Wednesday, January 21, 2009

Bun Pandan Kismis

Teruja tengok bun ni kat dapur Mat Gebu...terbau-bau je aroma pandan tu dari Kulai sampai ke Kuantan..tu la pasaiii..mesti buat..hehe, menguli malam kelmarin..memang gebuus dan lembut..wat sarapan pagi. Sedap banget!!! Terima kasih la Mat, ni nak kopipes je ya..mintak halal ya Mat..panjang sangat, mata akak ni dah nak terkatup layu dah ni..hehe

BAHAN-BAHANNYA :-
  • 300 g tepung roti
  • 2 camca teh instat yeast
  • 45 g gula halus
  • 1/2 camca teh bread softner
  • 1/2 camca teh bread improver
  • 1/2 camca teh garam
  • 1/2 camca besar susu tepung
  • 1/2 biji telur (1 biji telur dipukul sedikit dan ambil 1/2 bahagian)
  • 60 ml santan (mat guna susu cair)
  • 1/2 camca besar pandan paste
  • 105 ml air
  • 20 g lemak sayur (shortening)
  • 130 g kismis
  • Sedikit mentega untuk disapu

CARA MEMBUATNYA :-

  1. Gaul tepung, yeast, gula, garam, bread improver/softerner dan susu tepung hingga sebati.
  2. Masukkan telur, santan@susu cair, pandan paste dan air. Gaul rata hingga menjadi doh.
  3. Tambah lemak sayur sambil terus menguli hingga menjadi doh yang lembut dan kenyal.
  4. Masukkan kismis dan uli lagi hingga rata.
  5. Bulat2kan doh, letak dalam bekas yang telah dilenser sedikit mentega. Tutup dengan plastik cling atau kitchen towel. Biar 1 jam hingga doh naik sekali ganda.
  6. Keluarkan doh. Tumbuk untuk membuang udara dan uli sekejap.
  7. Bahagikan doh kepada 14 bahagian yang sama besar (kurang lebih 50 g satu bahagian).
  8. Bulat2kan doh dan letak dalam loyang sesuai yang telah disapu sedikit mentega.
  9. Perap 45 minit hingga roti naik.
  10. Bakar dalam oven pada suhu 175C selama 25 minit atau hingga masak. Bergantung pada oven masing. (*ummi set 18 - 20 minit saja)
  11. Sapu mentega pada permukaan roti sejurus dikeluarkan dari oven...

KAEDAH LAIN :-

Masukkan semua bahan2 diatas kecuali mentega, ke dalam breadmaker, pilih setting untuk doh dan tekan "on", tunggu hingga siap dan seterusnya lakukan seperti langkah no. 3 dan 4....

1 comment:

shima said...

ummi...
gebus giler roti nih!
ni ummi uli guna tgn ker BM ??
betoi2 nampak lembut texture dia...
yum yum..