Wednesday, December 17, 2008

Rendang Ketupat



Resepi dari Noorma ni...walaupun bahannya sempoii je tapi sedap...Ummi buat rendang ni bawak balik kampung nak raya aritu..tengok je la ya...dah licin gak ni..hehe...tapi sume family Ummi kata sedap..kena je dengan tekak tau...masa masak tu aroma ketumbar tu naik...dah boleh agak dah..memang enak dimakan dengan ketupat palas!! Lain kali nak buat lagi..x puas makan aritu..!! Buat 3 kg daging...licin kejap jek!

Bahan:-
700 gm daging - potong sederhana besar
2 biji kelapa - ambil santan pekat
2 sudu besar kerisik (better guna homemade kerisek)
sedikit serbuk kunyit (ummi guna 2 cm kunyit hidup)
garam secukup rasa
gula melaka secukup rasa
1 - 2 keping asam gelugur

Bahan Kisar:- (dikisar halus dengan sebahagian santan)
10 tangkai cili kering
2 labu bawang besar
2 ulas bawang putih
3 sudu besar ketumbar
2 cm halia
2 batang serai

Cara Memasak:-
Satukan daging dengan bahan kisar, kunyit dan asam gelugur. Masak dengan api sederhana hingga daging kecut. Kemudian tuangkan santan dan biarkan masak hingga hampir kering dan empuk. Kacau sesekali. Masukkan garam, gula melaka dan kerisik dan kacau selalu hingga kering. Siap...Senang kan..??!!

4 comments:

VG said...

Memang nampak sedap Kak Ummi. Also your kicap chicken. Another two recipes for me to try. Are you feeling better now? Dah hilang letih ke belum? Vin pun tengah letih sangat and pening kepala; I think nak ambik MC esok, he!he!

ICook4Fun said...

Sedapnya rendang Ummi. I memang hantu rendang tapi kadang kadang malas nak masak. I already bookmark this and going to try it out soon. By the way, Ummi boleh tak bagi phone number. Nanti balik I nak talipon you :)

Salt N Turmeric said...

Senang rupanya buat rendang ni yek. Kena simpan resepi ni.

ummi said...

Vin - Haii..miss u! Aa mmg penat laah..tp seronok jalan2..hehe, x ingat dunia kejap :D..K, take your sweet time before trying out this recipes k..muaahhh!

Gert - Aah laa..mmg rendang ni pun favourite my family, kena pulak dengan pulut kuning..malas nk masak, rajin nak makan..! O you nk balik for CNY ya..ok ok, then we can team up if possible..I'll leave my number at your kitchen k..Hope to seeing you soonest..

S&T - aah mana yang bahannya senang, senang laa..kalu yang macam2 tu..pikir dua kali je nak buat..hehe..tp bab makan x fikir dua kali pun..hahaa..