Hasil ronda-ronda rumah Zai Dapur Impian ni jugak, maka roti kerca ni terhidang..hehe.. Bahannya sempoi betul, macam nak wat kuih dadar jek! Tapi Ummi buat half je dari adunan asal ni.Bahan:-
- 1 kg tepung gandum
- 5 biji telor
- sedikit garam
- air secukupnya
Cara Membuat:-
Satukan kesemua bahan di dalam mesin pengisar dan kisar sebati. (tuangkan air sedikit-sedikit sehingga adunan seperti membuat lempeng). Panaskan non stick pan dan tuangkan adunan. Lenggangkan adunan biar rata dan masak atas api perlahan. Angkat dan gulung. Potong menyerong ketika menghidang.
2 comments:
baru blk dr umah kak.zai nih... nmpk mudah la roti nih...nnti klu R nk buat la...list dulu... heeeee....
Hana - memang mudah..setakat Hana yang memang rajin ni..sambil pejam pun leh wat tuh! :D
Post a Comment