Monday, December 29, 2008

Apam Keledek

Alahaiii, minggu ni rasanya paling sibuk..x tau nak citer camne laa..Ni pun baru je balik dari Segamat hantar semula Najwa ke Uitm bagi Semester 2. Kelmarin dah pergi daftar kolej penginapan je, pastu dia ikut balik semula untuk turut serta kenduri my cousin di Temerloh..Ni pun apam yang dah habis kena telan..hehe..baru sempat nak update...Memang sedap apam ni..igt dulu Ummi penah masukkan entry Apam Kentang..now buat Apam Keledek..sama2 sedap..try laa..!! Ni hasil ronda-ronda dan intai kat dapur MaDiHa Fp dulu...thanx MaDiHa.. :D

APAM KELEDEK

Bahan A:-
  • 3 sudu makan tepung gandum
  • 2 sudu teh yis segera
  • 1 sudu teh gula kastor
  • 3 sudu makan air suam
Bahan B:-
  • 200 gm keledek (dikukus) (Ummi guna keledek kaler oren tu)
  • 180 gm gula kastor (Ummi kurangkan 150 gm ikut MaDiHa gak)
  • 1 biji telor
  • 150 ml santan pekat
Bahan C:- (ayak bersama)
  • 200 gm tepung gandum
  • 1 sudu teh Double Action Baking Powder
Cara Membuat:-
  1. Campurkan bahan-bahan A dan kacau hingga sebati. Kemudian biarkan adunan selama 5 - 10 minit.
  2. Kemudian campurkan semua bahan-bahan B dan kisar halus. Tuangkan ke dalam mangkuk adunan.
  3. Masukkan bahan C ke dalam adunan B yang dikisar sedikit-demi sedikit dan kacau rata.
  4. Masukkan pula bahan-bahan A tadi dan kacau hingga sebati. Biarkan adunan sehingga 1 jam (Ummi tutup mangkuk adunan).
  5. Panaskan kukusan dan bolehlah dituangkan adunan tadi ke dalam loyang besar atau acuan-acuan kecil yang telah disapu dengan sedikit minyak dan kukuslah hingga masak (Ummi guna acuan kecil dan kukus selama 15 - 18 minit).
  6. Hidangkan bersama kelapa muda parut yang digaul dengan sedikit garam dan kukus kelapa sebentar agar kelapa tidak mudah basi.

4 comments:

nurhuda_cahayapetunjuk said...

Assalamualaikum..

Emm..sedapnya apam ni kak..:)

ummi said...

Huda - Emmm..yum, yum..memang sedap..x menghampakan..cubalah!

Iza_Senawang said...

A'kum Kak Ummi..
Nak tanya skit..yis segera tu yang nama mauripan tu ke..tak payah bancuh dgn air dulu ke..??
Saya ni baru nak mencuba buat kuih..minta tolong tunjuk ajar ye Kak Ummi...

Ummi said...

Iza_Senawang -
Wkmsalam...ya Allah lamanya baru akak perasan, kesian dek non oiii..sori la byk2...yis tu dah disebatikan semua dgn bahan A yg lain tu kan...ikut jek step tu ya..