Saturday, January 31, 2009

Nasi Goreng Tomyam

Hidangan tengahari ni...tengoklah...simple aje masak...angin M tu laaa...hehe...Apapun laku makan dengan kentang kat bawah tu....Resepi dari kak Hanieliza nih...time kaciiihh kak Liza..tp satu bahan Ummi lupa nak masukkan, u all perasan tak? Telor..!! Terlupa betul lah! Apapun x menjejaskan, tetap sedap..Maleh pulak nk wat scramble egg...takpun boleh gak gaul dengan nasi tuh! Namapun dah malas kannn...hehe

Bahan:-
  • 2 mangkuk nasi
  • 100 gm udang (buang kulit)
  • 100 gm sotong (potong kecil)
  • 100 gm isi ayam (hiris nipis)
  • 100 gm carrot (potong dadu - ummi potong memanjang)
  • 100 gm kobis (hiris)
  • 1 biji telor
  • daun ketumbar (racik)
  • cili padi (ditumbuk sedikit) ummi letak 10 biji)
  • minyak
  • garam secukup rasa

Bahan Sos Tomyam (Dikisar):-

  • 10 tangkai cili kering
  • 1 batang serai
  • 2 ulas bawang putih
  • 3 ulas bawang merah
  • 1 sudu besar udang kering

Cara Memasak:-

  1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan sos tomyam hingga wangi.
  2. Masukkan ayam dan carrot. Kacau rata hingga ayam masak.
  3. Masukkan udang, sotong, kobis dan cili padi. Kacau rata.
  4. Masukkan nasi dan kacau rata.
  5. Pecahkan telor dan kacau rata bersama semua bahan.
  6. Rasakan garam dan tutup api.
  7. Taburkan daun ketumbar dan gaulkan sekali lagi. Hidangkan.

Kentang Goreng Bertelor

Hari ni memang masak yang simple sungguh...nak yang cepat, simple dan pastinya sedap..dan seharusnya liciinnnn...hehe...Resepi dari Diana ni memang x menghampakan..thanks D.

Bahan:-
  • 6 biji kentang, kupas kulit dan potong wedges
  • 4 biji bawang besar - dihiris bulat (ummi letak 3 biji jek)
  • 3 biji telor
  • 3 sudu makan serbuk lada putih (ummi letak 2 1/2 sudu je)
  • Garam secukup rasa
  • Serbuk perasa jika suka
  • Minyak untuk menggoreng

Cara Memasak:-

  1. Panaskan minyak dalam kuali, goreng kentang yang dipotong wedges sehingga masak. Angkat dan toskan.
  2. Kurangkan minyak dalam kuali, masukkan bawang besar dan goreng hingga layu dan bangkit baunya.
  3. Masukkan garam , serbuk lada putih dan serbuk perasa. Gaul rata.
  4. Pecahkan telor dan masukkan ke dalam kuali.
  5. Masukkan kentang dan gaul rata.
  6. Angkat dan hidangkan.

Good Old Fashioned Pancake

Ni sarapan pagi tadi...ada sikit angin M lagi pagi ni..hehe..nak kena warming-up dulu..Resepi asal dari Allrecipes.com tapi Ummi ceduk dari dapur Jeni nih...Thanks ya Jeni, katanya antara resepi terlaris di Allrecipe..memang lembut dan sedap!!!
Bahan:-
  • 1 1/2 cawan tepung
  • 3 1/2 sudu teh baking powder
  • 1 sudu teh garam (Ummi pn letak 1/2 sudu teh je)
  • 1 sudu besar gula (Ummi letak 2 sudu besar)
  • 1 1/4 cawan susu segar (Ummi letak 1 3/4 cawan jg sebab Jeni kata sukatan asal pekat sangat adunannya)
  • 1 biji telor
  • 3 sudu besar mentega - dicairkan
  • 1 sudu teh esen vanila

Cara Membuat:-

  1. Ayak tepung, baking powder, garam dan gula. (Ummi ayak tepung n baking je, garam dan gula letak kemudian semasa mengadun)
  2. Buat lubang di tengah-tengah tepung dan tuangkan susu, telor dan mentega cair.
  3. Kacau hingga semuanya sebati.
  4. Panaskan pan atas api sederhana. Pastikan pan sudah betul-betul panas dan tuangkan 1 senduk adunan atau sebesar mana yang mahu.
  5. Lapisan atas akan berlubang-lubang semasa dimasak.
  6. Bila dilihat adunan bawah sudah kuning keemasan, terbalikkan pancake. Biar seketika dan angkat.
  7. Hidangkan dengan pancake syrup atau apa2 jem kegemaran.

Mee Bakso

Baru ni balik kampung Ummi n hubby pergi ke Pasar Malam (hari Rabu)..pastu ternampak lak orang jual mee kuning ni...homemade punya..Ummi beli 4 bungkus - 2 bungkus bg emak, 2 bungkus lagi untuk Ummi bawak balik Kuantan. So malam tadi Ummi masaklah mee kuning tu wat Mee Bakso...sedap homemade mee tu..cakap dgn hubby kan best kalau dapat makan mee orang Bumiputra kita yang buat kan..nak buat sendiri malas..hehe..masalahnya kalau Ummi balik kampung pun selalunya weekend, tak kena hari la pulak..kena pesan dengan abah la kalau nak..aiissh malas nak menyusahkan abah..Resepi cilok dari dapur Brother Rozzan ni, waaahh terangkat betul bila makan dengan sambal kicap cili padi!!! Kena je dengan tekak...Kebetulan semua anak2 ada, abanglong pun balik lagi semalam...emmm semua puji...terimakasih lah kat BR sebab share resepi ni..

Bahan (A):- dicelur sebentar
  • 1 1/2 kg mee kuning
  • secukup sayur kobis (dihiris)
  • secukup sayur sawi (potong ikut suka)
  • secukup lobak merah (dihiris nipis)

Bahan (B):- untuk stok/sup

  • * 1 bij bawang besar/6 ulas bawang merah
  • * 4 - 6 biji bawang putih
  • * 2 cm halia - (bahan bertanda (*) dikisar/tumbuk halus)
  • 1 ibu jari lengkuas - dititik
  • 1 batang serai - dititik
  • 1 sudu teh lada hitam (ditumbuk kasar)
  • 1/2 sduu teh lada putih
  • sedikit cengkih, pelaga dan kulit kayu manis
  • 1 kiub pati daging lembut
  • 2 liter air
  • garam secukup rasa
  • sedikit minyak untuk menumis
  • 500 gm bebola daging lembu
Cara Memasak:-
  1. Panaskan minyak dalam periuk dan tumiskan bahan kisar, serai, lengkuas, cengkih, pelaga dan kulit kayu manis. Tumis hingga garing.
  2. Masukkan air, kiub pati daging lembu dan juga bebola daging tadi. Kacau sebentar dan pastikan kiub pati lembu larut.
  3. Kemudian masukkan lada hitam, lada putih dan garam. Biarkan kuahnya mendidih. Matikan api.

Cara Menghidangkan Mee Bakso:-

  1. Bubuh mee ke dalam mangkuk. Letakkan sedikit kesemua sayuran yang dicelur.
  2. Kemudian tuangkan kuah/sup tadi dan susun bebola daging.
  3. Akhir sekali taburkan bawang goreng ke atasnya.

(Mee ini sedap dihidangkan dengan sambal cili padi. Atau boleh juga diletakkan sedikit sos tomato dan sos cili semasa hendak makan)

Sambal Cili Padi (sukatan campak2 je):-

  • 1 paket cili padi (-+ 15 biji)
  • 2 ulas bawang putih
  • kicap manis
  • kicap cair (ummi tambah ni)
  • gula
  • jus limau kasturi/cuka

( Tumbuk cili padi bersama bawang putih, masukkan kicap, garam, gula dan cuka/jus limau. Sesuaikan rasanya).

Ni lah rupa mee kuning tu..tanpa pengawet dan boleh la tahan 1 minggu disimpan dalam fridge

Thursday, January 29, 2009

Kek Pisang Ala English Style

Ummi buat kek dari resepi Yatt ni minggu lepas dah untuk bawak pergi rumah adik..tapi x sempat lah nk letak resepi masa tu..Aleh-aleh balik, tengok dah ramai yang buat kek ni..hehe..kuat tul angin dari Finland ni..hehe....Sedap, gebusss dan aromanya masa dibakar...enak sekali!!! Thanks Yatt..muaahhh!! Akak ikut cakap Yatt la tentang tepung tu...guna 90 gm tepung kek dan 90 gm tepung gandum..Akak buat dua kali ganda adunan asal ni hehe...
Bahan:- (loyang 8 x 8 inci untuk 2x adunan)
  • *90 gm tepung naik sendiri (tepung kek)
  • *90 gm tepung gandum
  • *2 sudu kecil baking powder (ummi letak 1 sudu kecil je)
  • *1 sudu kecil soda bikarbonat (bahan (*) diayak bersama)
  • 3 sudu besar gula kastor
  • 2 sudu besar gula merah (brown sugar)
  • 1 biji telor
  • 3 biji pisang - dilecek (ummi guna pisang berangan)
  • 2 biji pisang - isinya dipotong bulat2 nipis
  • sedikit serbuk kayu manis
Cara Menyediakan:-
  1. Pukul butter dan gula kastor hingga kembang.
  2. Masukkan gula merah dan pukul lagi.
  3. Kemudian masukkan telor dan pisang yang telah dilecek tadi. Kacau sebati.
  4. Akhir sekali masukkan tepung yang telah diayak bersama soda dan baking powder. Kacau rata.
  5. Masukkan ke dalam loyang, susun pisang yang dihiris tadi.
  6. Taburkan sedikit serbuk kulit kayu manis.
  7. Bakar selama 45 minit (Ummi bakar 40 minit saja pada suhu 175C)
  8. Setelah masak, keluarkan dari oven dan cepat-cepat taburkan sedikit gula pasir di atas kek. Biarkan sejuk baru dipotong.

Brownies


Buat last week gak untuk bawak ke KL..jamu mata je la yaa..Resepi Kak Hanieliza ni Ummi ceduk dari dapur Mamafami. Apapun liciiiinnn..
Bahan A:-
  • 1 cawan susu cair (Ummi letak susu segar)
  • 1 cawan butter yang dicairkan
  • 1 cawan air panas
  • 2 cawan gula perang

Bahan B:- (diadun sebati)

  • 2 biji telor (gred B)
  • 1 sudu teh esen vanila

Bahan C:- (diayak)

  • 2 cawan tepung
  • 1 cawan serbuk koko
  • 1 sudu teh baking powder
  • 1 sudu teh soda bikarbonat (ummi pun letak 1/2 sudu je)
Cara Membuat:-
  1. Pre-heat oven pada suhu 175 C selama 10 minit.
  2. Sebatikan semua bahan A.
  3. Tuangkan pula bahan B dan kacau.
  4. Masukkan bahan C dan kacau hingga sebati.
  5. Alaskan loyang 10 x 10 inci dengan kertas minyak dan tuangkan adunan ke dalam tin.
  6. Bakar selama 40 - 45 minit.
  7. Sejukkan dan tuangkan bahan topping di atasnya. Biarkan sebentar sebelum dipotong kecil-kecil.

Chocolate Topping:-

  • 250 gm cooking chocolate
  • 1 sudu besar butter
  • 1 sudu teh susu cair (fresh milk)

Cara Menyediakan:-

  1. Cairkan cooking chocolate dengan kaedah double-boil.
  2. Kemudian masukkan butter dan kacau sebati.
  3. Masukkan susu cair dan kacau. Sedia untuk digunakan.

Bingka Telor

Buat ni last week sebelum bercuti ke Kuala Lumpur. Resepi Ummi ceduk dari Joayee kat MyResipi tu. Dah pernah buat banyak kali jugak dulu-dulu..seeeedddaaappp!!! Thanks Jo..sebelum balik ke Temerloh, Ummi bakar lagi kuih ni kat rumah adik untuk tinggalkan untuk family adik Ummi kat sana..diaorang suka sangat...

Saturday, January 24, 2009

Cuti-Cuti Jenjalan dan Balik Kampung




Ni keje akak dari malam tadi n pagi ni - masak2 untuk bawak makan ramai-ramai dengan my family nanti..Sumenya fresh n panas2 lagi dari oven..hehe..Resepi later k..

Salam sejahtera semua...Sempena Chinese New Year ni akak bercuti agak lama jugak memandangkan anak-anak semua pun ada dan ajak jenjalan la pulak...Hari ni nak pergi KL la kejap, anak2 akak 2 orang ada kat sana dah seminggu dah..kena pinjam dengan mak sedara kejap..hehe..Dari KL nnt singgah kampung jap kat Temerloh...maybe next Thursday baru balik Kuantan, insyaAllah...

Kepada semua, selamat bercuti jugak la yaa...Pesan kat cik abang sebelah yang drive tu, berhati-hatilah yaa...semoga semuanya selamat sampai ke destinasi. Kepada yang sentiasa dan tidak jemu menjenguk dapur akak ni, terima kasih dan akak mintak maaf lah ya, sesekali gantung periuk belanga lama sikit, kasi berehat pulak..hehe...K, c u then...

Friday, January 23, 2009

Ikan Berlado Maklang


Lauk dinner malam tadi jugak ni...nak menghabiskan jugak sekeping lagi ikan merah dalam fridge tu..Resepi asal Maklang ni menggunakan ikan selar, tp Ummi nak sangat merasa sebab baca bahannya pun dah terasa-rasa je sedap...K nak bagitau..sempoiii tapi memang power...best n killer!! Betuiii..x caya try laaa..Aiman pun cakap sedap u!!..Thanks to Maklang..
Bahan:-
  • Ikan selar (x dinyatakan berapa ekor, 3 ekor leh kot) (ummi guna 1 keping ikan merah agak besar)
  • 2 helai daun limau purut
  • sedikit garam dan gula

Bahan Dikisar:-

  • 5 biji cili merah
  • 4 biji cili padi (ummi letak 6 biji)
  • 3 x 3 in belacan - dibakar sedikit
  • 1 biji bawang besar
  • 1 biji tomato sederhana besar

Cara Memasak:-
  1. Ikan dibersihkan dan dilumurkan dengan sedikit garam dan kunyit. Goreng sehingga garing. Angkat dan toskan.
  2. Tumis bahan-bahan kisar sehingga naik minyak.
  3. Masukkan garam dan gula serta daun limau purut.
  4. Masukkan ikan tadi dan digaul rata dengan sambalnya.
  5. Biarkan sebentar supaya sambal meresapi ke dalam ikan. Tutup api dan hidangkan.

Spicy Buttered Prawn

Menu malam tadi...Nak menghabiskan udang dalam fridge tu..actly nak masak malam kelmarin, tapi hubby dah tapau rojak, so kena masak gak la malam ni...nnt CNY nak jenjalan la pulak..hehe. Ni resepi asalnya ya..dari Mesra.net.


Bahan:-
  • 1 kg. udang besar/udang galah (ummi guna udang sederhana besar)
  • 1 biji cili merah (dihiris serong)
  • 12 - 15 biji cili padi (dihiris serong)
  • 4 labu bawang besar (dihiris) - Ummi letak 2 labu je
  • 2 ulas bawang putih (dihiris)
  • 1 buku mentega
  • 2 tangkai daun kari
  • 1 biji tomato saiz sederhana (potong dadu)
  • 1 biji telor
  • 2 sudu makan susu tepung
  • sedikit serbuk kunyit
  • sedikit garam

Cara Memasak:-
  1. Udang dibersihkan, dipotong separuh bahagian kepala. Kulitnya jangan dibuang. Basuh dan toskan.
  2. Lumur bersama kunyit dan garam, biarkan seketika.
  3. Panaskan mentega dalam kuali dan goreng udang tersebut hingga garing kekuningan (pastikan benar2 garing). Angkat dan ketepikan.
  4. Dengan menggunakan baki mentega tadi, tumiskan bawang besar, goreng seketika hingga garing.
  5. Masukkan pula bawang putih, cili merah dan cili padi bersama daun kari. Goreng hingga naik bau.
  6. Masukkan tomato dan kacau seketika.
  7. Masukkan udang tadi dan gaul rata.
  8. Masukkan telor dan gaul kembali dengan cepat sehingga menyelaputi kesemua udang.
  9. Taburkan susu tepung dan gaul sekejap.
  10. Angkat dan hidangkan bersama nasi panas atau nasi beriani.

Rojak Gelora - Nostalgia Ex-ITMPhg (BUDIMAN)

Aiman makan Rojak Ayam ni...

Ummi n hubby pekena Rojak Mee ni...
Ni menu makan malam kelmarin sebenarnya. Hubby pergi hantar kereta kat bengkel area Kampung Selamat Kuantan ni...pastu dia terus pergi kat gerai rojak ni di Taman Gelora, tapau untuk kitaorang sekali...baiknya hubby..Mungkin dia teringat pasal Sabtu lepas Ummi n family (kebetulan semua ada balik bercuti) datang ke gerai ni nak makan rojak ni..tutup la pulak...dah lama sesangat x pekena....Kuahnya memang sedap, paling sedap yang Ummi pernah makan di Kuantan ni laaa..asal tuan gerai ni adalah orang Kelantan...Biasanya gerai ni ditutup pada hari Jumaat. Tapi Abanglong n Najiha dah pergi KL isnin lepas, Najwa belum cuti lg..now tinggal Ummi, hb n Aiman je laaa...
Rojak Ayam Taman Gelora ni memang femes kepada ITM (now Uitm) Pahang students (BUDIMAN) zaman Ummi dulu (sekitar tahun 1985 - 1988), kira pelanggan tetap kedai ni memang kebanyakkannya budak2 ITM la, x kira la fulltime student ke, out campus ke...dulu kira mahaiii gak laa..RM2.50 sepinggan, now dah RM5.00 rasanya (lupa lak nk tnya hubby semalam). Lagi la mahaiiii..Now kiranya geng BUDIMAN yang luar dari Kuantan mesti rindukan rojak ni...for sure!!!!! Kan, kan...Jadi Ummi nak mintak maaflah kalau ada geng-geng BUDIMAN yang jenguk blog Ummi ni, tangkap leleh pulak...siannyaa....xpa, xpa, nnt datang Kuantan bagitau eh, Ummi belanja k, insyaAllah..

Wednesday, January 21, 2009

Kek Marble Susu (Milky Marble Cake)

Tempohari Ummi penah cakap malas dah nak selalu wat kek sebab takut Ummi yang terlebih makan dan terlebih inci..hehe, tapi bila anak2 ada ni, kena lah jugak menunaikan permintaan, nak kata rajin ke, kesian kat diaorang ke, sama banyak la kot..hehe..Buat kek ni malam kelmarin sebelum Abanglong dengan Najiha pergi Gombak petang semalam naik bas..Ya lah, Najiha tu duk tunggu result Ummi tengok cam boring jek duk rumah..Nanti dah start belajar driving, xleh sangatlah jenjalan..Najiha dengan Amirul ni memang suka sangat2 apa2 cake or dessert or anything that contains chocolate...uiihhh, pantang ada kat rumah ni..laku jek! Kadang2 beli oreo biscuits pun kalu x pesan Ummi nak guna, siaplah..balik keje tengok dah luak dah,hehee..Eh panjang lak celoteh..Kek ni siap je, diaorang tanya dah boleh makan ke x..

Resepi asal dari Chef Norzailina dan credit to Mamafami yang share this recipe..thanks Mama!

Ingredients:-
  • 250 gm butter
  • 230 gm castor sugar
  • 2 teaspoons ovalette
  • 4 eggs
  • 270 gm superfine flour
  • 1 teaspoon baking powder
  • 60 gm condensed milk
  • 2 tablespoons cocoa powder
  • 2 tablespoons fresh milk or evaporated milk (I used evaporated milk)
  • 1 teaspoon chocolate paste or chocolate emulco
Method:-

  1. Sift superfine flour and baking powder. Set aside.
  2. Cream butter, castor sugar and ovalette till light and fluffy.
  3. Add eggs, one at a time, beating well after each addition.
  4. Fold in the sifted ingredients. Add in condensed milk.
  5. Divide the batter into 2 portions. Leave one as it is. Add in cocoa powder, fresh milk and chocolate paste to the other portion.
  6. Scoop 2 tablespoons of plain mixture onto the centre of a well-greased and floured cake tin.
  7. Scoop 2 tablespoons of cocoa mixture on top of the plain mixture. Repeat till finish.
  8. Bake in a pre-heated oven at 180C for 40 - 45 minutes.

Bun Pandan Kismis

Teruja tengok bun ni kat dapur Mat Gebu...terbau-bau je aroma pandan tu dari Kulai sampai ke Kuantan..tu la pasaiii..mesti buat..hehe, menguli malam kelmarin..memang gebuus dan lembut..wat sarapan pagi. Sedap banget!!! Terima kasih la Mat, ni nak kopipes je ya..mintak halal ya Mat..panjang sangat, mata akak ni dah nak terkatup layu dah ni..hehe

BAHAN-BAHANNYA :-
  • 300 g tepung roti
  • 2 camca teh instat yeast
  • 45 g gula halus
  • 1/2 camca teh bread softner
  • 1/2 camca teh bread improver
  • 1/2 camca teh garam
  • 1/2 camca besar susu tepung
  • 1/2 biji telur (1 biji telur dipukul sedikit dan ambil 1/2 bahagian)
  • 60 ml santan (mat guna susu cair)
  • 1/2 camca besar pandan paste
  • 105 ml air
  • 20 g lemak sayur (shortening)
  • 130 g kismis
  • Sedikit mentega untuk disapu

CARA MEMBUATNYA :-

  1. Gaul tepung, yeast, gula, garam, bread improver/softerner dan susu tepung hingga sebati.
  2. Masukkan telur, santan@susu cair, pandan paste dan air. Gaul rata hingga menjadi doh.
  3. Tambah lemak sayur sambil terus menguli hingga menjadi doh yang lembut dan kenyal.
  4. Masukkan kismis dan uli lagi hingga rata.
  5. Bulat2kan doh, letak dalam bekas yang telah dilenser sedikit mentega. Tutup dengan plastik cling atau kitchen towel. Biar 1 jam hingga doh naik sekali ganda.
  6. Keluarkan doh. Tumbuk untuk membuang udara dan uli sekejap.
  7. Bahagikan doh kepada 14 bahagian yang sama besar (kurang lebih 50 g satu bahagian).
  8. Bulat2kan doh dan letak dalam loyang sesuai yang telah disapu sedikit mentega.
  9. Perap 45 minit hingga roti naik.
  10. Bakar dalam oven pada suhu 175C selama 25 minit atau hingga masak. Bergantung pada oven masing. (*ummi set 18 - 20 minit saja)
  11. Sapu mentega pada permukaan roti sejurus dikeluarkan dari oven...

KAEDAH LAIN :-

Masukkan semua bahan2 diatas kecuali mentega, ke dalam breadmaker, pilih setting untuk doh dan tekan "on", tunggu hingga siap dan seterusnya lakukan seperti langkah no. 3 dan 4....

Tag Dari Diyana

Ni nak menyiapkan tag dari Diyana yang duk di NZ sana..nanti lambat-lambat susah, Ummi takut terlupa lak..

Do you think you are hot??
Hah?? No, not really but sometimes i think..wahaha

Upload a pic of you
Here is a pic of me n my beloved ones!!
Why do u you like this picture?
I think you know why..Isn't it? This picture was taken last 2 years during Aidilfitri. Akak suka gambar ni, cantik tema kitaorang tahun tu, pink n maroon...at hubby's hometown...menghadap sungai laman rumah ni tau..Gambar ni jugak akak guna semasa mula2 create blog ni..Kalau x caya cuba scroll.. :D

When was the last time you eat pizza?
Haha...baru je lagi, last two weeks i think! Homemade pizza..hasil tangan Ummi laa..

The last song you listen to?
Aku dan Dirimu by Ari Lasso and BCL..kat blog akak tu laa..

What are you doing rite now beside doing this?
Oohh..tunggu kuih bakar masak dalam oven tuh! Hahaa..siap je japg, nak tdo laa..

What name you prefer besides yours?

Emmm..ntah laa..banyak kot..in fact, my mom pernah bagi nama Suriani kat Ummi...suka jugak nama tu..tapi my grandparents mintak sangat pulak letak nama sekarang ni sebab diaorang dulu peminat penyanyi Arab tu..hahaah!! Well, rasanya nama sekarang pun baik2 saja maknanya..

People to tagged?

Who is no. 1 ?
Dayang ni taukeh kek lapis sarawak. Kek2 lapis dia yang paling sedap Ummi penah rasa. Memang pure!!! I've met her already...very sincere person.

Who is no. 3?
Noreen - Ummi selalu chat dengan dia..kebetulan kami ada banyak hal yang nak diperkatakan..hahaa..pinggan mangkuk, kenalan dia yang Ummi kenal. Ummi suka explore dapur dia, banyak resepi canggih yang boleh diselongkar..hehe

Say something about no. 4.
Yatt - asal kenal dia di Dubai, now dah pindah ke Finland. Selalu sangat2 YM dengan Yatt ni, seorang isteri yang penyabar. Mula-mula masuk blog dia, Ummi dah terpikat kat gambar-gambar makanan yang dia ambil, cantikk...termasuk pinggan-mangkuk dia..(*haha..sah-sah Ummi ni tengah minat giler kat diningwares)

Who is no. 2?
Jun - A very special one who'd encouraged me to create this blog. Dulu-dulu suka sangat masuk blog dia..sekarang pun mesti jenguk, hari2. Dia memang tangkas di dapur...rajin keluarkan menu-menu baru..ish ish..x tercapai akal ku..Jun, Jun..Kalu jumpa, mesti dapat je buah tangan dari dia..Dia juga isteri kepada suami yang juga geng BUDIMAN (ex-ITM Pahang) sama Ummi.

Okayyyy Diyana???? Harap puas hati eh!!

Tuesday, January 20, 2009

Ikan Masak Beriani

Lauk malam tadi sebenarnya, x sempat nak posting awal hari ni...Resepi ceduk dari resepi.mesra.net...Sempoi je nak masak ni...tu la yang Ummi suka..hehe, janji semua dalam rumah ni kenyang..Najiha kata sedap dan patutlah masa masak dia bau ala-ala beriani..igt Ummi masak nasi beriani ke apa ke..hehe..rupanya ikan beriani..cuma ikannya ummi tukar bawal dan masak half dari bahan asal. Ni resepi asal ya.


Bahan:-
  • 1 ekor ikan tenggiri (ummi tukar bawal)
  • 5 biji tomato - belah 4 setiap satu
  • 1 cawan air
  • 1 camca besar rempah ikan
  • 2 camca besar rempah beriani
  • 3 biji bawang besari - dihiris dan digoreng kekuningan
  • garam dan gula secukup rasa
  • Minyak untuk menggoreng dan menumis

Bahan Kisar:-

  • 2 cm halia
  • 3 ulas bawang putih
  • 4 tangkai cili merah
  • 2 tangkai cili hijau (ummi guna cili merah semua)

Cara Memasak:-
  1. Ikan dibersihkan, dilumur sedikit garam dan serbuk kunyit. Goreng setengah masak. Angkat dan ketepikan.
  2. Panaskan 3 sudu besar minyak dan tumis bahan kisar. Kacau sebentar.
  3. Masukkan tomato, rempah ikan, rempah beriani dan air.
  4. Masukkan garam dan gula secukup rasa.
  5. Masukkan bawang goreng dan masak sebentar.
  6. Akhir sekali masukkan ikan dan gaul rata. Angkat untuk dihidangkan.

Agar-Agar Santan

Actually Ummi ni macam nak kena selsema je hari minggu baru ni, perit tekak dan kepala rasa cam biul semacam jek :D ..So Ummi buatlah dessert paling senang dalam dunia ni untuk basah-basahkan tekak petang-petang...Agaknya banyak makan limau free kat ofis tu..hehe, sampai sakit tekak..wahahaa..nak menyalahkan limau la pulak!
Bahan:-
  • 25 gm agar-agar tali (dalam paket)
  • 1150 ml air
  • 2 paket santan serbuk + 750 ml air (dibancuh jadi santan pekat)
  • 1 1/2 cawan gula pasir
  • 1 biji kuning telor
  • 2 helai daun pandan (disimpul)/perisa pandan
  • beberapa titis pewarna hijau
  • 1/2 sudu kecil garam
Cara-Cara:-
  1. Basuh agar-agar dan jerangkan bersama air hingga mendidih.
  2. Pastikan agar-agar benar-benar larut, masukkan gula, daun pandan dan pewarna hijau. Sederhanakan api dan masak lagi hingga gula larut.
  3. Sementara itu kacau santan, garam dan telor hingga sebati. Tuangkan ke dalam periuk.
  4. Kacau selalu santan dengan api sederhana hingga nampak santan berbintil-bintil (naik jadi lumut gitu).
  5. Tuangkan ke dalam loyang yang telah dibasahkan terlebih dahulu. Sejukkan sebentar di luar barulah dimasukkan ke dalam peti sejuk.

Sandwich Tuna Telor


Buat ni untuk bekal anak Ummi pagi semalam...maknya pun tumpang bawak bekal ke ofis..hehee...sedap eh kalau wat sandwich taruk macam2 kat dalam...tuna, telor, salad, tomato, timun, mayonis segala..kenyang betul..jamu mata je la ya..

Sunday, January 18, 2009

Kuih Lapis Pelangi

Biasalah bila cuti-cuti ni adalah masa sikit nak try lebih sikit resepi, especially kuih-kuih kaann...Satu lagi resepi dari buku Kak Hanieliza...eemmm sedapnya tekak dapat kuih lapis kukus camni...memang favourite Ummi la ni..hehe..Ni je lah baki yang tinggal, x sempat nak snap gambar dah kena serbu dulu kuih ni..hehe
Bahan: (loyang bulat 7 inci)
  • 2 cawan santan pekat
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1/2 cawan gula pasir
  • 2 sudu makan tepung beras
  • 2 sudu makan tepung kastad
  • 1 sudu teh garam
  • pewarna merah, hijau, kuning & ungu (ummi xda ungu, tukar biru ngeee..)
Cara Menyediakan:-
  1. Gaulkan kesemua bahan di atas hingga sebati. Tapiskan. Kemudian bahagian adunan kepada 4 bahagian.
  2. Masukkan pewarna merah ke dalam setiap bahagian secara berasingan.
  3. Panaskan kukusan dan masukkan 1 senduk adunan merah ke dalam loyang dan kukus selama 5 minit.
  4. Kemudian lapiskan satu senduk adunan hijau dan kukus semula selama 5 minit juga.
  5. Diikuti dengan lapisan warna biru dan seterusnya warna kuning.
  6. Buatlah secara berselang seli hingga habis.
  7. Kukuslah hingga kuih masak. (adunan akhir sekali Ummi biarkan kukus selama 15 minit)

(Pesanan Kak Liza: Setiap kuih lapis dan talam yang menggunakan santan, hendaklah dijerang santan anggaran suam sebelum dituangkan ke dalam adunan)

Pulut Kelapa Dengan Ikan Masin


Ni sarapan pagi semalam...aritu ronda kat dapur sapa ntah, ternampak pulut camni..lagipun memang favourite hubby pun...tapi untuk anak-anak Ummi buatkan sambal ikan bilis...pulut tu Ummi kukus cam bese lah..lebih enak!

Ikan Goreng Tempoyak

Lauk malam kelmarin ni...jalan-jalan kat MyRecipe duk intai nak masak apa lah ikan kerisi kat fridge tuh..aleh-aleh terpikat dengan resepi Mat Gebu ni..tengok campuran bahan tu pun dah terbayang mesti hubby Ummi akan makan hingga menjilat jari...memang sah!! Hehe..cuma Ummi xda belimbing, puas dah cari merata kedai/supermarket kat area rumah ni xda, jadi tukar letak nenas..ok jugak! Masa masak tu, hubby datang dapur kata bau tempoyak tu..uiiihh menusuk hidung dia..hehe..Thanks Mat..
Bahan:- (ummi masak half dari resepi ni)
  • 4 ekor ikan kembung hijau (ummi guna kerisi)
  • 2 batang serai - dititik
  • 1 kuntum bunga kantan - dibelah dua
  • 1 biji bawang besar - dihiris kasar
  • 7 biji belimbing buluh - dibelah dua setiap biji
  • 1/2 cawan isi petai - belah dua
  • 1 biji limau kasturi - diperah jusnya
  • Garam dan gula secukup rasa

Bahan Dikisar Halus:-

  • 25 biji cili padi
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 camca besar tempoyak
  • 1 inci kunyit hidup

Cara Memasak:-

  1. Siang dan bersikan ikan, lumur dengan sedikit garam dan kunyit dan goreng lembab (tak terlampau garing). Ketepikan.
  2. Panaskan minyak lebih kurang 3 camca besar, tumis bahan-bahan kisar dan serai hingga wangi. Gunakan api sederhana. Bila sudah pecah minyak, masukkan petai. Gaul rata dan masukkan 1 cawan air. Biarkan mendidih.
  3. Kemudian masukkan bahan-bahan lain kecuali ikan dan seimbangkan rasa garam dan gulanya. Tuangkan jus limau kasturi. Kacau mesra.
  4. Akhir sekali, masukkan ikan goreng tadi dan gaul dengan kuah dan bahan-bahan lain hingga menyelaputi ikan. Masak seminita dua hingga kuah pekat sedikit.
  5. Angkat dan hidangkan bersama nasi hangat...Besttt!!

Friday, January 16, 2009

Jewel Cake

Well, another cake again...!! Konon xnak buat kek dah bila badan dah tembam ni...tapi bila tengok je resepi dari buku Angela Nilsen dan Sarah Maxwell dalam koleksi Ummi ni..rasanya teringin pulak lak nk buat...haiiihhhh!! Ni nak kena translate pulak laa..Ummi buat ikut mana bahan yang ada je..adjust mana patut..memang lembut gebu..!!
Bahan:-
  • 115 gm (1/2 cawan) campuran ceri (ummi guna merah & hijau) - basuh, tos dan cincangkan
  • 50 gm (1/4 cawan) sirap halia (stem ginger in syrup) - (ummi xda ni, tukar lemon juice)
  • 50 gm (1/2 cawan) kulit limau cincang (mixed peel)
  • 115 gm (1 cawan) tepung naik sendiri (self raising flour)
  • 75 gm (1/4 cawan) tepung serbaguna (plain/all purpose flour)
  • 25 gm (3 sudu makan) tepung jagung (cornstarch)
  • 175 gm (3/4 cawan) mentega
  • 175 gm (1/4 cawan) gula kastor
  • 3 biji telor
  • parutan dari 1 biji limau oren

Topping/Icing:-

  • 175 gm (1 1/2 cawan) gula aising - diayak
  • 2 - 3 sudu besar perahan orange juice
  • 50 gm (1/4 cawan) campuran ceri merah dan hijau
  • 25 gm (2 1/2 sudu makan) kulit limau cincang (mixed peel)
Cara Membuat:-
  1. Preheat oven pada suhu 180 C. Griskan loyang 7x3 inci (ummi guna square tin 5 x 5 in) di bahagian bawah dan tepi loyang.
  2. Campurkan kesemua ceri dan mixed peel, sirap halia (stem ginger) dalam beg plastik yang bersih bersama 1 sudu makan tepung naik sendiri dan goncang rata sehingga semua buahan campuran bersalut rata dengan tepung.
  3. Ayakkan kesemua tepung dan ketepikan.
  4. Dalam mangkuk, pukul mentega dan gula kastor hingga ringan dan gebu.
  5. Masukkan telor satu persatu dan pukul lagi hingga sebati.
  6. Masukkan tepung yang telah diayak tadi bersama parutan kulit limau serta buah-buahan campuran tadi.
  7. Tuangkan adunan ke dalam loyang.
  8. Letakkan di tengah-tengah oven dan bakar selama 50 - 1 jam atau hingga kek masak rata. (cucukkan di bahagian tengah kek dengan lidi/cake tester dan pastikan lidi keluar licin/bersih).
  9. Setelah kek masak, biarkan di dalam tin selama 5 minit sebelum dialihkan ke atas wire rack dan biarkan kek betul-betul sejuk.

Cara Bancuhan Topping/Aising:-

  1. Dalam mangkuk, masukkan gula aising. Tuangkan orange juice dan kacau hingga sebati.
  2. Kemudian bolehlah drizzle atas kek.
  3. Campurkan kesemua ceri dan mixed peel, tabur rata di atas gula aising tadi.
  4. Biarkan topping sebentar sebelum dipotong.

(Note: Ummi kurangkan gula aising..jadi bancuhan topping agak cair pulak..)

Telor Dadar Gendut (Minang Style) (*_*)

Hahahaa..!!! Nak gelak dulu la Ummi tengok nama resepi ni tau..dah memang nama camtu..tak tahulah apa makna "gendut" ni pada orang Minang seberang sana tu..Kalau kat Malaysia ni..rasanya semua orang tahu kan..hehe? K, just ignore it, whatever!!!! Resepi dari salah seorang geng blogger dari Indon ni..sapa eh...can't recall the name..so sorry...Telling you, it was really nice, we can eat on its own, or with rice or bread.... Yang betulnya, lepas makan memang "gendang gendut tali kecapi, kenyang perut suka hati"...ahaakkss!
Bahan:-
  • 5 biji telor
  • sedikit minyak untuk menggoreng
  • 4 ulas bawang merah - tumbuk kasar (*ummi guna bawang besar didadu)
  • 7 biji cili merah - tumbuk kasar/cincang
  • 1 sudu teh garam
  • 1/2 sudu teh serbuk marika (*ummi x letak ni)
  • 3 sudu makan kelapa parut muda
  • 3 batang daun bawang - hiris halus
  • 1 batang daun celeri - cincang

Cara Memasak:-

  1. Dalam mangkuk besar campurkan cili merah, bawang merah dan garam.
  2. Sementara itu, pukul telor sampai naik dan masukkan campuran cili dan bawang tadi.
  3. Masukkan kelapa parut, hirisan daun bawang dan celeri. Kacau rata.
  4. Panaskan minyak, tuangkan campuran telor dan tutup kuali selama - 2 - 3 minit.
  5. Balikkan telor, dan pastikan kedua-dua bahagian masak hingga perang.
  6. Angkat dan potong untuk dihidangkan.

(Nota: *Ummi x tutup pun kuali semasa menggoreng..goreng je macam telor dadar biasa tu..hehe)

Sambal Udang Petai

Kelmarin beli udang, then nampak petai...emmm, tentulah sambal camni je terlintas, kan...hehe..Lagipun dah lama x makan sambal apa-apapun dengan petai...Lagipun macam malas je nak masak..musim2 hujan ni..sejuk semacam lak....layaannnn...xyah resepi la ek..semua org reti nak masak ni kan...

Wednesday, January 14, 2009

Beef Bread Crumb Roll

Resepi dari keratan majalah zaman bila ntah..x ingat dah..Selalu tengok orang jual kat Pasar Malam ni...apapun yang dibuat sendiri lagi sedap kan..hehe..Sedap ni, anak-anak Ummi suka..sesuai untuk bekal anak ke sekolah..mengenyangkan..
Bahan Untuk Inti:-
  • 300 gm daging cincang
  • 2 biji kentang (dipotong dadu)
  • 1 biji lobak merah (dipotong memanjang)
  • 1 sudu teh serbuk lada hitam
  • 1 biji bawang besar (dipotong dadu)
  • 5 biji cili padi (hiris halus)
  • sedikit daun bawang (dihiris halus)

Bahan Untuk Kulit:-

  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 cawan air
  • 1 biji telor
  • sedikit garam
  • serbuk roti (bread crumbs) secukupnya


Cara Memasak Inti:-

  1. Tumiskan bawang besar hingga wangi dan kekuningan.
  2. Masukkan daging dan biarkan empuk sedikit.
  3. Masukkan kentang dan carrot.
  4. Masukkan garam dan lada hitam secukup rasa.
  5. Masak hingga daging kering sedikit. Ketepikan.

Cara Menyediakan Kulit:-

  1. Campurkan kesemua bahan kecuali serbuk roti. Kisar supaya adunan halus dan rata.
  2. Panaskan kuali leper (tak perlu letak minyak). Tuangkan satu senduk adunan tadi dan angkat kuali dan lenggangkan rata seperti membuat kulit ketayap.
  3. Masak dengan api perlahan.
  4. Angkat dan letakkan inti di tengahnya. Gulung sikit dan lipat tepi kiri dan kanan dan gulung lagi seperti kuih ketayap.
  5. Selepas itu, celupkan kuih di dalam telor yang telah dipukul sedikit.
  6. Kemudian golekkan di dalam serbuk roti biar rata.
  7. Goreng dalam minyak panas hingga kuning keemasan. Angkat dan toskan.

Ginger Fried Rice

Resepi ni Ummi terjumpa dalam Kuali.com oleh Amy Beh....Buat petang semalam...memang sempoi dan sedap..Cuma Ummi tambah sayur sikit laa..resepi asal mmg xda sayur..Ummi xleh lak xda sayur/mix vege dalam nasi goreng..hehe

Bahan:-
  • 3 mangkuk nasi - seeloknya nasi bermalam
  • 2 biji telor
  • sedikit garam dan serbuk lada hitam
  • 50 gm halia - diparut
  • 50 gm ikan bilis - digoreng garing
  • 3 - 4 sudu makan minyak zaitun

Bahan Perisa:-
  • 1/2 sudu teh garam
  • 1/4 sudu teh serbuk lada hitam
  • 1 sudu besar kicap cair
  • 1/4 sudu teh gula
  • Sedikit lada hitam yang dikisar kasar

Cara Memasak:-
  1. Gorengkan ikan bilis. Angkat dan toskan.
  2. Panaskan sedikit minyak dan tumis halia parut hingga wangi dan garing. Angkat dan toskan.
  3. Masukkan lagi sedikit minyak dalam kuali, pecahkan telor dan masukkan sedikit garam dan lada hitam. Kacau cepat dan biarkan telor masak berketul-ketul.
  4. Masukkan nasi dan goreng hingga masak.
  5. Masukkan bahan perisa dan goreng rata.
  6. Masukkan halia parut tadi dan kacau lagi.
  7. Masukkan ikan bilis dan kacau rata. Angkat dan hidangkan.

Choc Chips Muffin For My Neighbour


Yang ni saja lah nak tayang...ada neighbour depan rumah tu mintak Ummi buatkan sikit Choc Chips Muffin ni..dulu dia mmg selalu tempah. Katanya dah lama x makan, rindu pulak nak makan..Alah..sikit je...Buat tengahari Ahad baru ni, malam tu antar la ke rumah dia..rupanya parents dia ada datang malam tu..Resepi ni Jun bagi kat Ummi masa mula2 kenal dia..memang yang ni pun jadi pilihan kalu Ummi nak bawak balik kampung ke, bagi jiran ke..selalu dah buat, takpa lah Ummi letak je resepi dia eh..


Bahan:-
  • 1 3/4 cawan tepung gandum
  • 1/4 cawan serbuk koko
  • 1 cawan gula kastor
  • 1 sk baking powder
  • 1 sk soda bikarbonat
  • 1/2 sk garam
  • 1 cawan fresh milk
  • 1 biji telor - pukul sikit
  • 1/3 cawan minyak
  • 1 sk esen vanila
  • 3/4 cawan choc chips
Cara Membuat:-
  1. Campurkan tepung, gula, serbuk koko, soda bikarbonat, baking powder dan garam. Ayakkan dan ketepikan.
  2. Dalam bekas lain, campurkan susu, telor, esen vanila dan minyak. Kacau rata.
  3. Masukkan campuran tepung tadi. Kacau rata.
  4. Masukkan choc chips.
  5. Sudukan ke dalam muffin cup dan bakar selama 15 minit/hingga masak. (boleh juga dikukus selama 12 - 15 minit)

Award dan Tag Dari CikMin

Emm musim dapat award pulak ni..igtkan musim hujan jek..hehee..Kecil tapak tangan, nyiru lebar Ummi tadahkan..dah orang nak bagi kena ambil lah..rezeki jangan di tolak kan...Billion thanks to CikMin for the awards...Long time I didn't see her around...sekali mai tu dia..siap bagi award pulak...muaahhhh!!!

Yang ni lak ada syaratnya..kena kenalkan diri pulak dah...macam kena tol jek!!

Peraturan nya:-

1. Copy badge "2008 Cute's 3logger Award" di atas untuk diletakkan di blog anda. - ok, akak dah copy dah..cantiiikk n cute betul award nih.

2. Link/ceritakan kembali siapa yang memberikan award ini kepada anda - dari CikMin cayang..hehe

3. Setiap blogger mesti menyatakan 10 fakta/hobi diri sendiri sebelum memilih penerima award seterusnya (anda di-tag).

  • Suka masak-masak dan try resepi baru now.
  • Dulu memang giler mendeko rumah, now dah slow sikit, tp stand still..(memang collect deco magazine ie. Impiana, Anjung Seri, Home Deco dll sejak tahun 90an lg.)
  • Suka merajuk (ni dengan hubby laa..sebab tau dia suka memujuk hehe, kadang2 lebih2 lak..syuuuutt..jgn bgtau hubby)
  • Suka shopping, xpun window shopping pun jadi lah..now suka collect diningware lak dah..
  • Agak boros sikit...(tambah2 bila dah berkenan, x kira dah, x nak tunggu sale pun..tapi tak selalu laa, xpun tokeh balak pun bankrap kan..)
  • Suka buat kerja rumah yang berkaitan dengan air - lebih2 kalu cuci bilik air/cuci porch/mop lantai
  • Tak suka basuh pinggan..(pulak dah eh..hehe..sebab ada anak dara la ni..)
  • Ni bukan nak puji diri..tapi Ummi ni selalu kalah kalau tengok golongan yang memerlukan, lebih-lebih Ummi kenal dengan orang2 ni..suka nak beri yang elok2 dan lebih-lebih kadang2 tuu..(hubby pun perasan sifat Ummi yang ni..)
  • Suka sound directly to the person yang Ummi rasa Ummi boleh tegur (selain dari anak-anak) sebab Ummi betul-betul ikhlas nak tegur/bagi pandangan...
  • Ummi lebih suka menonton/mendengar sesuatu cerita/topik dari membaca, sebab Ummi jarang dapat duduk lama habiskan apa-apa yang Ummi baca, lebih2 lg yang tebal-mebal gitu..hehe
  • Satu lagi, Ummi suka membaca sesuatu majalah/buku (*akhbar pun) dari bahagian belakang dulu..pelik eh..!

4. Anda perlu memilih 10 penerima award seterusnya dan menyatakan nama mereka di blog anda.

* dan yang lain-lain yang rajin menjenguk dapur Ummi ni, silakanlah ambil jugak ya..jangan malu-malu...xpa..

5. Jangan lupa melawat blog kawan anda dan meninggalkan komen yang menyatakan mereka telah di tag menerima award ini.

  • InsyaAllah, nnt Ummi bagi tau, tapi kalu mana yang x sempat tu nak mintak maaf, harap-harap diaorang semua ada menjelma kat sini dan ambil award ni eh..