Thursday, May 27, 2010

Salad Pudina Timun

Ni menu kelmarin rasanya...malam tadi ingat nak letak entry..tapi malasnyaa..malam ni pun rasa nak santai-santai jek...tapi akak merajinkan diri gak...aiiihhh...letih betul hari ni, x tau la nape....Meh la jamu mata yaa....ikut resepi asal nama Salad tp akak rasa ala-ala Acar jek...So kita tengok resepi Salad Pudina Timun ni...Resepi dari Try Masak ni. Sedap jugak...


SALAD PUDINA TIMUN
Bahan:-
  • 1/2 biji timun
  • 4 - 5 tangkai daun pudina
  • 2 biji cili hijau
  • 1/2 biji bawang besar
  • 1 sudu besar cuka
  • 1 sudu besar gula
  • 1/2 sudu besar garam
Cara-Cara:-
  1. Kisar cili hijau yang dipotong kasar bersama sedikit air hingga lumat.
  2. Setelah itu potong dadu timun serta bawang besar.
  3. Masukkan bahan-bahan yang dipotong tadi ke dalam mangkuk diikuti dengan bahan-bahan yang dikisar, gula garam dan cuka.
  4. Gaul semua bahan hingga sebati dan biarkan seketika.
  5. Salad pudina timun sedia untuk dihidang. Makan dengan nasi putih pun sedap...

5 comments:

Siti Ruhayu Ab Rahman said...

nyami...
sis..ayu kan.....memang suka makan sayur-sayuran...sekarang nie dah ada resepi...leh cuba ..tukar2 gitu...

tq sis

mama ju, said...

Salam

KECUR AIT LIUR Tenguk! Gambar tu terang dan cantik!

Nak cubalah...tk

NORAIN said...

salam ummi :)

wah macam best je salad ni...semua bahan2 ada dah depan mata...heheh...

Jay said...

wow..wat a green n healthy dish dear...just brilliantly clicked...

Sari Yusa Ibrahim said...

salam, kita suka salad2 ni tapi bila letak daun pudina kita rasa macam makan ubat gigi lak.. hehe. tapi nampak menyelerakan sungguhlaaaaa...