... Dia ni mmg dari dulu, kalau ada peralatan dan masa mengizinkan dia mmg lebih suka buat sendiri je setakat kad-kad macam ni...tp sekarang mmg jarang sempat, dah lama x dapat kad hasil sentuhan ringkasnya....dulu masa tunang 3 tahun, mmg selalu dia buat sendiri jek n pos...hehehhee, nostalgia....kad2 tu ada dlm simpanan, tp akak x tau nak cari kat mana daahh..hahahhaa...keji kan akak...kalau bg barang tau lak duk mana..

Kali ni mmg akak x mengharapkan hadiah apapun laaa haaaiii, sebabnya sebulan sebelum birthday pun dah dpt hadiah gadget dapur yang akak idam-idamkan....eeemmm...thanks laling, lebiiiiuuuu so verrrrryyyyyy muuuuuuccchhhh!!! muaaahhh....

Intai-intai dalam kad eh...hehehhee, hasil copy, paste, crop n edit sana-sini...so speechless and priceless.....muaaahhh Laling!!


Moga hari-hari mendatang akan lebih baik buat akak, suami dan anak-anak tersayang, serta insan-insan istimewa dalam hidup akak.... ^__^

Sunday, August 28, 2011

Salam Aidilfitri Untuk Semua Pengunjung HSH


Assalamualaikum....

Di kesempatan ini, akak ingin menyusun jari sepuluh dengan penuh keikhlasan hati memohon ribuan maaf terhadap kalian semua, teman blogger yang akak kasihi. Sebarang kesilapan dalam pertuturan, tingkah-laku, gurau-senda, tegur-sapa dan usik mengusik sesama kita sepanjang akak bersiaran di alam maya ini adalah tanpa niat dan tidak disengajakan. Namun akak tidak pernah lupa siapa diri akak, dan siapa mereka di sekeliling akak yang telah tanpa jemu memberi perangsang dan semangat untuk Home Sweet Home bertapak hingga ke tahap sekarang ini.

Akak akui bahawa pastinya ada sikap kita yang bergelar manusia ini yang tidak sempurna dan tidak dapat tidak, pasti ada yang berprasangka yang tidak enak dan membawa kepada kemudaratan dalam hati kita sendiri...Mohon dijauhkan lah hendaknya. Percayalah, itu semua adalah dari kekhilafan diri akak sendiri, segala yang baik-baik adalah dari Dia yang Maha Agong. Segalanya yang tidak baik sekiranya ada yang terusik rasa, tidak pernah terniat dan disengajakan sama sekali.

Semoga Aidilftri yang mendatang akan mengembalikan kita kepada fitrah diri yang sebenar dan persahabatan di alam maya ini akan bertambah erat dan dijauhkan dari segala prasangka buruk yang sentiasa menjadi batu api dalam ikatan ukhwah sesama kita. Semoga kita semakin akrab dan mesra dan rasa keikhlasan hati akan sentiasa menebal di jiwa....

Oleh itu, sudi-sudikanlah menerima kad raya dari akak ini untuk digantungkan di dapur kalian semua....hanya ini yang sempat akak lakarkan sebagai tanda ingatan untuk kalian yang disayangi.

Sekali lagi, salam penuh kemaafan dari akak dan akak bersyukur dipertemukan dengan kalian di alam maya ini. Salam sayang dan selamat berhari raya. Semoga Aidilfitri ini memberi seribu pengertian dan keceriaan kepada kita. Kalau makan lemang dan ketupat tu, ingat-ingatlah akak yea...ingat juga kepada saudara sesama Islam kita yang hidup melarat di bumi yang telah ditumpahkan dengan darah mereka sendiri dan mereka yang susah. Teruskanlah amalan bersedekah biarpun telah melepasi Ramadhan nanti....Hendaklah kita sentiasa bersyukur kerana Allah swt. masih memberikan seribu rahmat dan kebahagiaan kepada kita semua...

Allahu Akbar... Allahu Akbar... Allahu Akbar!! Allahu Akbar Walillahil Hamd...


Monday, August 1, 2011

Salam Ramadhan, Selamat Berpuasa dan Terima Kasih Atas Kad

STICKY MODE ENTRY


Assalamualaikum....

Jika hati sejernih air, jangan biarkan ia keruh, jika hati seputih awan jangan biarkan ia mendung, jika hati seindah bulan hiasilah dengan iman, kini Ramadan akan tiba sebulan lagi, dgn kerendahan hati maafkanlah segala kesalahan.

Allahumma bariklana fi-sya’ban wa ballighna ramadhan
- Marhaban Ya Ramadhan -

Salam dari akak dengan hati yang tulus ikhlas sempena Ramadhan al Mubarak, semoga kita semua akan dapat menjalani ibadah puasa kali ini dengan lebih sempurna dan diberikan kekuatan iman untuk meningkatkan segala amalan agar kita dikembalikan kepada fitrah diri yang bersih lagi suci. Akak juga menyusun jari sepuluh memohon maaf seandainya sepanjang kita bersama di alam cyber ini, jika terdapat kata-kata dan perbuatan yang tidak menyenangkan, sesungguhnya tanpa niat dan tidak disengajakan. Semoga hubungan yang terjalin bertambah erat dan sama-samalah kita buang yang keruh dan ambil yang jernih.

Terlebih dulu juga akak mohon maaf sekiranya di bulan Ramadhan ini akak tidak dapat atau tidak sempat berkongsi resepi-resepi sekerap selalu.... Al-maklumlah, segalanya pasti amat terbatas dan terpaksa dihadkan. Akak pun taknak terbeban jika masa tidak mengizinkan....harap-harap ada sedikit masa untuk akak di sini. InsyaAllah akak cuba....

Salam sayang dari Home Sweet Home...Sudi-sudikanlah ambil kad tanda ingatan buat kalian semua dan akak dahului dengan ucapan terima kasih pada yang sudi. Akak pun ada jugak kad-kad yang belum dikutip nih... ^___^ insyaAllah selepas ni akak angkut k.

Kad-kad yang sempat akak kutip...Terima kasih semuanya..sori xdan nak letak backlink lg.

Dari Noorsha

Dari Izah

Dari Dayangjack

Dari Nor

Dari Azlita

Dari Kak Rose

Dari Mas

Dari Yatie


Wednesday, September 15, 2010

Salam Aidil Fitri, Minal Aidin Wal Faizin

INI ADALAH STICKY MODE ENTRY,YANG TERBARU SILA SCROLL KE BAWAH..

Salam buat semua pengunjung Home Sweet Home...Di kesempatan ini akak ingin mengucapkan Minal Aidl Wal Faizin dan Selamat Menyambut Syawal kepada semua...Dengan rendah hatinya akak menyusun jari sepuluh memohon ribuan ampun dan maaf kepada semua sekiranya terdapat keterlanjuran kata dan usik-usikan di sini yang mungkin tidak enak dibaca dan mengguriskan hati. Sesungguhnya ianya hanya gurauan dan tidak terniat untuk melukakan. Paling akak nak mintak maaf ialah kepada 2 orang jejaka gebu dan macho ni (*hahahaaa...) iaitu Mat Gebu dan Ben Ashaari lah yang selalu sangat duk bertunggu bertangga kat YM akak, kejap2 diaorang usik akak, kejap2 akak yang usik2 dan kenakan diaorg...hahahaa...tp kalau x usik diaorng ni mmg mcm makan kuih koci xda inti la gitu...xpun makan lompat tikam xda air gulanya...hahahaa..

Kepada yang akan balik ke kampung halaman atau di mana jua anda berada, hati-hatilah ketika memandu dan patuhilah isyarat2 jalanraya dan semoga kita selamat sampai ke destinasi dan dapat merayakan Syawal yang dinantikan.

Semoga Syawal yang menjelma akan mengembalikan kita kepada fitrah diri yang sebenar dan memberi ganjaran dan pahala atas amalan yang dilakukan sepanjang Ramadan. Terasa sedih dan sayu bila Ramadan sudah hampir meninggalkan kita semua...Semoga kita dipanjangkan umur dan diberikan kesihatan yang baik untuk bertemu lagi dengan Ramadan di masa akan datang...amin, amin..ya Rabbul 'Alaminnn....Salam penuh kemaafan dari akak sekeluarga untuk semua!!

Saturday, May 8, 2010

Ucapan Hari Ibu, Award Dan Kiriman Kad-Kad Hari Ibu



Kepada semua ibu-ibu dan bakal-bakal ibu yang mengunjungi blog Home Sweet Home, akak ucapkan Selamat Hari Ibu dan sesungguhnya kita bertuah dan amat beruntung menjadi orang yang mendapat kasih sayang ibu, x kiralah ibu kandung, ibu angkat, ibu tiri, ibu saudara atau sebagainya...kasih sayang ibu tiada batasan dan tak pernah berakhir biarpun ke hujung nyawa...Sayangilah ibu dan rajin-rajinlah menatap wajahnya kerana memandang wajah kedua ibu dan bapa itu adalah besar rahmatnya...Dengan itu, terimalah kad yang tidak seberapa dari akak untuk semua akak n adik2 yang pernah dan bakal menjadi ibu dan tak lupa juga yang ingin menghadiahkan kad ini kepada ibu masing-masing dipersilakan ya gantung kat dapur masing-masing.

Akak ambil kesempatan jugak letak award dari Love dan kad-kad ucapan Selamat Hari Ibu di bawah dari adik2 blogger kesayangan akak....Terima kasih banyak-banyak..

Kad dari Love

Wednesday, September 16, 2009

Terima Kad Raya Lagi..Cam Meriah Sakan Daahh

Ramai lagi yang melayangkan kad raya untuk akak..terima kasih la banyak2...akak ni tengah dilanda bz yang amat sangat, nak tulis n hantar kad pun x sempat...Takut pulak nnt x amik ada yang terasa hati kan..maaf lah kalu akak ada ter"miss" kad2 raya lain..Apapun, terima kasih buat semua..salam sayang dari akak dan Selamat Menyambut Aidilfitri...muaaahhhh!
Drp: Kak Ina KL

Drp: CT Delima

Drp: Love

Drp: Maklang Azie

Drp: Nor Terengganu


Drp: Nekpp aka Yati

Drp: Siti (Teratak Ibu)

Drp: Rizanie (Zanie)

Tuesday, September 15, 2009

Sessi Mengutip dan Menggantung Kad Raya

Tu diaaa...meriah la rumah akak tahun ni..kuih byk dpt free, kad raya bergantungan dah...puas membelek2 kad-kad dari adik2 dan teman tersayang di alam cyber...Rasa bahagianya hati atas kesudian kalian melayangkan kad-kad tanda ingatan...Akak ni bz sangat bila masuk minggu terakhir puasa ni...x sempat nk online pun...Nak tulis kad pun x sempat la kot...tengok la nnt...Apapun terima kasih yang tidak terhingga buat semua yang sering memeriahkan dapur akak nih...Ada jugak yg mintak amik kad kat rumah tp xleh nak jejak..apapun terima kasih jugak...InsyaAllah akak try balas nanti eh..heheee...muaaahhh! Salam sayang...
Drp: Serinadhirah

Drp: Cik Soda Hikari

Drp: Jiya

Drp: Hana

Drp: MaDiHa

Drp: Lieza

Drp: Fae

Drp: Cikwan Taipei

Drp: Azura

Drp: Ayu Singapore

Drp: Aymy Kuwait

Drp: AlongRoz

Thursday, September 10, 2009

Kad Raya Dari Teman Blogger Tersayang

Layangan kad-kad dari teman dan adik-adik blogger dah mula kencang nampaknya...pintu dapur akak asyik diketuk je mintak datang amik kad-kad di rumah diaorang..Terima kasih yang tidak terhingga dari akak...semoga dilimpahi rahmat sempena Aidilfitri yang menjelang tiba tak lama lagi...Pergi rata-rata rumah semua dah berkumandang lagu raya...lagu sedih ada, lagu sayu ada, lagu guuummbirraa pun ada...macam lagu Azlina Aziz nih..hehee, x mau la sedih2 kan..tp ada jugak lagu2 sayu yang akak suka dengar, teringat jugak macam-macam, kampung, family, anak-anak, sanak saudara semua...dan mereka yang telah lebih dulu meninggalkan kita kan...Paling sedih dan terasa sayu bila Ramadhan akan berlalu meninggalkan kita semua x berapa lama lagi, suasana keseronokan bertarawih dan mendengar tazkirah akan dirindui...moga kita dipanjangkan umur untuk menghayati Ramadhan bulan penuh keberkatan dan keampunan di tahun-tahun akan datang...Terima kasih atas kad-kad tanda ingatan untuk akak, antaranya dari:-



Friday, August 21, 2009

Salam Ramadhan Al Mubarak Dan Kad Dari Teman Blogger.. ^____^

Salam Ramadhan al Mubarak untuk semua....Hari ni penat sungguh..poket pun licin sebab bayar sewa lori nak mengangkut award n kad-kad sempena Ramadhan al Mubarak dari teman2 dan adik2 di alam cyber nih...wakaka...Tahun ni Pejabat Pos xda jual setem ke sampai akak kena collect sendiri kad2 ni...xpun posmen mogok kot, hehe...Xpa lah penat2 pun suka sangat kerana ingatan dari kalian semua yang sudi menghulurkan kad2 cantik dan ceria ni...berbaloi la bayar sewa lori...hiiikss!! Tiada kata secantik bahasa, tiada gambar seindah lukisan, hanya kasih yang ku berikan, nak ku tunjukkan perasaan..buat teman2 seperjuangan di sini...chewaaahhhh...dah xda pentas nak tunjuk bakat dah akak nih...jangan geli geleman dengor dah lee...

InsyaAllah petang ni nak balik kampung, xpun pagi esok lah kot...Okayy..akak pun ingin mengambil kesempatan memohon maaf dahulu sebelum tibanya Ramadhan al Mubarak yang dinanti2kan..semoga kedatangannya membawa seribu rahmat dan kita semua mengambil peluang memperbaiki dan mempertingkatkan amalan dan akan diterima Allah swt. jua...Mari lah kita sama mengejar fadhilat yang dibukakan oleh Allah swt di bulan yang mulia ini,...Akak doakan moga kita semua diberikan kesihatan yang baik dan dapat menjalani ibadah dan memperbanyakkan amalan atau bersedekah dengan sempurna....aminnnnn


Mohon maaf jua jika akak jarang2 bersiaran di bulan Ramadhan ni memandangkan ada banyak perkara yang harus kita sama2 dahulukan...semoga anda di luar sana sentiasa dalam lindungan Allah swt. Pesan akak, janganlah membazir makanan ya...hidangan biarlah berpada-pada dan ingat akan kesusahan orang lain di luar sana...insyaAllah kita lebih diberkati dan menjadi orang-orang yang lebih bersyukur. Maaf juga sebab akak x sempat nak pergi rumah ke rumah dan di kesempatan ini sebelum Ramadhan, akak mohon maaf andai ada terguris rasa, tersilap kata, tercuit hati tanpa sengaja selama kita bertegur sapa di alam maya ini...Terima kasih tak terhingga atas kad tanda ingatan ini, kalian sentiasa di hati..muaaahhhhh!!!
dari Nor (Secubit Garam)
Daripada Cikmin

Daripada Anawahid


Daripada Ayu Singapore

Daripada CT Delima


Daripada Noorsha


Daripada Love