Sunday, August 28, 2011

Salam Aidilfitri Untuk Semua Pengunjung HSH


Assalamualaikum....

Di kesempatan ini, akak ingin menyusun jari sepuluh dengan penuh keikhlasan hati memohon ribuan maaf terhadap kalian semua, teman blogger yang akak kasihi. Sebarang kesilapan dalam pertuturan, tingkah-laku, gurau-senda, tegur-sapa dan usik mengusik sesama kita sepanjang akak bersiaran di alam maya ini adalah tanpa niat dan tidak disengajakan. Namun akak tidak pernah lupa siapa diri akak, dan siapa mereka di sekeliling akak yang telah tanpa jemu memberi perangsang dan semangat untuk Home Sweet Home bertapak hingga ke tahap sekarang ini.

Akak akui bahawa pastinya ada sikap kita yang bergelar manusia ini yang tidak sempurna dan tidak dapat tidak, pasti ada yang berprasangka yang tidak enak dan membawa kepada kemudaratan dalam hati kita sendiri...Mohon dijauhkan lah hendaknya. Percayalah, itu semua adalah dari kekhilafan diri akak sendiri, segala yang baik-baik adalah dari Dia yang Maha Agong. Segalanya yang tidak baik sekiranya ada yang terusik rasa, tidak pernah terniat dan disengajakan sama sekali.

Semoga Aidilftri yang mendatang akan mengembalikan kita kepada fitrah diri yang sebenar dan persahabatan di alam maya ini akan bertambah erat dan dijauhkan dari segala prasangka buruk yang sentiasa menjadi batu api dalam ikatan ukhwah sesama kita. Semoga kita semakin akrab dan mesra dan rasa keikhlasan hati akan sentiasa menebal di jiwa....

Oleh itu, sudi-sudikanlah menerima kad raya dari akak ini untuk digantungkan di dapur kalian semua....hanya ini yang sempat akak lakarkan sebagai tanda ingatan untuk kalian yang disayangi.

Sekali lagi, salam penuh kemaafan dari akak dan akak bersyukur dipertemukan dengan kalian di alam maya ini. Salam sayang dan selamat berhari raya. Semoga Aidilfitri ini memberi seribu pengertian dan keceriaan kepada kita. Kalau makan lemang dan ketupat tu, ingat-ingatlah akak yea...ingat juga kepada saudara sesama Islam kita yang hidup melarat di bumi yang telah ditumpahkan dengan darah mereka sendiri dan mereka yang susah. Teruskanlah amalan bersedekah biarpun telah melepasi Ramadhan nanti....Hendaklah kita sentiasa bersyukur kerana Allah swt. masih memberikan seribu rahmat dan kebahagiaan kepada kita semua...

Allahu Akbar... Allahu Akbar... Allahu Akbar!! Allahu Akbar Walillahil Hamd...


21 comments:

Anna Qawina said...

Selamat Hari Raya buat Kak Ummi sekeluarga..maaf ats segala kekurangan & salah silap yer..

Shasha Mohamed said...

Selamat Hari Raya Ummi dan keluarga. Maaf zahir batin.

quinnie said...

selamat hari raya aidilfitri buat kakummi jugak...mohon maaf jugak kalau ada salah silap...dah lengang dah blog..semua dah balik kg...hehhehe

Mamasya said...

Slmt hari raya buat k.Ummi sekeluarga.maaf jika ada salah silap.
moga bahgia di lebaran ini...

Amie said...

selamat menyambut lebaran kak ummi sekeluarga, moga bahagia di hari raya....

ICook4Fun said...

Selamat Hari Raya Aidil Fitri kat Ummi Sekeluarga. Have a safe journey balik kampung yea.

K.Nor said...

selamat hari raya buat ummi sekeluarga.. maaf jg diminta andai ada silah dan salah ya

Gee® said...

Salam Idilfitri buat Ummi sekeluarga... kalau balik Bentong tu singgah lah rumah gee

Asmara said...

Selamat hari raya buat kak ummi sekeluarga, moga Syawal kali ni lebih bermakna dan diberkati. Amin.. ;D

Azlita Aziz said...

Selamat Hari Raya buat kak ummi dan keluarga
Maaf Zahir dan Batin
Dari
Azlita Masam Manis

Yatie said...

Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Dan Batin buat Kak Ummi sekeluarga...sayang akak...muahhhhh...

Ayam said...

Selamat hari raya buat Ummi sekeluarga.

HomeKreation said...

Slmt Hari Raya, maaf ya kalau ada salah atau tersilap kata.... AlongRoz

Sila lah amik kad dari Along.

::Azura Rahman:: said...

salam kak ummi..

Salam Aidilfitri jua buat Kak Ummi sekeluarga ye.. maaf zahir batin..

Mimiey.. (^-^) said...

selamat hari raya kak ummi...
jemput singgah umah amek kad raya ye...

Juwita Jamaludin said...

selamat hari raya kak ummi.. maaf zahir dan batin ye kak

Sheery Dream Cakes said...

Assalamualaikum akak ummi cayang..
Salam Aidilfitri buat akak sekeluarga..
andai ada yang terkasar bahasa.. terlanjur kata... tersilap duga.. mohon d maafkan yer akak..

Rima said...

Selamat hari raya khas buat kummi and family.. maaf andaikata ade terkucil.. tergurau lebih selama kita berucapan dialam maya ini.. hv a blessed one yah!

Nuridah said...

Salam Aidifitri buat Ummi sekeluarga,pohon ampun dan maaf jika ada tersilap kata dan bahasa semamsa memberi komen diblog Ummi ya??

Ayu said...

Salam Aidilfitri buat Kak Ummi & family..
Maaf zahir batin sekira ada silap bicara & gurau senda sepanjang perkenalan kita ..thanks juga sudi berkongsi recipe2 yang sedap2 belaka..biskut green peas tu sedap kan kak..rumah kita dah tinggal sikit dah..heheh..thanks for trying & kita ambik kad buat gantung dirumah kita ya kak

Oh Oeya said...

Oeya pun sebaliknya ye Kak Ummi.. Gembira mengenali Kak Ummi :)
Mau ku abadikan kad ini..