Saturday, January 3, 2009

Cheese Spaghetti Bolognese

Ni masakan yang dah kira terkena angin M dah ni..x kuasa je nak masuk dpur lama2 bila hujan nih..tapi sejuk2 ni, perut asyik berdendang jek..layan je lah spaghetti ni, ikut stok apa yang ada jek..
Bahan:-
  • 300 gm spaghetti
  • 1 botol sos traditional Prego
  • 1 cawan buah tomato - didadu
  • 5 sudu besar sos cili
  • 3 sudu besar sos tomato
  • beberapa ketul meat ball (ready-made)
  • 1 labu bawang besar - didadu
    3 ulas bawang putih - cincang
  • 1/2 cawan cendawan butang yang dibelah kecil
  • 1 biji capsicum hijau
  • 1/2 biji capsicum merah
  • 1/4 cawan grated cheese
  • 1 sudu teh serbuk oregano
  • 1/2 sudu teh black pepper
  • sedikit olive oil
  • garam secukup rasa
  • sedikit air
Cara Memasak:-
  1. Didihkan air dalam periuk, letak sedikit garam dan beberapa titis minyak. Celur spaghetti hingga lembut. Angkat dan toskan.
  2. Dalam kuali, panaskan sedikit olive oil dan tumis bawang besar dan bawang putih hingga layu dan naik bau.
  3. Masukkan cincangan tomato, dan semua jenis sos. Tambah sedikit air.
  4. Masukkan cendawan dan meat ball, kacau sebentar. Kemudian masukan capsicum, garam, serbuk oregano dan black pepper.
  5. Bila kuah agak pekat, tutup api.
  6. Letak spaghetti di dalam pinggan dan tuangkan bahan kuah di atasnya serta tabur parutan cheese. Sedia untuk dimakan.

No comments: