Thursday, January 8, 2009

Rich Chocolate Moist Cake

Inilah kek yang Ummi hantar dan jumpa abanglong sempena birthday dia weekend aritu.. Maaflah, lambat sangat masukkan entry..byk masak, tp xdan nak masuk terus sini...Kek ni memang marvelous!! Bahan untuk ganache betul-betul cantik dan licin apabila disapu atas kek ni dan tidak mudah meleleh/cair. Resepi dari dapur Noreen kat London sana tu...Thanks a lot Noreen, really appreciate for sharing this..
Bahan:-
  • 6 oz (170 gm) mentega
  • 14 oz (397 gm) gula kastor
  • 3 biji telor
  • 7 oz air sejuk

Bahan A (dibancuh):-

  • 1 sudu teh nescafe
  • 1 sudu teh air panas
  • 1 sudu teh esen vanila
  • 1 sudu teh chocolate/coffee emulco atau chocolate/coffe paste

Bahan B (diayak bersama):-

  • 8 oz (226 gm) tepung high protein/tepung roti/self-raising flour/tepung kek
  • 2 1/4 oz (64 gm) serbuk koko
  • 1/2 sudu teh garam
  • 1 sudu teh soda bikarbonat
  • 1 1/2 sudu teh baking powder


Cara Membuat:-

  1. Griskan loyang kek saiz 9 inci dan lapikkan dengan parchment paper. Ketepikan.
  2. Pukul mentega dan gula dengan mixer hingga benar2 gebu dan kembang (apabila diangkat adunan tidak jatuh)
  3. Masukkan telor satu persatu sambil dipukul.
  4. Kemudian masukkan bahan-bahan A sambil dipukul lagi.
  5. Masukkan bahan-bahan B sedikit demi sedikit sambil dipusingkan satu hala/arah dengan whisker secara perlahan-lahan sehingga adunan rata dan sebati.
  6. Masukkan air sejuk sambil dikacau lagi sehingga sebati.
  7. Tuangkan adunan ke dalam loyang kek dan hentakkan sedikit loyang supaya mengeluarkan angin.
  8. Bakar pada suhu 170C selama 50 - 6- minit/hingga masak (suhu bergantung kepada oven masing-masing)
  9. Setelah siap, keluarkan dari oven dan biarkan ianya betul-betul sejuk sebelum disapukan dengan chocolate ganache.


Bahan Untuk Ganache/Icing:-

  • 1 tin susu pekat - boleh dikurangkan jika tak mahu terlalu manis.
  • 1 sudu teh esen vanila
  • 1/2 cawan minyak jagung/apa-apa minyak masakan
  • 1/3 cawan serbuk koko
  • sedikit garam

Cara Membuat:-

  1. Campurkan susu, serbuk koko dan minyak ke dalam periuk.
  2. Masakkan di atas api yang sederhana panas sehingga pekat sambil dikacau selalu dengan whisker.
  3. Kemudian masukkan garam dan esen vanila, kacau lagi.
  4. Setelah adunan agak-agak pekat (tidak perlu sampai menggelegak), tutup api.
  5. Biarkan icing betul-betul sejuk barulah disapu ke atas kek tadi.

2 comments:

Nadia said...

nak try la..thanx akak..

Anonymous said...

kena preheat oven tu dulu ker? klu yer, brp lama dan brp darjah celcius?