Tuesday, May 4, 2010

Siakap Bakar Berempah Woku

Salam pagi Selasa...dah pi pasar ke belum? Kalau belum, jangan lupa beli ikan siakap ya..Boleh la try masak resepi yang akak nak recommend ni..sungguh, sungguh sedap...x sangka betul!! Sangat puas hati...masa masak tu kan, bau bahan rempahnya sudah cukup membuatkan tekak nak makan nasi cepat2...alahaaiiii....two thumbs up!!! Sapa dah buat rasa x sedap, meh bgtau akak...akak bagitau editor buku ni..hehe...Resepi akak ceduk dari Majalah SEDAP..sesuai benar lah resepi ni duk dalam majalah tu....Tak percaya, cuba tengok bahan2nya, ada berapa banyak campuran daun2 tu, cuma selasih je akak xda stok...layaaannn..

SIAKAP BAKAR BEREMPAH WOKU (*note: sangat sedap)
Bahan:- (akak wat sukatan untuk seekor ikan)
  • 2 ekor (550 gm) ikan siakap - dikelar-kelar
  • 2 sudu teh air perahan limau nipis (*akak guna limau kasturi jek)
  • 1 sudu teh garam

# Lumur ikan siakap dengan limau nipis dan garam. Perapkan 15 minit. Bersihkan dan ketepikan.

  • 8 helai daun limau purut - buang tulangnya dan hiris halus
  • 4 helai daun pandan - hiris halus
  • 2 helai daun kunyit - hiris halus
  • 3 batang serai - ambil putihnya dan hiris halus
  • 5 tangkai selasih - diambil daunnya (*akak xda stok ni)
  • 2 biji tomato merah - potong dadu
  • 250 ml air
  • 1/2 sudu teh garam
  • 1 sudu teh gula pasir
  • 2 tangkai daun bawang - dipotong-potong (*ni akak lupa nk tabur)
  • 3 sudu makan minyak masak untuk menumis

Bahan Kisar:-

  • 12 biji bawang merah
  • 7 biji cili padi merah (akak guna yg biasa je, campur2)
  • 5 biji buah keras - bakar kejap
  • 3 cm kunyit hidup - bakar (*akak x bakar pun)
  • 2 cm halia

Bahan Pelengkap:-

  • Daun senduduk secukupnya (*akak guna daun salad jek)
  • 1 biji timun - dipotong serong
  • 4 tangkai selasih
  • 6 biji cili padi merah hiris untuk tabur

Cara Memasak:-

  1. Panaskan minyak dalam kuali, tumiskan bahan kisar, daun limau, daun pandan, daun kunyit dan serai sehingga terbit aroma.
  2. Masukkan tomato dan kacau hingga layu.
  3. Masukkan air, gula pasir dan garam. Masak sehingga matang dan mendidih.
  4. Masukkan daun selasih dan ikan siakap. Masak sehingga kuah menyerap.
  5. Sediakan alluminium foil yang telah digriskan sedikit minyak dan letak angkat ikan tadi di atas alluminium foil.
  6. Tuangkan juga semua kuah pekat tadi rata-rata menyaluti ikan.
  7. Bakar selama 30 minit dengan suhu ketuhar 180C sehingga ikan masak.
  8. Hidangkan bersama pelengkapnya dan bahan taburan cili padi hiris.
  9. Selamat menjamu selera!!! Hingga menjilat jari uuuuu...

10 comments:

♥LOVE2COOK♥ said...

Wow, sedapnye ikan bakar tu kak!!! Love want some plsssssss :)

SyahNas80 @ Nana said...

wah... terliur tgk masakan umi ni... i like...

Siti Ruhayu Ab Rahman said...

salam ummi....
wow...selai abg mat gebu...ummi lah tempat ayu sekodeng bila nak cari ilham memasak..

terima kasih...i luv u

Eyriqazz said...

adussh...buat saya lapar saja..harap2 mak mertua masakkan ikan siakap malam ni..nyam2 sedap...

P/s :Dijemput join Contest happy Birthday Untuk Alisya di blog saya jika berkesempatan

Mamamya said...

aduhai sedapnyer...nak kene try la hujung minggu nnti... ;)

suesofieyya@mesir said...

Salam kak ummi sedap lah ikan buat mcm niekan..teruja betoi tp bahan tk jenuh plak..kena sabarrrrrrr dulu.he3

Ummi said...

Love -
Hi Love, you must try out this one..then send me a telegram whether you like it or not, k..hehe

SyahNas -
Terliur ek..kena try la tuuuu..hehe

Siti Rahayu -
Wkmsalam..oo ye ke..hehe, thanks sudi skodeng dapur akak ni Siti..

Eyriqazz -
Hehe..mak mertua masakkan? Best je dengar..suh masak lebih eh, hantar sini sikit...hehe

Mamamya -
Ok try jgn x try tau..pgil akak makan pun lg bagus..hehe

Suesofieyya -
Wkmsalam..mmg sedap ni Sue..oow sana susah dpt bahan apa tu eh..alahaii cian pulak dia.. :p

Anonymous said...

salam kak....dah try masak semalam. memang mabeles. tq for sharing the recipe

faza said...

hmmmmm mak nyus.........

E-na Lovely Kitchen said...

memang mabeles!!! sape tak caya bole try...
E-na dah buat byk kali kak ummi tp baru hari ni sempat post entry..thanks sis!!
http://e-nalovelykitchen.blogspot.com/2011/11/siakap-bakar-berempah-woku-mabeles.html