Showing posts with label telor. Show all posts
Showing posts with label telor. Show all posts

Thursday, December 1, 2011

Telor Dadar Cendawan Bersos

Assalamualaikum....

Ni masakan malas-malas la yeaa...hahahaha, dah la tu...lambat lak letak entry....x tau la mood hujung tahun ni...malas segala la...ntah2 kena stop blogging dah kot....petanda awal ke...adeeeii, kadang2 rajin masak, malas nak amik gambar, malas nak update segala....tu la pasaiiii... Meh la layan masak telor campak-campak ni yea....tp tetap membuka selera kepada penggemar telor dadar kat rumah ni.....satu kelainan...hehee


TELOR DADAR CENDAWAN BERSOS
Resepi : Ummi @ Home Sweet Home

Bahan:-
  • 4 biji telor
  • 8 biji cendawan butang - dihiris nipis
  • 1/2 biji bawang besar - didadu
  • 1 ulas bawang putih - dicincang
  • 1/2 biji tomato - didadu
  • 8 tangkai cili paprik (cili tomyam)
  • 1/4 cawan kacang peas
  • 1/4 cawan nenas - didadu/potong kecil2
  • 1/2 biji buah oren
  • 4 sudu besar sos cili
  • 1 sudu besar cili boh/cili giling/cili kisar
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 1/3 cawan air
  • 1 1/2 sudu besar tepung jagung (dibancuh bersama 1/4 cawan air)
  • garam dan sedikit gula / secukup rasa
  • minyak secukupnya utk mendadar telor dan menumis
Cara Memasak:-
  1. Telor dikacau dengan sedikit garam dan panaskan non-stick pan dengan sedikit minyak. Tumiskan cendawan, kacau goreng sekejap dan tuangkan telor ke atas cendawan tadi. Masak seperti telor dadar biasa. Angkat dan letakkan di dalam pinggan.
  2. Dalam kuali yang sama, panaskan sedikit minyak dan tumis bawang besar dan bawang putih hingga naik aroma.
  3. Masukkan cili kisar, tomato dadu dan cili paprik. Kacau sekejap.
  4. Masukkan semua sos dan air. Biarkan mendidih sebentar.
  5. Kemudian masukkan garam dan gula secukup rasa.
  6. Masukkan nenas dan setelah lembut, masukkan pula perahan oren dan kacang peas.
  7. Seimbangkan rasa dan tutup api. Tuangkan sos ke atas telor dadar tadi. Hidangkan bersama nasi putih. Selamat Mencuba....!

Friday, August 12, 2011

Tofu Telor Goreng Tomyam

Assalamualaikum......ok lah petang ni akak nak kongsikan lagi lauk sempoi....senang nak masak, senang nak makan....hehhee... Ni sebab belek2 buku masakan baru yang dihadiahkan oleh Chef Hanieliza jumpa 2 hari sebelum puasa baru-baru nih...lupa lak nk snap bukubuku terbaru beliau iaitu Resepi Kek dan Biskut dan Buku 50 Hidangan....k, layaaannn...

TOFU TELOR GORENG TOMYAM
Resepi: Buku 50 Hidangan Chef Hanieliza

Bahan A:-
  • 3 tauhu/tofu telor (dipotong 2 - akak potong 3)
  • 5 batang kacang buncis - dipotong pendek
  • 1 batang kecil lobak merah - dipotong kecil
  • 1 pokok daun ketumbar - dipotong pendek
  • 3 helai daun limau purut - dikoyak
  • 1 cawan minyak masak
  • 1 kiub pes tomyam
  • 1/2 cawan air
  • garam secukup rasa
Bahan B:-
  • 1 labu bawang besar - dihiris
  • 2 ulas bawang putih - dicincang
  • 1 batang serai - diketuk
  • 10 biji cili api - diketuk
Cara Membuat:-
  1. Panaskan minyak dan gorengkan tofu sehingga nampak garing (berkulit). Angkat dan masukkan ke dalam pinggan.
  2. Tinggalkan separuh minyak dan tumiskan bahan B, kacau rata.
  3. Masukkan pes tomyam, garam dan air. Biarkan mendidih.
  4. Masukkan daun limau purut, kacang buncis dan lobak merah.
  5. Apabila mendidih, masukkan tofu yang sudah digoreng tadi ke dalam kuali. Tutup api.
  6. Taburkan daun ketumbar. Sedia untuk hidangan.

Thursday, August 4, 2011

Telor Dadar Tuna

Assalamualaikum...

Sekadar ingin berkongsi satu lagi resepi ringkas dan mudah untuk santapan berbuka. Biasalah kan..akak mesti masak yang simple-simple kalau hari kerja ni, xdan weeehhh... Sebenarnya akak masak telor ni untuk berbuka hari kedua kelmarin...ha, baru nak letak entry...hehee...xdan laaaa...Nasiblah kan.. Itupun akak sempat wat pengat pisang tauu...tp guna santan kotak Kara jek laaa.....Lagipun, kebetulan sweet sour ikan bawal ada belen sikit lagik...jadi akak tambah-tambah lauk jek laa...Jangan membazir kan..

Pastu akak goreng kacang panjang dengan daging. Kalau ada tomyam lagi terangkat. Lenkali la akak buat tomyam..hehhee...K, layaaan jek eh...malas nak bebel panjang.....hehe

TELOR DADAR TUNA
Resepi: Ummi @ Home Sweet Home

Bahan:-
  • 6 biji telor saiz sedang
  • 1 tin tuna (Mild Tuna)
  • 1 labu bawang besar
  • 1 tangkai cili merah
  • sedikit daun bawang - dihiris halus
  • 2 sudu besar mayonis
  • 1/2 sudu teh serbuk lada sulah
  • garam secukup rasa
  • sedikit minyak untuk menggoreng
Cara Memasak:-
  1. Campurkan saja ke semua bahan kecuali minyak. Adun rata dan sebati.
  2. Panaskan minyak dalam kuali atau non-stick pan (x perlu minyak byk), tuangkan adunan telor dan masak dengan api perlahan.
  3. Terbalikkan selepas 3 - 4 minit dan biarkan hingga kedua-dua bahagian masak.
  4. Angkat dan hidangkan. Boleh jugak dilapiskan dengan roti. SELAMAT MENCUBA...!!

Friday, July 22, 2011

Tofu Telor Bersarak

Assalamualaikum.....semoga semuanya sihat walafiat dan diberkati Allah jua hendaknya. Waaah dah jumaat dah eks...hehee... Akak bercuti hari ni, sebab nak masak-masak kuih sikit tuk bawak balik kampung petang nanti, ada kenduri doa selamat sikit, kecil-kecilan jek. Sengaja kami semua rancangkan sempena menyambut puasa dan juga bertemu dengan semua adik beradik dan anak menantu Haji Zaihadi dan Hajah Zoiyah laa... kira ZZ Community gitu... Yalah, kat FB tu pun kitaorg dah lama create community untuk kami semua.. Segala masalah, rundingan dan berita terkini kaum kerabat Haji Zaihadi akan diupdate di situ.... kira-kira round table pun boleh kat situ kan...

Ya lah kan...kita adik beradik ni kena bersatu, walaupun terdapat kekurangan dan kelebihan tu perkara biasa walaupun kita semua dari satu rahim. Cuma cara kita adik beradik menyelesaikan sesuatu sengketa dan masalah itu yang penting...Yang tua jangan ego, yang muda pun janganlah nak berlagak pandai dan rasa cukup smart kan... Walau sebesar mana pangkat dan darjat kita di tempat kerja, tetapi di rumah kita tetap harus menghormati mengikut pangkat jugak kan... Orang tua kita tentu bersedih hati yang kadang-kadang dipendam sahaja jika melihat ada antara anak-anak menantu tidak lagi bersatu, ada sayap kiri, ada sayap kanan..susah kan...kira keruntuhan institusi keluarga jugak tu..

Seperti kata Ustaz Muhammad dalam Program Tanyalah Ustaz pagi ni, dalam tajuk Disiplin Keluarga Bahagia, kita harus mengambil kira 3 pertalian atau hubungan penting ini. Pertama, suami dan isteri, ke2 dengan ibu dan bapa dan ke3 dengan adik-beradik. Jika semuanya berkeadaan baik dan kukuh, insyaAllah, hidup kita juga bahagia... Doakan hubungan2 ini agar bertambah erat. Kalau dari hubungan keluarga pun dah retak, susahlah nak bermuafakat. Ingatlah walau apapun pangkat kita di luar sana.... So, renung-renungkan, selamat beramal...hehehhehe... Weeey bertazkirah pulak hari jumaat nih...akak cuma sampaikan sahaja supaya kita tidak terleka okay...take it positive!!

Jom-jom layan lauk sempoi nih...sesuai la kalau nak masak untuk bersahur di Ramadhan yang bakal menjelma nanti...mesti laju makan nasi...hehehhee. So akak mungkin bercuti siaran cuti hujung minggu nih...balik kampung, o oo ooo...balik kampung...hehehe

TOFU TELOR BERSARAK
Resepi: Ummi @ Home Sweet Home

Bahan:-
  • 6 paket tofu telor (tauhu jepun) - dikerat 3 setiap satu
  • 10 tangkai cili padi thai *
  • 3 tangkai cili merah *
  • 6 biji bawang merah *
  • 3 ulas bawang putih *
  • 1 cm halia * (bahan * ditumbuk kasar)
  • 4 sudu besar kicap pekat manis
  • 3 sudu besar kicap cair
  • 6 - 7 batang kacang buncis - kerat panjang 3 inci
  • sedikit lobak merah - dihiris halus
  • sedikit daun bawang - dikerat-kerat 2 inci
  • sedikit gula
  • garam secukup rasa (optional)
  • minyak masak secukupnya
Cara-Cara:-

  1. Panaskan minyak dan goreng tofu telor hingga berkulit, angkat dan toskan.
  2. Kurangkan minyak tinggal 4 sudu besar dan tumiskan bahan tumbuk. Kacau hingga naik bau.
  3. Masukkan kicap pekat, kicap cair dan gula secukup rasa.
  4. Masukkan lobak dan diikuti kacang buncis.
  5. Kemudian masukkan pula tofu telor tadi. Kacau rata perlahan agar tofu tidak hancur.
  6. Bila semua bahan telah bersalut, seimbangkan rasa. Tutup api.
  7. Taburkan daun bawang (tapi akak terlupa weehh nak tabur...adeeiii..hehe) dan kacau balik perlahan biar rata. Hidangkan.

Thursday, June 23, 2011

Telor Dadar Pecah Serangkak

Assalamualaikum...

Semoga di pagi khamis ini membawa seribu rahmat dan ketenangan untuk kalian semua yang masih sudi mengunjungi Home Sweet Home dan akak amat hargai. Dalam keadaan tugas di pejabat dan terus dengan kerja rumah yang memang tak pernah ada kesudahannya, akak cuba jugaklah update blog kesayangan akak ni...walaupun sekadar menu sesimple telor dadar ini.. Telor lagiiikk...eh!

Cuma this is the best ever of telor dadar yang akak buat rasanya....anak-anak duk puji sakan....mmg diaorang suka laa...dadar 3/4 masak begitu...dengan perencah ayam sedikit berempah dan ditabur bawang goreng...wallaaahhh....mmg kembang montot kena puji... Idea spontan datang sekadar untuk menambah lauk pauk biasa2 yang akak masak.. Namun resepi telor dadar ini agak istimewa pada akak..kalau sudi cubalah ya...Nama resepi pn datang tiba-tiba jek...wpun bukan kesemua rangkak telor yang pecah...hehehe


TELOR DADAR PECAH SERANGKAK
Resepi: Ummi @ Home Sweet Home
  • 4 biji telor
  • 1 labu bawang besar - didadu
  • 1/2 cawan isi ayam - didadu kecil
  • 2 sudu teh rempah kari daging
  • 1 tangkai cili merah - dihiris halus
  • sedikit daun bawang
  • sedikit bawang goreng
  • garam secukup rasa
  • sedikit minysk untuk menggoreng

Cara-Cara:-

  1. Panaskan minyak dalam non-stick pan dan tumiskan bawang besar tadi hingga naik bau.
  2. Masukkan isi ayam dan diikuti dengan rempah, kacau balik hingga ayam masak. Ratakan ayam dalam kuali.
  3. Perlahankan api. Ambil sebiji telor dan pecahkan terus ke dalam kuali (ala-ala masak telor mata kerbau). Seterusnya pecahkan telor hingga habis dengan meletak telor perlahan-lahan di dalam kuali menutupi isi ayam.
  4. Tabur garam secukup rasa. Tutup kuali selama 1 - 2 minit.
  5. Bila nampak telor sudah 3/4 masak, tabur bawang goreng dan tutup api. Tolakkan telor dadar perlahan-lahan ke dalam pinggan. Sedia untuk dihidangkan dengan nasi panas atau boleh dimakan begitu sahaja.



memang sangat sedap walaupun diratah begitu sahaja....SELAMAT MENCUBA!!


Monday, June 20, 2011

Sambal Telor Kasturi

Yuhuuuuu...apa khabar? Waaah mcm lama x jumpa...hehe, mmg x jumpa pun kita sume ni kan...tp hubungan rapat sampai ke hati....baguskan! Kalau dah jumpa x tau la camne....dpt peluk cium, kiri kanan, laga2 pipi, laga2 montot..hehe.. Okayy laaa, jom layan jek resepi sempoi dan teramat senang ditambah pulak dengan ribut malas akak nih...hehheee... Meh rasa kelainan masakan sambal telor dengan rasa limau kasturi....lg enak! Boleh tukar kepada udang atau sotong gak...mmg best...tau-tau dah licin jek lauk..hehe

SAMBAL TELOR KASTURI
Resepi: Ummi @ Home Sweet Home

Bahan: (anggaran)
  • 5 biji telor - digoreng mata kerbau/lembu (hehe..)
  • 2 tangkai cili merah *
  • 2 tangkai cili hijau *
  • 4 - 6 tangkai cili padi *
  • 5 biji bawang merah *
  • 2 ulas bawang putih *
  • 1 cm halia *
  • sedikit belacan yg dibakar * (bahan * dikisar kasar)
  • sedikit air (jika perlu)
  • garam dan gula secukup rasa
  • 2 biji limau kasturi - ambil jusnya
  • sedikit minyak untuk menumis
Cara-Cara:-
  1. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar dengan api sederhana, kacau hingga bahan pecah minyak. (jika terlalu kering boleh tambah sedikit air).
  2. Bila nampak pekat, masukkan garam dan gula secukup rasa.
  3. Masukkan pula telor yang telah digoreng tadi dan kacau balik perlahan biar rata.
  4. Tutup api dan masukkan jus limau kasturi dan kacau rata-rata sikit.
  5. Hidangkan bersama nasi putih.

Friday, June 3, 2011

Bila Tukang Masak Malas-Malasan...

Asalamualaikum....hehehhee....Apa akan jadi jika tukang masak dalam satu-satu rumah tu malas-malasan eh? Sama ada tapau makanan kat kedai atau lauk telor muncul....wakakkakaa...Sila jawab, sila jawab.... Kira kalau lauk telor muncul ni, ada lagi saki baki rajin tu kan....Cuma cara masak mmg sempoi habis lah kan....Kalau rajin mungkin jadi kurma telor or kari telor ke....ni xda perah2 santan laa....main taram jek...hehe... Tapi kena agak-agak la jugak yang lauk tu orang dlm rumah suka kan..kan... ...So akak kena masak pedas-pedas sikit...gerenti laku...memang puuuunn...hehehe...Pastu kawankan pulak dengan lauk ikan tamban kering kecil2 ni, goreng garing dan tabur bawang n cili.... Layaaannn

TELOR TAUCU PEDAS
Resepi: Ummi @ Home Sweet Home

Bahan:-
  • 4 biji telor - digoreng mata lembu/kerbau..hehe
  • 3 sudu besar cili kering kisar
  • 5 ulas bawang merah - tumbuk
  • 2 ulas bawang putih - tumbuk
  • 2 cm halia - tumbuk
  • 2 sudu besar kicap pekat manis
  • 2 sudu besar air asam jawa
  • 5 sudu besar taucu
  • 1/4 cawan air
  • sedikit lobak - potong ikut suka
  • 1 biji bawang besar - potong gegelang
  • garam (optional) - taucu dah masin
  • gula secukup rasa
  • 3 - 4 sudu besar minyak masak
Cara Memasak:-
  1. Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bahan kisar dan bahan tumbuk. Kacau hingga naik minyak dengan api perlahan.
  2. Masukkan air asam jawa dan kicap, kacau rata. Masukkan pula air, garam dan gula dan biar didih.
  3. Masukkan lobak, telor dan bawang besar, biar didih dan sikit pekat.
  4. Masukkan taucu dan seimbangkan rasa dan tutup api.


Wednesday, April 13, 2011

Tofu Telor Masak Taucu Lada Hitam

Assalamualaikum.....dah makan tengahari dah ke.... Para suri rumah sepenuh masa tu mesti masak macam2 lauk kan...penuh meja gitu...hehehee...tp jangan sampai membazir dah la eh...malam kang dah nak menu lain pulak kot....Akak ni keje, sempat balik masak satu dua jenis je laaa....pastu dah rasa nak pengsan....hahahaha...dengan kerja rumah lagi...orang lain dah duk relax dah....apapun segala kena buat dengan ikhlas la kan....kalau rajin masak byk2..kalau x rajin masak jek ikut kemampuan....hati kena ikhlas..baru awet muda...wakakakakaa...Okay jom layan lauk sempoi malam tadi....malas nak pi cari ikan segala...tengok2 tofu jek ada tergolek 3 paket...so hentam masak ni je laaa...goreng sayur sikit, dah laaaa... Pastu ada stok sambal belacan wat pedas2kan tekak....bertambah gak cik abg n anak bujang sorang ni makan...hehehe...laaayyyyaaaannn...

TOFU TELOR MASAK TAUCU LADA HITAM
Resepi: Ummi @ HomeSweetHome

Bahan:-
  • 3 paket tofu telor - hiris 1 inci dan goreng jadi berkulit
  • 3 ulas bawang merah *
  • 2 ulas bawang putih *
  • 1 cm halia * (bahan *ditumbuk)
  • 1 sudu besar cili kering kisar
  • 1/2 biji bawang besar - dimayang kasar
  • 1/2 biji lada benggala merah - dihiris memanjang
  • 1/2 biji lada benggala kuning - sda -
  • 2 sudu besar sos lada hitam
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 3 sudu besar taucu
  • 1 sudu besar gula
  • 2 sudu besar air asam jawa
  • garam (optional sbb taucu dah masin)
  • 1 biji tomato - belah 6
  • sedikit air untuk kuah
  • minyak masak untuk tumis
Cara Memasak:-
  1. Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk dan cili kisar hingga naik minyak.
  2. Masukkan semua sos dan air asam jawa dan air.
  3. Masukkan tofu yang telah digoreng tadi, gaul rata sekejap.
  4. Masukkan taucu, lada benggala dan bawang besar.
  5. Masukkan gula dan seimbangkan rasa...jika perlu tambah garam.
  6. Bila kuah mendidih dan agak pekat, masukkan tomato, kacau kejap dan tutup api.


Friday, April 8, 2011

Sambal Tumis Telor Puyuh



Assalamualaikum....semoga hari jumaat yang mulia ini membawa seribu keberkatan kepada kita semua dan sebaik-baik hari juga untuk memulakan atau melangkah ke gerbang baru...x kira lah gerbang perkahwinan ke, gerbang percintaan ke, pendek kata apa-apa gerbang la eh..yang baik-baik lah maksud akak...kan..kan...hehee... Akak pun suka sangat bila tiba hari jumaat ni, menandakan esok boleh rehat santai, walaupun sebenarnya biasa kemas rumah n mop lantai....uwaaaa...sapa nak tolong...

Banyak agenda dlm kepala nih..esok dah plan sesuatu dengan cik abang....nak geledah n kemas bilik abanglong tu ha...dah macam tempat apa pun x tau laaa..hehehe...nnt anak bujang dan anak2 dara balik bercuti semester nan panjang start semester nih...lg jem rasannya...barang2 diaorang bawak blk nnt..adeeeii x tau nak simpan mana...start semester ni jugak, diaorg dah bercuti 4 bulan ikut negara 4 musim nun...Kementerian dah wat pendekatan camni lak...nnt ada lah yg liat nak masuk U semula...maklum kot ada yg keje dah sonok dpt duit 4 bln tu...kot ada yg lepak pun..lg liat la nak naik semester baru kan..eeemm....Waaah panjang akak bebels...ala2 khutbah jumaat lak...hehehe

Okay...jom layan lauk sempoi semalam jek nih...xdan nak posting dan campur malas pun ada...hehee


SAMBAL TUMIS TELOR PUYUH

Bahan:-
  • 2 bekas telor puyuh - anggaran 30 biji
  • 8 biji bawang merah *
  • 2 ulas bawang putih *
  • 1 cm belacan yang dibakar * (bahan * dikisar bersama)
  • 4 sudu besar cili kering kisar - ikut kepedasan cili
  • 1/3 cawan gula melaka yg dihancur2 sikit
  • 1/4 cawan air asam jawa
  • 1 biji bawang besar (saiz sederhana) dipotong gegelang
  • sedikit air
  • garam secukup rasa

Cara Memasak:-
  1. Panaskan minyak dalam kuali dan tumiskan bahan kisar dengan api sederhana. Masak hingga terbit minyak.
  2. Kemudian masukkan gula melaka dan air asam jawa. Tambah sedikit air dan biar mendidih sekejap dan agak pekat.
  3. Masukkan telor puyuh tadi bersama bawang besar dan renehkan sambal sambil dikacau sesekali. Masak hingga nampak warnanya kemerahan pekat. Tutup api dan hidangkan bersama nasi lemak atau nasi putih.

Monday, March 21, 2011

Kurma Telor Pengantin

Salam....apa khabar? Hehee..musim orang kawin jek cuti sekolah baru ni kan...so jangan gelak n timbul kontroversi sudah la kat title menu tu eh...hehehee....Dulu Mat Gebu penah letak satu entry lauk telor pengantin jugak...lepas tu komainnn komen yg masuk...dah timbul macam-macam cerita la pulak kan...hahahahhahaha...sabauuu je laaa....So ini pun sebab banyak sangat dapat telor kenduri tu...xda orang nak makan....so akak balun jek wat masak kurma nih...ha, licin pun...hehehee...Resepi pun sempoi2 jek...x letak kerisek, x letak lada hitam pun...ya laa, biasa masak kurma mmg x pedas pun kan..hehehe


KURMA TELOR PENGANTIN
Resepi: Ummi @ Home Sweet Home

Bahan:-
  • 5 biji telor yang telah direbus dan dikupas.
  • 4 ulas bawang merah *
  • 2 ulas bawang putih *
  • 2 cm halia * (bahan * ditumbuk kasar)
  • 1 inci kulit kayu manis
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 2 kuntum bunga cengkih
  • 2 biji buah pelaga
  • 3 sudu besar rempah kurma #
  • 1 cawan santan pekat # (bahan # dibancuh sebati)
  • 2 cawan santan cair
  • 2 tangkai cili merah & hijau - dibelah
  • 2 biji kentang - kupas dan belah 4
  • 2 biji bawang besar - belah 4 atau 6
  • garam secukup rasa
  • minyak untuk menumis
Cara Memasak:-
  1. Panaskan minyak dalam periuk/caserol, tumiskan rempah 4 sekawan (kayu manis, lawang, cengkih & pelaga) dan masukkan bahan tumbuk. Kacau hingga naik bau.
  2. Masukkan bancuhan santan dan rempah kurma. Perlahankan api dan masak hingga pecah minyak.
  3. Masukkan kentang dan gaul rata. Masak sebentar.
  4. Masukkan pula telor dan masak sekejap dalam bahan rempah.
  5. Kemudian masukkan pula santan cair, dan garam. Masak/reneh hingga nampak berminyak dan kuah agak pekat.
  6. Masukkan bawang besar dan cili.
  7. Seimbangkan rasa dan pastikan ubi kentang lembut. Tutup api.

Saturday, February 19, 2011

Telor Dadar Berempah

Salam...hehehee....resepi sempoi jek akak nak tayang ni pun....ntah laaa...malas tul nak masak beriya-iya...janji leh masuk tekak sudah laa..hehee...Malas gak nak bebel pun...Jom layan teloooqqq dadar dah la eh...dah macam-macam pesen gak goreng telor ni, letak rempah kari laa...letak udang laaa, letak mayonis laa dan macam2 nama ada....hehe, tp ni spesel punya tau...goreng bukan sebarang goreng....Idea resepi ni ternampak kat dapur Yana@Sweet Memories.......sedap jugak untuk sesiapa yang inginkan kelainan....terangkat jugak...! layaaaann...

TELOR DADAR BEREMPAH
Sumber: Yana @ Sweet Memories

Bahan:-
  • 4 biji telor
  • 1 sudu teh ketumbar biji
  • 2 ulas bawang merah
  • 1 ulas bawang putih
  • 1 cm halia
  • sedikit daun sup/daun bawang - dihiris halus
  • 1 labu bawang besar - potong dadu
  • 1 biji cili merah - hiris nipis
  • 1 sudu teh kicap
  • garam secukup rasa
  • sedikit minyak
Cara Memasak:-
  1. Tumbuk lumat ketumbar biji, bawang merah, bawang putih dan halia (blend pun boleh).
  2. Pecahkan telor dalam mangkuk, masukkan bahan tumbuk, daun sup, daun bawang, bawangbesar, cili, kicap dan garam secukup rasa.
  3. Panaskan minyak dalam kuali (*senang guna non-stick pan), tuangkan adunan telor dalam kuali.
  4. Balikkan telor untuk bahagian atasnya pula (jangan sampai pecah...hehee)
  5. Biarkan hingga kedua-dua bahagian betul-betul masak. Padamkan api, angkat dan potong-potong.
  6. Hidangkan dengan nasi putih panas-panas.

Friday, January 28, 2011

Telor Masak Kicap Lada Hitam

Teloooorrrr!!!!! Hahahaa...menu ala2 malas dah la jgk nih...tp cara masak bahannya xda la malas jugak....cuma malas nak pergi kedai beli bahan basah jek...lagi pun mmg tekak pun duk terasa-rasa nak makan telor je laaa....tanya kat hb n aiman ok ke lauk telor...hb kata ok sangat, asalkan jangan lauk beli...haiiihhh...so kena pandai2 la adjust bahan eh...jangan masak kicap biasa2...jangan sambal biasa2...iisshhh. So akak guna lada hitam, sesuai la dgn pengguna cili benggala tuh...hehee...Hb kata, nnt buat lg laaa...Aiman pun makan x angkat muka dah..duk sorong masuk molooottt jeee....Ha, gasak laaa....Buatpun 3 biji telor jek, xleh lebih2 laaa..kolesterol kang...hahaha, cukup lah tuk dinner kan...Okay sebelum tdo, jamu mata la yea....

TELOR MASAK KICAP LADA HITAM
Resepi: Ummi @ Home Sweet Home

Bahan:-
  • 3 biji telor
  • 1 labu bawang besar - hiris kasar
  • 2 ulas bawang putih - dihiris nipis
  • 2 cm halia - dihiris halus btg mancis
  • 1/4 sudu kecil lada hitam kisar
  • 1/4 sudu kecil serbuk lada sulah
  • 3 - 4 sudu besar kicap pekat ABC
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu besar sos cili
  • 1 - 2 sudu besar kicap masin
  • 1/2 biji lada benggala hijau - hiris memanjang
  • 1/2 biji lada benggala merah - hiris memanjang
  • 1 biji tomato - dibelah 6
  • sedikit garam (jka perlu)
  • sedikit air
  • minyak utk menumis
Cara-Cara:-
  1. Goreng dulu telor sebiji-sebiji berasingan (telor mata). Ketepikan.
  2. Dalam kuali, panaskan minyak dan tumis bawang besar, bawang putih dan halia hingga naik bau.
  3. Masukkan kicap pekat, sos tiram, kicap pekat, kicap masin, sos cili dan serbuk lada sulah. Masukkan sedikit air. Tambah garam jika perlu.
  4. Masak hingga mendidih dan masukkan telor yang digoreng tadi.
  5. Masukkan lada benggala dan diikuti buah tomato, masak dengan api sederhana hingga kuah menyerap dan sedikit pekat. (lada benggala n tomato jgn dibiar layu sangat)
  6. Tutup api dan hidangkan.
ok lah kan...setakat nak makan malam...hehe, janji panas2...mesti licin!

Friday, December 31, 2010

Brokoli Goreng Dengan Telor Hancur

Salam pagi jumaat yang mulia, selamat bercuti la kepada semua yeaa...ke ada yg kerja gak ni...tp kalau dah duk rumah mmg semacam jek kerja kan,kan...akak pun cuti ofis, keje kat rumah laa jugak..hehe...Malam tadi cadang nak masukkan entry ni...pagi ni nak letak entry lain, tp tenet mmg teruk tul...kejap dpt, lama putus...last2 akak malas nk tunggu, byk keje lain...Kebetulan sblm maghrib semalam ada jiran dekat rumah meninggal dunia disebabkan penyakit breast cancer yang dah ditanggung sejak 4 tahun lalu...jenazah dr hospital dibawa ke masjid berhampiran rumah akak untuk dimandi dan dikafankan sebelum dibawa balik ke Dungun, so akak n jiran dekat ni ke masjid la lepas maghrib semalam, kul 10 lbh baru akak balik...sedih jugak tengok anak arwah yg kecik tu baru tingkatan 1...tp itulah ketentuanNya...Al-Fatihah.

Xnak cakap banyak laa kan...jom makan brokoli yang bagus tuk kesihatan kan...sapa rajin nak baca kebaikan sayur ni, click kat Sini ...Ok, akak C n P sikit antara tips memasak sayur ni ialah:

Petikan dari http://www.nutrisari.co.id

Tips Seputar Brokoli1
Pilihlah brokoli yang berwarna hijau tua. Warna ini menunjukkan nilai nutrisi yang tinggi. Bunga brokoli yang berwarna hijau tua, atau agak keunguan mengandung lebih banyak beta-karoten dan vitamin C daripada yang warnanya lebih pucat. Pilihlah brokoli yang memiliki batang yang keras, karena batang yang bengkok atau terlihat lembek menunjukkan kualitas yang kurang bagus.
Cara terbaik menyiapkan brokoli untuk dikonsumsi adalah dengan mengukus, memasak dengan microwave atau ditumis dengan sedikit kaldu atau air. Cara ini lebih baik dibandingkan dengan merebus yang akan menghilangkan kandungan beberapa vitamin dan mineral.
Manfaat brokoli hadir dalam NutriSari Frut’ en Veg, kombinasi sari buah dan sayur dari wortel, brokoli, jeruk, anggur, jambu, dan apel, diperkaya klorofil dan serat inulin untuk membantu memenuhi kebutuhan buah dan sayur harian Anda.

BROKOLI GORENG DENGAN TELOR HANCUR
Resepi: Ummi @ Home Sweet Home

Bahan:-
  • 300 gm brokoli - potong ikut suka (asingkan bhg batang n kelopaknya)
  • 1 labu bawang besar - didadu
  • 3 ulas bawang putih - dicincang
  • 1/2 biji lada benggala merah - dibelah memanjang
  • 1/2 biji lada benggala kuning - dibelah memanjang
  • 1/2 batang lobak merah - dipotong ikut suka
  • 1 sudu besar kicap cair
  • 1 sudu kecil lada sulah
  • garam secukup rasa
  • sedikit minyak untuk menumis
Utk Scrambled Egg:
  • 3 - 4 biji telor - dipukul sikit
  • 2 biji bawang merah - dimayang
  • 1 tangkai cili merah/hijau - cincang halus
  • sedikit garam
Cara Memasak:-
  1. Campurkan bahan untuk scramble egg, panaskan minyak dalam non-stick pan dan tuangkan bahan telor. Biar kejap dan kacau goreng biar hancur dan telor masak. Angkat dan ketepikan.
  2. Tuang minyak dalam kuali yg sama dan tumis bawang besar dan bawang merah, kacau hingga kekuningan dan naik bau.
  3. Masukkan bahagian batangnya dulu, kacau sebentar, kemudian masukkan lobak merah dan brokoli (kelopaknya) diikuti dengan lada benggala.
  4. Masukkan kicap cair, lada sulah dan garam secukup rasa. Kacau.
  5. Akhir sekali, masukkan telor hancur tadi dan tutup api. Kacau-kacau biar bercampul rata. Angkat dan hidangkan.

Tuesday, December 21, 2010

Telor Dadar Udang Bermayonis

Salam.....layan menu ringkas malam kelmarin sebenarnya....lawan dgn cencalok dan lauk asam pedas...malam tadi x masak pun sebab family adik datang rumah bawak makanan punya la banyak...akak dah keluarkan ayam ingat nak masak, simpan semula ayam tuh..hehehe...so layan la telor dadar ni dulu eh.....gebussss jek letak mayonis... ^____^ tp ni bukan resepi Sheila Rusly, akak xda resepinya, main taram jek campur udang segala...lemak-lemak gitu...hahaha

TELOR DADAR UDANG BERMAYONIS
Resepi: Ummi @ Home Sweet Home

Bahan:-
  • 6 biji telor
  • 1 labu bawang besar - didadu kecil
  • 15 ekor udang sederhana - dikerat dua
  • 4 sudu besar mayonis asli
  • 3 sudu besar susu segar
  • 1 tangkai cili hijau - dicincang kasar
  • 1 tangkai cili merah - dicincang kasar
  • sedikit lada sulah
  • garam secukup rasa
  • sedikit minyak masak
Cara Memasak:-
  1. Pukul sikit telor dengan whisk dan campurkan kesemua bahan. Kacau sebati.
  2. Panaskan minyak dalam non-stick pan dan tuangkan adunan.
  3. Perlahankan api dan tutup kuali.....biarkan telor masak.
  4. Bila nampak permukaan atas sudah mula beku dan masak, angkat dan hidangkan. (# tak perlu terbalikkan telor).
sedap dan lemak...

Tuesday, December 14, 2010

Tofu Telor Masak Sambal Tomato Nenas

Salam...weeyy hujan-hujan ni kan, tapak kaki segan jek nak jejak simen dapur...tp kan, perut x reti nak segan2 berkeroncong...sampai turun lebat hujan..hahahaa...Nak pergi kedai pun rasa malas, so just masak jek stok apa yg ada...ni kira lauk musim NAK banjir laaa..hahahaa, macam Ikan Bilis Tumis Rendang Asam tu gak laaa (thanks to Hana n Nor yang sudi try resepi tu). Ya laa..kalau DAH banjir, kira buka tin sardin terus laa..xyah masak, tuang jek dlm bekas perah asam limau, hiris cili, bawang segala, gaul garam n gula secukup rasa...makan..kan kan....Okay ni x tau nak masak apa gak dah....layaaan la tofu telor kegemaran anak2 nih....

TOFU TELOR SAMBAL PEDAS TOMATO NENAS
Resepi: Ummi @ Home Sweet Home

Bahan:-
  • 3 paket tofu telor (telor jepun)
  • 4 sudu besar cili kisar
  • 1 labu bawang besar - didadu halus
  • 2 ulas bawang putih - dicincang
  • 2 biji tomato (saiz sedang) - dikisar dengan 1/4 cawan air
  • 2 sudu besar sos cili
  • 1/4 biji nenas - dihiris kecil-kecil
  • garam dan gula secukup rasa
  • 1 biji tomato - dipotong baji 6 bhg.
  • minyak masak
Cara Memasak:-
  1. Potong tofu kepada 1 inci tebal. Panaskan 1/3 cawan minyak dalam non-stick pan dan goreng hingga berkulit. Angkat dan toskan minyaknya. Ketepikan.
  2. Buangkan sedikit minyak, dan tinggalkan lebih kurang 3 - 4 sudu besar minyak tersebut dan tumis bawang besar dan bawang putih hingga naik bau dan kekuningan.
  3. Masukkan cili kering kisar, masak dengan api sederhana hingga pecah minyak.
  4. Masukkan tomato kisar dan kacau-kacau sebentar.
  5. Tambah garam dan gula secukup rasa.
  6. Masukkan nenas dan biarkan lembut sedikit.
  7. Masukkan potongan tomato dan tofu, kacau balik perlahan-lahan biar mesra sekejap sahaja.
  8. Tutup api dan hidangkan dengan nasi putih.

Wednesday, September 29, 2010

Tofu Telor Bersos Lada Hitam

Ha ni lauk ala2 nak jauhkan diri dari ayam n daging jugak ni...rasanya mcm muak dah tengok ayam n daging tu...ni lauk sempoii wat berbuka jugak minggu lepas, Lupa nak letak entry ni..hehe, sampai dah pergi Sedenak, balik Sedenak baru perasan....masak campak2 aje laaa, nak senang kan..apapun still mengikut citarasa tekak dan pastinya licin kena ratah...hehee..

TOFU TELOR BERSOS LADA HITAM

Bahan:-
  • 3 bungkus tofu telor (telor jepun) - potong 1 inci tebal
  • 1 labu bawang besar - potong dadu
  • 3 ulas bawang putih - dicincang
  • 5 tangkai cili padi - diketuk
  • 1/2 batang timun - dipotong dadu
  • 8 biji cendawan butang - dibelah 4
  • 1/2 biji lada benggala kuning n hijau - didadu
  • 2 sudu besar sos lada hitam
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu besar kicap cair
  • 1 sudu besar sos cili
  • sedikit air
  • garam dan gula secukup rasa
  • minyak untuk memasak
Cara Memasak:-
  1. Sediakan non-stick pan dan tuangkan minyak untuk menggoreng tofu telor. Goreng dan balikkan hingga tofu kelihatan masak berkulit. Angkat dan ketepikan.
  2. Tinggalkan minyak lebihkurang 3 sudu besar di dalam pan dan tumiskan bawang besar, bawang putih dan cili padi. Kacau.
  3. Masukkan cendawan butang dan masak sebentar.
  4. Masukkan semua sos2 dan sedikit air. Masukkan garam dan gula secukup rasa
  5. Masukkan cili benggala dan timun. Kacau.
  6. Akhir sekali masukkan tofu telor dan kacau balik perlahan-lahan biar bahan sebati dan meresap. Masak sekejap.
  7. Seimbangkan rasa, tutup api dan hidangkan.