Showing posts with label apam. Show all posts
Showing posts with label apam. Show all posts

Thursday, July 28, 2011

Apam Puteri Ayu - Sesedap Namamu ^_^

Assalamualaikum.....

Dah hari khamis eh...rasa mcm baru semalam jek akak balik kampung dan berkenduri hari Sabtu lepas, bertemu emak abah dan semua adik beradik...cepatnya masa berlalu....minggu depan kita akan memasuki Ramadhan dah, bulan yang mulia,... Semoga kita dipanjangkan umur lagi untuk menghayati bulan penuh berkat dan diberikan kesihatan yang baik untuk menjalani rukun Islam yang ketiga ini...amiiinnn..

Okay hari ni akak buat tayangan tertunda jugak laahh...aktiviti hari Jumaat lepas sebelum balik kampung, akak bercuti sebenarnya hari tu. Sekerat hari duk mengukus apam yogurt dan apam puteri ayu ni. Paling banyak akak buat apam puteri ayu ni laahhh, rasanya akak dapat kurang lebih 120 biji macam tu. Apam yogurt tu dapat kurang lebih 50 biji je laa...Siap mengukus apam, akak kacau pulak puding jagung dan kuahnya akak masak di kampung malam tu.

Apam ni dihidangkan jugak untuk geng masjid abah seramai 50 orang bersama puding jagung koktel (yang ni x sempat nak snap gambar lerrr...). selepas acara makan nasi. Ala-ala hotel la kan...course by course...hahah. Dihidangkan jugak untuk beberapa orang jiran dekat rumah yang datang membantu....(sebenarnya diaorg x buat apa sgt dah pun, sebab segala bahan masak kami dah siapkan sebaik tiba di rumah hari Jumaat malam tu...kul 3.00 pagi tdo.. saja xnak harapkan sangat makcik2 jiran, takut gak diaorg uzur x dapat datang kan....naya nanti semua bahan tak siap..hehe


Okay lah....kalau nak resepi sila lah clik kat Sini yaaa...Akak memang suka dengan resepi Azita (Rossitamz) ni....sangat lembuuuuuttt, sedaaaaaaaaaappp... Semua puji tau... Adik akak yg Gombak tu kata, boleh hantar kat hotel nih...hahahhahahah...mentang-mentang suami dia kerja kat hotel...dia biasalah pi sarapan n minum petang kat hotel tu kan.... katanya kuih yg dihantar kadang-kadang x sesedap mana pun...waaaaahhh...menguji keimananku... kang ada akak hantar kat hotel-hotel Kuantan ni pulak...hahahhaa




Dah siap masuk bekas.....tu pun dah kena hentam dek anak-anak dekat 15 biji daah...hehehe...Amacam, leh hantar ke hotel tak? hahahhaha...kedai xmooo...ek elee...

Wednesday, July 27, 2011

Apam Yogurt Kukus Lagi - Merah Yang Menawan

Assalamualaikum.....

TERIMA KASIH KEPADA SEMUA YANG TELAH MEMBERIKAN KOMEN UNTUK ENTRY SEMALAM. TAK DAPAT AKAK NAK MEMBALASNYA SATU PERSATU....AKAK HARGAI SEMANGAT DAN DORONGAN YANG DIBERIKAN DAN INSYAALLAH AKAK DAPAT BERTAHAN LAGI UNTUK BLOG HOME SWEET HOME INI...ESOK LUSA TAK DAPATLAH NAK CERITA, KITA MERANCANG ALLAH JUA YANG MENENTUKAN... APAPUN, KALIAN SENTIASA DI HATI AKAK DAN MENJADI PEMANGKIN, TERIMA KASIH SEJUTA......MUAAAHHHH!


Ok, pagi ni (eh pagi ke...dah tengahari kan) nak tayang apam yogurt kukus Rima yang best nih...Kali ni akak buat untuk bawak balik ke kampung. Akak kukus hari Jumaat hari tuh...kiranya untuk hidangan kepada orang2 yang buat kerja untuk kenduri doa selamat kat kg akak baru-baru ni... Tp yang ramai menyental nya ipar duai, adik-adik dan cucu-cucu Haji Zaihadi laaa....teruja sangat tengok apam ni...dah la tuuuu...sedap pulaaakkk.... Akak pulak letak kaler "bright red" gitu....menyerlah dan menawan kan...kan.... So ini tayangan amal je la eh...no request please....hahahhahaa


Sebenarnya tengah kukus apam ni baru sedar yang papercup x berapa nak cukup daaahh..ada pun saiz besar dr acuan lubang-lubang tu....last-last akak kukus gak la sebahagian dalam muffin cups jek...jadi xleh nak bubuh adunan lebih2 sangat, nnt terkenyang dan x adil pulak dgn yg dalam paper cup tu....kan. Okay layan jek eh...untuk resepi click Sini je la eh... Thanks to Rima, berbaloi-baloiiiii...




Monday, July 11, 2011

Apam Dot-Dot Beryogurt

Assalamualaikum......macamana dengan hujung minggu adik2 akak semua...seronok la bersantai bersama family ataupun ada yang balik kampung atau jalan-jalan ke taman rekreasi kan....Kalau ada anak2 kecil tu mesti seronok melayan keletah si comel....waaaah, rindu la suasana camtu...hehee, tp bukanlah bermakna akak nak beranak kecil lagi...adeehhh, dah senja umur ni, x larat la kan....bagi la kat adik2 muda jek kan...

Ok la, meh layan apam dot-dot ni dulu....Dah lama x buat, dulu buat x berapa dot-dot sangat...hehe...Sabtu kelmarin, akak buat 2 adunan dan pas kat family di kampung melalui adik akak yang balik kampung sekejap petang semalam....selebihnya jamu anak-anak dara comel dia datang ke rumah semalam dan untuk family akak sikit. Asal resepinya tiada yogurt sebagaimana yang pernah akak buat dan ramai yang tahu tentang kepopularan apam ni. Tapi kali ni, sengaja akak tambahkan yogurt....x mengecewakan...sangat lembut,,,bessttt! Cuma kali ni akak x letak inti bluberi pun, anak-anak x nak....Jom layan..


APAM DOT-DOT BERYOGURT
Adaptasi dari : Apam Dot Dot

Bahan-bahan:
  • 3 biji telur - dari peti sejuk
  • 275 gm tepung gandum
  • 220 gm gula halus - (*utk 2 adunan akak letak 400 gm je)
  • 150 gm susu segar (*akak letak 130 gm je)
  • 120 gm yogurt tanpa perisa (*akak tambah ni - utk 2 adunan )
  • 3 sudu teh baking powder (*utk 2 adunan, akak letak 5 sdu teh je)
  • 1 sudu kecil ovallete
  • 1 sudu teh esen vanila
  • Filling blueberry secukupnya (masukkan ke dalam piping bag) - kali ni x letak
  • Pewarna (*akak guna biru, kuning dan merah)


Cara-cara:-
  1. Masukkan semua bahan apam ke dalam mangkuk mixer dan pukul kelajuan maksima selama 6 - 8 minit.
  2. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian & titiskan pewarna mengikut citarasa.
  3. Masukkan setiap warna ke dalam piping bag (atau beg plastik yang bersih).
  4. Picitkan sedikit adunan ke dalam mangkuk kertas yang telah disusun didalam acuan lompang.
  5. Picitkan blueberry filling secukupnya.
  6. Picitkan lagi adunan yang berlainan warna sehingga ¾ penuh. Kemudian dot dot kan dengan adunan dari warna kontra atas permukaan.
  7. Kukus didalam kukusan yang telah dipanaskan selama 10-15 minit. (*akak balut penutup kukus dengan kitchen towel semasa mengukus) -
  • Jangan buka api besar semasa mengukus. Guna api sederhana je untuk mengelakkan apam jadi kembang mekar pulak nnt.


Tuesday, July 5, 2011

Apam Yogurt Kukus

Assalamualaikum.....harap semuanya sihat walafiat....mesti semua dah siap makan tengahari dah kan....or ada ke yang duk puasa ganti or selain puasa sunat isnin dan khamis ke, ya la now dah bulan Syaaban kan....Alhamdulillah, akak awal-awal Aidilfitri dah langsaikan hutang-hutang puasa ni sementara hb berpuasa enam. Mohon dipanjangkan umur agar dapat melalui nikmat Allah lagi di bulan-bulan mendatang dan seterusnya....amiiinnn..

Opps, petang ni stay kat rumah je MC la pulak! Pagi tadi pergi pejabat elok jek, lepas pekena nasi air dengan teh O kat kiosk area ofis tuh, setengah jam pastu terus rasa angin naik ke ulu hati ni ha...rasa nak pitam dan muntah pun ada....terus ajak hb balik hantar ke klinik jap...eeemmh puan doktor kata, mmg kena serangan angin....maybe minum teh O wangi kat kiosk tu la kot...sedap jek minum tp sbb x biasa sgt jenama lain selain Lipton, tu la pasai kot...pastu lawan dengan kacang tanah dlm nasi air tu sama kot...ntah laaa... Apapun penyakit dari Allah, kita terima jek laa kan. Dah telan ubat dah tadi.

Okay meh la layan apam yogurt kukus resepi dari dapur Rima yang terkenal dengan hasil tangannya yang gorgeous tuh! Memang meleleh air liur tengok presentation gambar kek, apam dan kuih muih dia....So apam ni antara yang femes la akak rasa, ramai blogger dah buat, tengok Nor Secubit Garam dah banyak kali buat pun....mmg sedap, lembut, halus meresap masuk tekak jek apam ni....Thanks to Rima yang sudi share resepi ni...muaaahhh!

APAM YOGURT KUKUS
Resepi : Rima

Bahan:-
  • 2 cawan gula (*akak letak 1 1/3 cawan je, tu pun manis)
  • 1 sudu teh ovallete
  • 2 cawan tepung
  • 1 cawan yogurt segar asli
  • 1 biji telor
  • 1/2 sudu teh double action baking powder
  • 1 sudu teh serbuk koko (*akak x letak)
  • 1 sudu teh pes coklat (*akak letak pes coklat jek)
  • 1 sudu teh pes keladi (yum paste) (*akak tambah)
  • beberapa titis pewarna ungu (*akak tambah)
Cara-Cara:-
  1. Sediakan periuk kukusan dan panaskan air dalam periuk hingga mendidih.
  2. Sementara itu, masukkan kesemua bahan dalam mangkuk (kecuali pewarna ungu dan pes coklat), pukul hingga sebati, bertukar warna putih pucat dan pekat beralun.
  3. Asingkan 5 sudu besar adunan dan campurkan dengan pewarna coklat. (*akak asingkan 4 sudu besar untuk coklat dan 4 sudu besar untuk pewarna ungu).
  4. Masukkan adunan tanpa pewarna ke dalam plastik yg digunting bucunya agar mudah untuk picit ke dalam acuan yang sesuai. Kemudian paipkan hingga 3/4 penuh dan paipkan pula samaada yg bewarna coklat atau ungu di tengah-tengah adunan tanpa warna tadi.
  5. Kukuslah selama 15 - 20 minit/hingga apam kembang mekar. (*akak balut penutup kukusan dengan tuala semasa mengukus)
jom minum petang.... ^___^ adeeehh angin menyerang laaa...huhu

Monday, July 4, 2011

Spongy Apam Balik Seri Kaya


ASSALAMUALAIKUM..... Hari isnin mmg moody betul nak pi kerja, rasa nak rehat jek memanjang kat rumah...buat apa2 or masak apa2 yg kita suka nak masak, nak try resepi baru ke, kan..kan...banyak masa, buat apa pun x perlu la nak terkejar sangat....ni balik dah petang, penat terbongkang...ada hati lg nak berblogging..tu la dia akibatnya....xpa, pasni kalau hati nekad dan dah bersedia...dah tak mampu kena back off la kan...kan...itu adalah hakikat, cuma cepat atau lambat jeee...

Okay, petang ni akak nak kongsikan satu resepi apam balik yang begitu spongy dan enak dimakan dengan jem seri kaya...akak guna seri kaya instant jek laaa..x kuasa nak buat aaiiihhh..byk kerja lain lagi...hehee.

Resepi akak angkut dari dapur geng blogger yang cukup femes satu masa dulu....Joayee@MekarMewangi, yang dah pun stop blogging dan menumpukan pada bidang baru yang amat diminati jugak iaitu fotografi....cantik-cantik gambar Joe snap....sekarang ni kalau nak bertegur sapa pun di facebook jek laaa dgn Joe...anak2nya pun dah besar remaja gitu....remaja suntinya Athia semakin manis, Akif semakin encem...hehe... Thanks atas resepi ni ya Joe cayang...miss you so much!!

SPONGY APAM BALIK SERI KAYA
Resepi: Joayee
Sumber: Ummi @Home Sweet Home

Bahan A:-
  • 225 gm tepung serbaguna (akak guna 200 gm tepung serbaguna + 25 gm tepung jagung)
  • 30 gm gula kastor
  • 250 ml susu segar
  • 1/4 sudu teh baking powder
  • 1/2 sudu teh yis segera
Bahan B:-
  • 1 biji telor - dipukul sikit dengan garfu
  • 30 gm gula kastor
  • 1 sudu besar minyak masak (*akak letak minyak jagung)
  • 1/4 sudu teh soda bikarbonat
Cara-Cara:-
  1. Campurkan semua bahan A ke dalam mangkuk dan gaul sebati. Biarkan selama 1 jam pada suhu bilik.
  2. Masukkan semua bahan B ke dalam A dan gaul sebati.
  3. Panaskan non-stick pan dan tuangkan adunan. Masak seperti apam balik yang biasa (*akak tuang adunan dan tutup pan selama 2 3 minit, masak dengan api perlahan hingga nampak bahagian atasnya naik berlubang seperti gambar di bawah, tanda sudah masak).
  4. Angkat dan sapukan dengan jem kaya dan lipat. Potong dan hidangkan.


Monday, April 18, 2011

Apom Lenggang Pandan Bonda



Assalamualaikum semua...dah sarapan ke belum....kalau dah bagus lah..kalau yg belum lg tuh, cepat-cepat pi bekfes dulu...x baik biarkan perut kosong...mst ambil sarapan pagi2...lepas tu baru makan yang berat sikit...so nnt xdalah melepek jek sebelum sediakan makanan tengahari kan..kan...hehehee....Okay meh la nak tayang Apom Lenggang ni yang jadi hidangan minum pagi akak dan family masa kat kampung.... Malam tiba di kampung tuh...mak duk tanya nak wat sarapan apa esok pagi...so ada permintaan dari cucunda semua nak Apom Lenggang tokpuan..hahahaa...apa lagi malam tu sebelum masuk tidur sempatlah mak dengan akak sama2 ke dapur...mak bancuh adunan apom nih...akak tolong jek...tolong teman n tolong tengok..wakakaa..sesekali nak merasa air tangan mak la pulak..kan..so pagi tu akak tolong lenggangkan je la apom nih...lenggang jgn x lenggang...hehehehe...Jom layaaann, tp resepi anggaran je laa..xda sukat2 sgt tau..adjust2 eh..x susah punyer...insyaAllah jadi..

APOM LENGGANG PANDAN BONDA
Resepi: Ummi @ Home Sweet Home

Bahan (anggaran):-
  • 500 gm tepung gandum
  • 6 gm yis segera
  • 2 cawan air
  • 1/3 cawan gula pasir
  • 1 biji telor - dipukul sikit
  • 1 1/2 cawan santan
  • 1 1/2 sudu pes pandan
  • gula pasir secukupnya untuk tabur
Cara-Cara:-
  1. Gaul bersama tepung, yis dan gula pasir.
  2. Masukkan air dan telor, gaul/kacau sebati.
  3. Perapkan semalaman pada suhu bilik (tutup dengan plastic wrap) selama lebihkurang 5 - 6 jam.
  4. Kemudian (keesokannya) campurkan dengan santan dan pes pandan, gaul sebati bancuhan. Adunan hendaklah pekat sedikit dari bancuhan kuih dadar. (Boleh tambah air jika perlu)
  5. Panaskan kuali dengan api perlahan. Titiskan sedikit minyak dan bila minyak panas, tuangkan sesenduk adunan dan lenggangkan atau ratakan (diameter 6 in).
  6. Tabur 1 - 1 1/2 sudu besar gula pasir di permukaannya. Tutup dengan penutup kuali.
  7. Bila nampak menggelembung dan berlubang permukaanya, angkat dan lipat dua. Hidangkan panas-panas.

Sunday, February 20, 2011

Apam Labu

Salam hujung minggu....ke mana hari ni? Dah siap2 nak kuar makan tengahari ke, akak lepak kat rumah jek laaa..jemu dah tengok bandar tu....hari-hari duk keluar pergi kerja...dapat duk rumah lg best....tp kalau yang suri rumah tu kan biasa mesti cik abang bawak pi jalan2 makan ke kan...akak kalau keluar pun biasa sebelah petang2 la menghala ke pantai, ambik angin sikit...saja laaa kan...dapat angin segar sikit...

Kalau ada yang sudi jenguk sini, meh layan je la apam labu yang akak buat petang semalam nih...hb beli labu sampai sebiji, half dia suh wat pengat...dah siap pengat semalam dia bantai cukup2...haaa suka betul dia.... Pastu lebih half lg x tau arah dah akak nak buat apa...so akak mula la menggodek wat apam lak laaa...tengok ada 2 3 orang bloggers dah buat apam...so akak pun modified la dari Apam Keledek yang pernah akak try dulu....eeemmm enak lembut banget...!!

APAM LABU
Adaptasi dari: Apam Keledek

Bahan A:-
  • 3 sudu makan tepung gandum
  • 2 sudu teh yis segera
  • 1 sudu teh gula kastor
  • 3 sudu makan air suam
Bahan B:-
  • 240 gm labu (dikukus/rebus)
  • 150 gm gula kastor
  • 1 biji telor
  • 150 ml santan pekat
Bahan C:- (ayak bersama)
  • 200 gm tepung gandum
  • 1 sudu teh Double Action Baking Powder
Cara Membuat:-
  1. Campurkan bahan-bahan A dan kacau hingga sebati.
  2. Kemudian biarkan adunan selama 5 - 10 minit.
  3. Kemudian campurkan semua bahan-bahan B dan kisar halus. Tuangkan ke dalam mangkuk adunan.
  4. Masukkan bahan C ke dalam adunan B yang dikisar sedikit-demi sedikit dan kacau rata.
  5. Masukkan pula bahan-bahan A tadi dan kacau hingga sebati. Biarkan adunan sehingga 1 jam (*akak tutup mangkuk adunan).
  6. Panaskan kukusan dan bolehlah dituangkan adunan tadi ke dalam loyang besar atau acuan-acuan kecil yang telah disapu dengan sedikit minyak dan kukuslah hingga masak (*akak guna acuan kecil dan kukus selama 15 - 18 minit).
  7. Hidangkan bersama kelapa muda parut yang digaul dengan sedikit garam dan kukus kelapa sebentar agar kelapa tidak mudah basi.
Nota:
Kalau nak apam yang merekah/mekar, sila gunakan acuan kertas yang diletakkan ke dalam acuan lubang2 besi (seperti gambar di atas). Jika menggunakan acuan lompang, apam akan naik biasa saja dan x merekah sangat....lihat perbezaan gambar di bawah.


Monday, February 14, 2011

Apam Puteri Ayu

Salam isnin....harap semua sihat2 je la eh...ok laa...just nak kongsi jek apa yang akak masak wiken baru nih...yang senang2 tapi sedap masuk ke tekak...kuih ni mmg salah satu favourite akak jugak laa... x penah lg wat apam nih...lain2 apam macam2 dah try..hehee...sbb kedai keliling rumah duk jual selalu kuih-muih camni....ni baru terajin nak buat....Layan je laaa...malas nak bebel panjang...hati x ketahuan kata orang...hahahaha...dalam kerisauan jeee...huhuu...Apapun thanks tu Azita (Rossitamz) dan Nina@SL yg kongsikan resepi nih...sedap dan kena jek dengan anak tekak tekstur apam nih...

APAM PUTERI AYU
Resepi: Rossitamz @ Azita
Sumber: SL aka Nina @ Sweetlily Kitchen

Bahan-bahan ( 40 biji - bergantung pada saiz acuan )
(*akak guna acuan lebih kecil, dapat kurang lebih 48 biji)
  • 5 biji telur (saiz kecil)
  • 250gm tepung gandum
  • 300gm gula (*akak kurangkan kpd 270 gm je)
  • 2 camca teh ovallate
  • 1 camca teh baking powder
  • 250ml santan
  • sedikit pewarna hijau
  • 2 camca teh paste pandan
  • Kelapa putih secukupnya (digaul dengan sedikit garam dan tepung ubi)
Cara-cara:
  1. Panaskan kukusan.
  2. Pukul telur, gula dan ovallatte hingga kembang dan gebu.
  3. Masukkan santan, tepung gandum, baking powder, paste pandan dan pewarna.
  4. Kacau lagi hingga sebati.
  5. Sapu sedikit minyak pada acuan.
  6. Masukkan kelapa di bahagian bawah acuan dan mampatkan.
  7. Masukkan adunan dan kukus selama lebih kurang 5 minit.
  8. Setelah dikeluarkan dari kukusan, tunggu hingga sejuk sikit supaya senang dikeluarkan dari acuan.

banyak akak dapat dengan adunan nih...siap bawak dlm 25 biji gitu ke rumah family adik...anak2 sedara comel tu semua suka kuih ni rupanya..hehe

Tuesday, December 28, 2010

Apam Dot Dot (Polka Dot) Warna Warni

Salam...dah minum petang dah...hahaha, ni x tau la nak cakap apam apa dah...dot dot pulak eh..polka dot pun yea...dapat kat akak dah jadi warna-warni pun yeaaa, lg meriah gitu....haaa bantaiii laaa...janji leh ngap! Tengok cik adik manis Hana tu buat, dah lama nak buat dan ramai dah yang buat dan edit sana sini, gasak laah, haha....Akak baru sempat buat sabtu baru ni bawak balik kampung...waaa buat 2 adunan, puas la nak menge'dot-dot' kan apam tuh...lenguh kaki berdiri kat dapur..hahaha...tp pueh hati laaa...sedaappp! Banyk sungguh bulan ni buat apam, nnt badan pun naik mcm apam gak, huh! Layan la eh...resepi ceduk dari dapur Hana kat Jepang tuh..hehe, C n P yea Hana...sori lain pesen sikit akak buat, terover rajin ke apa ntah..


APAM DOT DOT (POLKA DOT)
Sumber: Hana
Dirujuk oleh: Ummi @ Home Sweet Home

Bahan-bahan:
  • 3 biji telur - dari peti sejuk
  • 275 gm tepung gandum
  • 220 gm gula halus - hana kurangkan (*utk 2 adunan akak letak 400 gm je)
  • 150gm susu segar
  • 3 sudu teh baking powder (*utk 2 adunan, akak letak 5 sdu teh je)
  • 1 sudu kecil ovallete
  • Filling blueberry secukupnya (masukkan ke dalam piping bag)
  • Pewarna (*akak guna biru, oren dan merah)
Cara-cara
  1. Masukkan semua bahan apam ke dalam mangkuk mixer dan pukul kelajuan maxima selama 6 - 8 minit.
  2. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian & titiskan pewarna mengikut citarasa.
  3. Masukkan setiap warna ke dalam piping bag (atau beg plastik yang bersih).
  4. Picitkan sedikit adunan ke dalam mangkuk kertas yang telah disusun didalam acuan lompang.
  5. Picitkan blueberry filling secukupnya.
  6. Picitkan lagi adunan yang berlainan warna sehingga ¾ penuh. Kemudian dot dot kan dengan adunan dari warna kontra atas permukaan.
  7. Kukus didalam kukusan yang telah dipanaskan selama 10-15 minit. (*akak balut penutup kukus dengan kitchen towel semasa mengukus)
NOTE dr Hana:
  • Jangan buka api besar semasa mengukus. Guna api sederhana je yer! Kalau tak nanti pecah aka kembang mekar setaman! jadik ler kang apam mekar! hihi.. (berdasarkan pengalaman..:D).
  • Buh esen vanila utk mengurangkan bau telur.

dah siap masuk tipuware tuk bwk balik kampung...yg belen2 lg bg family adik kat Ktn ni..

Wednesday, December 22, 2010

Apam Indon

Salam...dah kenyang semua eh.... Akak baru balik dr tanah seberang malam tadi...ekeke...ya laa malam2 buta wat apam nih....meh la jamu mata, kot2 japgi terasa nak minum petang ke...boleh la godek2 pulak apam nih...nak buatnya pun senang banget...Apam ni rasa ala-ala Apam Pelangi gak laa...cuma yg ni dikukus selapis2 dalam loyang tuh..yang pelangi tuh...lepas jek layer segala warna, terus sekali harung jek kukus....apapun mmg sodap, gebuss dan cair dalam tekak haaa... tp untuk makluman, akak try gak kukus sekali harung yg dalam muffin cups tuh..ok jek...elok jek masak, maybe sebab bekas kecik, so kalau nak kukus dlm bekas kecik2, boleh kukus sekaligus, xyah layer-by-layer eh...Resepi ni hasil intai kat dapur Noreen di London sana tuh, resepi asal dari Maklang Azie rasanya...lama dah x dgr khabar Noreen nih...thanks to both of you..Noreen, Ummi copy paste sini lak eh..

APAM INDON
Sumber: Noreen
Dirujuk Oleh: Ummi @ Home Sweet Home

Bahan-bahan:
  • 5 biji telur
  • 1 camt. ovalette
  • 1/2 camt. esen vanila
  • 300 gm tepung gandum
  • 300 gm gula kastor (akak kurangkan kepada 270 gm je)
  • 250ml santan atau susu segar (akak guna susu segar)
  • 1/2 camt baking powder
  • secubit garam
  • 3 jenis pewarna
Cara Membuat:-
  1. Alaskan kertas minyak (greaseproof paper) ke dalam loyang dan ketepikan (tin tidak perlu digris). (akak guna 2 loyang kecil bersaiz 4 in x 4 in dan loyang bulat 4 in)
  2. Ayakkan tepung bersama2 dengan baking power dan ketepikan.
  3. Masukkan garam ke dalam santan dan kacau rata. (jika menggunakan susu segar garam tadi bolehlah diayakkan bersama2 dengan tepung dan baking powder)
  4. Pukul telur bersama2 dengan ovalette sehingga gebu dan kembang.
  5. Masukkan gula sedikit demi sedikit sambil dipukul lagi sehingga sebati.
  6. Kemudian masukkan esen vanila dan pukul lagi.
  7. Perlahankan mixer, masukkan tepung berselang-seli dengan santan/susu sambil dipukul sehingga rata.
  8. Kemudian bahagikan adunan kepada 3 bahagian dengan setiap satu dititikkan dengan satu perwarna sambil dikacau rata.
  9. Tuangkan satu pewarna ke dalam loyang sambil diratakan dan kukus selama 10 minit atau sehingga permukaan atas apam tidak melekat. (*Pastikan kukus telah dipanaskan dan lapikkan penutup kukus dengan kain atau dengan aluminium foil. (akak tutup dgn alluminium foil)
  10. Tuangkan satu lagi adunan dengan warna lain dan kukus lagi 10 minit.
  11. Lakukan sehingga habis ketiga2 adunan digunakan dan untuk lapisan terakhir kukuskan selama 25-30 min dengan kepanasan sederhana.
(*Nota : Jika rajin bolehlah dibuat berlapis2 seperti kek lapis dan jika gunakan muffin cups, boleh dikukus sekali harung jek, x perlu selapis-selapis, tgk yg akak buat kat bawah ni..)


sangat gebuss, lembut dan mantoppss!