Showing posts with label Tart. Show all posts
Showing posts with label Tart. Show all posts

Tuesday, April 17, 2012

Tart Telor

ASSALAMUALAIKUM.....

Yuhuuuu.....hahaha, baru setengah jam akak up gambar kat FB masa balik rumah jap lunch hour td, dah ramai yang duk Like2 nih....walhal entry gambar dan resepi kat blog dah siap, cuma xdan nak copy resepi je lagi....adeehh...ramai lak komen x sabar nak resepi, nak tengok entry..... Alahaaiii tart biasa2 jer la jgk...cuma dah lama sangat x buat....tu pasal la buat... Siap pulak yg hint kata mesti utk jamu mata jek....ha, mmg betul jamu mata je pun.....xleh mintak dah....sebab dah hantar ke rumah orang yang menjamu2 akak hari tuh....si bdk Hana tu laaa...

Sebenarnya akak dah pernah try resepi lama dulu...kebetulan baru2 ni masa plan nak pergi ke rumah mokcik Hana tu, terfikir gak la nak buat apa la tuk dia....dah la dengan kendurinya pulak hari Sabtu tu....hari Ahad kursus pulak...jadi ini je la yang sempat...sori la Hana yea....kalau x sedap pun ko kata la sedap eh...hehe

TART TELOR
Resepi Doh Tart: HappyHomeBaking
Sumber: Ummi @ Home Sweet Home

Bahan Base :-

  • 40 gm mentega - biarkan pada suhu bilik
  • 30 gm gula kastor
  • 1 sudu besar (15 gm) telor - dipukul sedikit
  • 80 gm flour
  • 20 gm serbuk almond
Cara-Cara:-
  1. Ayak tepung dan serbuk almond bersama. Ketepikan. (jika serbuk terlalu kasar, xpa, terus je campurkan dengan tepung).
  2. Dalam bekas lain, krimkan mentega dan gula hingga gebu dan kembang.
  3. Masukkan telor dan pukul adunan hingga benar2 sebati.
  4. Masukkan tepung dan serbuk almond dengan 2 - 3 peringkat ke dalam adunan. Gaul dengan spatula.
  5. Gaul sebati dan adun menjadi doh. (jika doh terlalu lembut, masukkan dalam fridge dan biarkan selama 10 - 15 minit).
  6. Tekan ke dalam loyang tat dan biarkan dalam fridge selama 20 minit. (*akak guna loose tart pan)
  7. Cucuk-cucuk bahagian dasar dengan garfu. Sapukan sedikit dengan telor.
  8. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 180 C selama 10-12 minit/sedikit kekuningan sebelum dituangkan filling.
Bahan Filling:-
Sumber : (zlinda@myresipi)
  • 1 cawan susu segar
  • 4 biji telor
  • 1 cawan gula halus
  • 1 cawan air
  • 1 sudu besar tepung kastad
  • 1/2 sudu teh esen vanila

Cara Menyediakan:-

  1. Pukul telor dengan gula hingga sebati.
  2. Masukkan bahan lain kesemuanya. Kacau hingga sebati.
  3. Tuang ke dalam acuan tart tadi.
  4. Bakar dalam oven hingga masak. (*ummi set oven agak-agak je pada suhu 175C selama 45 minit untuk loyang besar dan 20 minit untuk acuan-acuan kecil). Hasil memuaskan..

Yang loyang besar ni je la akak bawak sebagai buahtangan masa pergi makan-makan rumah Hana tempohari..... Pastu masa sampai je rumah Hana, duk passing kat tuan rumah dah la terjatuh terhentak atas lantai lak..mujur tuan rumah kata xda kecacatan sgt berlaku...ya ke ntah...hehe..cuma akak dapat mesej katanya tart ni rangup dan sedap....hehe

Yang ini adalah lebihan dari doh yang telah ditekankan dalam loyang besar....jadi kita buat x berapa comel dah...malas je dah...pastu sempat snap gambar 3 4 ketuiii jek..yang lain dah kena songlap dengan abanglong n aiman....x nyabor-nyabor...hehehe

Tart yang kecil-kecil ni kulitnya akak buat pastrinya ternipis sikit, so kalau nak tuang filling lepas bakar sekejap tu, biarkan pastri sejuk betul2 yeaa....nnt pastri mudah nak lembik...x rangup..

Saturday, August 7, 2010

Mini Fruit Tartlets

Malam Rabu kelmarin merajinkan diri tekan tart pulak dahhh..ntah kena angin apa ntah tetiba rajin lak n tekak berasa nak makan fruit tart jek...terasa je eh..bkn mengidam...lain tuu..hehheee...Kebetulan buah2 anggur ijo n merah/ungu pun ada lg sikit, stoberi pun mcm nak ranum je dah...so layan la tart pulak...Akak wat setengah adunan jek dari resepi MamaFaMi ni..Sedap dan rangup tart base nih..suka laaa...Cayang Mama...time kasih share eh...nak C n P la pulak yea...thanks Ma! Semenjak dua menjak ni duk melekat dgn resepi Mama lak eh...hehee

nampak penuh buah dalam mini tart shell...hehehe

FRUIT TARTLET
Souce : Chef Alex Goh

THE SHELL
Ingredients :

(A)
200g butter
100g icing sugar
1/4 teaspoon vanilla essence

(B)
1 egg

(C)
420g flour
1 tablespoon milk powder

Method :

1. Beat (A) till soft. Add in B and continue beating till well mixed.
2. Add in (C) to form a soft and smooth dough.
3. Take a bit of dough and press it onto the tart casing.
4. Poke the base with a fork. Bake for 12 minutes or till golden brown. Remove from oven and let it cool.

Note : Tart shells must be kept in an airtight container.

CUSTARD FILLING
Source : Rinn

Ingredients :

2 tablespoons flour
2 tablespoons custard powder or cornflour (I used cornflour)
8 tablespoons sugar
2 cups (500ml) fresh milk
2 eggs
2 tablespoons butter

Method :

1. Mix flour and custard powder/cornflour in a pot and add 2 tablespoons fresh milk. Stir to mix.
2. Add in egg and mix.
3. Add in balance of the milk.
4. Cook on low fire and stir continuously till the mixture is smooth and not lumpy.
5. Once the mixture thickens and shiny, it's ready. Remove from fire and allow to cool. Ready to use.

TO ASSEMBLE :

1. Pipe the custard into the tart shells. I used a piping bag with a star nozzle to do the trick.
2. Arrange the fruits of your choice.



akak wat separuh adunan di atas, dpt lebihkurang 28 biji mini tart..

Saturday, April 10, 2010

Custard Tart

Untuk makluman ni adalah lebihan pastry tart yang akak buat haritu...x cukup acuan tart yang comel2 tu, akak guna lak acuan yang bosaauuu sikit, dapatlah 6 biji, tp kalau pekena sebiji ni kenyang belahaakk uuu, tu pun kena pegang pastry ni molek2, rapuh ni tau....cuma yang ni akak letak inti kastad yang akak cilok dari dapur MamaFaMi dan Mama ambil dari Rinnchan. Filling ni kekuningan la kalau guna tepung kastad, kalau nak putih sikit guna tepung jagung je ok...Thanks Ma...jangan mintak eh, dah habis kelmarin dah..hehee

Untuk resepi pastry sila click Sini

INTI KASTAD
Sumber : Rinn

Bahan-bahan :
  • 2 sudu besar tepung gandum
  • 2 sudu besar tepung kastad atau tepung jagung (mama gunakan tepung jagung)
  • 8 sudu besar gula
  • 2 cawan (500ml) susu segar
  • 2 biji telur
  • 2 sudu besar mentega

Kaedah penyediaan :

  1. Campurkan tepung gandum, tepung castard/tepung jagung dan gula ke dalam periuk. Campurkan 2 sudu besar susu dan kacau rata.
  2. Masukkan telur dan kacau rata.
  3. Tuangkan lebihan susu ke dalam bancuhan.
  4. Masak di atas api perlahan dan kacau selalu agar bancuhan tidak berketul.
  5. Bila bancuhan menjadi pekat dan bersinar, padamkan api dan biarkan sejuk.

Wednesday, April 7, 2010

Mint Chocolate Cheese Tart


Okayy petang ni layan tart je eh...akak mmg dah lama sangat tak buat tart, maleh nak wat tart shell tu ler...kalau dekat dengan Mamafami harus akak order je dgn dia base tu...balik rumah isi jek apa2 filling kita kan..kan...Jadi nak makan jugak, akak merajinkan diri kelmarin wat nih..sori baru letak entry....banyak gak buat, bawak kat adik2 ofis sikit...hehee...so layan yaa..ada 5 ketuii lg nih..sapa nak??? Kebetulan daun mint tengah subur dalam pasu tu, so layan resepi dari Aunty Yochana, cuma chocolate ganache akak tu dah terpekat sgt...lupa lak nk siram je dgn Hershey's Syrup eh...Sedap ni..akak suka, sesekali tukar citarasa, so x lah rasa muak sgt bila telan cheese tu kan..mulut pun bau wangi...i liiiiikeee..cam bese, C n P je lerr..faham kan, kan..hehe


MINT CHOCOLATE CHEESE TART
Ingredients for tart dough:
  • 250 gm. Cold butter - cut into small cubes
  • 80 gm. sugar
  • 1/2 to 1 beaten egg
  • 400 gm. Plain flour
  • 1/2 tsp. vanilla essence

Method:

  1. Rub cold butter into plain flour till it resembles breadcrumbs.
  2. Add in sugar and mix thoroughly. Add in vanilla essence.
  3. Pour in egg a little at a time till it becomes a pliable dough.
  4. Rest dough in the fridge for 20 mins.
  5. Press a little dough into tart moulds and cut off excess dough.
  6. Place onto tray and bake at 175C till golden brown.
  7. Remove from mould, leave onto wire rack to cool.
  8. Place cheese filling into a piping bag fitted with a plain nozzle and pipe onto the baked tarts.
  9. Pour some chocolate ganache on top, chill and serve.
Fillings:
  • 250 gm. Cream cheese
  • 60 gm. Icing sugar
  • 10 nos. Mint leaves - finely chopped
  • 1 Tbsp. Peppermint liquer (Bols) - optional
  • a few drops of apple green colouring
  • 180 gm. Whipped Cream
Ganache:
  • 50 gm. Dairy whip cream + 100 gm. cooking chocolate

Method for fillings:

  1. Cream cream cheese with icing sugar till fluffy.
  2. Add in mint leaves, peppermint flavour, colouring and then fold in whipped cream.

Sunday, August 10, 2008

Blueberry Cheese Tart Untuk Hantaran Pertunangan Adik

Yang ni telah siap dimasukkan dalam bekas hantaran...
Sebahagian yang telah siap dibakar...
Baru siap ditekan dalam acuan
Taraaa..ni lah blueberry cheese tart yang adik ummi mintak buatkan untuk mengisi salah satu bekas hantaran pertunangannya Sabtu semalam (*macam ala-ala "runaway project" lak, hehe). Ummi buat lebihkurang 80 biji, sedikit je untuk hantaran, selebih tu dia bawa balik untuk kawan-kawannya..adehh deh..!! lenguh pinggang nak menyiapkan...wat acuan comel2 gitu, leceh jugak..Apapun resepi ni dah penah Ummi buat dulu..Refer kat Sini ya..

Tuesday, June 3, 2008

Cheese Tart


Tat ni Ummi buat sebab ada tetamu nak datang rumah hari Ahad baru ni sebab ada tetamu geng blogger yang datang bercuti di Kuantan ni nak berkunjung ke rumah (nanti cite pasal kunjungan dia ek). Resepi dari dapur Chef Noraini. Memang rangup dan sedap kata tetamu Ummi ni..hehe..ada lah sikit bekal tuk dia bawa balik. K, meh salin resepi ya..
Bahan Tat:-
125 gm mentega
60 gm gula kastor
1 bji kuning telor
250 gm tepung gandum
sedikit garam
1/2 sudu teh esen vanila
1 - 2 sudu besar air
Cara Membuat:-
Pukul mentega, gula, garam dan esen vanila hingga kembang. Masukkan telor dan pukul sebati. Masukkan tepung dan gaul hingga menjadi doh yang lembut. Jika agak kering, tambahkan air dan uli semula. Bulatkan doh sebesar ibu jari dan tekan ke dalam acuan tat. Bakar selama 20 minit pada suhu 180 darjah celcius. (*ummi bakar 15 minit je)
Inti Krim Keju:-
250 gm krim keju Philadelphia
50 gm mentega
70 gm gula kastor
1 biji telor
1/2 cawan blueberry pie filling
Cara Membuat:-
Pukul krim keju bersama mentega dan gula hingga kembang dan gebu. Masukkan telor dan pukul lagi hingga sebati. Sudukan inti ke dalam tat yang telah dibakar tadi, letakkan sedikit blueberry filling di tengah tat dan lorekkan dengan lidi. (*ummi punya filling pekat dan berketul, susah sikit nk lorek). Bakar semula selama 20 minit pada suhu 180 darjah celcius sehingga inti sikit kekuningan.

Monday, March 31, 2008

Blueberry and Lemon Cheese Tart


Resepi ambil dari rumah Mat Gebu...memang sedap...kalu ala-ala ciskek ke, cistart ke...mmg laku..Mat mohon ampun kak kopipes je ya (*penat aarr, kat opis menaip, kat rmh menaip)...Mat time kasih...sedaplah wpun tak selawa cam Mat pnya!

Bahan Untuk Pastri:-
125 g mentega sejuk, didadu kecil
40 g gula aising1 biji telur gred A, dipukul sedikit
220 g tepung halus (mat guna tepung gandum)
1 camca teh esen vanilla

Bahan Inti:-
250 g cream cheese, pada suhu bilik
60 g gula halus (caster sugar)
20 g mentega
100 ml whipping cream
1 biji lemon, parut kulitnya
1 biji telur gred A
Blueberry filling secukupnya

Cara Membuatnya:-
UNTUK KULIT TAT:- Satukan tepung dan gula aising, gaul rata. Masukkan mentega dan esen vanilla, gaul ramas menggunakan hujung jari hingga adunan berupa serbuk roti, masukkan telur sedikit demi sedikit sambil diadun hingga menjadi doh yang lembut dan tidak melekat dimangkuk. Bulat2kan doh, balut dengan plastic cling, leperkan sedikit dan dinginkan 20 minit. Keluar dan doh dari peti sejuk, canai doh antara 2 keping plastik setebal 0.3 cm dan lebarnya biar melebihi acuan tat. Buka satu lapisan plastik tadi dan terbalikkan doh ke dalam acuan tat, kemaskan bahagian dalam dan tepinya. Tanggalkan plastik yang satu lagi tadi, kemaskan lebihan doh. Cucuk permukaan doh dengan garfu dan letakkan aluminium foil atasnya. Isi dgn benda berat (mat letak kacang soya) sehingga penuh. Bakar dalam oven pasa suhu 175C selama 15 minit. Kemudian, angkat keluar aluminium foil bersama2 kekacang tadi dan bakar lagi 5 minit. Bila nampak sedikit perang, boleh keluarkan dari oven.

UNTUK INTI:- Pukul semua bahan2 untuk inti kecuali blueberry, hingga licin dan tidak berbintil2. Ketepikan.

UNTUK TART:- Tuang inti cream cheese ke dalam kulit tat yg telah dibakar tadi, sudukan blueberry filling atas cream cheese, buat beberapa bahagian, gunakan pisau atau chostick, lorekkan supaya menjadi bentul seakan2 marble. Bakar kembali pada suhu 150c selama 10 - 15 minit atau hingga keju keras bila disentuh. Biarkan betul2 sejuk sebelum dipotong untuk hidangan minum petang....