Friday, December 26, 2008

Banana Muffin

Rasanya lama dah x buat apa-apa muffin, asyik buat kek jek! Malas nak remeh2 sebenornya..hehe..Kelmarin buat jugak la bila jalan2 rumah MadihaFP ternampak dia buat muffin ni..terliur la pulak! Time kasih Madiha..
Bahan:- (Ummi buat separuh dari adunan ni)
Bahan (A):
  • 400 gm butter dicairkan
  • 300 gm telor (6 biji gred A)
  • 200 gm fresh milk

Bahan (B):

  • 600 gm (10 biji) pisang dilecek (Ummi guna pisang emas)
  • 400 gm gula kastor (dikurangkan kepada 350 gm)
  • 2 gm garam
Bahan (C): (diayak bersama)
  • 550 gm tepung superfine
  • 10 gm (2 tsp.) baking powder
  • 10 gm (2 tsp.) soda bikarbonat (ummi letak 1 tsp.)

Cara Membuat:-
  1. Cairkan butter secara double boil hingga larut dan sejukkan. Masukkan telor yang dipukul sikit dan susu segar. Kacau hingga sebati dengan whisker.
  2. Masukkan garam dan gula ke dalam pisang yang dilecek dan kacau hingga gula larut.
  3. Campurkan langkah 1 dan langkah 2. Masukkan bahan C dan kacau rata adunan. (Jangan terlebih kacau, sekejap saja sebaik adunan bercampur).
  4. Masukkan adunan ke dalam cawan muffin hingga 3/4 cawan, bakar dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 180C selama 18 - 20 minit.

4 comments:

CT Delima said...

ummi..ct suka lah muffin pisang ni..ank2 pun suka nak buat lah ummi coz ank2 dah request dah ni..selalu beli kek pisang jer kat gaint hehehe

Yasmin said...

salam,nak tahu,buat muffin macam mana nak dapatkan bentuk dome dia.mine always sinks in the middle.how much of the cup do u fill with the batter?

yasmin

Ummi said...

Yasmin, thanks for dropping by..Biasanya sebelum dibakar, oven hendaklah dipanaskan terlebih dahulu lebihkurang 10min. pada suhu 180 - 200 darjah Celcius (*depends on size of oven). I normally pour the batter about 3/4 of cup...should be okay... ^__^, anyhow practice makes perfect..don't give up ok..

Selly Buke said...

salam ummi,

mlm td sy baru jer wat choc chips muffin ummi yang sedap banget itew.. hehe.. la nie teringin sgt nk wat muffin pisang nie.. tapi masalahnya saya tk berapa nk paham yang kalau 200gm susu tu bnyk mana? huhu ...leh ummi tolong explain?