Showing posts with label brownies. Show all posts
Showing posts with label brownies. Show all posts

Friday, April 6, 2012

Red Velvet Marble Cheese Brownies Again - Upon Request!

Assalamualaikum

Salam Hari Jumaat penghulu segala hari....selamat sejahtera kepada semua yang masih sudi mengintai-ngintai dapur suram akak ni....eh dah suram ke...? Huhuu...sian kaann... ^__^ K, xpa laaahh, dah tuan dapur bz dan malas jer nak update sekarang walaupun x lekang di dapur...bab nak snap gambar pun mcm ikut mood..hehe. Ni just nak masukkan satu lagi entry tertunda....

Atas permintaan adik akak tersayang Norizamin yang dah hampir 3 bulan melalui tempoh berpantang di kampung dan akan kembali memulakan tugasnya sebagai Staff Nurse di Hospital Selayang maka dia request la.....dia pun nak menambah lemak jugak..hahaha, org lepas bersalin nak slim...hehe. Ni gara-gara tengok akak tayang Red Velvet Marble Cheese Brownies hari tuu....Ni la kan...kita masak2...adik beradik dan anak-anak menjeling dan menjengah blog dari jauh..pastu kasi order...hahaha...adeeiii...so masa balik kampung baru-baru ni, akak buatkanlah....layan sungguh2 diaa...haha


Kali ni buat nampak lebih moist, maybe sebab akak adjust penggunaan telor gred B tu agaknya...dan tekstur kek lebih padat lembut gitu... Lagi sedap makan sejuk-sejuk...Nak resepi sila click Sini la yeaa... ^__^ Warnanya sedikit gelap sebab akak lebihkan pes coklat dan gunakan pewarna merah pekat... yang dulu tu akak guna bright red colour...

Berlaku kerekahan sikit di tepi brownies ni masa nak angkat keluar dari loyang tu...adeeeii

Hari ni akak bercuti, ada nak baking-baking sikit untuk kenduri kahwin anak saudara sebelah hb esok di Jerantut.... Till then....muaaahhhh!

Sunday, March 11, 2012

Red Velvet Marble Cheese Brownies

ASSALAMUALAIKUM....Salam sejahtera...salam sayang....salam rindu bangaaatttt pada kalian... Mohon maaf terlebih dahulu kerana tidak sempat pun membalas komen-komen...apapun, semuanya telah akak baca dan terima kasih banyak kerana masih sudi menjenguk dapur akak yang sudah mula banyak langsir2 sawang beralun-alun angin kat siling ni haaa...

Bercuti online bukan bermakna kalian akak lupakan...x pernah sama sekali...sesekali dalam kesibukan masih teringatkan dapur alam maya dan jugak kalian yang masih sudi bertandang...Namun apa daya, banyak usaha dibuat, namun tuan dapur terpaksa melupakan sebentar hajat memasukkan entry bagi menu-menu yang dah lama tertangguh...

Apapun jamu mata je la yeaa....Red Velvet Marble Cheese Brownies ni akak sambar dari dapur Maz Ilham Dapur yang memang handal jer memasak menu2 ala barat di dapurnya... maklum anak2nya jenis x makan nasi....adeeeii, mamanya pun....duk telan salad jer....patutlah maintain jer... Terima kasih banyak atas resepi yang sangat sedap ni Maz, mmg sangat moist, gebuss peroiii jer, haluuusss sekali tekstur brownies ni... Akak ada bakar dlm muffin cups jgk, mmg sedap wpun tanpa cheese....i liiiikkeeee 1000x....

Untuk makluman akak buat RV brownies untuk bekalan anak2 dara balik ke U masing2 last week, diaorg jamu geng2 bilik makan, pastu siap mesej lak kat akak kata semua puji sedap...Terima kasih Maz, akak nak buat lagi...makan sikit jer hari tuh...sbb adunan resepi ni mmg sikit jer dapat...Layaaann la yea, sori la potongan brownies kurang cun, sememeh sbb nak cepat2 nak bekalkan tuk anak2 dara tu.... Pasni, ntah bila pulak nak update lagi ni...hehe


RED VELVET MARBLE CHEESE BROWNIES
Sumber: Maz @ Ilham Dapur
Dirujuk : Ummi @ Home Sweet Home

Bahan-bahan (loyang 7x7 inci):-
  • 125 gram + 1 sudu besar tepung serba guna (all purpose flour) @ tepung kek/tepung halus (akak guna tepung halus/superfine flour)
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 60 gram mentega - suhu bilik
  • 110 gram gula halus
  • 1 biji telur saiz A - suhu bilik
  • 1/2 sudu kecil essen vanilla
  • 120 ml susu segar - suhu bilik
  • 1/2 sudu besar jus lemon @ 1 sudu besar sunquick oren
  • 1/2 sudu kecil pewarna merah - maz guna merah strawberi
  • kurang sikit dari 1/2 sudu kecil coklat emulco
  • 1/2 sudu kecil cuka
  • 1/2 sudu kecil baking powder
Lapisan Cheese
  • 200 gram cream cheese - suhu bilik
  • 1 biji telur saiz B@A - suhu bilik (akak guna saiz A)
  • 60 gram gula galus
  • 1 sudu besar jus lemon
Cara-Cara:-

  1. Panaskan oven pada suhu 170 C. Alas loyang dengan paper sheet. Biar kertas lebih dari loyang supaya senang nak dikeluarkan brownies nnt.
  2. Satukan susu segar dan jus lemon, biarkan 5 minit.
  3. Ayak tepung dan garam. Ketepikan.
  4. Dalam magkuk, pukul mentega hingga berkrim, masukkan gula dan pukul lagi dalam 2-3 minit. Kemudian masukkan telur dan vanilla, pukul sebati.
  5. Satukan susu segar, pewarna merah dan coklat emulco. Kacau sebati.
  6. Masukkan tepung dan campuran susu segar tadi secara bergilir-gilir dengan didahulu tepung dan diakhiri dengan tepung juga dalam adunan mentega. Habiskan dalam 3x tuang.
  7. Satukan cuka dan baking powder, biar sehingga keluar buih, kemudian masukkan dalam adunan kek dan kacau sekata. Simpan 2 sudu besar adunan untuk buat marble.
  8. Tuang dalam loyang dan bakar selama 30 minit atau sehingga masak. Keluarkan dari oven dan boleh la sediakan lapisan cheesenya.

Lapisan Cheese


Cara-Cara:-

  1. Putar cream cheese sehingga berkrim, kemudian masukkan gula dan putar lagi. Masukkan jus leman dan telur. Putar biar sekata.
  2. Tuang atas kek dan amik bancuhan yang disimpan tadi masukkan dalam plastik bag atau buat kelongsong guna paper sheet, pastu gunting sikit hujungnya biar ada lubang kecil, kemudian picit atas lapisan cheese buat garisan melintang, kemudian tarik turun guna lidi satay.
  3. Bakar selama 30-35 minit dengan suhu 150 C atau bergantung pada oven masing-masing dengan kaedah steam bath (masukkan loyang kek dalam loyang yang berisi air panas mendidih ye, bkn suam2, macam nak bakar cheesecake, tujuannya agar kek tetap moist dan tidak kering).
  4. Sejukkan betul-betul sebelum dipotong. (seeloknya biarkan kek 4-5 jam dalam peti sebelum dipotong agar lapisan cheese betul-betul mengeras). Kemudian keluarkan dan biar seketika dengan suhu bilik sebelum dihidangkan. Selamat Mencuba...

Monday, June 6, 2011

Chocolate Brownie Muffins

Assalamualaikum....salam sayang dari akak...semoga cuti sekolah ni kalian dapat memenuhi masa yang berkualiti bersama anak-anak yang kebetulan bercuti...x kira lah cuti sekolah ke, cuti U ke...kebetulan la kan... Akak doakan segala perancangan bercuti berjalan dengan lancar. Mcm akak ni, just spend masa kat rumah je laaa..nak jalan2 pun anak2 bujang n dara kerja pulak cuti semester diaorg ni....kesian pulak kalau x dpt join nnt...sabtu ahad pulak program mak abahnya...huhuuu..

Terima kasih juga kepada yang masih sudi mengunjungi dan x lupa nama Home Sweet Home untuk dijejaki selalu...Akak begitu hargai atas ukhwah yang dibina di jambatan cyber ini.... Maaf sekiranya akak x sempat selalu bertandang...kebetulan sibuk sangat2...kat ofis xdan langsung nak menjeling...

Okayy. jom layan brownie muffin ringkas tapi penuh rasa coklat yang mewah.....sedap sangat! Sekejap jek licin....mmg favourite anak2 la bila part coklat2 camni... Teruja tengok kat dapur Ayu Spore tu...Thanks sudi kongsi ya Ayu...



CHOCOLATE BROWNIE MUFFINS

Sumber: Ayu S'pore

Ingredients:-
  • 3/4 cup good quality baking cocoa powder-(Ayu used Valrhona cocoa powder) (*i used Van Houten)
  • 1 tsp baking powder
  • 3/4 butter melted
  • 1/2 cup boiling water
  • 1 tbsp vanilla essence
  • 11/4 cups sugar -Ayu used 1 cup (*me too..hehe)
  • 2 eggs
  • 11/3 cups all purpose flour
  • 1/4 tsp salt
  • 1/2 cup mini chocolate chips(optional)
  • 1/2 cup walnuts(optional) (i skipped this)




Method:-
  1. Set oven to 350F (175C). line muffin tins with paper liners.
  2. In a medium bowl combine cocoa and baking powder, mix to combine.
  3. Add in boiling water, mix well with a wooden spoon to combine.
  4. Add in melted butter and vanilla, mix well.
  5. Add in the sugar, mix well with a wooden spoon. Stir in eggs with a wooden spoon, mix well until combined.
  6. Mix the flour with salt, add in the chocolate chips and walnuts(or 1 cup of both).
  7. Using an ice cream scoop fill each of the muffin tins almost to the top.
  8. Bake for 25-30 minutes or until muffins are done, don't over-bake (might take a little longer, depending on how full the muffin tins are with the batter) Cool drizzle glaze over or frost with buttercream frosting.

Wednesday, May 18, 2011

Brownies Mudah (Easy Brownies)

Assalamualaikum....waaah dah petang baru sempat nak entry brownies mudah lagi sedap nih...Asalnya ternampak kat dapur MamaFaMi...rupanya diceduk oleh Cikgu Hana dari Wssary@MyR...Memang mudah, memang sedap...i loooiiiiikkkkeeee...hehhehee.... Buat seloyang tu, sekejap jek habis....semalam cuti kan, family adik datang, sempat merasa sikit jek tinggal.... Nasib akak buat roti, tengah pintal2 roti, diaorg sampai....so akak suh tunggu la sampai roti naik dan akak siap bakar...pakat solat maghrib kat rumah akak.... Diaorg makan roti yang sama akak buat kelmarin tuh... Panas2 keluar dari oven...2 adunan licin...hahahhaa... x penah makan roti panas2 gitu...semua kata sedap...

Eh melalut pulak ke roti... Nak citer brownies ni sebenarnya kan.... Okaylah nak ucap time kasih pada semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung...hehehhee....Ada kelainan sikit resepi Mama n Hana ni....akak letak la dua2 versi punya okaayyy... Akak buat versi Mama.

BROWNIES MUDAH
Resepi : Wssary@MyR
Versi: Hana

Bahan-bahan
  • 6 sb serbuk koko
  • 1/4 cawan mentega cair
  • 1 cawan gula- hana buh 1/3cwn gula putih, 2/3cwn gula perang
  • 1/2 sk vanilla
  • 1/4 sk garam
  • 1/3 cawan tepung gandum
  • 2 butir telur
  • 1 cawan kekacang - optional
Cara-cara
  • Panaskan oven suhu 160-170 darjah celcius.Taburkan sedikit tepung dalam loyang empatsegi berukuran 18cm - hana sapu loyang dengan butter
  • Masukkan mentega cair,koko,gula,vanilla,garam,tepung dan telur ke dalam mangkuk.
  • Gaul sebati. Masukkan kekacang jika mahu.
  • Masukkan adunan dalam loyang dan bakar lebih kurang 25-30min.
Versi MamaFaMi : (To fit a 10" x 10" tin)

Ingredients :
  • 1/2 cup margarine - melted
  • 2/3 cups white sugar
  • 1 1/3 cups brown sugar
  • 10 tablespoons cocoa powder
  • 4 eggs - lightly beaten
  • 1 teaspoon vanilla essence
  • 1/2 teaspoon salt
  • 2/3 cup flour
  • 1/4 teaspoon (heap) baking powder - I added
Method :
  • Line a 10 inch x 10 inch tray with greaseproof paper. (*i used 9 x 9 inch tray). Preheat oven to 180 C (may differ)
  • Mix together melted margarine and both sugar.
  • Add in the cocoa powder and stir.
  • Pour in the eggs, vanilla essence and salt.
  • Finally fold in the flour and baking powder.
  • Pour the mixture into the prepared tin and bake for 25 to 30 minutes.
  • Once out of the oven, leave to cool than cut to the desired size. Ready to serve.

Sunday, January 31, 2010

Classic Brownies

Kat rumah ni dah xda kudapan dah...been quite long not baking any cakes or brownies. Tekak pulak teringin nak makan brownies...so akak ronda2 cari resepi ni merata-rata...Last jumpa resepi ni kat dapur Hajah Retno di German sana...Very nice, bit spongy and not too sweet...suit to my taste!
Ingredients:-
  • 200 gm. all purpose flour
  • 75 gm cocoa powder
  • 300 gm castor sugar
  • 5 eggs
  • 200 ml cooking oil or margerine, melted
  • 50 gm almond flakes
Method:-
  1. Preheat oven to 180C. Line base and sides of 28 x 40 cm (*i used 9x9x3 inc.) baking pan with baking papaer.
  2. Put eggs and sugar into bowl of electrik mixer, beat on high speed until mixture is thick and creamy about 10 minutes.
  3. Fold cooking oil into mixture, beat until mixture just combined.
  4. Sift dry ingredients (flour and cocoa powder), gently fold into mixture, stir with spatula quickly or beat with low speed. Make sure that all flour is mixed in.
  5. Pour mixture evently into baking pan. Spread the almond flakes. Bake in oven for 15 - 20 minutes.

Friday, December 11, 2009

Fudgy Egg-Free Brownies

Memandangkan Aiman masih tak berani nak makan telor, dia macam fobia la pulak, padahal, dah baik luka kat "situ" semua dah, hehe....kuat berpantang dia...ngalahkan orang bersalin la pulak..hehee...so untuk kudap-kudapan kenalah cari sesuatu yang xda telor kan...baru ni jalan2 kat dapur Jun nampak Link (ArtofDessert) ni..So akak cari2 ler kot ada yang boleh dibuat kek ke, brownies ke...Ada pun..hehee...Memang sedap pulak brownies ni walaupun xda penggunaan telor, tp caranya ada ala-ala penggunaan Water Roux la pulak..sebab air dan tepung gandum di masak dulu hingga pekat then sejukkan sebentar...Well, let's see the recipe...so akak just copy n paste je dari situ..akak malas nak translate laa..boleh faham kan...thanks to Jun yang rajin menjelajah tu..!

Fudgy Egg-Free Brownies (i used 9x9x3 in pan)
Allergy note: contains wheat and dairy
  • 1/3 cup all-purpose flour
  • 1 cup water
  • 1/2 cup butter
  • 1/4 cup vegetable oil
  • 2/3 cup unsweetened cocoa powder
  • 1 1/2 cup white sugar
  • 1/2 cup brown sugar
  • 1 teaspoon vanilla extract1
  • tablespoon honey
  • 2 1/4 cups all-purpose flour
  • 2 1/2 teaspoons baking powder
  • 1/2 teaspoon salt
Method:-
  1. Preheat oven to 350 degrees F. Line a 9x13 inch pan with aluminum foil.
  2. In a heavy saucepan combine the 1/3 cup of flour and water. Cook over medium heat stirring constantly until thick. Transfer to a mixing bowl and set aside to cool.
  3. In a small saucepan, melt butter. When butter has melted, add the oil and cocoa powder; mix until smooth; set aside to cool.
  4. Beat the sugars, vanilla and honey into the cooled flour mixture.
  5. Stir in the cocoa mixture until well blended.
  6. Combine the flour, baking powder and salt, stir into the batter until just blended.
  7. Spread evenly in the prepared pan. Bake for 20 to 25 minutes or until a toothpick inserted into the center comes out with some moist crumbs attached (it's okay if the toothpick looks moist but no wet batter should be clinging to it).
  8. Cool completely then flip the brownie over to a cutting board. Peel off the aluminum foil and cut the brownie into bars.

Thursday, January 29, 2009

Brownies


Buat last week gak untuk bawak ke KL..jamu mata je la yaa..Resepi Kak Hanieliza ni Ummi ceduk dari dapur Mamafami. Apapun liciiiinnn..
Bahan A:-
  • 1 cawan susu cair (Ummi letak susu segar)
  • 1 cawan butter yang dicairkan
  • 1 cawan air panas
  • 2 cawan gula perang

Bahan B:- (diadun sebati)

  • 2 biji telor (gred B)
  • 1 sudu teh esen vanila

Bahan C:- (diayak)

  • 2 cawan tepung
  • 1 cawan serbuk koko
  • 1 sudu teh baking powder
  • 1 sudu teh soda bikarbonat (ummi pun letak 1/2 sudu je)
Cara Membuat:-
  1. Pre-heat oven pada suhu 175 C selama 10 minit.
  2. Sebatikan semua bahan A.
  3. Tuangkan pula bahan B dan kacau.
  4. Masukkan bahan C dan kacau hingga sebati.
  5. Alaskan loyang 10 x 10 inci dengan kertas minyak dan tuangkan adunan ke dalam tin.
  6. Bakar selama 40 - 45 minit.
  7. Sejukkan dan tuangkan bahan topping di atasnya. Biarkan sebentar sebelum dipotong kecil-kecil.

Chocolate Topping:-

  • 250 gm cooking chocolate
  • 1 sudu besar butter
  • 1 sudu teh susu cair (fresh milk)

Cara Menyediakan:-

  1. Cairkan cooking chocolate dengan kaedah double-boil.
  2. Kemudian masukkan butter dan kacau sebati.
  3. Masukkan susu cair dan kacau. Sedia untuk digunakan.

Wednesday, November 5, 2008

Best Brownies with Creamy Frosting

Meh tengok resepi terus eh..terjumpa resepi ni dari http://www.hersheys.com
Bahan:-
1/2 cawan butter/margerine - cairkan
1 cawan gula
1 sudu kecil esen vanila
2 biji telor
1/2 cawan tepung serbaguna
1/3 cawan serbuk koko HERSHEY'S (ummi guna Vouchelle)
1/4 sudu kecil baking powder
1/4 sudu kecil garam
1/2 cawan badam cincang (optional) * ummi xletak pun..my kids x suka
Cara-Cara:-
Panaskan oven ke suhu 180 deg. Celcius. Griskan loyang empat segi 9 inci. Kacau bersama butter yang dicairkan tadi dengan gula dan esen vanila. Masukkan telor yang telah dipukul sikit terlebih dulu. Ayakkan tepung, serbuk koko, baking powder dan garam. Masukkan ke dalam adunan tadi, kacau hingga sebati. Masukkan badam jika suka. Tuangkan adunan ke dalam loyang. Bakar selama 20 - 25 minit atau hingga brownies kelihatan renggang dari tepi loyang. Sejukkan atas wire rack.


CREAMY BROWNIE FROSTING
Bahan:-
3 sudu besar butter/marjerin - lembutkan
3 sudu besar serbuk koko HERSHEY'S
1 sudu besar corn syrup/honey (* ummi guna honey)
1/2 sudu kecil esen vanila
1 cawan gula icing
1 - 2 sudu besar susu
Cara-cara:-
Pukul mentega, serbuk koko, corn syrup dan esen vanila hingga sebati. Masukkan gula icing dan susu. Pukul hingga sekata. Sapukan atas brownies dan potong empat segi.

Friday, July 11, 2008

Walnut/Almond Brownies

Resepi asalnya guna walnut, tapi anak2 Ummi x berapa gemar letak dalam brownies...tapi almond ni bila panggang dulu, lebih ranggup dari walnut. Sepatutnya leh letak topping chocolate ganache...Ummi ni rasa cam x larat campur malas sangat dah..hehe...dah cukup manis lagipun...Resepi dari Elianas. Resepi later ek..

Sunday, May 11, 2008

Melted Chocolate Almond Brownies

Brownies ni sebenarnya dah ummi wat hari Rabu lepas masa cuti Hari Hol kat Pahang ni..tapi ntah camne terlupa lak nk posting..hehe..Dah licin pun..Resepi dari Essential Cooking Series Book..sedap ni tau..

Bahan:-
200 gm coklat masakan
100 gm butter
1 1/2 cawan gula castor
4 biji telor
1 cawan tepung serbaguna* ]
1/2 sudu teh baking powder* ] ayak bersama
1 sudu teh esen vanila
1/2 cawan almond cincang - dibakar 10 minit

Cara Menyedia:-
Preheat oven pada suhu 190C. Cairkan butter dan coklat masakan pada api perlahan. Tutup api dan masukkan gula dan kacau hingga agak sejuk. Masukkan telor dan pukul dengan whisk hingga sebati. Masukkan campuran tepung dan esen vanila. Kacau hingga sebati. Masukkan almond. Tuangkan ke dalam loyang empat segi 20cm yang telah digris dan dialas dengan baking sheet. Bakar selama 28 - 30 minit atau brownies masak. Sejukkan dan potong empat segi.

Friday, March 14, 2008

Chewy Gooey Yummy Brownies


Ari tu jalan2 kat rumah Hajar FP, tengok dia tayang brownies alamak....nampak sedap betuuiiii...Ummi buat ni malam kelmarin, tp beselah selalu bz, x sempat nk posting...ini favourite Najwa..so buatlah meraikan kejayaan dia seadanyaa...Memang sedap dan nak buat pun senang, tk Hajar..

Bahan:-
250 gm butter - potong kecil2
400 gm cooking chocolate - potong kecil2
6 biji telor
340 gm gula perang (brown sugar)
2 sudu teh esen vanila
20 gm chocolate emulco
80 gm tepung gandum * ayak bersama
60 gm serbuk cocoa* - ummi guna serbuk Vouchelle
140 gm walnut/pecan/almond/macadamia - cincang dan bakar
(*ummi guna walnut & almond)
Cara Membuat:-
Panaskan oven pada suhu 160C - sediakan loyang yang telah digris dan dialas baking sheet. Double boil butter dan chocolate hingga cair. Ketepikan biar suam sedikit. Dalam bekas lain, masukkan telor, gula, esen dan chocolate emulco, kacau dengan hand whisk hingga gula cair. Tuang adunan butter dan coklat tadi ke dalam mangkuk dan gaul rata. Masukkan tepung dan serbuk koko yang telah diayak tadi, masukkan juga cincangan walnut/pecan/almond tadi. Gaul rata sahaja, jangan kacau terlalu lama. Tuangkan ke dalam loyang dan bakar selama 45 - 50 minit. (depends on oven). Bila masak, biarkan sejuk dalam loyang. Lebih sedap disimpan semalaman. Potong dan hidang. Boleh juga dibubuh chocolate ganache/ice cream/sos kastad.

Friday, February 22, 2008

Potato Brownies

Semalam sempat try resepi dari geng blog indon - Pepy (Andaliman) - resepi yang mudah, x memenatkan..!! Yang penting, my hubby n kids suka sangat...rangup dengan rasa toasted walnuts n chashew nuts..Tk Pepy...

Bahan:-
100 gm cooking chocolate
175 gm butter
100 gm gula pasir
200 gm gula kastor/soft brown sugar
1 sudu teh esen vanila
4 biji telor saiz L
75 gm tepung serbaguna
1/2 sudu kecil baking powder
100 gm kentang - kupas dan cincang halus
100 gm cahshew nuts - toasted dan cincang
(*ummi guna 50gm cashew nuts + 50 gm walnut)


Cara Menyedia:-
Preheat oven pada suhu 180 C. Alas loyang 13 x 9 in dengan butter dan tabur sedikit tepung. Campurkan coklat masakan, butter dan gula pasir dalam bekas tahan panas - letakkan atas periuk yang mendidih dan kacau - double boiler. Kacau hingga sebati dan gula larut. Tutup api dan masukkan esen vanila dan gula kastor. Kacau sebati. Masukkan telor satu persatu. Masukkan tepung dan baking powder yang telah diayak, kacau sebati. Masukkan sebahagian kentang dan sebahagian cashew nuts tadi. Kacau dan tuangkan ke dalam loyang tadi. Taburkan sebahagian lagi cashew nut atas adunan. Bakar selama 25 - 30 minit/hingga masak. Keluarkan dan biar sejuk, baru dipotong.

Thursday, January 31, 2008

Brownies Nougat

Semalam jalan2 kat rumah Za, ternampak brownies nougat ni..mengancam semacam..hehe.. tengok bahan ada dan senang je nak wat, so semalam wat ni lepas prepare dinner...Lain sikit kali ini, kita steam dia.... =D, Sedap....thanx Za...nnt letak byk2 lg resepi senang2 gitu ek..Tapi adunan ni mmg dapat loyang kecil je...kalu cam fmly ummi kena ganda 2 lain kali nak wat...x cukup..hehe..tapi ummi pnya ni x cun cam Za bila potong, mungkin tengah suam lagi kot..xpa, jnji sedaaappp...

Bahan:-
150 ml putih telor
100 gm gula halus
1/2 sudu teh cream of tartar
1/2 sudu teh esen vanila
1/2 sudu teh ovallete
125 gm tepung gandum
100 ml butter (dicairkan)
1 sudu besar serbuk koko

Topping:-
50 gm butter
25 ml susu pekat manis
almond nib (panggang)

- Pukul butter dengan susu pekat manis dan letak almond nib.

Cara Membuat:-
Pukul putih telor hingga kembang, kemudian masukkan butter, gula halus, cream of tartar, esen vanila dan ovallete. Pukul sebati. Masukkan pula tepung gandum sedikit demi sedikit, pukul sebati. Bahagikan adunan kepada dua, 1 bahagian dicampurkan serbuk koko. Sapukan loyang dengan sedikit mentega dan masukkan adunan putih dan coklat berselang seli. Didihkan air dalam periuk kukus dan kukus hingga masak.
Setelah diangkat dan sejuk, bolehlah disapu pada permukaan brownies dengan topping. Taburkan badam di atasnya.

Friday, January 18, 2008

Cheesecake Brownies


Ni ummi buat petang semalam, tp x sempat le nk posting, tunggu masak sume dh malam. Bz sgt n kepala pun x berapa sihat actly...Resepi dari geng blog Titi. Thanx a lot Titi, pretty easy n really yummyyyy!! Sekejap je dah nk licin pun..hehe

Bahan Untuk brownies:-
125 gm butter - kerat2
150 gm coklat masakan - kerat2 kecil
1 biji telor
2/3 cawan gula kastor
3/4 cawan tepung gandum
1/4 cawan tepung naik sendiri

Bahan Cheesecake (Topping):-
259 gm cream cheese
1 sudu teh esen vanila
1/3 cawan gula kastor
1 biji telor
1/2 cawan whipping cream

Cara Menyedia:-
Preheat oven pada suhu 180Celcius. Gris loyang segiempat 19 cm dengan baking sheet, biarkan lebih 5 cm di sekeliling loyang. Campurkan butter dan coklat masakan dalam sauce pan, kacau atas api perlahan hingga semua lembut. Sejukkan.

Pukul telor dan gula dalam mangkuk adunan dengan kelajuan tinggi hingga naik dan berkrim. Tuang cairan butter dan coklat tadi dan pukul rata. Masukkan tepung dan kacau dengan spatula. Tuangkan ke dalam loyang dan bakar selama 10 minit.

Sementara itu, pukul cream cheese, esen vanila, gula dan telor hingga kembang. Masukkan whipping cream dan pukul rata. Tuangkan ke atas ke atas brownies tadi dan bakar lagi selama 15 minit. Bila masak, buka pintu oven dan biarkan sejuk. Kemudian masukkan dalam fridge selama kurang lebih 3 jam. Hidang lah dengan rasberries/blueberries segar.