Friday, January 23, 2009

Ikan Berlado Maklang


Lauk dinner malam tadi jugak ni...nak menghabiskan jugak sekeping lagi ikan merah dalam fridge tu..Resepi asal Maklang ni menggunakan ikan selar, tp Ummi nak sangat merasa sebab baca bahannya pun dah terasa-rasa je sedap...K nak bagitau..sempoiii tapi memang power...best n killer!! Betuiii..x caya try laaa..Aiman pun cakap sedap u!!..Thanks to Maklang..
Bahan:-
  • Ikan selar (x dinyatakan berapa ekor, 3 ekor leh kot) (ummi guna 1 keping ikan merah agak besar)
  • 2 helai daun limau purut
  • sedikit garam dan gula

Bahan Dikisar:-

  • 5 biji cili merah
  • 4 biji cili padi (ummi letak 6 biji)
  • 3 x 3 in belacan - dibakar sedikit
  • 1 biji bawang besar
  • 1 biji tomato sederhana besar

Cara Memasak:-
  1. Ikan dibersihkan dan dilumurkan dengan sedikit garam dan kunyit. Goreng sehingga garing. Angkat dan toskan.
  2. Tumis bahan-bahan kisar sehingga naik minyak.
  3. Masukkan garam dan gula serta daun limau purut.
  4. Masukkan ikan tadi dan digaul rata dengan sambalnya.
  5. Biarkan sebentar supaya sambal meresapi ke dalam ikan. Tutup api dan hidangkan.

3 comments:

Siti @ nurie said...

kak ummi...mcm sedap je maskan dlm ni...siti link blog akak yerk..salam kenal

Ummi said...

Siti@nurie - Memang sedap, recommended sesgt!! Simple tp power!! Oh, time kasih, silakan..

shima said...

salam ummi...
sedapnyerrr nampak ikan nih!!
mesti harum semerbak daun limau purut :P
kompem kine cuba ni ...