Assalamualaikum....
Entry berjadual (auto-post) lagi....tuan dapur tengah bz masa ni....hehe
Alhamdulillah, curi-curi update sikit2 untuk satu entry dengan masa yang terhad, lepas la jugak satu resepi lagi ni...hehe. Bagaimana dengan Ramadhan yang dilalui? Harap2 dapat disempurnakan sebaiknya dan kita sentiasa perbaiki dari hari ke hari.
Okay la...kali ni nak share masakan Daging Masak Hitam.....tp akak punya x hitam sangat pun, terlebih cili la kot...hahaha, sebab kat rumah ni anak2 dah besar, nak yang pedas-pedas jer....malas nak celoteh panjang la, sebabnya daging ni pun masak ntah bila dah licin dan x tinggal sisa jugak dah dalam perut pun agaknya...haha
Tetapi x kesah lah kan, sempena Ramadhan ni boleh jugak ambil idea untuk masak lauk kan....kan... Jadi layan je la yea... Akak pun masak simple-simple jer sekarang ni, malas sangat nak fikir menu apa nak masak, balik jer rumah, tengok apa yang ada, masak aje apa yang senang dan sempat. Asalkan dapat mengenyangkan perut sekadarnya sudah la. Suami dan anak-anak pun x banyak ragam. Ok, resepi ni cedok dari dapur Ratna @ MaDiHa yang rajin sungguh masak dan rajin update.... Tq for sharing ya Ratna...
Daging Masak Hitam
Resepi : Majalah Mingguan WanitaSumber: Dapur MaDiHa
Bahan2
1 kg daging (dipotong nipis)
3 ulas bwg merah (dihiris)
2 ulas bwg putih (dihiris)
3 kuntum bunga lawang
2 inci kulit kayu manis
1/2 cawan kicap pekat
air asam jawa secukupnya
garam secukup rasa
Minyak masak untuk menumis
Bahan Kisar
4 biji bwg besar
3 inci halia
4 ulas bwg putih
20 biji cili kering
1 sudu kecil jintan manis
1 sudu kecil jintan putih
1 sudu kecil ketumbar - Ida tambah ~ MaDiHaA letak jugak
Cara
- Panaskan minyak masak. Tumis bahan hiris, bunga lawang & kayu manis hingga wangi. Masukkan bahan kisar & tumis hingga garing & terbit minyak.
- Masukkan daging, air secukupnya & renih sehingga daging empuk. Masukkan kicap pekat, air asam jawa & garam secukup rasa. Tambah aji jika suka. Biar kuah agak pekat & secukup rasa. Bila daging cukup empuk bolehlah hidangkan. (sekiranya daging tak cukup empuk... boleh tambahkan lagi air & masak lagi hingga kuah agak kering)
Hehe....x hitam sangat pun, sebab terlebih cili rasanya...anak-anak mmg nak yang pedas2 jer....sape nak cuba, make sure masak kasi hitam eh...hehe.. Tapi pendapat akak, sedap lagi Daging Palembang, lebih umphhh! ^__^
Ni bukan hidangan berbuka okeh....masak dah sebulan dah kot, baru nak entry, so jangan makan nasi tu eh, pandang jer....hehehe.