Tuesday, July 3, 2012

Review Resepi SAJI - Ayam Panggang Ajwa Madu Bijan





ASSALAAAAMMMUALAIKUUUUUUMMM... Caaakkk... ^______________^

Apa khabar? Mohon maaf banyak2 lah sekiranya ada yang masih sudi menjengah dapur akak ni pulang dengan hampa melihat hidangan yang sama jek kan....sesungguhnya segala ini bukanlah kehendak dan sesungguhnya akak terkilan sekali bila menghampakan kalian yang masih sudi bertandang... inilah hakikat dapur Home Sweet Home sekarang ini... Tak nak bercerita panjang dah laa...harap kalian faham.

Rasanya menjelang Ramadhan ni pun dapur ini akan berupdate seminggu sekali je la kot...bayangan kesempatan untuk akak umpama pergi jauh kian hari. Banyak sangat urusan yang menuntut perhatian akak sejak kebelakangan ini dan mungkin akan berlarutan...maafkan akak yea...

Dan buat mereka yang tidak berkesempatan mendapatkan majalah SAJI edisi khas Mini Bumper bulan Julai, di sini akak hidangkan resepi yang telah akak sumbangkan di majalah tersebut. Hanya 1 resepi diminta untuk kolum Blogger Saji tersebut, selebihnya hanya gambar-gambar dan sedikit info tentang dapur Home Sweet Home aje...hehe. Dah beberapa hari akak masukkan gambar ni tapi x sempat2 nak mengarang dan publish...malam ni baru ada masa sikit... Hari ni seminar satu hari...baru pas lipat kain 2 bakul....adeeeiii...Layaaan la eh...


AYAM PANGGANG AJWA MADU BIJAN

Bahan Utama:-

  • 1/2 ekor ayam - dipotong 3 atau 4 bahagian
  • 3 sudu besar minyak sapi
  • 2 sudu besar rempah beriani (akak guna Rempah Serbaguna Mak Sal - lihat gambar di bawah)
  • 1 sudu teh serbuk ketumbar
  • 1/4 cawan kurma Ajwa - dikisar dengan sedikit air
  • 1/4 cawan kismis kuning
  • 2 sudu besar cuka makan
  • 1/4 cawan cili kering yang telah dikisar
  • 3 sudu besar madu / secukup rasa
  • garam secukup rasa
Bahan Kisar dan Tumis:-
  • 8 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 2 inci halia
  • 2 batang kulit kayu manis
  • 2 kuntum lawang
Untuk taburan:-
  • 3 sudu besar bijan - digoreng tanpa minyak
  • sedikit kurma Ajwa - dihiris halus

Cara-Cara:-
  1. Panaskan minyak sapi dalam kuali dan tumis kulit kayu manis, bunga lawang dan cengkih diikuti cili dan bahan kisar lain. Kacau hingga naik minyak.
  2. Masukkan bahan rempah dan serbuk ketumbar, kacau hingga rempah masak lebihkurang 3 - 5 minit dengan api sederhana.
  3. Masukkan pula air kurma yang dikisar dan kurma potong kecil, cuka dan madu. Kacau rata sebentar.
  4. Bila kuah agak pekat, masukkan ayam dan gaul sebati. Masukkan garam secukup rasa.
  5. Masukkan kismis dan kacau balik ayam sesekali. Masak hingga ayam separuh masak dan kelihatan bersalut dan pekat.
  6. Matikan api dan alih ayam ke atas pemanggang atau oven dan bakar dengan api atas bawah sealam lebih kurang 20 - 30 minit sambil dicurahkan lebihan kuah dan balikkan ayam sekali-sekala. Bila nampak garing dan sedikit hangus/garing (jika suka), bolehlah diangkat keluar dari oven. Hiaskan dengan taburan bijan.
  7. Hidangkan dengan nasi arab, nasi berempah atau nasi beriani serta dalca.
Harap resepi ini akan menepati citarasa tekak kalian yang sudi mencuba....terima kasih akak ucapkan.Seterusnya akak ucapkan ribuan terima kasih kepada pengirim Rempah Serbaguna Mak Sal iaitu Norjihan Idris rakan facebook yang baru jugak akak kenali masa tu, dan telah beriya-iya dan susah payah mengirimkan rempah tersebut. Maaf lah Jihan, baru sempat nak mention sejak kiriman diterima agak lama jugak kan...Norjihan telah mewarisi kepakaran bondanya dalam menyediakan rempah ini dan sedang ligat memasarkannya.. Memang sedap harum rempahnya dan boleh digunakan untuk semua jenis masakan berempah sama ada lauk pauk atau nasi. Untuk keterangan lanjut silalah add beliau yeaa.

15 comments:

laskar pelangi said...

Menyelerakan.Bolehlah buat hidangan untuk buka puasa bila Ramadhan tiba nanti ;)

Azie said...

Tahniah. Gambar yg cantik. Kagum

Shahriah Abdullah Novelis said...

As'kum Kak Ummi betul tu samalah sha pun busy manjang.. tapi sedaya upaya masukkan jugak N3 satu dua..

Awal2 sha dah beli majalah Saji.. dan ada dalam simpanan sha. elok aje sha simpan hehee. buat kenang2an... tahniah Kak Ummi.. cayang dia.. selamat melipat kain baju 2 bakul.. sha baru semalam lipat 3 bakul.. lagi 2 hari hmmm... jawablah nanti tu.. busy manjang ni..

AZLITA AZIZ said...

Assalamualaikum kak Ummi cayanggg!!

Alahai busynya akak kita ni sorang.. tapi dalam busy-busy tu sempat jugak kejor ayam ye! ^_^

Samalah kak, ita pun dah berapa hari tak masuk N3. Sibuk sangat tak lekat kat rumah. Kejap gi tgk anak sana , kejap anak sini.. macam-macam hal kak dengan hari sukannya, hari ibu bapanya.. aduyaii.. baru lah penat nak hilang dah terasa balik sengal-sengal kat badan ni..

Bila jenguk dapur akak nampak pulak ayam ni.. aduyaii.. apalagi menyanyi keroncong lah perut ita malam-malam ni..

Mamasya said...

Salam k.Ummi.dtg dapur kat Ummi nak intai ayam panggang special ni....ohh nama Ajwa sbb guna kurma Ajwa...menarik resepinya..
nanti boleh cuba.

tun_telani said...

Salam kak ummi cayang ^^
uhuk uhuk.. tun pun bz jugak :( windu nk BW tiap2 hari, tp x terkejar.. huhu... ayam ni rasa dia mesti sehebat nama dia kan.. siap ada kurma, mmg terasa aura2 bulan puasa tu =) kt sini selagi x dekat2 nk puasa, jgn harap la dpt jumpa kurma kt kedai.. hihi

maz said...

Kakkkkk...sayang2 buah kepayang..apa nk buat xde peluang..xdpt la nk sayang2...muahhh..adoiii sori la kak ye..hritu memang xleh nk ejas dh timenya..sbb mak ada..kena ikut prgram diaaa...tkpe la nti klu dtg lain kli kak msk ayam ni utk kita yeee..nk buat sdriii xbrapa nk rjin msk2 lauk ni...

Sari Yusa Ibrahim said...

Salam, Kak Ummi. Kesiannya kakak kita sorang yang busy teramat ni.. semoga dipermudahkan segala urusanmu, kak.

Gee® said...

K.Ummi, ada lagi tak ayam panggang tu... nak tumpangsemangkok boleh? hehehe.... laporrrrr

FnF Simple Life said...

Asslm kak Ummie... oh ayam panggang ni tak guna gula...kiranya memang manis asli kan kak Ummie... hanya guna madu, kurma dan kismis... InsyaAllah bulan Ramadhan nnt jika ada jual kurma di masjid kat Chiba nih boleh la dicuba resepi kak Ummie ni nnt... tq 4 sharing kak ;)

Yatie said...

Assalamualaikum Kak Ummi cayanggg, alahai ciannya akak ni busy memanjang..takpe kak, walau sesibuk mana, akak tetap tak lupakan kami peminat setiamu...tetap ada menu istimewa utk dikongsikan bersama..terima kasih kak atas perkongsian ilmu ini..semoga mendapat keberkatan dariNYA.Mmng nmpk sedap ayam panggang ni, leh cuba di lain kesempatan..tq..

Ryo Azhar said...

Salam kak ummi,apa khabar? ni kompom sedap walaupun ratah gitu2 je kan....

♥LOVE2COOK MALAYSIA♥ said...

Wahhhh besnya ayam panggang ciptaan akak ni! Just loved the pics...pasti sedap! Nama pun cun...

Hru kak? I'm good in the midst of business...hehe. I too wanted to post the chicken recipe I shared with Saji last month. Dah update gambar...karangan belum lagi. Kekeke.

Thanks a ton for visiting me despite your busy schedule kak. Terharu betul! Actually love tak habis buat new layout pun...header tu old one. Working on a new one..semua tertangguh! Haha.

You take care and have a splendid weekend ya :)

Kak Nita said...

Salam Kak Ummi,
Nampak sunnguh menyelerakan...Dah masuk dlm list .
Insyallah akan cuba nnt...

CT Delima said...

As'alam Kak Ummi manisss...

kalau nak dihitung dengan jari kemalasan ct lagi panjang berbanding dengan kak ummi hehehe. Nasib baiklah ada suami yang sering ingatkan ct bila nak update blog kak hehehe.

sedap tengok lauk akak ni, kalau kebuntuan resipi atau idea tak ada bolehlah bukak blog kak Ummi ni cari resipi yang sedap2..kecur lak rasanya..