Sunday, July 22, 2012

Udang Garing Daun Kesum

ASSALAMUALAIKUM

Selamat menjalani ibadah puasa buat semua yang masih sudi bertandang.... Hari ni dah 2 hari umat Islam menjalani ibadah rukun Islam yang ketiga ini. Diharap kita semua akan sentiasa diberikan kesihatan yang baik dan semakin baik hendaknya dengan fadhilat berpuasa ini....

Ya la kan, dah 11 bulan perut bekerja keras, jadi diharap 1 bulan berpuasa ini akan merehatkan enjin perut di siang hari ni, akan tertanggal lah hendaknya segala "lumut" di saluran perut bila kering kerana tidak dilalukan sebarang makanan....umpama saluran besi paip yang sentiasa mengalirkan air, tetapi jika sehari dua air kering akan pasti kerak-kerak lumut tertanggal dengan sendirinya dan apabila air datang kembali dan dilalukan, pasti kerak-kerak lumut itu akan disapu bersih laluannya kan...begitu jugak lah saluran perut manusia ini diumpamakan.

Okeehh laaa, tersasul panjang pulak bercerita....ingat tadi nak cepat-cepat jek masukkan entry sebab sekejap lagi akak terpaksa ke KL menghantar Najiha yang tidak dapat bercuti lama seperti abanglong dan kakngah kerana dia amik inter-session advance paper sepanjang waktu student lain bercuti 2 bulan ni, jadi xlah berat sangat nak bawak paper untuk next semester Jadi seminggu jek dia dpt bercuti dan hari semalam je la dia dapat berbuka puasa kat rumah, hari dah kena berbuka dengan kawan-kawan housemate....

Jadi semalam akak bz lah jugak masak untuk berbuka dan masak pulak bekal makanan untuk Najiha ni. Pagi-pagi semalam dah siap kacau puding kastad berkuah koktel kegemaran seisi keluarga, pastu penat jugaklah menyediakan daging dendeng, favourite family jugak laa ni untuk dibekalkan untuk Najiha buat bersahur or berbuka ke di rumah sewanya nnt...tau je la kan, daging dendeng ni senang jek bahan, tapi remeh sikit nak membuatnya,, berpeluh mokciiikk! Tp memang berbaloi....hehee. Petang sikit, baru akak goreng meehoon udang sebagaimana makanan berat sikit untuk berbuka...

Malam tadi dah jam 11 mlm, akak suruh Najwa jek tolong buatkan pulak kek marie batik untuk adiknya ni...hehhee... ditanggung beres! Akak dah melanding dah masa tu....adeeeeiii..Sorilah xdan pun nak amik gambar puding dam kek batik pun akak mcm malas jek nak amik gambar, dah acapkali betul entry kaan...hehe..

Memang enak dengan nasi panas-panas begini...nak2 tang minyak yg melekat-lekat tu...gaul2kan dengan nasi...ffuuuuhhhh...x madaaannn....! ^___^

Okeh laaa, jom layan menu dulu....ni menu kelmarin2 yeaa..bukan menu berbuka semalam...hehehe.. Resepi sempoi tapi sedap dari Chef Kamarul dari majalah Saji bulan Februari 2012. Anak-anak suka, sedap mcm buttered prawn gitu, cuma ni guna daun kesum dan citarasa kampung....sedap udang tu digoreng garing-garing dulu, baru digaul....Bagi yang tiada idea nak masak apa dan nak yang ringkas, cepat dan sedap, jom cuba ni...!

UDANG GARING DAUN KESUM
Resepi: Chef Kamarul @ Majalah Saji
Dicuba rasa : Ummi @ Home Sweet Home

Bahan:-
  • 500 gm udang (sederhana besar)
  • Minyak masak untuk menggoreng
Bahan Perap:-
  • 1 sudu kecil serbuk cili
  • 1 sudu kecil serbuk kari
  • 1/2 sudu kecil lada hitam kisar
  • 1 sudu besar tepung jagung
  • sedikit garam
Bahan Cincang:-
  • 6 ulas bawang putih
  • 3 cm halia
  • 1 tangkai besar daun kesum
  • 1 tangkai kecil daun selasih (*akak xda ni)
  • 1 tangkai kecil daun kari
  • 1 tangkai cili merah

Cara Memasak:-
  1. Kelar bahagian belakang udang dan bersihkannya.
  2. Gaul udang bersama bahan perapan. (*akak perap 20 minit).
  3. Panaskan minyak dan goreng udang sehingga benar-benar garing. Angkat dan toskan.
  4. Keluarkan sebahagian minyak dan tinggalkan lebih kurang 3 sudu besar sahaja. Tumiskan bawang putih dan halia sehingga agak garing.
  5. Masukkan pula cili merah dan diikuti daun kesum dan daun selasih. Sentiasa kacau supaya tidak hangus.
  6. Masukkan semula udang tadi dan gaul rata sebentar. Tutup api dan hidangkan bersama nasi panas....Memang enak seehhh! ^____^

Daaaaaa....ntah bila pulak nak up entry....mau seminggu lagi kot pasni...hehehehe

14 comments:

Kak Rose said...

salam ramadhan dan selamat berpuasa untuk Ummi sekeluarga.

pepagi tengok tayangan amal udang tergolek2 ni sungguhlah menggoda jiwa raga... pasti akan ku cuba nnti. tq share resepi ya.

Unknown said...

salam Ummi..
aduh nampak sedap betul lah udang tu,akak pun ada udang dlm frezer boleh lah try buat ni mesti wangi sbb banyak daun2 tu jd bertambah sedap lah apa lagi masa berbuka nnt tengha lapo tu..

Amie said...

Selamat berpuasa Kak Ummi. Terpikat pula tengok udang garing daun kesum kakak... tentu harum baunya!

ilahjy said...

ummi masa ummi mesej kat handset tu ilah pun sibuk kat dapo sampai tak tgok hset bunyi... dah ptg baru tgok selepsa landing ...ilah cuma sediakan jer bahan2..ptg baru panaskn dapo.. tapi dari mesej smlm tu mmg ummi bz dari pagi lagi..pasti najiha suka punya ibu kuat dan rajen... najihah anak ilah dah bekerja dah nak amek master tak lama lagi dah daftar dah di UTM semarak dekat rumah jer... shafiqah pun dah kerjaa pun dok tunggu nak buat ijazah..no 3 kat uia asasi... no 4 sama aiman... tentu ummi masih ingat.. selamat sampai s.alam dan selamat ppulang ke kuantan...

Gee® said...

Aduhhhh....sedapnya K.Ummi... menyelerakan sungguh lauk udang tu... tak perlu lauk lain dah kan...

Jajas said...

amboi sedapnye...sabar3...hehe

ummiakid-lily said...

aduh...duh...duh..duh...nampak gojes dan sedap sangat udang tu sis...peberet ni, kalau makan mau mengaruk sakan ni...tak moo antor sg karang ke..?

Puan Ros @ Sinaranmenu.blogspot said...

Salam Ramadhan Umi..memang nampak sedap.Kebetulan ada udang dalam peti tu.Teringin pulak nak cuba buat.

Azie said...

Ummi, nmpk sedap tu. bolehlah cuba nnt

ELLYDA said...

salam ramadhan ummi.. sedap tgk udang tu nanti nk try lah kalau jumpa kat pasar udang besar..

Numa Delights said...

Thanks for the receipt & terliur ... nak try lah. bahan2 pun senang dpt, terbayang nasi goreng kerabu yg pakai daun kesum ni.

http://nuhadelights.blogspot.com/2012/07/kuih-raya-2012-runcit-dan-borong.html

Love2cook Malaysia said...

Fuh..saya yang tak minat udang pun boleh meleleh tengok dish akak ni. Heheh...my hubby and kids will love these. Pernah tgk resipi ni kat Saji.. Daun kesum tu yang tak pernah jumpa..heeee :)

Ayu said...

Assalam kak ummi,
kita dah buat dah semalam, bila nampak aje kak ummi, post entry ni tak panadang belakang terus print..kita masak untuk sahur kak.. memang sedap!!..Terimaksih kak for sharing..minta izin dipanajang2kan didapur kita pula ya..

Nur-nba said...

Menarik menu ni.. masuk list menu yang harus dicuba. TQ kak.. :)