Sunday, January 18, 2009

Ikan Goreng Tempoyak

Lauk malam kelmarin ni...jalan-jalan kat MyRecipe duk intai nak masak apa lah ikan kerisi kat fridge tuh..aleh-aleh terpikat dengan resepi Mat Gebu ni..tengok campuran bahan tu pun dah terbayang mesti hubby Ummi akan makan hingga menjilat jari...memang sah!! Hehe..cuma Ummi xda belimbing, puas dah cari merata kedai/supermarket kat area rumah ni xda, jadi tukar letak nenas..ok jugak! Masa masak tu, hubby datang dapur kata bau tempoyak tu..uiiihh menusuk hidung dia..hehe..Thanks Mat..
Bahan:- (ummi masak half dari resepi ni)
  • 4 ekor ikan kembung hijau (ummi guna kerisi)
  • 2 batang serai - dititik
  • 1 kuntum bunga kantan - dibelah dua
  • 1 biji bawang besar - dihiris kasar
  • 7 biji belimbing buluh - dibelah dua setiap biji
  • 1/2 cawan isi petai - belah dua
  • 1 biji limau kasturi - diperah jusnya
  • Garam dan gula secukup rasa

Bahan Dikisar Halus:-

  • 25 biji cili padi
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 camca besar tempoyak
  • 1 inci kunyit hidup

Cara Memasak:-

  1. Siang dan bersikan ikan, lumur dengan sedikit garam dan kunyit dan goreng lembab (tak terlampau garing). Ketepikan.
  2. Panaskan minyak lebih kurang 3 camca besar, tumis bahan-bahan kisar dan serai hingga wangi. Gunakan api sederhana. Bila sudah pecah minyak, masukkan petai. Gaul rata dan masukkan 1 cawan air. Biarkan mendidih.
  3. Kemudian masukkan bahan-bahan lain kecuali ikan dan seimbangkan rasa garam dan gulanya. Tuangkan jus limau kasturi. Kacau mesra.
  4. Akhir sekali, masukkan ikan goreng tadi dan gaul dengan kuah dan bahan-bahan lain hingga menyelaputi ikan. Masak seminita dua hingga kuah pekat sedikit.
  5. Angkat dan hidangkan bersama nasi hangat...Besttt!!

1 comment:

Aymy with love said...

salam..

sedapnya masak tempoyak.. cam terbau2 jer sampai sini.. ngeeee...