Showing posts with label roti. Show all posts
Showing posts with label roti. Show all posts

Friday, July 20, 2012

Jemput Roti Udang

ASSALAMUALAIKUM..... ^___^

Lamanya rasa x post entry makanan kat dapur ni....tapi kalau ikutkan kesibukan sehari-hari rasa macam sekejap jerk....kaannnn... Rupanya dah berada di penghujung Syaaban...dan esok insyaAllah kita semua akan mula berpuasa.... Sempat lagi rasanya akak nak post entry makan satu ni sebelum post kad ramadhan kat you all.... Jamu mata je la yea....xleh nak bebel panjang2 laaa...mcm kering idea pulak...lagipun japgi nak pi kerja semula....so kalau terajin tu boleh la wat jemput petang kang kan....hehehehe...xpun wat subuh esok tuk sahur pun okeh apa! Roti ni kan mengenyangkan....hehe

Hahaha...setakat jemput roti ni sebenarnya malas sgt nak letak resepinya, dah acap kali buat dan semua orang tau buat kan...tp akak letak jugak la kot ada anak2 dara yang diperantauan tu kot tercari2 dan nak mencuba...hehee...Sempoiiii punyerrr...x perlu tepung okeehhh...!

JEMPUT ROTI UDANG
Resepi: Ummi @ Home Sweet Home

Bahan:-

16 keping roti putih (akak guna Gardenia)
15 ekor udang sederhana - potong kecil2
1 biji telor - dipukul sedikit
1 1/2 cawan air atau secukupnya
1 labu bawang besar - potong dadu kecil
1 biji cili merah - diracik halus
1 pokok daun bawang - hiris halus
garam secukup rasa
minyak untuk menggoreng

Cara-Cara:-
  1. Roti putih disiat-siat kecil dan letakkan di dalam mangkuk besar/sesuai.
  2. Tuangkan air (jangan tuang semua dulu, tinggalkan sedikit) ke atas roti dan tekan-tekan sedikit biar roti basah-basah sedikit.
  3. Masukkan pula telor dan garam secukup rasa. Kemudian masukkan udang, bawang, cili dan daun bawang tadi. Gaul-gaul rata biar roti semua lembut basah dan sebati. (jangan terlalu lembik, agak-agak boleh diketulkan bulat-bulat)
  4. Ketul-ketulkan adunan dalam pinggan dulu kalau nak senang. Panaskan minyak dan bolehlah mula menggoreng, balik-balikkan selalu agar masak rata. Bila dah kuning keemasan boleh lah diangkat.
  5. Hidangkan bersama sos kegemaran.


Tuesday, June 5, 2012

Roti Unyil Blueberry Cheese Streusel

ASSALAMUALAIKUM....SALAM SEJAHTERA

Apa khabar semua...aduuhh lama jugak dapur akak ni sunyi tanpa entry...sawang macam dah berbuai-buai ditiup angin... Terima kasih kepada yang masih sudi menjenguk... Kesian pulak bila ada yang duk tanya2 bila nak update....tu lah kan...susah mau cerita... Tuan dapur sekarang ni sebenarnya tengah nak slow down kan entry, bukan bermakna tidak masak, cuma masa untuk mengupdate sangat terhad sejak akhir-akhir ni.. akak sendiri pun dah macam x pandai nak curi masa ke sini... malas pun ada, letih pun ada, bz pun sama naik dengan kenduri kendara kat lorong wiken baru ni tak termasuk jemputan kahwin yg lain..

Adeeeii sampai janji nak buatkan ciskek untuk kawan-kawan abanglong sebelum dia balik ke kampus sabtu baru ni pun tak terbuat. Last-last Najwa yang buatkan ciskek oreo untuk kawan2 abanglong tuh, mujur lah...Emaknya dah terkulai fengsan rasanya hari jumaat tu. kebetulan pulak kerja ofis lebih sikit dan semua nak urgent...balik kerja masuk rumah kejap je terus ke rumah jiran untuk kerja-kerja menyiang segala. Mujur Najwa larat lagi nak buat...jam 10 mlm dia start mengisar biskut untuk base ciskek tuh...adeeii kul 2 pagi tdo anak dara ku..dah la pagi2 sabtu dia pun nak drive balik ke Arau...Thanks ya kakngah tolong langsaikan hutang ciskek mak dgn geng2 abanglong.. Tu la abglong duk citer sangat kat geng2 dia...hehe (*sori lah xda gambar ciskek yea...xdan nak snap dah kena potong2 masuk bekas pagi sabtu tu)

Okeh lah berbalik kepada resepi roti ni....Roti Unyil?? Apa tu Deet, akak pun x tau maknanya...gulung ke, mengunyil ke, kunyah ke...lembut ke maknanya, hahaha...gasak lah.. Tapi nak bagitau you all, roti ni sangat leeembuuuttt....sedaaaapppp....rasanya kalau x letak filling apa2 pun mmg best jek makan, ala-ala roti manis gitu...

Terlebih dahulu terima kasih Deetha kerana mengirimkan hadiah buku resepi ni sebagai hadiah GA yg akak menang. Boleh tengok sini contestnya... So akak terpikat nak try resepi cover depan buku ini...nampak sedap...dan mmg diakui sedap...beeesst sesangat, Aiman sia bawak bekal ke sekolah roti ni... Jom pakat2 mengunyil....hahaahaaa.. Thanks Deet cayang...apa khabar mu di sana...puas juga akak nak fahamkan ayat-ayat dalam bahasa Indon ni...kalau cakap biasa ok laa..ni tang resepi tu buat akak fenin2 sikit nak faham...hehe

ROTI UNYIL BLUEBERRY CHEESE STREUSEL
Resepi: Buku 51 Resep Pilihan (Roti & Pao) - Hadiah GA dari Deetha
Sumber dan Terjemahan : Ummi @ Home Sweet Home

Bahan Doh:-
  • 300 gram tepung protein tinggi (boleh guna tepung roti)
  • 100 gram tepung protein sedang (akak guna tepung gandum)
  • 1 1/2 sudu teh (6 gram) yis kering segera
  • 20 gram susu tepung
  • 80 gram gula pasir (akak guna gula kastor)
  • 2 kuning telor
  • 1 putih telor
  • 175 ml air sejuk dari peti ais
  • 75 gram marjerin (akak guna mentega tawar)
  • 1 sudu teh garam
Bahan Isi:-
  • 125 gram bluberry filling
  • 125 gram keju cheddar parut (akak x letak)
Bahan Struesel (diaduk rata):-
  • 2 sudu makan mentega tawar (dari peti sejuk, lalu dipotong kiub kecil2)
  • 2 sudu teh susu tepung
  • 2 sudu teh gula aising
  • 4 sudu makan tepung gandum
Bahan Olesan:-
  • 1 sudu makan susu sejat/susu cair
Cara Membuat:-
  1. Aduk rata kesemua tepung, yis, susu tepung dan gula pasir. Tambahkan telor dan air sejuk sambil diuli hingga sebati. Masukkan marjerin dan garam. Uli lagi hingga elastik. (*akak mintak Bibik Melayu ulikan....hehheee, senangkan campak aje laaa dlm Bread Machine tu - setelah ulian 5 minit akak jenguk BM dan didapati adunan sedikit lembik, so akak tambahkan lebihkurang 4 sudu besar lagi tepung roti dan biarkan proses menguli siap, sedang elok dohnya. - mungkin untuk ulian tangan ok kot sukatan buku tu). Tunggu hingga siap Bibik bekerja dan keluarkan doh.
  2. Tumbuk-tumbuk doh untuk keluarkan angin dan bahagikan adunan seberat 12 gram. (*akak timbang doh beratnya 35 gm setiap satu, dapat lebih kurang 15 ketul kalau x silap...lupa daaah). Bulatkan doh dan biarkan 10 minit lagi.
  3. Leperkan doh cara memanjang dan oleskan jem blueberry, taburkan keju parut. Jangan sampai ke hujung doh, supaya semasa digulung doh boleh melekat.
  4. Potong 2 bahagian jangan putus (*akak buat panjang sedikit dan potong 3 bahagian untuk paper cup akak guna yg lebih pjg sizenya).
  5. Letakkan di atas cawan kertas. Biarkan lebih kurang 60 minit hingga adunan doh naik 2x ganda (*akak hanya biarkan 40 minit pun dah ok).
  6. Oleskan dengan susu dan taburkan streusel rata-rata.
  7. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan lebih dahulu pada suhu 200 C (*akak set oven 185 C je) selama 8 minit hingga roti matang/kekuningan.
Thanks Deetha for the Give Away books, nnt wat contest lagi yea.... Adeehh kiriman buku2 resepi kek dan masakan Asia yang dikirimkan sebelum ni pun akak x tercuba lagik....muaaahh, lebiiiuu babe...

roti ni mmg lembut sedap hingga keesokan harinya....marbelesss betul dgn jem basah2 gitu..kalau letak cheese tu mesti lagi tepu lemak akak kan...kan..hehe

Monday, February 20, 2012

Nutella Marbled Banana Bread - Marblenya Xda Pun, Hehe

ASSALAMUALAIKUM....

Salam petang isnin....dah lama akak x buat roti....nak keluarkan cik puan sri BM tu malasnya, nak pasang segala alatan....so kita cari la cara buat roti ala kek yang mudah nak buat, sedap dimakan...lalu terjumpa lah kat dapur Angie ni...

Tengok Angie wat marble effect tu mcm syioookkk jer nutella tu blend dgn adunan roti tu kan.... tp mine was so so je marblenya...hahahhaa.. Agaknya x melt betul2 masa warm up tu.....bila swirl jek dgn chopstik, x turun ke bawah sangat.....hahaa, gassaakk lerr janji rasanya sedap kan...moh layaann.. Sedap sangat bread cum cake ni.... nak kata roti bukan, nak kata kek pun bukan. Aroma pisang + cinnamon powder tu mmg best masa tunggu masak..... Thanks to Angie for this great superb bread..!! Syioookk wat sarapan or minum petang... Sapa nak tengok marble effect yang elok je kejadiannya click kat dapur Angie k..


NUTELLA MARBLED BANANA BREAD
Source: Angie's Recipe
Tested by: Ummi @ Home Sweet Home

Ingredients:-
  • 220 g German #405 flour (*akak guna tepung serbaguna biasa tu la)
  • 3/4 tsp Baking soda
  • 1/2 tsp Salt
  • 120 g Golden caster sugar (*akak guna brown sugar)
  • 50 g Kellygold Butter, softened (*akak guna SCS butter)
  • 3 Ripe bananas

Method:-
  1. Preheat the oven to 175C/350F. Butter and flour a loaf pan. Whisk together the flour, baking soda, and salt in a mixing bowl.
  2. Stir the softened butter and sugar until they are well mixed. Add in bananas, eggs, vanilla extract and vanilla yogurt. Mix well. Sift in the flour mixture and mix until just incorporated and free of lumps. Pour the batter into the prepared pan.
  3. Warm up the nutella with a bowl of hot water until it reaches the runny consistency. Swirl the Nutella with the batter to create the marble effect. (My marble effect was just on top only, just a so so...hehe, maybe my nutella was not melt enough)
  4. Peel and slice the banana. Place them on the center of the batter, sprinkle with the cinnamon sugar and bake in center of the preheated oven for 45 minutes.

Friday, January 27, 2012

Soft Cheese Bagel

ASSALAMUALAIKUM....

Dah ada plan ke nak sediakan minum petang ni? Kalau rajin dan masa mengizinkan, boleh la try resepi Soft Cheese Bagel yang lembut dan enak nih....berbaloi sangatlah membuatnya... Sejak Mat Gebu letak entry bagel ni, akak dah aim nak buat jugak, baru dapat buat wiken baru nih....hehee, biasalah kan...dah xda baru nak tayang...bz laaa...sori la yea..

Akak memang jarang nak buat bagel, tp bila tengok gambar Mat post tu nampak sungguh lembut dan bagelnya comelnya...datang rasa keinginan nak buat...hehe...Asalnya roti ni akak buat untuk diberikan kepada seseorang yang ingin sangat akak jumpa, namun x kesampaian...rancang punya rancang, x jadi jgk atas sebab-sebab diluar jangkaan dan tidak dapat dielakkan...huhu...Apapun terima kasih kat Mat sebab mewar-warkan kelembutan dan kegebuan (*ko..eh silap...hehe) bagel nih.... Akak kopipes jek ek, malas nak taip semula laaa..Akak wat 2 adunan taauuu...bessttt kata anak2 akak bila makan dengan Nutella.. ^__^ Happy trying...!

SOFT CHEESE BAGEL
Sumber: Mat Gebu @ Dapur Tanpa Sempadan
Dicuba Rasa: Ummi @ Home Sweet Home

BAHAN-BAHANNYA :-)
  • 150 gram tepung roti (high-protein flour)
  • 50 gram tepung kek (tepung halus atau tepung gandum)
  • Secubit garam halus
  • 130 ml susu segar
  • 4 gram yeast
  • 1/4 camca teh bread improver
  • 1/4 camca teh bread softerner (mat tambah)
  • 20 gram gula halus
  • 30 gram parutan keju cheddar
BAHAN HIASAN :-)
Telur, dipukul sedikit untuk disapu
Parutan keju cheddar secukupnya untuk ditabur
(*kalau boleh, biar parutan halus2, baru cantik)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. KEADAH ULIAN TANGAN: Satukan semua bahan untuk doh dalam mangkuk, gaul rata dan tuang susu sedikit demi sedikit sambil digaul hingga menjadi doh yang tidak melekat dimangkuk adunan, uli hingga mendapat doh yang kenyal dan anjal, kurang lebih 20 minit menguli tanpa henti. Bulat2kan doh, letak dalam bekas, tutup dengan plastik dan biar 1 jam hingga naik dua kali ganda. KAEDAH LAIN :- Masukkan semua bahan untuk doh ke dalam Breadmaker, pilih setting untuk DOH dan tekan ON, tunggu hingga siap.
  2. Keluarkan doh, tumbuh untuk membuang udara. Bahagikan pada 6 bahagian sama besar, bulat2kan setiap doh tadi. Ambil satu bahagian, leperkan sedikit, tabur tepung dan cucuk bahagian tengahnya dengan jari sehingga membentuk lubang, besar kan lubang tadi dan alih doh dalam dulang pembakar. Buat kaedah sama untuk baki doh.
  3. Biar 45 minit hingga kembang. Sapu kuning telur dan tabur parutan keju. Bakar pada suhu 200C selama 15 - 20 minit atau hingga perang keemasan. Sejukkan atas jaringan sebelum dihidangkan mengikut kreativiti anda..Selamat mencuba!!!.

Anak-anak akak makan dengan nutella....best...mmg lembut teksturnya...

Monday, December 12, 2011

Roti Polo

ASSALAMUALAIKUM....

Adeeeii jenuh nak mengedit gambar-gambar....baru sudah lipat kain segala....rasa malas mulanya nak update, nak lepak-lepaking jek...hehe, tp terfikir pulak kalau x update lg banyak la yang que dan tertunda....huhuu. Okeh laaa meh makan roti la dulu... Buat ni hari Sabtu kelmarin, ingatkan malas nak meroti hujan2 nih, takut x naik... tp gasak jek laaa...sbb tu akak tukar air dalam resepi tu kepada air suam....alhamdulillah menjadi jek. Ada jugak tips yg akak pernah baca di blog Noreen dulu2....orang2 negara 4 musim tu, kalau nak buat roti musim2 sejuk, diaorg letakkan dalam oven yang telah dipanaskan sekejap dan biarkan suam-suam kuku, baru masukkan doh yang diuli biarkan mengembang.... Tp belum pernah cuba pun... sebab xda musim2 pun kat Malaysia ni kan...yg ada musim hujan dengan panas dan musim malas dengan rajin jek...kaaannn :))

Okeeeh la nak bagi tau Roti Polo ni akak ceduk dari dapur Ayin @ Manis Manis. Mula2 baca resepi dia puas jugak la nak fahamkan bahasa ala2 Indon gitu... Tapi baca dan baca lagik, aarrggghh makin terasa2 kesedapan roti nih... Tengok Ayin tayang kat blog dia, xdalah tebal sangat kulit polo tuh...x merekah pun, maybe sebab akak mmg biarkan doh roti naik sampai merekahkan doh polo atas tuh.. X kesah laaahh... Nak habaq mai, roti ni ala2 mexican bun bahagian atas tu...sodaaaapp weeeyyy... Lembut biarpun dibiarkan sehari dua... mmg best... Aiman cukup suka... nak suh buat lagi sekali nih... Abanglong siap tapau bawak balik 2 ketuii besarr nih... Jom layan. Resepi tu akak taip ikut bahasa kita dah la yeaa...hehehe. Apapun, thanks to Ayin for sharing this nice n yummy bread....banyak lagi tertawan roti2 kat dapur Ayin nih... ^___^. Sorilah gambar x berapa cantik amik dalam rumah...masa tu kat luar ujan lebat gilosss...

Pekena sebijik nih...kenyang...hehe

ROTI POLO
Sumber: Ayin @ ManisManis
Diuji Rasa: Ummi @ Home Sweet Home

Bahan Roti:- (dapat 9 ketul besar)
  • 250 gm tepung protein tinggi/tepung roti
  • 20 gram susu tepung
  • 1 biji telor
  • 1 1/2 sudu teh yis segera
  • 50 gram gula kastor
  • 100 ml susu cair/air (*akak letak air suam)
  • 30 gram mentega tawar
  • 1/2 sudu teh garam
  • 1 sudu teh bread improver (*akak tambah)
  • 1 1/2 sudu teh bread softner (*akak tambah)
  • Naisu (filling/bahan isi) secukupnya - akak letak mentega Naturel digaul dgn sedikit gula kastor
Bahan Kulit Polo:-
  • 55 gram mentega
  • 55 gram gula kastor
  • 25 gm telor (lebih kurang 1/2 biji) - dipukul sikit dgn garfu
  • 2 sudu teh susu tepung
  • 130 gram tepung protein rendah/tepung gandum
Cara Membuat Kulit Polo:-
  1. Gaul mentega bersama gula kastor dengan whisk hingga rata.
  2. Masukkan telor dan gaul rata lagi.
  3. Masukkan susu tepung dan tepung, gaul rata doh dan bulatkan. Ketepikan.
  4. Canai nipis doh dan potong membulat dengan cutter dan letakkan di atas doh. (akak canai atas plastik agar senang nak ditelangkupkan ke atas doh roti nnt...)
Cara Membuat Roti:-
  1. Campur kesemua bahan kecuali mentega dan garam, diuli setengah rata.
  2. Masukkan mentea dan garam dan uli lagi sehingga elastik. Biarkan naik 1 jam. (Akak masukkan kesemua bahan ke dalam Bread Machine kecuali mentega. Masukkan bahan cair dulu baru diikuti bahan kering. Setelah proses uli 5 minit, baru masukkan mentega dan biarkan mesin menguli sepenuhnya hingga siap).
  3. Bila adunan telah naik (jika gunakan BM, setelah siap, keluarkan). Tumbuk-tumbuk doh sebentar untuk keluarkan angin. Uli sekejap.
  4. Bahagikan doh kepada 70 gm setiap satu dan bulat-bulatkan hingga habis.
  5. Kemudian ambil satu doh, leperkan dan isi dengan filling (naisu) kegemaran. Tutup kembali doh dan bulatkan. Letakkan di dalam loyang. (akak letak di dalam paper cup spt di gambar atas). Buat sehingga habis dan biarkan naik.
  6. Letakkan kulit polo yang dicanai tadi di atas doh roti dan buat garis silang dengan menggunakan pisau. Buat sehingga habis dan biarkan doh naik seterusnya hingga 2x ganda saiznya (akak biarkan 40 minit doh naik hingga nampak merekah pecah sikit kulit polo).
  7. Panggang hingga matang. (Akak panaskan suhu oven pada 175 C dan bakar selama 17 minit)
Sedap teramat, ala2 roti boy or mexicun bun gitu...

Wednesday, October 19, 2011

Bingka Roti Kukus Pandan

ASSALAMUALAIKUM....moga semua pengunjung dapur Home Sweet Home ceria-ceria selalu lah hendaknya yea... Mohon maaf jua sebab belum sempat nak balas komen-komen you all...insyaAllah pasni akak balas k.. Tp kadang2 akak lebih suka membalas kunjungan ke dapur you all balik sekiranya sempat...senang, click kat nama tu dah sampai ke rumah you all kan...terutama yang mana akak rasa orang baru singgah sini....Apapun akak akan cuba balas jugak selalunya...maafkan akak yea..

Petang ni dah ada menu tuk minum petang ke...kalau takde boleh try godek bingka roti kukus pandan yang sangat sedaaaap ni...betul cakap! Akak nak bagi pun dah habis dah...akak buat masa balik kampung baru-baru ni... Sampai jek kat kampung petang sabtu tu, akak hidangkan mak abah dan adik2 dengan bingka ni bersama sejenis kek lg yg akak buat... Rupanya abah, mak, adik lelaki dan hb akak punya lah suka makan....diaorg semua kata sedaappp... Last-last adik lelaki akak tu suruh akak buat semula hari Ahad tu sebelum dia balik ke KL, nak bawak ke sana laks...adeeii...tp akak x hampakan....akak suh dia pi kedai cari roti dan santan kotak...bisa diurus...! X puas makan katanya...x sangka la sedap sangat eh..!


Resepi hasil akak google2 dan terjumpalah di Notabilia ni...sangat senang nak buat dan best giloss..nak kata puding bukan, nak kata bingka sgt pun bukan...rasa pun sedang2 manis je bila akak kurangkan kepada 3/4 cawan dan guna gula kastor... Meh buat meh...kalau nak try utk minum petang ni sempat lg rasanya...hehhee

BINGKA ROTI KUKUS PANDAN
Resepi : Notabilia
Dicuba/Uji : Ummi @ Home Sweet Home

Bahan:-
  • 8-10 keping roti putih (akak guna 9 keping roti Gardenia - x perlu disiat kecil)
  • 200 ml santan - (akak guna santan kotak Kara je)
  • 200 ml air
  • 1 cawan gula (akak letak 3/4 cawan je gula kastor)
  • 4 biji telor - (akak buang tali pusatnya)
  • 1 sudu teh garam halus
  • 1/2 sudu teh pes pandan
  • 2 helai daun pandan - disimpul
Cara-Cara:-
  1. Dalam mangkuk besar, kacau bersama santan, air, gula, telor, garam dan pes pandan dengan menggunakan whisk sahaja.
  2. Kemudian rendamkan kepingan roti ke dalam adunan di atas dan biarkan sekurang-kurangnya 10 minit.
  3. Pindahkan kepingan roti yang direndam tadi ke dalam loyang bulat 8 inci (akak sapu dulu loyang dengan sedikit mentega). Tuangkan lebihan adunan juga ke dalam loyang.
  4. Letakkan daun pandan yang telah disimpulkan di atas permukaan roti tadi.
  5. Sediakan kukusan dan bila air mendidih, kukus bingka selama 15 - 20 minit. (akak balut penutup kukusan dgn kitchen towel agar air kukusan tidak menitis di permukaan bingka).
  6. Sejukkan pada suhu bilik sebelum dihidangkan. (Letak dalam fridge dan di makan sejuk pun sedap pada tekak akak...hehe)

Teramat sedap rupanyaaaaa.....SELAMAT MENCUBAAAAA ^___^

Tuesday, August 2, 2011

Puding Roti Gulung

Assalamualaikum..... Terima kasih banyaklah kepada yang masih sudi berkunjung walaupun tiada entry baru sehari dua ni.. Masa terlalu ketat buat akak...(waa....dah tiru ayat Mat pulak nih). Bukan x masak...cuma bz teramat.... Ini pun sebenarnya bukan menu berbuka puasa, akak buat hari ahad hari tu untuk kudap2 selepas 2 hari mengemas, mengecat bilik anak dara tu ha....Ni baru sempat nak entry. Resepi berbuka semalam x sempat lagi la nampaknya....akak cuba lah yea... Ingat boleh up malam tadi...tapi balik jek masjid terus flat habis daahhh....Igt kot sebelum pi kerja pagi sempat, x sempat gak....ni la baru curi-curi masa blk lunch hour....huhuu...
Jom layan Puding Roti Gulung ni dulu eh....resepi main tibai jek...hehee, adjust2 jek dr puding2 roti tu haa..senang jek..

PUDING ROTI GULUNG
Resepi: Ummi @ Home Sweet Home

Bahan:-
  • 7 keping roti putih
  • jem bluberi secukupnya (boleh jugak guna serikaya)
  • 3 biji telor
  • 40 gm gula kastor
  • 200 ml susu cair/susu sejat
  • 1 sudu makan tepung kastad
  • 1/2 sudu makan tepung jagung
  • 1 sudu teh esen vanila
  • 30 gm hirisan badam/secukupnya
  • sedikit mentega untuk dilenser pd loyang
Cara Menyediakan:-
  1. Buangkan bahagian tepi roti (yg berkerak) dan sapukan dengan jem. Gulungkan roti dengan kemas.
  2. Aturkan roti di dalam loyang ukuran 20 x 11 cm yang telah dilenser dengan mentega terlebih dahulu.
  3. Pukul telor bersama gula hingga sebati.
  4. Masukkan susu cair, esen vanila, tepung kastad dan tepung jagung. Gaul sebati.
  5. Tuangkan bancuhan ke dalam loyang berisi roti tadi.
  6. Taburkanbadam secukupnya biar rata dan bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 170 C selama 30 minit atau hingga kekuningan atasnya.
  7. Hidangkan bersama sos kastad jika rajin...kalau malas picitkan jek Hershey's Syrup. SELAMAT MENCUBA....mudah dan cepat...!!

tengok gambar step di atas boleh faham kan..kan..senang jek..

Friday, May 27, 2011

Roti Inti Daging Goreng Mentega

Assalam....ni kira dah entry malas-malasan dah ni taauuu...x tau la apasal...angin ribut mana bertiup x tau laa...paling sempoiii dan malas nak cakap banyak. Roti ni bukan wat breakfast, tau tp untuk dinner malam tadi, sume xnak makan nasi, sebab depa hentam doyaaan...satu dapur berbau, naik pening kepala akak, kita sorang jek x suka doyan.....last2 kita lari masuk bilik...hahaha..adeeiii...letih!!

ROTI DAGING GORENG MENTEGA

Bahan:-
  • 400 gm daging cincang
  • 1 biji bawang besar - dadu
  • 2 ulas bawang putih - cincang
  • 2 helai daun bay
  • 4 sudu besar rempah kari daging
  • 1 sudu besar cili kering kisar
  • 5 sudu besar sos cili
  • 2 sudu besar sos barbeku
  • 2 sudu besar sos tomato
  • sedikit air
  • sedikit gula
  • garam secukup rasa
  • 3 sudu besar minyak zaitun
  • roti sosej secukupnya - dibelah 2 jgn putus
  • 2 biji telor - dipukul sikit (utk celup roti)
  • mentega secukupnya untuk goreng roti
Cara Penyediaan Inti:-
  1. Panaskan minyak zaitun dalam kuali non-stick. dan tumiskan bawang besar dan bawang putih. Kacau sebentar hingga naik bau.
  2. Masukkan cili kisar dan rempah kari, kacau sebentar.
  3. Masukkan daging serta daun bay. Masak hingga daging separuh masak.
  4. Masukkan kesemua jenis sos dan masukkan sedikit air untuk pastikan daging telah masak.
  5. Masukkan garam dan gula secukup rasa. Masak daging kisar hingga airnya kering dan daging nampak pekat dengan sos.
  6. Seimbangkan rasa biar sedikit pedas kari dan manis masam sos dan tutup api. Biarkan sejuk sebentar.
  7. Letakkan inti di tengah2 roti dan picitkan sos cili dan rapatkan belahan roti.
  8. Celupkan ke dalam telor yang dikocok tadi.
  9. Panaskan 2 sudu besar mentega dengan api perlahan di dalam non-stick pan dan letakkan roti 3 - 4 ketul sekali gus. Balik-balikkan sekeliling roti hingga nampak telor salut tadi masak. Buat hingga habis. Angkat dan hidangkan panas-panas.
sorilah gambar kurang memuaskan...sume dah kelaparan tengok roti nih...

Saturday, May 21, 2011

Four Braided Bread

Assalamualaikum....sarapan apa tu? Mesti ramai yang outing dengan family kan...sesekali beriadah bersama mmg seronok...So, selamat beriadah... Akak pun banyak hal jugak ni walaupun xda kenduri-kendara dan x outing... Ni roti yang akan buat masa family adik datang bertandang petang...bila dia tau jek akak tengah tunggu roti naik, dia kata nak tunggu laaa...nak makan yg fresh from oven....hehehhee... Mmg liciin weeeyy... Angkat keluar jek dr oven, terus keluarkan letak dlm pinggan...semua pakat cubit jek panas2 tu..xleh nak potong dah...pekena lak dengan teo O Cameron Highland tuu...best giloosss!! So xda la posing2 menarik yeaaa...hehehe...xleh tunggu lama dah masing2...

Resepinya sama jek dengan doh Old Town White Coffee Bun tuh...cuma kali ni akak gatai-gatai tangan buat jalinan 4 kepada roti nih...senang xyah nak bulat-bulatkan...lambaaattt sangat...kan..

Untuk cara menjalin or dandan roti tu, adik2 n akak2 sume boleh refer kat Sini eh...macam2 cara ada...nak 6 jalinan pun ada...cuma 10 jalinan jek akak tak jumpa lgk....hehehhe

Akak punya tu pun...dah elok-elok dandan..bila roti tu naik...ada setengahnya putusss jalin nya tuh..hehehee...

So laaayyaaaannnn..... Sedap betul dimakan panas-panas gitu eh....wallaaahhhh!!! Selamat berdandan...hehe










Sori xdan nak posing cantik punyeerr...sume dah x sabar nak ngappp panas2..hehe


Tuesday, May 17, 2011

Old Town White Coffee Bun

Assalamualaikum.....dah minum petang ke...ke duk menebar roti jala...xpun menebar kain nak lipat...xpun menebar badan, santai-santai depan tv...hehheee...Mata akak ni mengantuk pulak duk edit2 gambar ni ha....tp nak masukkan jugak entry nih...xpun kang ada yang kelaparan jenguk sini....hehehhee

Penat jugak la hari ni....x tau laa...agaknya dah menghala ke pertengahan 40an ni kan...cepat jek rasa penat...padahal pagi tadi duk baja2 bunga kat depan tu jek lepas goreng kueteow... Pastu petang ni ada la wat kuih tuk minum petang sikit...malam nnt x tau la nak makan apa... Anak2 akak ni jenis perut x makan sarapan, dah masuk zohor baru nak makan....kira brunch gitu...tu pasal malas nak masak lgk... Petang kang tumis sardin la kot...hahahaa...senang kije.. Apapun jom la jamu mata dengan Old Town White Coffee Bun nih...mmg sedap!! Masa bakar tu adeeeii aroma coffee tuh meresap jek masuk lobang hidungku yang x berapa mancungsss nih...hahahahhaha.... Cepat tul laku...akak wat malam tadi nih... tenghari ni dah linyaaauuuuu...eh liciinnn...hehehee.... Resepi akak adaptasi dari Coffee Bun yg sumbernya dari Mamafami yang terkenal dengan kepakarannya menggeledah dan berkongsi resepi roti, ....Jom layaaannn...Akak mm suka tekstur roti ni..stick to this one...! Akak gandakan adunan...liciiinnn..hehee



OLD TOWN WHITE COFFEE BUN
Adaptasi dari : Coffee Bun

Ingredients :- (8 buns)
  • 190 gm high protein flour (also can use multipurpose flour)
  • 50 gm sugar
  • 2 g salt
  • 6 g instant dried yeast
  • 1/2 teaspoon bread improver
  • 1 egg yolk
  • 50 g fresh milk
  • 12 gm instant coffee (for double ingredient, I mixed 3 tbsp. instant Old Town White Coffee with 3 tbsp. hot water)
  • 1 tbsp. coffee emulco (* I added)
  • 60 gm water roux
  • 1/2 teaspoon cappuchino coffee emulco (I added) - * out of stock
  • 30 gm butter


Method : (Breadmaker (BM) method)

  1. Pour fresh milk into the breadmaker pan. Add in instant coffee, salt, sugar, egg and water roux.
  2. Top it with sifted flour, dry yeast and bread improver.
  3. Set the Breadmaker to Dough function.
  4. Once the dough is just combined, add in butter and leave the Breadmaker to continue doing it's job. This process will take about 1 1/2 hour including prooving.
  5. Remove dough from BM and punch down to release the air.
  6. Cut the dough 35 gm portion each. Make into round balls and leave to rest for 10 minutes.
  7. Let the air out of the dough and make into round balls again. Arrange in the prepared tin.
  8. Leave to proof till double the size.
  9. Bake in a preheated oven at 180 C for 25 minutes or so.
  10. Once out of the oven, brush with butter.
Ni coffee perisa hazelnut yg akak gunakan, buat air pun mmg sedaaaappp...hehe

Sunday, April 17, 2011

Pau Bagus Inti Peanut Butter



Assalamualaikum buat semua buah hati akak yang setia mengunjungi dapur akak nih...maaflah xda orang sebab tuan rumah balik kampung sekejap, ada kenduri perkahwinan anak sahabat baik akak semasa berjiran di Muadzam Shah dulu, now dia buat kenduri di rumah barunya di Temerloh....so sambil2 balik jenguk mak abah jugak laaa....tp xleh lama, lepas dinner semalam, akak bertolak balik ke Kuantan semula....xleh tinggal kelas hari ni...hehehee...Okay dengan itu, akak jamu dulu la Pau Bagus yang sempat akak buat jumaat kelmarin., resepi akak ceduk dari dapur Noormasri...tp just letak filling chocolate peanut better jek...tp sedap jugak....Aiman suka....cuma nak telan tuh, hati2 la..melekat2 tekak dgn peanut butter tuh...hehehe, kena sedia air tepi pinggan laaa...

Satu lagik, kata owner resepi nih, jangan derhaka kalau nak dptkan betul2 bagus hasilnya...tp akak terderhaka jugak last minute...sebab double action baking powder akak mcm x cukup jek...last2 akak tukar dengan baking powder biasa dan tambah sukatan sikit dan letak soft pan bread improver...hahahaha....Ok jugak, boleh aje., alhamdulillah...nampak tak gebusss lembut???? Thanks to Noormasri....izin akak copy paste kat sini lak yeaa....Okay layan dulu eh...nak siap2 dah japgi nih... Hepi wiken tuk semuaaa....!!!




PAU BAGUS INTI CHOC PEANUT BUTTER
Sumber: NoorMasri @ Coretan Dari Dapur

Bahan (A):
  • 250g tepung pau
  • 20g gula caster
  • 11g yis kering
  • 125g air
Bahan (B):-
  • 250g tepung pau
  • 100g gula kastor
  • 15g Double Action baking powder (*akak letak 18 gm baking powder biasa)
  • 2 sudu teh soft pan bread improver (*ni akak tambah)
  • 5 g garam
  • 30g shortening
  • 125g air
  • Inti - ikut citarasa -> secukupnya
Cara membuat:
  1. Bahan A, campurkan semua bahan kering diikuti air kemudian uli sehingga sebati dan perap 1 jam.
  2. Bahan B, dlm bekas lain campurkan bahan kering diikuti shortening dan akhir sekali air. Uli sehingga sebati dan rehatkan sekejap.
  3. Selepas 1 jam doh A diperap, campurkan dgn bahan B dan uli sehingga licin lebih kurang 7 minit.
  4. Perap 30 minit. Kemudian tumbukkan doh utk keluarkan angin dan timbangkan setiap bahagian seberat 50g. Masukkan inti dan biarkan naik selama 20 minit.
  5. Kukus selama 7 -10 minit. Pastikan tudung pengukus dibalut kain supaya air wap tidak menitik ke atas pau. Enak dimakan panas2.

Tips:
Untuk mengukus pau, pastikan air di dalam pengukus sudah berwap ketika memasukkan loyang berisi pau.

Harus diingat bahawa pau mesti diletak dalam jarak lima hingga enam sentimeter setelah diisi dengan inti.

Pau hendaklah dikukus sebaik sahaja ia kembang. Jika pau berinti yang sudah kembang dibiar terlalu lama pada suhu bilik, ia akan mengecut selepas dikukus.

adunan ni boleh dapat lebihkurang 20 biji pau.....cukup tak? hehehhee