Tuesday, December 2, 2008

Ayam Goreng Thai


Resepi dari Kak Nis ni...very simple, Ummi goreng untuk anak2 n anak2 sedara ramai kat rumah ni..diaorg suka...liciinn..Ummi nak perabihkan stok ayam sikit lagi ni..buat x sampai 1/2 kilo pun...
Bahan:-
1 kg dada ayam (sebaik2nya..) Ummi guna sume bahagian.
(buang kulitnya)
Bahan Gaul Rata:-
1 cawan tepung gandum
1 cawan tepung kek
1 sudu besar mentega
1 cawan air
1 sudu besar garam
1 sudu besar gula
2 biji telor
1/2 sudu besar lada sulah
1 ulas bawang putih - tumbuk halus
1 cm halia - tumbuk halus
Minyak secukupnya untuk menggoreng
Cara Memasak:-
Gaul semua bahan di atas. Bancuh dengan air hingga sebati, tidak terlalu pekat dan tidak terlalu cair. Potong tiga setiap keping dada ayam. Celup setiap keping pada adunan tepung tadi dan goreng hingga garing. (*Tepung ini juga boleh digunakan untuk menggoreng udang ataupun ikan).

1 comment:

shima said...

rajin sungguhlaaa ummi ni
mcm2 resepi ummi dah cuba...sume nampak sedap jekk ikshh bestnyerrr anak2 dpt ummi yg rajin cenggini!