Monday, November 23, 2009

Ayam Bakar Lada Hitam Bermayonis

Hari ahad, x masak sangat, hb beli roti canai je untuk bekfes sebab nak pergi kenduri ke Pekan..Yang ni acara bakar-bakar hari Sabtu kelmarin...duk rumah seharian dengan suasana hujan sepanjang hari, melimpah-ruah tgk air kat jalan..longkang jadi bersih..hehee..suka, sukaaa....jangan banjir dalam rumah dah...wahahaaa...Dah xda kerja lain lah..najwa n abanglong mengadap laptop masing2, Aiman tumpang main game kat pc akak, huh, xpun terbongkang tgk tv...jap2 tanya..mak, bau apa sedap sangat nih...? Bau ayam bakar, akak cakap...Hah, naak...tu je le taunya...siap masak, makan, siap makan, masak balik...sungguh seronok...tengok budak2 semua kat rumah...meriah gitu...hehe...Meh layan ayam bakar dari Ros CDBT nih....memang marvelous!!! Sedap sesangat la Ros, tambah2 dah terlebih lama perap dekat 5 jam..hehe...terima kasih banyak2...akak nk buat lg..Meh buat, sapa x buat mmg rugi...betuiii...

Bahan:-
  • 1/2 ekor ayam (bersihkan dan cucuk2 dengan garfu)
  • 1 sk serbuk lada hitam (blackpepper)
  • 2 cm halia
  • 2 biji bawang putih
  • 1/4 biji bawang besar
  • 1 sb. madu
  • 1 sb. gula
  • 1 sk. kicap manis
  • 1/2 sk garam
  • 2 sb. mayonis
  • sedikit lada sulah

Cara-Cara:-

  1. Blend bawang besar, bawang putih dan halia hingga hancur.
  2. Kemudian curahkan ke dalam bekas dan campurkan dengan lada sulah, garam, madu dan lada hitam.
  3. Masukkan ayam dan akhir sekali letakkan mayonis.
  4. Gaul sebati dengan ayam dan perap dalam fridge antara 2 -3 jam.
  5. Bakar pada suhu 180C selama 40 minit hingga ayam bertukar warna perang keemasan (balik2kan ayam semasa membakar). Sedia untuk dihidangkan.

(*Nota - makin lama diperap makin sedap..)

amacam, ada beraniiiii???? Pi buat cepat...! hehe..

Saturday, November 21, 2009

Sos Mustard Bermadu

Ni duk layan tekak abanglong n kakngah yang ada balik cuti semester nih...simple dish camni mmg favourite diaorang la...eh boleh kata semua lah..hehe....Sos ni memang marbeles...sedap youuuuu....makan camtu je pun best..hehee...Ni pekena dengan Baked Potato Wedges tu...Meh layan resepi sos ni ya..dari TryMasak lagi...Akak buat half dari resepi ni...Jom try....mudah sangat!!!
Bahan:-
  • 2 cawan mayonis
  • 1 cawan French Mustard (akak guna yellow mustard brand Heinz)
  • 1 1/2 cawan madu
  • 1/2 cawan minyak zaitun
  • 3/4 sk. cayenne pepper (akak guna serbuk lada hitam tu laa..)
  • 1 sk. jus lemon
  • 1 sk. bawang putih yang dicincang halus
  • 2 sk. bawang besar yang dicincang halus

Cara Membuat:-

Campurkan kesemua bahan - mayonis, mustard, minyak zaitun, madu, cayenne pepper, jus lemon, bawang putih dan bawang besar. Kacau sebati semua bahan.

# Sos ini boleh bertahan lebihkurang 5 hari jika disimpan di dalam fridge. Sesuai sebagai pencicah filet ayam goreng, kentang wedges atau apa2 yang boleh disesuaikan dengan masam2 manis sos ni..Selamat Mencuba!!

Baked Potato Wedges

Ni bekfes anak2 akak la nih...tekak ala-ala mat saleh la pulak hari ni...Abanglong nampak kentang duk tergolek je kat dapur tu 4 biji besar2 gak..dia tanya mak xnak wat apa2 ke...dia suh akak bakar je....hehee..pulak dah, nasi goreng nnt sapa pulak nk ngabiskan...Emm, layan jugak laa...Meh la kita bakar kentang pulak...Resepi dari Try Masak ni...berperisa sungguh kentang ni, besstttt!..Eh akak lak yang makan lebih...hehe
Bahan:-
  • 3 biji kentang (saiz besar) - kupas n potong wedges dan sejukkkan di dalam peti sejuk selama 15 minit.
  • 3 sudu besar minyak zaitun
  • 2 ulas bawang putih - dicincang
  • 1/4 sudu kecil serbuk lada hitam
  • 1/4 sudu kecil serbuk paprika
  • garam secukup rasa

Cara-Cara:-

  1. Sapukan sedikit minyak pada dulang pembakar dan aturkan kentang.
  2. Perasakan dengan taburan garam, serbuk lada hitam, bawang putih dan serbuk paprika.
  3. Kemudian curahkan rata minyak zaitun atas kentang tadi.
  4. Bakar dalam ketuhar pada suhu 200C dengan api penuh (*akak wat api atas bawah) lebih kurang 15 minit.
  5. Setelah 5 minit dibakar, balik-balikkan kentang tersebut. Tutup semula ketuhar dan bakar hingga kentang masak dan bertukar warna coklat keemasan...(*akak punya x garing sangat...ikut suka la ya...)

#Kentang wedges ini boleh dinikmati begitu sahaja atau dimakan dengan Sos Mustard. Selamat Mencuba!!

Nasi Goreng Senang (Luar Jangka) ^___^



Salam Sabtu semua...buat apa tu? Duk berselimut lg ke? Hehee..Sini hujan x nampak gaya nak berhenti pun....perut pun x berhenti keroncong...pagi2 tadi kena bangun awal jugak, x tau nak masak apa...tengok2 nasi semalam ada lebih pulak..ish ni kena wat nasi goreng luar jangka la pulak...so akak siapkan bekfes tuk Aiman nak pergi Kem Motivasi seharian hari ni dari jam 8.00 pg - 5.30 ptg nnt...Nasi goreng ni paling senang di dunia dan paling cepat la akak buat...tapi kesedapan kena amik kira gak kan...xpun, sapa nak makan...ikut apa yg ada dlm fridge je eh..hehee...meh layannnn...
Bahan:-
  • 2 mangkuk (sedang) nasi putih - agak2 la ya..
  • 1 batang karot - dihiris halus
  • 4 batang kacang panjang - potong2 1 inci
  • garam halus secukup rasa
  • minyak untuk

Bahan ditumbuk/dikisar kasar:-

  • 4 biji cili merah
  • 4 biji cili padi
  • 2 genggam ikan bilis
  • 4 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih

Cara-Cara:-

  1. Panaskan minyak dalam kuali dan tumiskan bahan-bahan tumbuk/kisar dan kacau hingga naik bau dan sedikit garing (api sederhana).
  2. Masukkan karot dan kacang panjang dan kacau sebentar.
  3. Masukkan nasi dan kacau rata. Letak garam halus secukup rasa.
  4. Kacau-balik nasi sehingga benar2 masak (nasi kelihatan berasap). Tutup api dan hidangkan.

Friday, November 20, 2009

Ikan Goreng Dalam Sos Limau Purut

First of all, I want to address a million thanks to Nor Secubit Garam for sharing this delicious Thai dish...Prepared this for our dinner last night and it's ez, simple and really finger licking good!! Takkan nyesal punyerrr....Pada sesiapa yang belum pernah rasa or try out this recipe, better give it a try...Nor, Ummi ada edit sikit bahan ikut stok yg ada eh..n mintak izin C&P resepi kat sini yaa....muaahhhh!

Ikan Goreng Dalam Sos Limau Purut

Bahan:-

  • 2 ekor ikan bawal ~ k.nor guna ikan talapia (*ummi guna sekeping besar ikan jemuduk)
  • 1/4 cawan tepung serbaguna (*Ummi guna tepung jagung + sedikit lada sulah + sedikit serbuk cili kering + sedikit garam)
  • 2 helai daun limau purut ~ hiris halus dan digoreng garing, toskan
  • minyak utk menggoreng

Cara-Cara:-

  1. Bersihkan ikan dan keringkan. Salut dgn tepung(kering) dan goreng hingga keemasan.
  2. Hidang atas pinggan dan tuangkan sos daun limau purut keatasnya.Taburkan daun limau purut yg dah digoreng atas ikan.

Utk Sos :-

  • 5 ulas bawang putih ~ dicincang
  • 3 ulas bawang merah ~ dicincang
  • 5 bj cili padi hijau ~ diicincang
  • 5 bj cili padi merah ~ dicincang
  • 3 helai daun limau purut ~ dihiris halus
  • 3 sudu besar sos tiram
  • 1/4 cawan cuka
  • 3 sudu besar sos ikan
  • 2 - 3 sudu besar gula
  • garam secukup rasa
  • 1/2 cawan stok ayam ~ k.nor guna air biasa dan 1/2 kiub stok ayam (*Ummi pun)
  • 1 sudu kecil tepung jagung ~ bancuh dgn sedikit air
  • minyak

Cara Memasak:-

  1. Panaskan minyak dan tumis bawang putih dan cili hingga wangi.
  2. Masukkan kesemua bahan2 lain kecuali bancuhan tepung jagung. Masak hingga mendidih.
  3. Masukkan bancuhan tepung jagung dan biarkan sehingga sos menjadi sedikit pekat.
  4. Tuangkan atas ikan dan tabur dgn daun limau purut yg dah digoreng.

Besar n lebar sungguh sekeping ikan jemuduk nih..boleh makan 4-5 orang..hehe

Daging Masak Kicap Pedas (My Style)

Haiiihhh lebatnya la hujan kat Kuantan nih....!! Dah 3 hari dah duk hujan jek...kejap je renyai...pastu lebat balik...sonok eh kalu duk rumah..masak2, makan2..hehee..pastu naik penimbang tengok...wakakaaa...Ok lah layan, daging masak kicap ni...kebetulan nak perabihkan daging batang pinang yang tinggal ni..lama x wat masak2 cara akak ni hasil menuntut dengan bonda kesayangan sejak zaman anak dara lg...hehee...Menu dinner malam tadi nih..Sape2 nak cuba, silakanlah...

Bahan: ( 5- 6 orang)
  • 400 gm daging batang pinang - dihiris nipis, dibersihkan.
  • 1/4 cawan kicap manis
  • 1 keping asam gelugur
  • 1 labu bawang besar - hiris bulat gelang
  • 1 biji cili hijau - belah 4
  • 1 biji cili merah - belah 4
  • 1 1/2 - 2 sb. gula
  • 1/3 cawan air
  • garam secukup rasa
  • sedikit minyak untuk menumis

Bahan Tumbuk dan Tumis:-

  • 2 sb cili kering kisar
  • 3 biji bawang merah - ditumbuk
  • 2 ulas bawang putih - ditumbuk
  • 1 inci halia - ditumbuk
  • 1 sk jintan manis - ditumbuk
  • 1/2 sk jintan putih - ditumbuk
  • 1 batang serai - diketuk
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 1 kuntum bunga lawang
  • 2 kuntum bunga cengkih

Cara-Cara:-

  1. Panaskan minyak dalam kuali, perlahankan api dan tumiskan bahan2 tumbuk dan kisar, kulit kayu manis, lawang, cengkih dan serai. Kacau hingga naik bau dan cili kisar garing sedikit.
  2. Masukkan daging, kacau rata sebentar.
  3. Tambahkan kicap dan gaul rata...Masukkan sedikit air dulu..Biar daging mesra dengan kicap.
  4. Masukkan pula asam gelugur dan jika daging belum empuk tambah sikit air lagi.
  5. Tambahkan garam dan gula secukup rasa.
  6. Akhir sekali bila daging telah empuk, masukkan bawang besar dan cili merah dan hijau...Kacau layu sekejap dan angkat.
  7. Hidangkan dengan nasi panas2...

Thursday, November 19, 2009

Sotong Goreng Berempah dan Muffin Jamuan Kelas Aiman

Ni menu malam kelmarin dah....x sempat la nk upload sebab semalam kena wat sekali lagi muffin untuk cikgu Aiman pulak...Cikgu Arlina terus order muffin choc chips (resepi Jun) ni bila dia rasa masa jamuan kelas Aiman kelmarin...Balik kerja hari Selasa kelmarin dah petang sangat2 dengan hujan lebat, jammed giler jalan, singgah kedai baking beli sikit bahan baking, sampai rumah dah agak lewat Asar dibuatnya..Malam tu akak masak sotong berempah dgn goreng kacang panjang berkicap je...sebab nak kejar baking muffin ni pulak..Aiman kata semua murid diminta bawak makanan sikit sorang sebagai tambahan...Cikgu dah sediakan macam2, nasi lemak, pulut kuning, ayam goreng, nugget, sosej segala...eemm sikit x sikit pun akak buat jgk laa 3 adunan, dapatlah seketuii sorang je la kot dengan muffin cup tinggi gitu..kalu wat kecik2 leceh la pulak nak membakarnya, hehe (dapat dalam 45 biji...lebih tuuu)..ok la muffin cup tinggi camtu eh..xla kecik sgt pun kan..hehee..
Okayy meh layan resepi sotong goreng berempah ni dari buku Senangnya Memasak MAKANAN LAUT Bersama Chef Hanieliza lagi ya, dah penah buat, akak letak semula la resepi eh...hehe
Bahan A:-
  • 500 gm sotong
  • 2 sb. rempah kari (dibancuh dengan sedikit air) - akak guna rempah kari daging/ayam capa Adabi
  • 1/2 cawan air asam jawa
  • 1 labu bawang besar (dipotong gelang)
  • 2 biji tomato (dipotong 4)
  • 2 sb. minyak masak
  • garam secukup rasa

Bahan B (Dihiris):-

  • 1 sk halba campur
  • 2 cm halia
  • 3 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 3 tangkai daun kari

Cara-Cara:-

  1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan yang dihiris hingga layu.
  2. Masukkan rempah kari dan kacau hingga rata dan naik minyak.
  3. Masukkan sotong dan air asam jawa. Biarkan mendidih.
  4. Masukkan bawang besar dan tomato.
  5. Perasakan dengan garam dan biar sotong masak.
  6. Sedia untuk dihidangkan.

Muffin paling senang tapi sedap...untuk jamuan kelas Aiman. Ni jelah yang sempat akak buatkan..balik kerja pun dalam hujan lebat, lewat sampai rumah...masak sempoi2 je...Ni permintaan dia la sebab dah janji dengan kawan2 dia..beriya-iya benar dia..x sampai hati pulak nak hampakan...emm.. Pastu lena nyenyak keletihan akak malam tu...hehehee

Wednesday, November 18, 2009

Cotton Soft Japanese Cheesecake - Resepi II

Holaaa..holaaaa...semalam kepenatan hadir seminar seharian anjuran Puspanita Pahang..kul 6 petang baru balik...masak tetap masak...blogging tetap blogging jgk wpun sekejap...hehee...So malam td akak try gak letak posting ni but I scheduled the posting for today right at this 3.00 pm..hahaa...
Ok, ni kes dah lama sangat rasanya x buat ciskek yang satu nih...Ahad baru ni ntah tetiba je tekak rasa nak menelan ciskek nih..haiyyyooo...tapi xdalah nk makan banyak pun, jamah sikit jek...tapi Abanglong n Najwa sangat sukaaaaa...Najwa yang baru sampai rumah je balik cuti Semester dah...siap pesan, boleh x mak buat lg satu, untuk dia sorang jek..hah???? biar betuiii k.ngah..betuii la dia kata...akak cakap, lain kali!!! Heheee..dia gelak jek...Dulu akak penah wat Japanese Souffle Cheese Cake lebih kurang je laaa..so kali ni layan resepi dari Alma kat MyResipi tu ha...mmg sedaaappp teramatttt!!..xkan nyesal buat punyerrrr...Dah ramai pun yang buat ciskek ni kalu tengok laporan kat MyR tu...dah la sedap, sonang pulak nk buat...Mintak izin C&P je dari Alma yaa...

Bahan-bahan ( 8-inci )
Bahan A:

  • 250g cream cheese
  • 50g butter
  • 100 ml susu segar (fresh milk)
  • 6 biji kuning telur
  • 1 sdb jus lemon
  • 1/4 sdk garam
  • 60g tepung kek / tepung superfine
  • 20g tepung jagung (cornflour/cornstarch)
Bahan B:
  • 140g gula (granulated sugar)
  • 6 biji putih telur
  • 3/4 sdk jus lemon
Cara-cara:-

Utk adunan A:
  1. Cairkan cream cheese, butter & susu dgn teknik double boiler. Bila dah cair, sejukkan adunan cream cheese tu td.
  2. Kemudian, campurkan ke dlm adunan c/chs td dgn tepung, tepung jagung, kuning telur, garam & jus lemon ke dlm adunan cream cheese & gaul hgga sebati (gaul guna senduk kayu sj).

Utk adunan B:

  1. Dalam bekas lain, pukul putih telur bersama jus lemon, sampai berbuih2 (foamy).
  2. Lepas tu, tmbhkan gula & pukul lagi sampai bertanduk (soft peak). (*akak pukul lebihkurang 7-8 minit)
  3. Campurkan adunan Bahan A td ke dalam adunan Bahan B yg dah gebu tu & kacau sampai sebati.
  4. Sediakan tin/bekas kek yg bulat berukuran 8 inci, yg digriskan bwhnye & tepi tu salut dgn kertas baking. Tuang adunan kek dlm tin kek.
  5. Bakar kek dlm kira-kira sejam, dgn cara au bain-marie (waterbath), pd 160 degrees C / 325 degrees F.

#Pd sesapa yg kurang pasti waterbath tu cmner, buatnye simpel jer. Lepas letak adunan dlm dlm tin kek, balut bwh hgga separuh tinggi tin kek dgn aluminunium foil (ni double protection agar air x masuk esp. springfoam pan, saya x konfiden tu yg wat gitu hehe, kalo xmo buat ok je tp advisable balut). Then, letak tin kek tu atas dulang pembakar, pastu tuang air panas atas dulang pembakar, preferably ½ tinggi tin kek tu, lepas tu letak ler dlm oven then bakar ler, tu aje).


Baru keluar dari oven....emmmm..

Spaghetti Goreng Pedas & Jemput Udang

Bila anak2 balik bercuti ni..macam2 diaorang mintak...ni dinner malam kelmarin, najwa n abanglong punya selera lah ni..Abanglong nk makan spaghetti tapi Aiman suh wat pedas2..hehee..tekak ongputih celup, tu la pasaiii..nk jugak pedas..hehe, yang sorang lg nak makan jemput lak..x kira siang ke malam dah nak makan jemput si Najwa nih..hehe...emmm layaaann je laaa..lgpun bukan susah sangat pun nak buat kan..hehe..janji konyaaanggg, kan..
Hehe..ada yang nak resepi pulak tuk Spaghetti Goreng Pedas ni eh..akak masak campak2 tp kira sedap lah tuk tekak anak budak2 kat rumah ni haa...Ok laa..akak letak, tp adjust2 la yaa...resepi lebihkurang n ikut bahan yg ada je..Tp lagi sedap jika digoreng dgn minyak zaitun..
Bahan:- (4 -6 orang)
  • 250 gm spaghetti
  • 300 gm daging kisar
  • 1 labu bawang besar - didadu
  • 3 ulas bawang putih - dicincang
  • 2 sb. cili kering kisar
  • 2 biji tomato - didadu
  • 5 sb tomato puree
  • 3 sb sos tomato
  • 4 sb sos cili
  • 1/2 batang carrot - hiris bulat nipis (*kalu ada letak la eh)
  • 1/2 biji capsicum merah - potong dadu
  • 1/2 biji capsicum hijau - potong dadu
  • 8 biji cendawan butang (dlm tin) - dibelah 4 (*akak xda, letak bunga kobis je)
  • 4 sb. minyak zaitun
  • 1/2 sb dried oregano
  • 1/2 sk serbuk lada hitam
  • sedikit serbuk lada sulah
  • garam secukup rasa
  • sedikit air (optional)

Cara-Cara:-

  1. Didihkan air secukupnya dalam periuk, letak sedikit garam kasar dan beberapa titis minyak zaitun. Rebus spaghetti hingga lembut dan toskan.
  2. Dalam kuali, panaskan minyak zaitun dan tumis bawang besar, bawang putih dan tomato dadu hingga naik bau.
  3. Masukkan daging kisar dan kacau rata sebentar.
  4. Bila daging hampir masak, masukkan kesemua sos dan tomato puree..kacau rata sebentar.
  5. Masukkan serbuk lada hitam, cendawan butang dan capsicum. Masak sebentar (masukkan sedikit air jika terlalu kering).
  6. Masukkan spaghetti dan kacau rata-rata. Perasakan dengan garam.
  7. Taburkan dry oregano dan kacau rata. Siap.

Monday, November 16, 2009

Peach Mirror Pudding

Dah lama rasanya akak x buat apa2 pudding/dessert nih...kelmarin kemas2 sikit fridge yang dah x nampak rupa tuh...ternampak la buah peach belen letak atas ciskek dulu..emmm elok lagi, x terjejas pun...then teringat lak dah berzaman simpan resepi nih...emmm, ni lah masa nak menggodek pudding pulak laa...heheee...lagipun nak buat, senang yaa amaaattt....hehe...Kepada penggemar peach, boleh la cuba, sedap...Resepi akak ceduk dari Tuntung15 (MyResipi) tuh...

Bahan:- (terpulang kepada bekas dessert masing2)
Lapisan Bawah:
  • 300 ml air
  • 150 jus peach
  • 450 ml susu segar
  • 150 gm gula (akak guna gula pasir)
  • 30 gm instant jelly
  • 40 gm tepung kastad
  • 1/2 sudu teh rata garam
  • 2 biji kuning telor
  • sedikit esen vanila

Lapisan Atas:-

  • 650 air + lebihan jus peach (jika ada)
  • 60 gm gula pasir (kalau ada lebihan jus peach tadi, bolehlah kurangkan gula kepada 30 gm)
  • 25 gm instant jelly
  • sedikit esen peach (*akak xda ni)
  • 2 titik pewarna lemon yellow (akak letak je pewarna kuning)

Hiasan:-

  • Buah peach - dipotong memanjang dan nipis
Cara-Cara:-
  1. Untuk lapisan bawah:- Dalam periuk, satukan semua bahan bawah, kacau sebati baru dijerangkan atas api sederhana perlahan. Ini untuk mengelakkan adunan jadi berbintil-bintil.
  2. Sentiasa kacau adunan, masak sehingga agak pekat. (lebihkurang 8-10 minit). Tuangkan ke dalam acuan dessert. (*akak basahkan dulu acuan sebelum dituang adunan).
  3. Biar dessert sejuk/keras, bolehlah aturkan buah peach yang dihiris tadi.
  4. Untuk lapisan atas:- Satukan juga semua bahan, masak sehingga mendidih.
  5. Tuangkan ke dalam mangkuk dessert tadi perlahan-lahan. (Kena tuang perlahan kerana dessert agak lembut, takut nanti lapisan bawah pecah dan berselerak)
  6. Bila dah sejuk, masukkan ke dalam fridge. Enak dimakan sejuk.
Nampak x bercermin je rupa atasnya tuh kan..

Akak dapat sebanyak ini bagi bahan di atas..

Jom Pekena Seafood Celup Tepung

Sabtu baru ni kitaorang antar Najiha untuk daftar bilik bagi Semester 2 Asasi di Uitm Kuantan ni.. Lepas tu, kitaorang pun ronda-ronda la ke Yayasan Pahang sana ingat nk masuk ke Dinasour Trek, saja2 nak bawak Aiman tengok for the first time...Rupanya sampai je situ, guard kat situ bgtau dah full sangat orang, kena tutup awal...aah la, masa tu baru jam 3.40 ptg..kalu ikutkan 4.30 baru xleh masuk situ...uiihh x sangka la pulak ramai yang ke situ..Tp xpalah x kesah sangat, nanti bila2 boleh pergi...bagi orang jauh2 dulu tengok..hehee..kitaorang dekat jek...ececee, nak sedapkan hati la konon...ish x kesah laa..Pamiran hasil kerjasama Petronas dan Yayasan Pahang tu akan berlangsung sampai bulan Jun 2010 nanti..
So, on the way balik tu singgah la kat Gerai Paksu di Tanjung Lumpur Kuantan ni yang terkenal dengan seafood celup tepung nih..memang laris, kalu lalu petang2, memang penuh kete kat situ...Hubby kata, bungkus je lah bawak balik sebab sonok makan ramai2 dengan abanglong yang tinggal kat rumah tuh..ok...layan la yaaa...kenyang sampai malam kami 5 beranak tibaiiiii..hehe
sotong celup tepung - 5 cucuk (2 ekor setiap cucuk)..

sata akak beli 4 hengget..hehe..1 hengget 3 ketuii...tp yang ni mmg sedap sata dia..puas hati...semua yg makan cakap camtu tauuu...

keropok lekor, ni beselah kan...actually nak beli keropok sagu, tp lambat pulak nak kena tunggu goreng...

Laaaayyyyyaaaaaaa....licin maaaaa....