Saturday, May 1, 2010

Puding Cendol

Salam Sabtu...aiiih pagi2 tayang puding pulak ek...macam x kena jek..ya laaa dah nk posting semalam x sempat jek...Abanglong dah bertambun bawak balik kain baju n cadar selimut segala...Dia baru habis semester exam dan dah start bercuti ni ha...aihhh boleh kencang sikit la keje memasak n baking..hehee..ada tukang makan ramai sikit ni...8hb. Mei nanti Najwa pun balik cuti semester....now dia ada lg papers nak kena hadap...moga2 dia dapat buat yang terbaik..amiiinn....Okay lah ini puding cendul aa, akak buat malam kelmarin, letak dlm fridge, tengahari semalam balik lunch lama sikit, sempat snap gambor jek...pastu xdan nak letak entry sebab melayankan Aiman nak siap ke Bengkel UPSR sekolah dia...aiiihhh...xpa la nooo..tayang pagi-pagi nih...hehe...Thanks to Chef Hanieliza kerana berkongsi resepi puding yang mudah dan sedap dan menepati citarasa tekak...cuma gula merah tu terlebih itam jek...hehe..Akak kan, sebenornya x penah buat or makan lagi puding cendol tau...selalu tu duk haruk ayaqq cenduiii jek..hehe. C n P je ya kak Liza...

Ni saja main tunggang terbalikkan pulak puding tuh..hehe, nk posing sakan kan...
PUDING CENDOL CHEF HANIELIZA
Bahan-bahan:-
  • 1/2 paket agar2 [20 gm]
  • 3 gelas air (akak letak 3 1/2 mug)
  • 1 cawan gula
  • 1 cawan susu cair (*akak guna Ideal Nestle)
  • 2 cawan cendul
  • 1 cawan gula merah

Cara-Cara:-

  1. Rebuskan agar dengan air sehingga mendidih.
  2. Masukkan gula dan biarkan mendidih lagi. Tapiskan.
  3. Bahagikan adunan pada 3 bahagian.
  4. Bahagian 1/3 itu dipanaskan dan masukkan gula merah. Kacau rata dn biarkan mendidih dan tapis.
  5. Masukkan sedikit dalam acuan dan biarkan agak keras tetapi jangan ekras sangat nanti adunan tidak melekat.
  6. 2 bahagian lagi dipanaskan dan masukkan susu cair dan cendul.
  7. Kacau rata dan tuangkan perlahan2 atas adunan gula merah dan sejukkan.
  8. Hidangkan.
Saja letak gak bekas2 kecik nih...senang nk ngap..

5 comments:

ijayuji said...

Salam RINDU KAK UMMI!!!!!!! adooiiii frust betulalh masuk dapur akak ni dr semalam masuk cbox tak mo kuar! rindu giler kat akak! ehehe... apa ni tyg2 cendol, dah lah tgh malas lagi niiii, sedapnyer lah klu dpt makan sejuk2 tuu haih! rotang kang akak ni baru tau! psst, nasi aswan tu kita dah jatuh cinta masuk list :D

Love2cook Malaysia said...

Chop chop!!! I want those heart shapes!!! ;)

Happy Weekend dearie!

Amri Bahruji matPuisi said...

sedap nye.... nyum3.. terliur bile tgk.. huhuhu

z a t i e said...

salam kak..utk sukatan yang guna cawan tu, bukan pakai mug utk sukat air tu kan?

z a t i e said...
This comment has been removed by the author.