Tuesday, January 6, 2009

Pizza Gebu

Hari tu jenjalan kat dapur Mat Gebu nampak la dia buat pizza ni..emm memang penggemar pizza ramai kat rumah Ummi ni..Aiman nampak dah cakap bila nak buat..emm layan je laaa...Mat time kasih ya..memang gebuuusss..tapi topping tu Ummi banyak guna sosej lembu Ramly tu je laaa..pastu campur capsicum, button mushroom sikit. Ummi buat sos pizza yang penah Ummi masuk dalam entry dulu..Pastu tabur je lah mozarellah cheese...hehe..sampai tergaring topping pizza ku ini..hehe...semacam jugak licinnyaa..Mat ampun banyak2 ya..nak kopipes je ni..x kuasa dah nk menaip..puas dah duk menaip kertas keje kat opis td...boleh ya? Terima kasih..
BAHAN DOH :-
  • 500 g tepung roti
  • 250 ml air suam
  • 10 g yis segera
  • 1 camca besar gula halus
  • 1 camca teh garam halus
  • 4 camca besar mentega
  • 1 camca teh bread softerner
  • 1 camca teh bread improver
BAHAN ISIAN :-
  • 1 1/2 cawan sos tomato
  • 6 batang sosej ayamas, hiris bulat
  • 10 kuntum cendawan butang, dihiris
  • 1/2 biji red capsicum1/2 biji yellow capsicum
  • 1/2 biji green capsicum
  • 10 biji buah zaitun, belah 2 setiap biji
  • Keju Mozarella secukupnya
  • 1 camca teh lada hitam yang baru dikisar


CARA MEMBUATNYA :-
UNTUK DOH :-
Bancuh yis dengan gula dan 1/2 bahagian air suam, kacau rata dan tunggu berbuih. Sementara itu, gaul garam, bread improver/softerner dengan tepung hingga rata, lambakkan atas meja bersih dan buat lubang dibahagian tengah tepung, tuang bancuhan yis dan baki air suam sedikit demi sedikit sambil menggaul tepung hingga menjadi doh. Uli hingga lembut. Masukkan mentega dan uli hingga doh licin dan kenyal (kena uli lama sikit). Bulat2kan doh dan alih ke dalam bekas, tutup dengan kitchen towel yang besih dan biarkan 1 jam hingga naik sekali ganda.
KAEDAH LAIN :- Masukkan semua bahan untuk doh ke dalam bread maker, pilih setting untuk doh dan tekan on, tunggu hingga siap.
UNTUK PIZZA :- Panaskan oven pada suhu 200C, lenser dulang pizza dengan sedikit mentega, bagi 2 doh, ambil satu bahagian, bulat2kan dan canai, alih doh ke dalam dulang tadi dan tekan supaya rata dan bulat. Masukkan ke dalam oven dan bakar kosong selama 5 minit. Keluarkan dan sapu dengan sos tomato dan tabur bahan2 inti ikut suka dan akhir sekali tabur parutan keju mozarella dan lada hitam. Bakar kembali selama 20 - 25 minit hingga keju cair dan roti pizza kelihatan kekuningan. Boleh dihidangkan.....

1 comment:

halen said...

waaaa.. buat piza eh hari ni kak ummi sedap nampak tu. minta skit..