Showing posts with label ikan. Show all posts
Showing posts with label ikan. Show all posts

Thursday, August 9, 2012

Ikan Sambal Daun Kari

ASSALAMUALAIKUM....

Adeeeh entry tertangguh je la lagi ni.... Masak pun sempoi-sempoi jek dah sebenarnya bila dah di akhir Ramadhan ni, rasa semakin x sempat pulak bila balik kerja tu... Langkah silat pun dah semakin lemah jek gayanya... Nak kata mood raya datang x jugak sebab satu jenis kukis pun belum buat lagi....cuti hujung minggu ni la kot dapat buat...hehehe, doa-daokan la yea ada satu dua kukis yg sempat akak buat....

Okeh laaa meh layan menu berbuka ntah bila punya ni....apapun masak ikan camni mmg best, pembuka selera berbuka dan bersahur jugak. Cuma gambar ni x lah berapa cun eh, amik kat meja makan je dah ni, di bawah sinaran kalimantang....no matahari...hehehhe...Layaaann... Sempat jgk wat pengat masa tu sbb ikan masak sempoi dan wat sayur manis gitu jek...

IKAN SAMBAL DAUN KARI
Resepi: Ummi @ Home Sweet Home

Bahan:-
  • 2 ekor ikan selar saiz sedang
  • 20 tangkai cili padi thai hijau - ditumbuk
  • 2 biji cili merah - ditumbuk
  • 6 biji bawang merah - ditumbukLink
  • 2 ulas bawang putih - ditumbuk
  • 2 sudu besar kicap pekat manis - akak guna kicap ABC
  • sedikit air (jika perlu)
  • sedikit gula/secukup rasa
  • sedikit garam/secukup rasa
  • minyak untuk menumis
  • 3 pelepah daun kari - basuh dan lurutkan daunnya

Cara Memasak:-

  1. Bersihkan ikan dan kelar. Gaul dengan garam dan serbuk kunyit dan goreng hingga warna keemasan (jangan terlalu garing). Angkat dan ketepikan.
  2. Keluarkan minyak goreng ikan dari kuali dan tinggalkan sedikit lalu terus tumis bahan tumbuk. Kacau hingga pecah minyak dengan api perlahan. (Masukkan sedikit air jika perlu).
  3. Masukkan kicap, garam dan gula. Seimbangkan rasa.
  4. Masukkan daun kari dan kacau sekejap, kemudian masukkan ikan yang digoreng tadi. Kacau balik sebentar sambal biar rata dan bersalut pada ikan. Tutup api dan hidangkan.


Kalau masak lauk sempoi-sempoi camni, sempat jugaklah nak buat pemanis mulut seperti pengat pisang ni, guna je santan kotak....hehehhehe....

Friday, August 3, 2012

Kari Kepala Ikan Rempah O

ASSALAMUALAIKUM

Alahaaiii banyak hari x update, x sempat betul...mohon maaf la kepada yang selalu menjenguk tu yeaa...faham-faham je laa akak ni. Balik kerja masak dalam kelam kabut, pastu lepas berbuka dah bersiap-siap nak bertarawih pulak....balik mmg fenat gilosss...badan berpeluh2 seronok, tapi lepas jek mandi, salin baju terus zzzzz...Dah la dari jam 4 pagi waktu sahur sampai berbuka x dapat langsung barang selelap nak merehatkan mata, kat pejabat pun rasa ngantuk, bimbang gak ada nnt bos ketuk paler sebab tersengguk-sengguk....hehehe. Tu pasal laa.. Ni amik masa sekejap nak update....

Ni pun entry entah bila, hujung minggu lepas kot....hahahaha..nasiblah kan. Tapi xkesah la kan, just masukkan entry untuk memberi idea je kot ada yang nak masak ni kan.... Layaann eh.. Dah lama x makan kari kepala ikan. Baru ni ada adik ipar balik ke Sg. Petani bawak balik rempah kari cap O ni, katanya orang sebelah sana banyak guna rempah ni.. Eemmm boleh tahan rasanya... Apapun kalau dah peminat kari, x kesah sangat rempah kari apa...tibaiii jek...hehehhe. Layaaannn...

KARI KEPALA IKAN REMPAH CAP O
Resepi & Sumber: Ummi @ Home Sweet Home

Bahan:-

  • 600 gm kepala ikan tenggiri/jemuduk (apa2 ikan besar pun boleh)
  • 4 sudu besar serbuk kari ikan * Kali ni akak guna serbuk kari Cap O
  • 1 cawan santan pekat * (* dibancuh bersama)
  • 1 sudu besar cili kisar
  • 5 biji bawang merah (ditumbuk)
  • 3 ulas bawang putih (ditumbuk)
  • 2 inci halia (dihiris halus/ditumbuk)
  • 2 tangkai daun kari
  • 1 sudu teh halba/herba campur
  • 1/4 cawan air asam jawa
  • 1 1/2 sudu teh serbuk ketumbar
  • 2 1/2 - 3 cawan santan cair
  • 2 biji cili hijau - dibelah
  • 2 biji tomato - dibelah 4
  • 8 batang bendi
  • garam secukup rasa
  • sedikit minyak untuk menumis

Cara Memasak:-
  1. Panaskan minyak dalam caserol/periuk, tumiskan halba campur, daun kari dan bahan tumbuk. Kacau hingga naik bau.
  2. Masukkan bancuhan serbuk kari dan serbuk ketumbar. Perlahankan api dan masak hingga pecah minyak. Kacau2 selalu.
  3. Masukkan air asam jawa, kacau dan kepala ikan tadi. Kacau balik perlahan agar ikan mesra dengan kari tadi sebentar.
  4. Masukkan santan cair dan garam secukup rasa dan masak atas api sederhana. Biarkan kuah mendidih.
  5. Perlahankan lagi api dan masukkan bendi dan sayuran lain. Biar kuah naik kemerah-merahan/naik minyak (biasa akak akan tutup periuk/caserol sebentar untuk proses ni selama 3 - 5 minit). Tutup api dan boleh buka tudung periuk agar sayur tidak layu sangat. Selamat Mencuba!!

Sunday, July 29, 2012

Ikan Tilapia Cili Boh

ASSALAMUALAIKUM...

Okeh lah hari ni xnak tulis panjang2 sangat laah...byk kerja menanti, kebetulan lah hari cuti ni ada masa sikit nak update...xpun ntah laa.. Ni cara masak ikan biasa-biasa jek macam ikan sambal lain yang akak buat jugak, cuma kali ni akak letak cili boh. Sebenarnya akak jarang beli dan guna cili boh dalam masakan sbb cili boh sedikit pahit dan kurang pedas sebenarnya ditambah pulak ada pengawet. Kenapa ada pahit2 sikit gitu eh?

Baru ni beli kat Pasar Tani, peniaga tu kata cili boh ni sedap, x pahit dan masam sangat dan buatan Perkumpulan Wanita area Kg. Pandan Kuantan katanya..so akak try masak ni...sapa nak cuba boleh laa...sedap cili boh dia...so you all kena cari cili boh yg sedap la eks...hehe. So untuk bezakan jenis masakan ikan sambal biasa-biasa akak buat tu, akak letaklah nama Tilapia Cili Boh... ^__^

Sorilah gambar pun kurang menyengat...hehe..dah petang sangat, menu kelmarin2 daaa...

IKAN TILAPIA CILI BOH

Resepi: Ummi @ Home Sweet Home

Bahan:-
  • 1 ekor ikan tilapia sederhana besar
  • 1 bij bawang besar - mayang kasar
  • 3 sudu besar cili boh
  • 10 biji cili padi *
  • 2 biji cili merah *
  • 3 ulas bawang putih * (bahan * ditumbuk lumat)
  • 2 sudu besar kicap pekat
  • 2 inci halia - ditumbuk
  • sedikit gula
  • garam secukup rasa
  • minyak masak
  • sedikit air
Cara Memasak:-
  1. Bersihkan ikan dan gaulkan dengan garam dan serbuk kunyit secukupnya. Goreng terendam hingga garing sedikit. Angkat dan ketepikan.
  2. Keluarkan minyak dan tinggalkan 4 - 5 sudu besar dan tumiskan bawang besar sebentar hingga naik bau.
  3. Masukkan bahan tumbuk dan cili boh, kacau atas api perlahan hingga naik minyak.
  4. Masukkan kicap, garam dan gula secukup rasa.
  5. Akhir sekali masukkan ikan dan gaul rata sekejap. Tutup api dan sedia untuk dihidangkan.

Friday, June 22, 2012

Ikan Siakap Kukus Udang Kering

Assalamualaikum....

Salam bahagia di hari jumaat yang mulia ni...semoga semuanya bertambah2 sihat dan sentiasa bahagia di samping keluarga tersayang... Agaknya di waktu ini para ibu sedang sibuk menghidang makan tengahari la kan... Kejap lagi selepas solat jumaat, ada la yang termengah-mengah balik dan kelaparan...hehee... Ok la ni akak nak kongsikan satu resepi lauk yang sedap sangat-sangat. Dah lama duk usha kat dapur adinda Diana @Melley Mey cayang ni... Nampak sungguh menarik sekali bahan-bahannya, tu lah yang buat akak teringin nak merasa... nak mintak Diana tolong buatkan jauh pulak nak hulur...duk hulur ikut tingkap FB je la eh Diana...hehe

Apapun terima kasih banyak Diana...mmg besstttt! Memang power....! Kena pulak guna ikan siakap...fuuuhhh... Tapi macam biasalah, dah nak masak sangat2..ikut dan bahan apa je la yang ada kat dapur...no shitake mushroom...huhuu.. Jamu mata je la yeaa...ni akak masak sebelum tergeliat tangan hari tuh!

Terima kasih juga kepada yang sudi mendoakan dan bertanya khabar tentang tangan akak ni di FB dan blog dan x kurang juga sms...alhamdulillah sudah 90% kembali sihat dan pulih, terharu sungguh bila ada adik dari rakan FB yang sudi menghantar minyak akar seruntung yang datangnya dari Langkawi untuk akak. Menurutnya minyak ni mmg susah nak dapat...alhamdulilah...terima kasih x terhingga Suzie kerana bersusah payah mencari rumah akak, hehe. Okeh laaa.....Daaaa, japgi nak siap pi ofis lak...

IKAN SIAKAP KUKUS UDANG KERING
Resepi: Diana @ Sky Blue's Kitchen
Dicubarasa : Ummi @ Home Sweet Home

Bahan²
1 ekor ikan ( 600 gm ) _ dibersihkan dan dikelar
Daun bawang untuk hiasan
Minyak untuk menumis
Garam secukup rasa

Bahan² Cincang
2 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia
1 biji cili merah
50 gm udang kering _ direndam terlebih dahulu
4 keping cendawan shitake kering _ direndam sehingga lembut terlebih dahulu (*akak xda stok, tukar karot diparut batang mancis)

Bahan² A
1/2 tsp serbuk cili
1/2 tbsp sos ikan
2 tsp kicap cair Loon Kee *akak guna kicap Tamin
Sedikit air ( mengikut citarasa masing² )
Honey rock sugar secukup rasa *akak guna gula biasa je



Nak cepat punya pasal...lupa nak tabur daun bawang utk hiasan...hehe..

Cara
²
  1. Sediakan periuk / pengukus dan didihkan air.
  2. Sementara itu, panaskan minyak di dalam kuali / periuk. Tumis bawang merah, bawang putih dan halia hingga wangi.
  3. Kemudian masukkan udang kering dan serbuk cili. Tumis hingga garing.
  4. Masukkan cendawan shitake dan cili merah. Masak seketika.
  5. Masukkan pula bahan A dan gaul rata. Masak seketika lagi.
  6. Sesuaikan rasa dan angkat. Ketepikan.
  7. Setelah itu, letakkan ikan di dalam piring dan tuangkan 1/2 daripada bahan yang ditumis tadi di atasnya.
  8. Kukus ikan hingga masak.
  9. Angkat dan taburkan lagi 1/2 baki bahan yang ditumis tadi di atas ikan.
  10. Hias dengan hirisan daun bawang.
  11. Hidang bersama nasi putih panas dan sos / cicah kegemaran.

Wednesday, April 4, 2012

Ikan Jaket Belah Belakang ^__^ Sekssiiisss

Assalamualaikum....Salam sejahtera....salam sayangggg sangat-sangat buat kalian yang masih sudi singgah di teratak Home Sweet Home biarpun tuan dapur x menjamu entry terbaru untuk setiap hari....apa boleh buat kan, diharap-harap juga moga masih ada masa dapat akak luangkan untuk update biarpun 4 5 hari sekali.... Andai itu takdirnya untuk dapur akak ni...akak harus pasrah je laaa... xkan terkejar semuanya kan...perlu ada ruang untuk apa yang akak impikan untuk akak buat dan laksanakan....insyaAllah.

Sementara itu jamu mata je laaa dengan ikan jaket yang tiba-tiba akak seksisss kan... Tau kan ikan jaket camne kan...ikan cencaru tu laaa...hehee.. Dulu2 masa duk hostel ITM, akak suka time menu lauk ni...lawannya dengan sayur labu lemak kuning + ikan blilis gitu...memang dah cukup menyelerakan.....Lauk macam ni makan dengan nasi panas-panas, gaul-gaul jer tanpa kuah pun xpaa...janji sambalnya mantopss!! Apapun ni resepi sempoii jer akak buat...


IKAN JAKET (CENCARU) BELAH BELAKANG
Resepi: Ummi @ Home Sweet Home

Bahan:-
  • 2 ekor ikan cencaru (ikan jaket..hehe) - belah belakang dan bersihkan, gaul garam dan kunyit, ketepikan....
  • 2 helai daun pandan (agak lebar) - boleh jugak guna daun kunyit
  • sedikit minyak untuk bakar atas kuali
Bahan Sambal:-
  • 3 sudu besar cili kering (yang telah ditumbuk lumat)
  • 3 ulas bawang merah - ditumbuk
  • 1 ulas bawang putih - ditumbuk
  • 1 cm halia - ditumbuk
  • 1 cm belacan bakar - ditumbuk
  • 2 sudu besar air asam jawa
  • garam dan gula secukup rasa
Cara Memasak:-
  1. Panaskan sedikit minyak, tumis bahan-bahan yang ditumbuk hingga cili masak sikit. Tutup api dan masukkan air asam, garam dan gula secukup rasa....gaul sebati (jangan terlalu cair sambalnya).
  2. Masukkan/Sumbatkan sambal ke dalam belakang ikan cencaru tadi, penuhkan dan tutup dengan daun pandan/daun kunyit.
  3. Panaskan kuali melengkung sikit di bahagian tepinya, letak lebihkurang 3 sudu besar minyak dan bila minyak panas, letakkan ikan dalam kuali (*sendengkan sedikit, jangan sambal terkeluar). Masak bakar ikan hingga masak kedua-dua belah.
  4. Hidangkan dengan nasi putih.

Amboiiiihh ternganga sungguh molot hang ikan ooiii...lapor mcm tuan dapur jer...hehhee
Sori jugak gambar kurang memuaskan, dah nak makan sangat, posing bawah lampu ikut dan jerk...hehe

Wednesday, February 15, 2012

Ikan Masak Taucu

ASSALAMUALAIKUM....

Mintak maaf lah yea sejak akhir-akhir ni akak slow sikit nak menghapdet, x rajin sama...masak pun sempoi-sempoi je sebenarnya... Hb pun cakap, kalau x sempat nak masak yg pelik2 tu, masak yg mudah2 dan resepi selalu2 masak tu jerk...masak ikut bahan yg mudah , biasa-biasa dan ikut bahan ada stok je, xyah nak singgah kedai beriya2 setakat nak cari satu dua bahan, janji masak, panas2...pasti menyelerakan kan... Okeh laaa, Ummi ikut menu abang la....lama dah x masak taucu ni pun...jom layaaannn..hehe

IKAN MASAK TAUCU
Resepi: Ummi @ Home Sweet Home

Bahan:-
  • 2 ekor ikan selar (saiz besar) - cuci bersih, kelar dan lumur dengan garam dan serbuk kunyit...biarkan 10 minit dan goreng 3/4 garing, letakkan di dalam pinggan yg sesuai
  • 2 sudu besar cili kisar
  • 4 ulas bawang merah - dihiris nipis
  • 3 ulas bawang putih - hiris nipis
  • 2 cm halia - hiris batang mancis
  • 1/4 cawan air asam jawa
  • 3 sudu besar taucu
  • 1/3 cawan air
  • 2 tangkai cili merah - belah 4
  • 2 tangkai cili hijau - belah 4
  • 4 tangkai cili padi - ketuk sikit
  • 1 labu bawang besar - potong gegelang bulat
  • garam (jika perlu, taucu dah masin)
  • gula secukup rasa
  • minyak untuk menumis
Cara Memasak:-
  1. Ambil 1/4 cawan minyak gorengan ikan, tumiskan bawang merah, bawang putih dan halia hingga naik bau.
  2. Masukkan cili kisar dan kacau lagi biar cili masak.
  3. Masukkan air asam jawa dan reneh biar mendidih sebentar.
  4. Masukkan ikan tadi beserta taucu dan bawang besar dan cili hidup. Boleh tambah sedikit air lagi dari sukatan di atas, jika ingin kuah yg banyak.
  5. Masukkan gula dan seimbangkan rasa, jika x cukup masin boleh tambah sedikit garam.
  6. Reneh sebentar hingga ikan lembut dalam kuah. Tutup api dan sedia untuk dihidangkan dengan nasi putih..

Wednesday, February 8, 2012

Asam Pedas Ikan Dengan Kantan & Tomato

ASSALAMUALAIKUM....

Semua dah siap makan dah ke....mesti duk lepak2 bersama keluarga tercinta... Akak ni adeeiii, malas tul nak update taauuuu...apasai laaa.. Kelmarin rasa rajin, ni hari dah start malas jerk.... X tau laa sebab kepenatan ke, atau sebab mood nak berblogging tiba2 disambar kemalasan.... Ni dengan penuh keterpaksaan (*xda sapa paksa pun kaaann...sendiri cari susah...hehe) akak update gambor je la yeaaa... Sapa2 nak resepi...boleh klik di Sini dan Sini... boleh adjust la bahan2 dan resepi serta segala khazanahnya ikut tekak masing-masing yeaa..... Dah banyak kali sangat masak asam pedas...mcm2 jenis, macam2 gaya, macam rupaaa....

Asam pedas memang all time fav kalau ada anak2 ramai kat rumah ni...selalunya mmg kena masak nasi lebih dari biasa la jawabnya...hehe... Layaaannn...

Tuan dapur dah nak mengambil gambar pun ala-ala malasss jekk...hehe

Thursday, January 26, 2012

Ikan Sardin Ala Rendang

ASSALAMUALAIKUM.....

Tengah buat apa tu....mesti masak menu untuk hidangan minum petang pulak kan...kot ada yg buat kuih ke, roti ke, kek ke, muffin ke, cucur ke....alahaaai sedapnyaaaa...dapat lempeng pun best..hahaha

Ok lah dalam entry kelmarin, akak ada letak entry sambal pencicah dengan lempeng kelapa tu kan...so inilah dia gandingannya, Ikan Sardin Masak Ala Rendang....SEMPOIIII TAPI MANTOPPSSS masuk ke tekak kami 3 beranak....hb n Aiman mmg puji sedap sangat la pulak...tambahan pulak sardin kan...sapa x suka..org yg alergic jek kot terpaksa lah x sukakan sardin kan...huhuuu..

Okay lah xmo bebel panjang2 sangat....menu tertunggak aje la ni yeaa...cuci mata...

IKAN SARDIN ALA RENDANG
Resepi: Ummi @ Home Sweet Home

Bahan:-
  • 1 tin besar ikan sardin (akak guna Ayam brand) - ambil isinya saja
  • 4 sudu besar cili kering kisar (nak pedas boleh tambah kuantiti)
  • 5 biji bawang merah *
  • 2 ulas bawang putih *
  • 1 inci kunyit hidup * (dikisar bersama)
  • 1 cm lengkuas - diketuk
  • 1 inci halia - diketuk
  • 1 - 2 keping asam gelugor
  • 1/3 cawan santan pekat
  • sedikit air
  • garam dan gula secukup rasa
  • 1/4 cawan minyak masak
  • 1 - 2 helai daun kunyit (dihiris halus-halus)
Cara Memasak:-
  1. Panaskan minyak dalam caserol/periuk, tumiskan bahan-bahan kisar dengan api sederhana, kacau sebentar.
  2. Masukkan halia dan lengkuas yang diketuk. Masak hingga cili pecah minyak.
  3. Masukkan asam gelugor dan sedikit air. Biarkan mendidih dan sedikit pekat. Kacau sesekali.
  4. Kemudian masukkan isi ikan sardin tadi dan kacau rata perlahan, jangan sampai hancur lak isi ikan tuh...
  5. Masukkan garam dan gula secukup rasa.
  6. Akhir sekali masukkan santan dan reneh hingga sambal nampak pekat dan kemerah-merahan. Seimbangkan rasa dan tutup api.
  7. Terus taburkan daun kunyit dan gaul rata sebentar. Hidangkan. Sedap dimakan dengan nasi putih, lempeng kelapa atau nasi impit juga..Selamat Mencuba...

Tuesday, January 3, 2012

Ikan Jenahak Tumis Rendang Asam

ASSALAMUALAIKUM.....Entry pertama untuk tahun 2012 ni... Masih entry tertunda jugak ni...ntah bila nak habis list. Terima kasih kepada semua yang sudi mendoakan dan masih sudi menatap Home Sweet Home ni. Penghargaan dan terima kasih banyak kepada Sifu dan Chef senior GMM, kawan-kawan, sahabat dan teman lama dan baru yang sentiasa memberikan galakan dan sokongan untuk akak terus menghidupkan lagi dapur alam maya akak ni....hanya Allah swt jua yang membalas atas kebaikan dan keprihatinan yang dihulur...

Apapun, akak tetap akan slow sikit untuk tahun ini memandangkan banyak kelas nak kena pergi....terutama bila wiken. Ada beberapa teman rapat yang telahpun akak maklumkan dan mengerti akan situasi ini. So aktiviti memasak dan menghapdet pun mungkin terhad. Semoga akak dapat melangkah dengan baik dan impian menjadi kenyataan, insyAllah. Ni pun duk menghapdet yang tertunda jek...bila nak habis ntaaah...

Okehhh lauk masak2 minggu lepas (bila eh?)....semasa mak abah dan adik berkunjung ke rumah selepas berurusan di Kuantan ni. Lauk makan tengahari yang sempoi dan mudah2 aje akak masak...waktu terbatas sangat masa diaorg singgah tu... Masak lauk camni mmg cepat dan mudah...lebih sihat tanpa santan....hehe. Lagi pun dah lama x masak lauk ni.. Resepi ikan tumis rendang asam ni sebenarnya pernah akak kongsikan bersama di majalah Jelita tidak lama dulu... Cuma kali ini tidak menggunakan santan pun... Akak C n P jek eh...skip mana yg x perlu tu k...


IKAN JENAHAK TUMIS RENDANG ASAM
Resepi & Sumber: Ummi @ Home Sweet Home
(keluaran Jelita Mac 2011)

Bahan:
  • 1 keping ikan merah/tenggiri (kali ni akak guna ikan jenahak)
  • 4 ulas bawang merah - dimayang kasar
  • 3 ulas bawang putih - dimayang kasar
  • 2 cm halia - dihiris halus
  • 1/4 cawan air asam jawa
  • 3/4 cawan santan pekat (*kali ni akak skip santan, ganti air)
  • *1 tangkai cili merah )
  • *1 tangkai cili hijau ) * dihiris menyerong
  • 1 sk gula
  • garam secukup rasa
  • beberapa tangkai daun ketumbar
  • sedikit serbuk kunyit
  • minyak untuk menggoreng ikan
Cara Memasak:-
  1. Ikan dibersihkan, digaul dengan garam dan kunyit. Goreng ikan hingga tiga suku masak. Angkat dan ketepikan.
  2. Tinggalkan lebihkurang 4 sudu besar minyak dalam kuali yang sama dan tumiskan bahan mayang dan hiris hingga naik bau.
  3. Masukkan air asam jawa dan kacau biar mendidih sebentar.
  4. Masukkan ikan dan perlahankan api, reneh sekejap..
  5. Masukkan santan pekat (*skip jek ni, tukar air), garam dan gula secukup rasa. Balikkan ikan dan masak hingga kuah mendidih dan sedikit pekat. Seimbangkan rasa masam dan lemak santan.
  6. Tutup api dan taburkan beberapa tangkai daun ketumbar. Sedia untuk dihidang dengan nasi putih.

Wednesday, December 14, 2011

Ikan Tilapia Bersos Hitam

Assalamualaikum.....Rasa xnak membebel....rasa nak berpantun ajeee... ^__^

BUAT PENGUNJUNG DAN SAHABAT ALAM MAYA
SAYANGKAN KALIAN TAK PERNAH BINASA
BIAR PUN KEDERAT RASA TAK BERMAYA
KU GAGAHKAN JUGA MENJERAT RASA..... ^_____^

IKAN TILAPIA BERSOS HITAM
Resepi: Ummi @ Home Sweet Home

Bahan (anggaran):-
  • 1 ekor tilapia sederhana besar - cuci, tos dan kelar2.
  • 1 labu bawang besar - didadu
  • 3 ulas bawang putih - dicincang
  • 3 cm halia - dicincang
  • 2 sudu besar cili kisar/cili giling
  • 2 sudu besar kicap pekat ABC
  • 1 sudu besar kicap manis
  • 1 sudu besar sos tomato
  • 3 sudu besar sos cili
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 2 sudu teh cuka makan
  • sedikit air (+- 1/3 cawan)
  • garam dan gula secukup rasa
  • 1/3 biji cili benggala merah - potong dadu
  • 1/3 biji cili benggala kuning - potong dadu
  • 1/2 biji lobak merah - hiris bulat
  • daun bawang untuk hiasan
Cara Memasak:-
  1. Lumurkan ikan dengan sedikit garam dan serbuk kunyit. Panaskan minyak yg banyak dan goreng terendam hingga garing. Angkat dan letakkan ke dalam pinggan sesuai.
  2. Dalam kuali, panaskan sedikit minyak dan tumis bawang besar, bawang putih dan halia hingga naik bau.
  3. Masukkan cili giling dan kacau masak hingga naik minyak sikit.
  4. Masukkan kesemua jenis sos, cuka dan sedikit air. Masak biar mendidih.
  5. Masukkan garam dan gula secukup rasa. Masak biar kuah pekat sedikit.
  6. Akhir sekali masukkan kesemua sayur dan masak sebentar (jangan biar sayur terlalu layu).
  7. Seimbangkan rasa dan tutup api. Tuangkan ke atas ikan tilapia tadi rata-rata. (boleh jugak masukkan sekejap ikan ke dalam kuali dan gaul sebentar). Hidangkan dengan hiasan daun bawang. Selamat mencuba....!!
Pasti jerat mengena binasa, yang makan duk memuja-muja....jari dijilat x jemu merasa....walaupun masak ala-ala kadar sahaja.... hehhee

Monday, December 5, 2011

Ikan Tilapia Bakar Berempah Woku

ASSALAMUALAIKUM....

Apa khabar pengunjung-pengunjung Home Sweet Home? ^__^ Semoga hari Isnin ini memberi semangat baru selalu untuk kita walaupun selalu disebut sebagai Monday Blues...xpa, jangan blur dah la k...hehehhe. Kena layan jgk hari-hari yang mendatang sebaiknya kan..

Ni nak maklum lah, area Kuantan ni adeeeii hujan lebat berterusan jek dari petang semalam. Akak balik kampung Sabtu kelmarin, Ahad kenduri rumah mak sedara dan petang tu balik sini sampai jek kat area Maran, dah mula hujan...teruslah sampai Ktn maghrib semalam. So sehari dua ni akak bz sikit la yea, duk bercuti gak ni...melayan tetamu, hehe... ada family adik yang Gombak ikut balik nih.... Datang ada urusan sikit, so nnt kena jadi tourist guide sambil jalan2 cari makan....hehehe..

Btw, layan dulu la lauk hari jumaat hari tu eh... Dah lama x masak Ikan Bakar Berempah Woku nih...asal resepi rasanya dari Indon sana. Dulu sekitar Mei 2010 akak pernah perkenalkan resepi dari majalah SEDAP nih...So terasa nak makan lagi la ni., cuma tukar ikan tilapia laks!...mmg tersangat world, mantopsss pada akak dan telah ramai blogger yang mencubanya. Buat blogger2 baru atau pun yang baru menjenguk ke sini, boleh lah mencubanya...gerenti akan buat lagi!


IKAN TILAPIA BAKAR BEREMPAH WOKU
(*note: sangat sedap)
Sumber: Ummi @ Home Sweet Home

Bahan:- (akak wat sukatan untuk seekor ikan)
  • 2 ekor (550 gm) ikan siakap - dikelar-kelar (kali ni tukar ikan tilapia)
  • 2 sudu teh air perahan limau nipis (*akak guna limau kasturi jek)
  • 1 sudu teh garam

# Lumur ikan siakap dengan limau nipis dan garam. Perapkan 15 minit. Bersihkan dan ketepikan.

  • 8 helai daun limau purut - buang tulangnya dan hiris halus
  • 4 helai daun pandan - hiris halus
  • 2 helai daun kunyit - hiris halus
  • 3 batang serai - ambil putihnya dan hiris halus
  • 5 tangkai selasih - diambil daunnya (*akak xda stok ni)
  • 2 biji tomato merah - potong dadu
  • 250 ml air
  • 1/2 sudu teh garam
  • 1 sudu teh gula pasir
  • 2 tangkai daun bawang - dipotong-potong (*ni akak lupa nk tabur)
  • 3 sudu makan minyak masak untuk menumis

Bahan Kisar:-

  • 12 biji bawang merah
  • 7 biji cili padi merah (akak guna yg biasa je, campur2)
  • 5 biji buah keras - bakar kejap
  • 3 cm kunyit hidup - bakar (*akak x bakar pun)
  • 2 cm halia

Bahan Pelengkap:-

  • Daun senduduk secukupnya (*akak guna daun salad jek)
  • 1 biji timun - dipotong serong
  • 4 tangkai selasih
  • 6 biji cili padi merah hiris untuk tabur
Cara Memasak:-
  1. Panaskan minyak dalam kuali, tumiskan bahan kisar, daun limau, daun pandan, daun kunyit dan serai sehingga terbit aroma.
  2. Masukkan tomato dan kacau hingga layu.
  3. Masukkan air, gula pasir dan garam. Masak sehingga matang dan mendidih.
  4. Masukkan daun selasih dan ikan siakap. Masak sehingga kuah menyerap.
  5. Sediakan alluminium foil yang telah digriskan sedikit minyak dan letak angkat ikan tadi di atas alluminium foil.
  6. Tuangkan juga semua kuah pekat tadi rata-rata menyaluti ikan.
  7. Bakar selama 30 minit dengan suhu ketuhar 180C sehingga ikan masak.
  8. Hidangkan bersama pelengkapnya dan bahan taburan cili padi hiris.
  9. Selamat menjamu selera!!! Hingga menjilat jari uuuuu...
Hingga menjilat jari dan pinggan....hehehhehee

Friday, November 25, 2011

Garlic Fish

Assalamualaikum....

SORRY TADI AKAK COPY RESEPI X ABIS...HAHAHAHA..now boleh layan...

Salam sejahtera buat semua yg sudi lagi skodeng dapur akak nih... Maaflah kerana semalam sehari suntuk bz di ofis sempena Board Meeting sebelah petangnya...Dari pagi duk finalise apa2 dokumen penting dan kertas-kertas kerja jugak.... sudah naik berpinaauu mata nih... balik rumah akak rest jek....x online pun....

K, jom layan resepi Ikan Bawang Putih yang dah lama akak nak buat sejak Mas @ Duniaku perturunkan di dapurnya, dah lama print resepi.....baru berkesempatan buat, tp last week dah masaknya...lebihan separuh dr ikan sagan tuh....mmg besttt.... Tqqq Mas...moga Mas sihat2 dalam tempoh pregnant tu dan jaga kesihatan yeaaa.... Izin akak C n P dan share kat sini lak eh... ^___^ Kot ada yg x menerai lagik...sedaaaapppp weeehhh!

GARLIC FISH
Resepi : Mas @ Duniaku
Dicuba rasa : Ummi @ Home Sweet Home

Bahan :
  • 1 ekor ikan talapia (akak guna sebahagian ikan sagan)
  • garam secukup rasa
  • sedikit lada putih
  • 1/2 cawan tepung gandum
  • 1/2 cawan tepung jagung
  • minyak secukupnya untuk menggoreng ikan
Cara memasak :
  1. Talapia dibersihkan dan diperap dengan asam jawa @ jus limau nipis ( boleh letak daun dan batang kesum @ daun pisang yang diramas2 dalam rendaman keli tu sekali ) dan sedikit garam selama 5 minit untuk hilangkan hanyir, cuci bersih dan perapkan sekali lagi dalam 5 minit dan cuci kembali dan toskan.
  2. Lumurkan talapia dengan garam dan serbuk lada putih hingga rata .
  3. Satukan tepung gandum dan tepung jagung dan salutkan talapia dengan campuran tepung tadi.
  4. Goreng talapia hingga garing dan masak.
  5. Angkat dan toskan.
  6. Letak dalam pinggan hidangan.
Bahan Sos :
  • 1/4 cawan sos tiram Maggi
  • 3 sudu besar sos plum
  • sedikit kiub ikan bilis
  • 1 sudu kecil madu - tak letak pun tak pe
  • 4 ulas bawang putih - cincang halus
  • cili padi - ikut pedas dicincang halus
  • 1/2 biji bawang besar - potong bulat2
  • 1 tangkai daun bawang - potong2
  • sedikit gula dan garam jika perlu
  • sedikit air panas
Cara memasak :
  1. Tumis bawang putih dengan api perlahan hingga wangi dan masukkan bawang besar, cili padi, kacau sebati.
  2. Masukkan sos tiram dan sos plum, kacau lagi, kemudian masukkan sedikit air panas , madu, sedikit gula dan kiub ikan bilis, kacau lagi.
  3. Rasakan dan jika ok masukkan daun bawang, kacau sebentar dan tuang sos atas talapia tadi.
  4. Sedia dihidang...

Saturday, November 19, 2011

Asam Pedas Kepala Ikan Sagan

ASSALAMUALAIKUM....selamat beristirehat di hujung minggu la ye...

Mesti banyak aktiviti sempena cuti sekolah yang telah bermula ni...kot ada yang berkenduri, dpt jemputan ke, pergi holiday ke...selamat selamat lah semua hendaknya...amiinn.. Akak belum lagi nak ke mana-mana nih...maybe seminggu dua lg kot...

Sementara tu jomlah layan asam pedas Ikan Sagan ni...Ikan Sagan?? Ikan ni dibawa balik khas oleh hb semasa outstation ke Pulau Tioman hari tu....bawak naik bot dr sana ha...Akak pun first time dgr nama ikan ni taauu..maybe kat tempat lain panggil nama lain kot eh.. Tapi ikan ni besar betuiii....seekor tu beratnya hampir 2 kg... akak wat asam pedas tu separuh bahagian kepala jek dah penuh periuk...adeeei, leh makan 5 6 beranak ni haa... Isinya pulak tersangat sedap...nak kata mcm isi ikan jenahak bukan, ikan bawal bukan, ikan jemuduk pun bukan...eeemm macam ikan sagan la kann...hehe

Meh la layan Asam Pedas ala nyonya versi Home Sweet Home eh...sama gak cam resepi asam pedas akak buat biasa2 kat rumah ni...tp mmg best la ikan nih...nnt hb pergi sana nak suruh beli lg laaa...seekor ni punya besar harga 20 Hengget weeeyyy...berat kaann..

ASAM PEDAS KEPALA IKAN SAGAN
Resepi: Ummi @ Home Sweet Home

Baham (anggaran ikut banyak ikan la yea..)
  • 1 kg kepala ikan - dibersihkan
  • 1/3 cawan air (jika perlu)
  • secekak daun kesum
  • 2 kuntum bunga kantan - dibelah 2
  • garam dan gula secukup rasa
  • sedikit minyak untuk menumis
Bahan Kisar (dengan 1/2 cawan air):-
  • 3 biji cili merah
  • 3 biji cili padi merah
  • 2 cm belacan yg dibakar
  • 5 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 cm lengkuas
  • 1 biji buah keras
  • 1 biji tomato
Cara-Cara:-
  1. Panaskan minyak dalam caserol, tumis bahan kisar dan masak hingga pecah minyak.
  2. Masukkan bunga kantan, daun kesum dan diikuti ikan. (tambah air jika perlu)
  3. Masukkan garam dan gula secukup rasa dan masak hingga mendidih sebentar kemudian reneh guna api sederhana hingga kuah naik minyak kemerahan.
  4. Tutup api dan hidangkan.

Inilah rupanya ikan sagan tu, x muat nak siang dlm mangkuk sinki, kena bersila kat lantai la pulak...besaaauuu sesangat....nak mengeratnya pun jenuh ni...


Monday, November 14, 2011

Ikan Bawal Panggang Bersiram Sambal Kicap

Assalamualaikum....

Adeeei lamanya rasa x bersiaran...dapur dah nampak tanda2 bersawang dah ni...rasa malas melampau2 dah ni...berderet gak menu tunggu posting...macam dah ala2 malas jek sekarang ni...apasaaii laaa... Semangat lebih, tp kerajinan kurang dah ni..... duk BW jek sana sini...naik berpinar2 biji mata...baca sana, baca sini...macam2 kejadian kat dapur orang....hahahaha, dapur akak jugak x berupdate...

Meh laa, malam2 buta pun akak tayang jek laa lauk hari apa ntah...masa anak2 ada kat rumah ni....hehee.. Resepi ceduk dari buku resepi Chef Harun - Nyaman Delicious.... dalam buku ni banyak resepi yg pelik2 jek....pastu kalau ikan, banyak guna belut, haruan camgitu...banyak khasiat ikan2 ni...tp sorilah, tekak akak mmg xleh masuk laaa...adeeii.. so akak tukarkan ikannya...hehehe.... Layaannn :)) Peeeaacee...no war...ok!

IKAN BAWAL PANGGANG BERSIRAM
SAMBAL KICAP

Resepi Ikan Panggang: Chef Harun (Buku Nyaman Delicious)
Sumber: Ummi @ Home Sweet Home

Bahan:-
  • 1 ekor ikan bawal (resepi asal guna belut..hehe)
  • 2 ulas bawang putih - ditumbuk halus
  • 1 inci halia - ditumbuk halus
  • 5 biji lada hitam - ditumbuk halus
  • 1 sudu teh sos ikan
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu besar minyak masak
  • 5 helai daun pudina (akak tukar daun limau purut) - dihiris halus
  • 1 sudu besar kicap manis
  • 1 sudu besar cuka hitam (akak guna cuka biasa)
Cara Menyediakan:-
  1. Ikan dibersihkan dan masukkan ke dalam bekas serta gaul dengan semua bahan.
  2. Perap ikan selama 3 jam.
  3. Panggang ikan di atas bara api hingga ikan masak (akak guna pemanggang elektrik Graes aje ler...)
  4. Hidangkan bersama halia jeruk...akak tuang sambal kicap jek...hehe (sendiri bikin la eh..)

Tuesday, September 20, 2011

Ikan Kerisi Tempoyak Pekat & Kacang Panjang

Assalamualaikum....tengahari ni akak kongsikan menu ikut tekak lepas-lepas raya ni laaa.. Tapi lauk ni masak 2 3 hari lepas dah...hehee... Biasalah akak kan...entry terlewat selalu...hehe... Nasib nak jugak letak, kang kalau mood lepak2 jek datang..mau berbulan lak baru tayang...kan.

Okay, lauk yang memang cukup menyelerakan....selalu kalau masak tempoyak akak mesti guna ikan sungai/air tawar, tp kali ntah laaa sebelum masak tu terbayang2 jek nak makan ikan kerisi gulai tempoyak pekat2 camni...hehee... Kacang panjang tu just nak habiskan stok je laa...timun taun xda...

Biasanya kalau masak tempoyak ikan sungai, mmg akak x gunakan bawang pun. Kali ni guna ikan laut, akak letak laaa...cuma x letak daun kesum....nak rasa betul-betul tempoyak punya gulai...hahahaha... Apapun, hb mmg puji habisss...duk hirup2 lagik kuahnya tuh...adeeeiii. Katanya melekat sedap kat tekak...hahaha...Jom layan resepi sangat mudah tp dijamin sedap...ngeeeee ^__^...selamat mencuba...!

IKAN KERISI TEMPOYAK PEKAT & KACANG PANJANG
Resepi: Ummi @ Home Sweet Home

Bahan:-
  • 2 ekor ikan tenggiri sederhana besar - cuci dan bersihkan, kerat 2.
  • * 8 tangkai cili padi
  • * 1 tangkai cili merah
  • * 3 ulas bawang merah
  • * 2 ulas bawang putih
  • * 2 inci kunyit hidup - bahan * ditumbuk halus
  • 5 sudu besar tempoyak - dikisar dgn 1/2 cawan air
  • 1 - 2 keping asam gelugor (ikut kemasaman tempoyak)
  • 3 cawan air
  • sedikit gula
  • garam secukup rasa
  • sedikit minyak untuk menumis
  • 6 urat kacang panjang - dipatah2 3 inci pjg
Cara Memasak:-
  1. Panaskan minyak dalam periuk, tumis bahan tumbuk serta tempoyak yang dikisar tadi dan masak hingga naik bau dengan api sederhana.
  2. Masukkan air dan biarkan mendidih sebentar.
  3. Terus masukkan ikan dan asam gelugor. Reneh dengan api perlahan.
  4. Masukkan garam dan gula secukup rasa dan seimbangkan rasanya bila ikan masak.
  5. Masukkan kacang panjang dan biarkan sebentar. Tutup api dan hidangkan.

Tuesday, September 13, 2011

Ikan Tenggiri Masak Kicap

Assalamualaikum....

Aduhaaaiiii apasal la mood rajin ni suam-suam jek datangnya... Rasa macam seronok jek malam-malam lepak kat depan tv sambil-sambil lipat kain. Ya laaa, anak2 dara yang selama 4 bulan bercuti ni menguruskan sidai, angkat, lipat dan susun kain-kain...kena la pulak skrg take over semula... Buat kerja semua kena estimate masa semula dah sekarang....huhuuu... Kalaulah ada mesin lipat kain kan best....akak paling lomaaahhh nak lipat dan gosok kain taaauuu...hehe. Pastu mood nak menghapdet memang kurang sangat sekarang ni...rasa x apa je bila dah 3 hari x update...kalau dulu selang sehari pun rasa macam lama....hehee... Adakah ini tanda-tandanya blog niperlu banyak rehat jugak macam tuan dia... ^___^

Okay malas nak bebel byk dah..lauk berbuka puasa bulan Syawal baru-baru ni gak...akak meratah ikan dgn cili potong tu komain byk...hehee...sempoii tp lauk camni lah yg dicari lepas makan banyak rendang dan ketupat kan....anak2 berselera makan...layaaannn....


Thursday, August 25, 2011

Nasi Serai

Assalamualaikum.....

Tersentap sekejap pagi ni bila terima berita adik lelaki officemate akak telah dijemput Illahi malam tadi. Peristiwa berlaku semasa adik lelakinya dalam perjalanan pulang dari minum di kedai sesudah bersolat tarawih. Kemalangan melibatkan antara 2 buah motor di persimpangan. Kedua-dua penunggang motor meninggal dunia dan kedua-dua pembonceng juga kritikal di ICU....huhuuu... Hiba sungguh mendengarnya...dimaklumkan arwah adiknya ini ada terserempak dengan beliau semasa di kedai tu sebelum officemate akak ni ke bandar sekejap dgn suaminya... selepas dr itulah kemalangan berlaku.... Ofismet akak ni pun bercadang nak balik beraya di rumah mertuanya di Johor dah sabtu nih...nampaknya batal la kot.... Itulah kan..kita merancang, Allah menentukan....huhuu

Begitulah kita, tidak tahu bila masa kita pula akan dijemputNya...Moga Ramadhan kali ini bukan yang terakhir buat kita semua....amiiinn.. Yang pergi tetap pergi, yang hidup harus meneruskan perjalanan hidup sebagai hamba dan khalifah di bumi Allah swt ini. Salam Takziah buat beliau seisi keluarga dan al Fatihah untuk arwah...

Sementelah akak dah masukkan gambar-gambar ni....jom tengok resepi akak berbuka kelmarin...syukur alhamdulillah... Resepi sempoi dan sedap sangat2. Sempatlah memasak dalam terkejar-kejar pun....Thanks buat Kak Liza yang sudi menghadiahkan 2 buah buku2 terbaru beliau kepada akak tempohari....

Nasi Serai
Resepi: Dari Buku Chef Hanieliza (terbaru)
- 50 Hidangan Penambat Selera
Sumber : Ummi @ Home Sweet Home

Bahan A:-
  • 4 cawan beras basmathi
  • 4 cawan air (akak lebihkan jadi 4 1/2 cawan sebab rendam beras sekejap jer)
  • 1 kiub pati ayam
  • 1 helai daun pandan - disimpul
  • 4 batang serai - diketuk
  • 3 sudu makan minyak sapi
  • 1 pokok daun sup - dihiris
  • 50 gm bawang goreng - akak x buat, x sempat loorrr...
  • Garam secukup rasa
Bahan B (Dihiris):-
  • 1 labu bawang besar
  • 1 inci halia
  • 1 inci kulit kayu manis
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 3 biji buah pelaga
  • 5 kuntum bunga cengkih
Cara Memasak:-
  1. Basuh beras dan rendamkan selama 1 jam. Toskan (akak rendam setengah jam jer dan lebihkan air untuk nasi lagi 1/2 cawan)
  2. Panaskan minyak sapi dalam periuk dan tumiskan bahan B sehingga wangi.
  3. Masukkan serai, daun pandan, air, kiub pati ayam dan garam.
  4. Bila nampak air hampir-hampir mendidih, masukkan beras dan masaklah nasi seperti biasa. (*akak tumis dalam periuk nasi elektrik atas api biasa dan setelah masukkan beras akak pindahkan periuk ke dalam bekas periuk elektrik, On dan biarkan nasi masak seperti biasa. Bila nasi kering dan suis periuk nasi naik ke atas, akak balik-balikkan nasi perlahan-lahan dan biarkan nasi masak sepenuhnya.)
  5. Hidangkan dan tabur dengan daun bawang dan bawang goreng.
Akak masakkan sambal tumis udang dan gandingkan dengan ikan celup tepung...
sangat sedap dan ngam...itu je la yg sempat akak masakkan balik kerja... ^__^