Thursday, January 8, 2009

Tart Telor ( 2 Different Base)

Resepi tart ni Ummi ceduk dari zlinda@myresipi. Sebenarnya Ummi buat 1 loyang tart besar, pastu ada lebih pulak filling telor tu, so Ummi bancuh lagi satu base menggunakan resepi lain oleh HappyHomeBaking pulak. Kiranya 2 different base with 1 filling laa..hehe. Tapi yang dalam loyang x sempat nak snap, tapi boleh tengok kat entry besday abanglong tu...siap dipotong dah..sorry eh..ok Ummi letak resepi dua2 jenis base k...
Bahan Base (1):- (1 loyang tart besar)
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1/4 cawan gula halus
  • 1/2 sudu teh baking powder
  • 1/4 sudu teh garam
  • 1/2 cawan mentega (bahagikan kepada 8 kiub2 kecil)
  • 2 biji telor
Cara-Cara Base (1):-
  1. Masukkan tepung, gula, baking powder dan garam ke dalam doh mixer/food processor/guna tangan pun boleh. (*ummi guna tangan jek) Sebatikan.
  2. Masukkan butter, sebatikan dengan hujung jari.
  3. Masukkan telor sebiji demi sebiji. Gaul dengan hujung jari hingga jadi doh.

Bahan Base (2) :- (ummi guna acuan kecil - 12 bekas)

  • 40 gm mentega - biarkan pada suhu bilik
  • 30 gm gula kastor
  • 1 sudu besar (15 gm) telor - dipukul sedikit
  • 80 gm flour
  • 20 gm serbuk almond
Cara-Cara Base (2):-
  1. Ayak tepung dan serbuk almond bersama. Ketepikan. (jika serbuk terlalu kasar, xpa, terus je campurkan dengan tepung).
  2. Dalam bekas lain, krimkan mentega dan gula hingga gebu dan kembang.
  3. Masukkan telor dan pukul adunan hingga benar2 sebati.
  4. Masukkan tepung dan serbuk almond dengan 2 - 3 peringkat ke dalam adunan. Gaul dengan spatula.
  5. Gaul sebati dan adun menjadi doh. (jika doh terlalu lembut, masukkan dalam fridge dan biarkan selama 10 - 15 minit).
  6. Tekan ke dalam loyang tat dan biarkan dalam fridge selama 20 minit.
  7. Cucuk-cucuk bahagian dasar dengan garfu. Sapukan sedikit dengan telor.
  8. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 180 C selama 10-12 minit/sedikit kekuningan sebelum dituangkan filling.

Bahan Filling (zlinda@myresipi) :-

  • 1 cawan susu segar
  • 4 biji telor
  • 1 cawan gula halus
  • 1 cawan air
  • 1 sudu besar tepung kastad
  • 1/2 sudu teh esen vanila

Cara Menyediakan:-

  1. Pukul telor dengan gula hingga sebati.
  2. Masukkan bahan lain kesemuanya. Kacau hingga sebati.
  3. Tuang ke dalam acuan tart tadi.
  4. Bakar dalam oven hingga masak. (*ummi set oven agak-agak je pada suhu 175C selama 45 minit untuk loyang besar dan 20 minit untuk acuan-acuan kecil). Hasil memuaskan..

3 comments:

deeTha said...

hai kak Ummi.. apa kabar? aduh pie nya...tampak lezat nian.. oh iya,jeruk nipis itu jeruk limau/lime/citrone.

maza said...

kuih tart....

bukanlah kegemaran den, den suko jo membeli eh! buat hadiah sempena raya aidilfitri..

hehehheh

Ummi said...

DeeTha - khabar baik..tima kasih ikut balik ke dapur Ummi nih..hehe..tartnya udah licin laa..Ok tima kasih atas info nya yaa..

Maza - Oh x suka makan, tp suka beli tart tu eh..buat hadiah?? Wah baguslah sangat, sapa lah yang untung tu..boleh la nnt hadiah kat Ummi ni haa..malas jugak nak buat..hehe