Showing posts with label udang. Show all posts
Showing posts with label udang. Show all posts

Sunday, March 24, 2013

Udang Sambal Bahtera Damai - Lauk Pengantin??


Assalamualaikum warahmatullah...

Salam sayang buat insan-insan yang sering mendambakan ukhwah buat akak di Home Sweet Home dan wall FB yang sentiasa meriah...Betapa bersyukurnya hati ini diulit ceria, disapa rindu oleh adik-adik dan rakan yang belum pernah bertemu muka mahupun yang pernah jua, bagai semangat kembali walaupun akak perlahan... Masa 24 jam tetap sama diberikan, harap-harap masih ada yang tersisa untuk Home Sweet Home ini... ^___ @.  Semoga kasih sayang ini kekal ke akhirnya... Ya Allah ampuni daku andai diri ini terkhilaf berbicara di ruangan yang tidak seberapa ini...Allahumma Ameen.

Dari Hasan, dari Rasulullah SAW, baginda bersabda:

"Umatku masuk Syurga bukanlah kerana banyak solat dan puasa tetapi disebabkan selamatnya hati dan kemurahan jiwa dan kasih sayang sesama muslim."


Sebenarnya tiada resepi istimewa yang akak masak sejak akhir-akhir ini, memandangkan masih sibuk, semuanya masak yang biasa-biasa sahaja.  Apapun akak teringat untuk berkongsi satu resepi (*bukan nak kongsi satu rahsia ^_^ ala-ala iklan coklat oreo tu).  Resepi sempoi sahaja tetapi deko agak beriya2 la kononnya sebab resepi ini pernah akak sumbangkan untuk Majalah Stailista suatu masa dulu...terlupa sungguh nak share.  Jadi memandangkan sekarang ni musim cuti sekolah dan ramai yang nak jadi pengantin or nak jadi mak andam waima tukang masak pengantin ker....boleh la try.... 

Masak pengantin ni biasa-biasa jugak la sebenarnya, cuma kreativiti menghias tu yang boleh buat tetamu yang intai pengantin makan terlebih berselera...Yang jadi pengantin x berapa selera sangat hari tu kan... ^__^.  Xpa laaa...meh jenguk lauk udang ni dulu...

Kepada bakal pengantin akak doakan selamat melayari bahtera damai hendaknya, semoga perkahwinan diberkati dan menurut sunnah dan syariat sebaiknya.  Di harap majlis berjalan lancar dan jangan lupa bersyukur atas jodoh yang dipertemukan, semoga mendapat zuriat yang baik2 dan sihat2 jua hendaknya.  Buat mak-mak pengantin, boleh la mencuba sendiri salah satu lauk untuk dirasai oleh anak menantu di hari perkahwinan mereka...x susah pun lauk ni kan...Selamat Mencuba...!

UDANG SAMBAL BAHTERA DAMAI



Resepi:  Ummi @ Home Sweet Home
 

Bahan:-
  • 8 ekor udang galah sederhana besar
  • 2 tangkai cili merah *  )
  • 1 biji bawang besar *   )
  • 3 ulas bawang putih * )
  • 1 inci halia *               )
  • 1 inci kunyit hidup *   )  bahan * dikisar
  • 1 biji buah tomato *    )
  • 1 cm belacan bakar *  )  
  • sedikit gula
  • garam secukup rasa
  • minyak untuk menumis
Cara Memasak:-
  1. Udang dibersihkan dan biarkan kulitnya jangan ditanggal.  Gaul dengan sedikit garam dan serbuk kunyit dan goreng sekejap.  Angkat dan toskan.
  2. Panaskan minyak dalam kuali dan tumiskan semua bahan kisar dengan api sederhana.  Kacau bahan tumis hingga naik minyak.
  3. Masukkan udang dan gaul rata sebentar.
  4. Masukkan garam dan gula secukup rasa.
  5. Gaul sebati biar udang bersalut dengan bahan.
  6. Seimbangkan rasa, tutup api dan hidangkan dan hias mengikut kreativiti.


Biarpun masakan biasa-biasa, kreativiti menghias itu yang penting untuk satu2 hidangan pengantin kan....kan...amacam berselera tak, selera tak? ^__^

Sunday, July 22, 2012

Udang Garing Daun Kesum

ASSALAMUALAIKUM

Selamat menjalani ibadah puasa buat semua yang masih sudi bertandang.... Hari ni dah 2 hari umat Islam menjalani ibadah rukun Islam yang ketiga ini. Diharap kita semua akan sentiasa diberikan kesihatan yang baik dan semakin baik hendaknya dengan fadhilat berpuasa ini....

Ya la kan, dah 11 bulan perut bekerja keras, jadi diharap 1 bulan berpuasa ini akan merehatkan enjin perut di siang hari ni, akan tertanggal lah hendaknya segala "lumut" di saluran perut bila kering kerana tidak dilalukan sebarang makanan....umpama saluran besi paip yang sentiasa mengalirkan air, tetapi jika sehari dua air kering akan pasti kerak-kerak lumut tertanggal dengan sendirinya dan apabila air datang kembali dan dilalukan, pasti kerak-kerak lumut itu akan disapu bersih laluannya kan...begitu jugak lah saluran perut manusia ini diumpamakan.

Okeehh laaa, tersasul panjang pulak bercerita....ingat tadi nak cepat-cepat jek masukkan entry sebab sekejap lagi akak terpaksa ke KL menghantar Najiha yang tidak dapat bercuti lama seperti abanglong dan kakngah kerana dia amik inter-session advance paper sepanjang waktu student lain bercuti 2 bulan ni, jadi xlah berat sangat nak bawak paper untuk next semester Jadi seminggu jek dia dpt bercuti dan hari semalam je la dia dapat berbuka puasa kat rumah, hari dah kena berbuka dengan kawan-kawan housemate....

Jadi semalam akak bz lah jugak masak untuk berbuka dan masak pulak bekal makanan untuk Najiha ni. Pagi-pagi semalam dah siap kacau puding kastad berkuah koktel kegemaran seisi keluarga, pastu penat jugaklah menyediakan daging dendeng, favourite family jugak laa ni untuk dibekalkan untuk Najiha buat bersahur or berbuka ke di rumah sewanya nnt...tau je la kan, daging dendeng ni senang jek bahan, tapi remeh sikit nak membuatnya,, berpeluh mokciiikk! Tp memang berbaloi....hehee. Petang sikit, baru akak goreng meehoon udang sebagaimana makanan berat sikit untuk berbuka...

Malam tadi dah jam 11 mlm, akak suruh Najwa jek tolong buatkan pulak kek marie batik untuk adiknya ni...hehhee... ditanggung beres! Akak dah melanding dah masa tu....adeeeeiii..Sorilah xdan pun nak amik gambar puding dam kek batik pun akak mcm malas jek nak amik gambar, dah acapkali betul entry kaan...hehe..

Memang enak dengan nasi panas-panas begini...nak2 tang minyak yg melekat-lekat tu...gaul2kan dengan nasi...ffuuuuhhhh...x madaaannn....! ^___^

Okeh laaa, jom layan menu dulu....ni menu kelmarin2 yeaa..bukan menu berbuka semalam...hehehe.. Resepi sempoi tapi sedap dari Chef Kamarul dari majalah Saji bulan Februari 2012. Anak-anak suka, sedap mcm buttered prawn gitu, cuma ni guna daun kesum dan citarasa kampung....sedap udang tu digoreng garing-garing dulu, baru digaul....Bagi yang tiada idea nak masak apa dan nak yang ringkas, cepat dan sedap, jom cuba ni...!

UDANG GARING DAUN KESUM
Resepi: Chef Kamarul @ Majalah Saji
Dicuba rasa : Ummi @ Home Sweet Home

Bahan:-
  • 500 gm udang (sederhana besar)
  • Minyak masak untuk menggoreng
Bahan Perap:-
  • 1 sudu kecil serbuk cili
  • 1 sudu kecil serbuk kari
  • 1/2 sudu kecil lada hitam kisar
  • 1 sudu besar tepung jagung
  • sedikit garam
Bahan Cincang:-
  • 6 ulas bawang putih
  • 3 cm halia
  • 1 tangkai besar daun kesum
  • 1 tangkai kecil daun selasih (*akak xda ni)
  • 1 tangkai kecil daun kari
  • 1 tangkai cili merah

Cara Memasak:-
  1. Kelar bahagian belakang udang dan bersihkannya.
  2. Gaul udang bersama bahan perapan. (*akak perap 20 minit).
  3. Panaskan minyak dan goreng udang sehingga benar-benar garing. Angkat dan toskan.
  4. Keluarkan sebahagian minyak dan tinggalkan lebih kurang 3 sudu besar sahaja. Tumiskan bawang putih dan halia sehingga agak garing.
  5. Masukkan pula cili merah dan diikuti daun kesum dan daun selasih. Sentiasa kacau supaya tidak hangus.
  6. Masukkan semula udang tadi dan gaul rata sebentar. Tutup api dan hidangkan bersama nasi panas....Memang enak seehhh! ^____^

Daaaaaa....ntah bila pulak nak up entry....mau seminggu lagi kot pasni...hehehehe

Thursday, June 16, 2011

Udang Masam Manis Ummi

Assalamualaikum....semoga semuanya sihat dan berbahgia selalu hendaknya terutama di bulan Rejab yang mulia ni, ramai yang berpuasa kan... x kesah la ada yang puasa ganti ke, ada yang puasa sunat Rejab ke....yang penting, keberkatan bulan Allah ini juga patut sama-sama kita hayati...

Okaayyy, ini lauk dinner malam semalam, masakan yang cukup ringkas untuk family tersayang, tapi bisa jadi igauan tekak anak-anak akak. Diaorang memang suka sangatlah masakan camni...kalau buat kari ke gulai ke, diaorang kurang syiioookkk...hehehe... Okay, tak nak bebel panjang, jom layaaann...

UDANG MASAM MANIS UMMI
Resepi: Ummi @ Home Sweet Home

Bahan:-
  • 1/2 kilo udang sederhana besar (bersihkan)
  • 3 sudu besar sos cili
  • 1 sudu besar sos cili Thai
  • 2 sudu besar sos tomato
  • 2 sudu besar cuka makan
  • 1/4 cawan air
  • 1 batang lobak merah - potong nipis/ikut suka
  • sedikit kacang pea
  • 1 labu bawang besar - belah 6
  • minyak untuk menumis
  • garam dan gula secukup rasa
Bahan Kisar Kasar:-
  • 3 tangkai cili merah
  • 4 tangkai cili padi
  • 5 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 cm halia
Cara Memasak:-
  1. Panaskan minyak dalam kuali dan tumiskan bahan kisar dengan api sederhana. Kacau hingga naik bau dan pecah minyak sikit.
  2. Masukkan semua jenis sos dan cuka makan serta air. Biar mendidih sekejap.
  3. Masukkan udang dan kacau balik rata sebentar.
  4. Masukkan lobak merah, kacang pea dan bawang besar. Gaul sebati.
  5. Masukkan garam dan gula secukup rasa.
  6. Masak hingga semua elok masak dan seimbangkan rasa. Tutup api dan hidangkan dengan nasi putih.

Thursday, June 2, 2011

Udang Lemak Merah Pekat Dengan Kacang Panjang

Assalamualaikum, selamat petang....dah makan dah? Mesti dah sendawa sakan tu kan..hehee...Atau ada yang sedang berpuasa gak kot....duk bz la masak kat dapur kan...Sekejapnya hari berlalu...esok dah jumaat eh....Emm 1 Rejab daaahh.... Elok benar kalau kita dapat berpuasa kan...bulan penuh berkat!

Akak ni lak, x tau la makin lama macam x cukup masa jek..pastu malas menjadi-jadi....masak betul2 sempoi punya....malas gak nak amik gambar...hehehe....Ada ubat x malas camni....?

Okaaayy meh la layan lauk malam kelmarin sebenarnya nih...balik kerja x tau nak masak apa....dalam kete, terfikir-fikir...last-last nampak udang jek kat kedai...terus terlintas nak masak lemak merah pekat camni....pastu taruk kacang panjang...senang...xyah masak sayur dah...akak goreng ikan tenggiri 2 keping...daaaahhh...sambal belacan dlm peti ais pun ada lgk....cukup selera tengok hb n anak2 makan...hehee...Layaaannnn udang lemak merah ni eh..


UDANG LEMAK MERAH PEKAT DENGAN KACANG PANJANG
Resepi: Ummi @ Home Sweet Home

Bahan:-
  • 1/2 kg. udang - cuci bersih dan toskan.
  • 4 tangkai cili padi merah *
  • 2 tangkai cili merah *
  • 5 biji bawang merah *
  • 2 ulas bawang putih *
  • 1 biji buah keras *
  • 1 cm kunyit hidup * (bahan * dikisar bersama dgn sedikit air)
  • 2 batang serai - diketuk
  • 2 cawan santan pekat
  • 6 urat kacang panjang - dipatahkan 2 inci
  • 2 keping kecil asam gelugor
  • garam dan gula secukup rasa
  • 3 sudu besar minyak untuk menumis
Cara Memasak:-
  1. Panaskan minyak dalam periuk/kaserol. Tumis bahan kisar bersama serai hingga pecah minyak. Gunakan api perlahan.
  2. Kemudian masukkan udang dan gaul balik sekejap.
  3. Masukkan santan pekat dan asam gelugor, biar mendidih.
  4. Masukkan garam dan gula secukup rasa.
  5. Akhir sekali masukkan kacang panjang dan biarkan sekejap. Jangan sampai layu. Tutup api.
  6. Hidangkan bersama nasi putih...




Thursday, April 7, 2011

Review Resepi Jelita : (5) UDANG GALAH LEMAK JINTAN MANIS

Assalamualaikum...waaaa dah hari khamis dah ek...cepatnya masa berlalu pergi...rasa xdan nak buat apa-apapun kadang-kadang...kalau berehat lama sikit...dah tengok nak maghrib dah...gelap dah hari...kan..kan...Okay lah petang ni akak nak share lg satu resepi yang telah akak kongsi dalam Majalah Jelita hari tuh.... Masakan ni sangat sedap pada tekak akak n family laaa...dan dah ada 4 5 orang blogger (yang akak tau laa) bagi feedback tentang masakan nih...dan ada yang dah masak sampai 2 kali dah sejak tu, ya Lieza yea...hehe...terima kasih banyak2 kepada yang sentiasa memberi sokongan dan juga sudi mencubanya....harap x menghampakan...

Asalnya resepi ni akak nak letak buah belimbing, tapi masa tu serata Pasar Tani, serata Pasar Besar Kuantan akak cari, pastu melarat cari kat pasar-pasar mini n pasaraya pun xda...mmg bukan musim belimbing ni lg kot masa tu...so akak terpaksalah tukar dengan nenas...tp still sedap la pada tekak kitaorang...ok akak share kat sini la pulak untuk mereka yg x dpt majalah tu...kesian la pulak bila ada yg request...sudi-sudikan lah...


UDANG GALAH LEMAK JINTAN MANIS
Resepi: Ummi @ Majalah Jelita Mac 2011

Bahan:-
  • 4 ekor udang galah / udang besar
  • 2 cawan santan cair
  • 1 cawan santan pekat
  • 1/4 biji nenas madu (ambil yg muda sikit)
  • 1 tangkai cili hijau - dibelah 4
  • 6 tangkai cili padi merah - diketuk/belah
  • garam secukup rasa
  • sedikit minyak untuk menumis
Bahan Tumbuk Halus:-
  • 2 sudu kecil jintan manis
  • 4 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 2 batang serai
  • 2 cm kunyit hidup

Cara Memasak:-
  1. Bersihkan udang dan toskan. Nenas dipotong kecil. Ketepikan.
  2. Panaskan sedikit minyak dalam caserol/periuk, tumis bahan tumbuk dengan api perlahan. Kacau hingga naik bau dan pecah minyak.
  3. Masukkan santan cair dan masak hingga mendidih.
  4. Kemudian masukkan nenas dahulu dan diikuti dengan udang galah.
  5. Masukkan garam secukup rasa dan kacau.
  6. Akhir sekali masukkan santan pekat, cili padi/cili hijau yang dibelah dan kacau hingga nampak kuah hampir mendidih. Tutup api serta merta sambil dikacau sekejap agar santan tidak berkepala. Hidangkan bersama nasi putih.

Monday, February 21, 2011

Jemput-Jemput Udang Kering

Salam....hari akak xda apa sgt nak share citer...citer basi ada laa..hahaha....citer makan jemput-jemput pagi semalam je....baru ni nak posting....que byknyaaa....bz sungguh kalau duk rumah...sampai letih malas lak nak on9...sedap jek landing kat dpn tv eks...hehehe...Okay laa...layan jemput jek laaa..ni pun dh lambat punya entry...patut pagi2 tadi kan..petang2 tayang lauk...hehee...ah gasak laaa....kot ada yg nak buat jemput-jemput petang nnt kan...jemput-jemput ni mmg lembut, tidak berminyak dan lembut hingga ke petang....hehe, layaannn...



JEMPUT-JEMPUT UDANG KERING
Resepi: Ummi @ HomeSweetHome

Bahan (anggaran):-
  • *1/2 kg. tepung gandum
  • *1/2 sudu teh baking powder (*diayak bersama)
  • 1 labu bawang besar - didadu kecil
  • 1 tangkai cili merah - dicincang
  • sedikit daun bawang
  • 3 sudu besar udang kering (yg fresh) - rendam dengan air panas dan tumbuk kasar
  • air secukupnya (anggaran 2 1/2 cawan)
  • garam secukup rasa
  • sedikit serbuk kunyit
  • minyak untuk goreng terendam

Cara-Cara:-
  1. Campurkan tepung yang diayak dengan soda tadi bersama garam, serbuk kunyit dan gaul rata.
  2. Masukkan air dan gaul sebati dan seimbangkan rasa garamnya.
  3. Kemudian masukkan bawang, udang kering, cili dan daun bawang, gaul rata biar sebati dan adunan biarlah lembik sedikit (untuk dapatkan jemput-jemput yang lembut).
  4. Panaskan minyak dan jemputkan adunan (*kena cepat2 jemputkan kerana adunan lembik) dan masukkan ke dalam kuali.
  5. Balik-balikkan selalu agar jemput elok masak dan rangup. Bila kekuningan, bolehlah diangkat, toskan dan hidangkan dengan sos cili kegemaran.

Tuesday, February 1, 2011

Sambal Udang Harum Limau Purut

Salam, waaaa dah nak tdo eks....akak kan baru jek siap membaking ni haa...maklum esok akak cuti nak balik kampung laaa..hehee, sementara anak2 semua ada balik ni..baru seronok balik kampung....ni lauk dinner akak laaaa...sambal udang macam biasa gak cuma ada sedikit penambahan bahan untuk menambahkan lg aroma dan terangkatnya rasa...heheee...ok laaa, malas nak bebel panjang dah...ngantuks gak ni...kalau rasa dh blur nak masak udang tu, leh try lak yang ni...hehe

SAMBAL UDANG HARUM LIMAU PURUT
Resepi: Ummi @ Home Sweet Home

Bahan:-
  • 300 gm udang - dibersihkan.
  • 4 sudu besar cili kering kisar (*akak punya cili ni jenis pedas sikit, sila adjust eh)
  • 1/3 cawan gula melaka yg dihancurkan
  • sedikit air asam jawa
  • garam secukup rasa
  • 3 helai daun limau purut
  • sedikit air
  • 1 labu bawang besar - dipotong bulat gegelang
  • minyak untuk menumis
Bahan dikisar:-
  • 6 bij bawang merah
  • 1 - 2 ulas bawang putih
  • 2 cm balia
  • 1 biji buah keras
  • 1 inci belacan yang dibakar
Cara Memasak:-
  1. Panaskan minyak dalam kuali, tumiskan bahan kisar bersama cili kering kisar dengan api sederhana dan masak hingga pecah minyak.
  2. Masukkan sedikit air (jika terlalu kering), gula melaka dan air asam jawa. Masak hingga kuah agak pekat.
  3. Masukkan udang, daun limau purut dan garam secukup rasa.
  4. Kemudian masukkan bawang besar dan renehkan sebentar hingga kuah nampak berminyak, tutup api dan hidangkan.
masa nak suap ke mulut, harum je bau daun limau purut tu..eeemmm

Saturday, January 15, 2011

Cucur Udang Enak

Salam semua....mesti semua tengah bz kan, kemas2 rumah xpun ada yang dah keluar jalan2 dengan family, tp akak x gi mana laaa...ada projek sikit nak kena buat...hehe... Pagi ni just sarapan dengan cucur udang kegemaran hb dan anak2 laaa...maknya pun! Banyak kerja lg nak buat nih...so layan dulu la eh...Sungguh sedap dan rangup di makan panas2 or sedang2 suam tuh...cicah lak dengan sos cili thai jek...malas nak wat sos dah....perut berdondang sakan dah...Aiman hentam sampai 6 ketul sebesar tuh...hb pun x kurang mengalahnya, katanya enak, so akak letak cucur udang enak la namanya, ikut tekak memasing la kan, kalau nak tambah taugeh ke ikut suka, diaorg ni xnak. Ok, laayyyyyaaannn..

CUCUR UDANG ENAK
Resepi: Ummi @ Home Sweet Home

Bahan:-
  • 3 cawan tepung gandum
  • 1/2 cawan tepung beras
  • 3 sudu besar tepung jagung
  • 1/2 sudu kecil soda bikarbonat
  • sedikit serbuk kunyit
  • garam secukup rasa
  • 1 biji bawang besar - 1/2 diblend dgn 1/2 cwn air dan separuh didadu
  • 12 - 15 ekor udang - kerat2 dua ataupun x perlu kerat
  • sedikit daun bawang
  • 2 tangkai cili merah sederhana ( dihiris halus-halus)
  • +- 3 cawan air atau secukupnya
  • minyak untuk goreng terendam
Cara-Cara:-
  1. Dalam mangkuk besar, satukan dulu semua bahan-bahan kering dan garam, gaul rata.
  2. Kemudian tuangkan sebahagian bawang yang dikisar dan masukkan air. Kacau rata.
  3. Kemudian masukkan sebahagian bawang dadu, daun bawang, cili merah dan udang. (boleh jugak letak udang sekor2 atas adunan semasa hendak dimasukkan ke dalam kuali)
  4. Gaul mesra bahan-bahan semua. (adunan mmg dikira lembik dan sedikit cair)
  5. Panaskan minyak yang banyak dalam kuali, sendukkan adunan cucur dan tuang dari tepi minyak dlm kuali biar adunan jatuh dan terendam ke dalam minyak.
  6. Balik-balikkan cucur biar sama rata masak hingga kuning keemasan. Angkat dan hidang dengan sos cili thai atau sos kegemaran. Selamat Mencuba!

Tuesday, December 21, 2010

Telor Dadar Udang Bermayonis

Salam.....layan menu ringkas malam kelmarin sebenarnya....lawan dgn cencalok dan lauk asam pedas...malam tadi x masak pun sebab family adik datang rumah bawak makanan punya la banyak...akak dah keluarkan ayam ingat nak masak, simpan semula ayam tuh..hehehe...so layan la telor dadar ni dulu eh.....gebussss jek letak mayonis... ^____^ tp ni bukan resepi Sheila Rusly, akak xda resepinya, main taram jek campur udang segala...lemak-lemak gitu...hahaha

TELOR DADAR UDANG BERMAYONIS
Resepi: Ummi @ Home Sweet Home

Bahan:-
  • 6 biji telor
  • 1 labu bawang besar - didadu kecil
  • 15 ekor udang sederhana - dikerat dua
  • 4 sudu besar mayonis asli
  • 3 sudu besar susu segar
  • 1 tangkai cili hijau - dicincang kasar
  • 1 tangkai cili merah - dicincang kasar
  • sedikit lada sulah
  • garam secukup rasa
  • sedikit minyak masak
Cara Memasak:-
  1. Pukul sikit telor dengan whisk dan campurkan kesemua bahan. Kacau sebati.
  2. Panaskan minyak dalam non-stick pan dan tuangkan adunan.
  3. Perlahankan api dan tutup kuali.....biarkan telor masak.
  4. Bila nampak permukaan atas sudah mula beku dan masak, angkat dan hidangkan. (# tak perlu terbalikkan telor).
sedap dan lemak...

Wednesday, November 3, 2010

Udang Galah Goreng Tempoyak Pedas

Selamat petang semuaa....waaah dah ada yang sangap2 kekenyangan la tuuu...nampak mata luyu jek xnak bukak...hehee, x nak tengok ke entry akak nih...orang lain wat kuih taruk doyan...kita masak lauk letak tempoyak...doyan mmg kita x makan, dah jadi tempoyak kita sibab...hahahaha. Okayy layan lah lauk dinner malam tadi, asal resepi guna udang galah saiz S, waaah udang pun ada saiz2 eh..hehee...tp akak guna udang biasa saiz besar gak laaa...Resepi tengok kat dapur Ha-Sue yang rajin wat kek lapis gak tu..hehee...Thanks Sue, sodaaapp la sangaaattt..bertambah2 hb n aiman makan....hahaa..akak?? xyah cakap laaa...hehehe, izin akak C n P sini lak yea Sue..akak ada adjust cili sikit, xpa eh..

UDANG GALAH GORENG TEMPOYAK PEDAS
Sumber: Ha-Sue

Bahan2:
  • 10 ekor udang galah (saiz S) - buang kulit n belah belakang/xnak buang kulit pun ok (*akak guna udang biasa yg saiz agak besar jgk)
  • 10-20 biji cili api(merah+hijau)-ikut tahap kepedasan masing2* (akak letak 7 tangkai cili padi jek)
  • 2 ulas bawang merah*
  • 2 ulas bawang putih*
  • 1-2 tangkai cili merah* (akak tambah jadi 6 tangkai cili merah)
  • 1/2 labu bawang besar*
  • 4 sudu besar tempoyak
  • garam dan perasa
  • sedikit minyak utk menumis
Cara2:
  1. Tumbuk bahan * dan tumis hingga naik bau,masukkan udang galah dan kacau goreng sehingga hampir masak.
  2. Masukkan tempoyak dan kacau sehingga sekata dan sebati(sehingga tempoyak berubah warna sepenuhnya. Perasakan dengan sedikit garam dan serbuk perasa jika suka.
  3. Sedia dihidangkan.

Thursday, September 2, 2010

Thai Seafood Tom Yam

Taraa...masak apa petang ni? Mesti best tu...akak ni kan, mood masak mcm dah merudum pulak...xtau napa...tunggu anak2 semua balik la masak semula. Hari ni mcm nak tawaf bazar je laaa..lg pn Aiman berbuka kat Sekolah dia ada Majlis Khatam Tadarus Quran....sesekali bole la kan, hehee....Okay ni menu berbuka semalam, akak wat Seafood Tom Yam menggunakan pes Thai Tom Yam yg dibeli di Padang Besar dulu...baru nak cuba hari ni...Rupanyaaaaa...sedap sungguh pes ni..

pes Thai Tom Yam yang dibeli di Padang Besar dulu...sgt sedap!

So inilah rupanya Thai Seafood Tomyam akak, tambah jek air, udang, sotong, bawang besar, tomato, serai, halia, batang celeri, cili padi, daun limau purut, karot, putik jagung, garam dan gula secukup rasa....xyah resepi la eh..akak x letak ayam pun...terpulang laaa

Sunday, August 22, 2010

Sambal Tumis Udang Nyonya

Okaayy ni lauknya makan dengan nasi lemak kat bawah tu....Sambal Tumis Udang Nyonya akak import dari dari dapur Mat Gebu...Memang berlainan sedikit bahan-bahan untuk masak sambal udang ni...sungguh sedap...berperisa, tambah di masak pekat2 gitu...enak banget dong!! Mat, time kasih share...akak nk curi resepi ko tu letak sini eh....

SAMBAL TUMIS UDANG NYONYA

Bahan-Bahannya :-)
  • 500 g udang sederhana besar, kupas, cuci dan toskan
  • 1/2 cawan jus asam jawa
  • Garam dan gula secukup rasa
  • 2 cawan cili kisar
Bahan Tumbuk Halus :-)
  • 8 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 3 biji buah keras
  • 2 batang serai, dihiris halus
  • 1/2 inci lengkuas
  • 1 inci kunyit hidup
  • 1 inci belacan, dibakar
Cara membuatnya :-)
  1. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan2 tumbuk halus hingga harum, tambah cili kisar dan tumis hingga terbit minyak. Masukkan jus asam jawa, garam dan gula (lebih sedikit), kacau rata dan masak hingga mendidih.
  2. Bila sambal menjadi pekat sedikit, masukkan udang tadi, gaul rata dan masak hingga udang masak dan sambal pekat sedikit. Sesuaikan rasa dan jika kurang masin, tambah garam. Angkat dan hidangkan bersama nasi lemak nyonya....Akak makan dgn nasi lemak biasa2 jek, cuma menggunakan beras basmathi....hehe


Saturday, August 21, 2010

Nasi Lemak Sambal Udang Nyonya

Salam...hari ni bz sikit, xdan nak update menu kelmarin ni....keluar pi shopping2 sikit...akak x jadi balik kampung sebenarnya sebab Aiman ada bengkel UPSR lak dari jam 8 pg - 3.30 ptg. So tinggal berdua dengan hb jek, kul 11 gitu kitaorang pi ke bandar laa...shopping2 sikit hehehe....Jam 2 lebih baru balik...penatnyaaaa...duit pun banyak habis...huhuuu....Kul 3 lebih akak ke dapur dah buat tiramisu n simpan dlm fridge (*nnt masukkan entry eh), pastu rehat jap, kemas2 barang shopping..hehee....Kul 5 baru masuk dapur semula masak nasi tomato.....Pelik eh, letak sini resepi nasi lemak...Sebenarnya nasi lemak ni menu kelmarin.....makan dengan sambal udang nyonya...nnt letak resepi sambal udang nyonya pulak....letih ni...rasa xleh bukak mata dah...Xyah resepi la nasi lemak ni eh..mcm biasa2 jek...cuma guna beras basmathi...layaannn gambor je laa....

makan dengan sambal udang nyonya...

tempe sira kering dengan ikan bilis

telor rebus baru kuar dr acuan...hehe

Saturday, August 14, 2010

Ungkep Udang Galah

Okaaay ni baru nak upload menu berbuka Iftar Ke2...masih udang...kena habiskan cepat udang galah yang hb beli kat Rompin Isnin lepas....tu nanti x sedap simpan lama2 kan...So akak masak ungkep udang pulak. Tapi kali ni tinggal udang yang kecik sikit laaa...Resepi akak import dari Singapore kat dapur Ayu tu, Thanks Ayu...akak copy paste je sini lak eh...Sedappppp!!!


UNGKEP UDANG GALAH

Bahan:-
  • 1 kg udang besar di bersihkan
Bahan kisar kering:
  • 2 sudu makan ketumbar
  • 1 sudu teh jintan kasar
(boleh juga gunakan serbuk aje bahan diatas jadi tak payah kisar)

Bahan kisar basah:
  • 3 ulas bawang putih
  • 5 ulas bawang merah
  • 2 sm halia
  • 1 sm lengkuas
  • 1 batang serai
  • 2 tangkai daun kari
  • sedikit garam dan serbuk kunyit
  • 1/2 cawan minyak
Cara Memasak:-
  1. Perapkan udang dengan semua bahan, ketepikan.
  2. Panaskan minyak, masukkan udang, kacau dan tutup.Air udang akan keluar, biarkan kuah hampir kering (lebih kurang 5-6 minit dengan api sederhana).
  3. Ketika ini udang sudah pun masak. Bolehlah di hidangkan.
Sources:-From sharifah azizah@myresipi.com


Friday, August 13, 2010

Udang Rock N Roll

Tu diaaaa...jangan terkejut eyyyy..bulan pose ni mana leh rock-rock kan...tp roll roll boleh kan..roll roti, roll puff kan kan...hehehee...Okaayy laaa akak nak syorkan u all masak la udang ni...dah la ringkas dan senang...sedap la pulak.....Lauk berbuka akak pada hari pertama puasa kelmarin. Resepi akak cilok dari Anekarasa ni...Besssshhhh!!! Kena pulak dengan udang galah mcm ni...heheee, hb beli masa outstation kat Rompin kelmarin...tp tu laa..udangnya ada besaauuuu...ada sedangggg...ada teciiiikkk...ek eleee..sorilah amik gambar pun nak cepat2 jek...dekat berbuka puasa daaa...hahaha


UDANG ROCK AND ROLL

Bahan:-
  • 500 gm udang (udang besar - akak guna udang galah)
  • 1 sudu besar bawang putih yang dicincang
  • 2 sudu besar minyak

Bahan-Bahan Untuk Sos:-

  • 1 sudu besar taucu biji
  • 2 sudu besar cili padi yang dicincang
  • 2 sudu besar sawi jeruk (kai choy) - dicincang (*akak x letak)
  • 2 sudu besar cendawan butang yang dicingan
  • 2 sudu besar cili sos
  • 2 sudu besar sos tomato
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu besar sos plum
  • 1 sudu besar gula
  • garam secukup rasa
  • sedikit lada sulah
  • 1 sudu besar tepung jagung dibancuh dgn 3 sudu besar air
  • 200 ml air
  • 3 sudu besar minyak
  • sedikit minyak bijan

Cara Memasak:-

  1. UDANG :- Panaskan minyak dalam non-stick pan dan tumiskan bawang putih. Kacau sekejap dan masukkan udang.. Balik-balikkan biar masak lebih kurang 5 - 6 minit. Tutup api dan ketepikan. Masak sos seperti di bawah
  2. BAHAN SOS :- Campurkan bahan2 sos cili, tomato, tiram, plum semua dalam bekas. Kacau rata dan ketepikan. Dalam kuali lain, panaskan minyak dan tumiskan cili padi, taucu, sawi jeruk dan cendawan cincang tadi. Kacau dan masukkan bahan2 sos yang dicampur tadi. Masukkan garam dan lada sulah secukup rasa. Masukkan minyak bijan. Kacau rata dan akhir sekali masukkan bancuhan tepung jagung. Kacau dan bila sos nya agak pekat tutup api. Tuangkan ke atas udang tadi dan gaul rata. Hidangkan..

Monday, July 26, 2010

Seafood Curry

Salam isnin semua....sori 2 hari menyepi dapur akak nih...ni pun nak masuk menu bila ntah...Sabtu kelmarin balik kampung makan kenduri kat rumah jiran mak...aleh2 dilanda sakit perut memulas teramat....uwaaaaa....Balik ke Kuantan hari yg sama sebab adik2 akak follow akak balik ke Kuantan pulak, nak jalan2 cari makan nasi dagang la kononyaa....Aleh2 semua pakat2 rotate masuk tandas jek...akak pun dekat 20x dari petang Sabtu sampai petang Ahad duk berselisih bahu dengan hubby kat muka pintu tandas jek...hahahaa..adoiiiii...boleh dikatakan semua family akak kat kampung pun kena...Adoiiii ni kena keracunan ke apa ke, nak kata angin xkan kot...makan daging pun angin ke...huhuuu...Ahad semalam seharian duk entertain adik2 akak n family diaorg jalan2 pusing Kuantan...K layan je laaa kari makanan laut akak ni haaa....dah habis eh, jgn mintak laaa...wat makan dengan nasi jagung hari tu...hahahaa..x ngam ke, alaaa tibai je ler...

SEAFOOD CURRY (My Simple Style)

Bahan:-
  • 4 ekor sotong - kerat 3 atau 4
  • 15 ekor udang sederhana besar
  • 1 1/2 cawan santan pekat* ) bahan * dibancuh bersama
  • 2 1/2 sudu besar rempah kari* )
  • 1 1/2 cawan santan cair
  • 3 ulas bawang merah - dimayang
  • 3 ulas bawang putih - dimayang
  • 1 inci halia - dimayang halus2
  • 2 tangkai daun kari
  • 1 sk. serbuk ketumbar
  • 1 sudu besar cili kisar
  • 1 sudu besar bawang merah kisar
  • 1 biji terung bulat - belah dan kerat 8
  • 1 biji tomato - belah 6
  • 15 batang kacang buncis - potong serong
  • garam secukup rasa
  • sedikit air asam jawa
  • minyak untuk menumis
Cara-Cara:-
  1. Panaskan minyak dalam periuk dan tumis bahan yang dimayang serta daun kari hingga naik bau.
  2. Masukkan bancuhan santan pekat dan rempah kari tadi. Perlahankan api dan kacau masak hingga terbit minyak.
  3. Masukkan air asam jawa dan santan cair dan biar mendidih sekejap atas api sederhana.
  4. Masukkan udang dan sotong diikuti dengan terung, biarkan mendidih lagi.
  5. Masukkan garam secukup rasa.
  6. Akhir sekali masukkan kacang buncis dan tomato. Perlahankan api dan reneh lebihkurang 5 minit biar kuah naik kemerah-merahan...tutup api.