Monday, December 1, 2008

Bakwan Sayur (Jemput-Jemput Indon Style)

Cucur sayur untuk bekfes hari Sabtu kelmarin ni, Ummi buat sebelum balik ke kampung pagi tu..jadi Ahad gantung periuk laa kat rumah ni..tapi tetap masak2 jugak kat rumah my parents tu..Resepi jemput ala indon ni Ummi tengok kat rumah Jun lama dah, bahan agak2 la ya..biar kurang tepung, lebih sayur, baru sedap n rangup..sedap dimakan dengan sos yang dimasak sendiri.
Bahan:-
200 gm tepung gandum
1/2 sudu teh baking powder
daun bawang - dihiris 1 inci
daun sup - dihiris
daun/sayur kobis - hiris halus
lobak merah (sederhana besar) - parut kasar
taugeh
air secukupnya
garam
Bahan kisar:-
1 labu bawang besar (*ni ummi tambah)
1 - 2 ulas bawang putih
sedikit lada hitam
Cara Memasak:-
Campurkan semua bahan dan bancuh rata dengan air biar sebati. Goreng seperti cucur biasa di dalam minyak yang banyak. Balik-balikkan selalu. Bila telah kuning keemasan bolehlah diangkat.
Bahan Sos:-
2 sudu besar cili kisar
2 biji bawang merah - tumbuk
1 ulas bawang putih - ketuk
5 sudu besar sos cili
2 sudu besar sos tomato
1 keping gula melaka
3 sudu besar air asam jawa
garam dan gula secukupnya
sedikit minyak
Panaskan minyak dan tumis bawang putih sebentar. Masukkan cili kisar dan bawang merah. Kacau hingga cili benar2 masak dan masukkan semua bahan lain..Seimbangkan rasa.

No comments: