Monday, December 24, 2007

Daging Dendeng


Telah siap dalam bekas untuk ku bawa balik kampung...!

Ni salah satu favourite fmly ummi, x kira raya ke, x raya ke, memang laku sebab memang sedap, try lee...Dah berpuluh kali ummi buat, ni resepi orang Kampar, Indon ni...Ummi buat ni bawak balik kampung gak untuk raya baru ni...2 1/2 kilo daging je dapat duk berebut kat kedai..pun liiciiinnn..Actly, daging ni memang boleh tahan sampai 3 -4 hari...tapi kalu di rumah ummi, xdan 2 hari dah bersih...memang anak2 ummi ganas bab makan nih!

Bahan:-
1 kilo daging fresh

(Daging dipotong besar2 dulu, rebus dan toskan. Kemudian potong kecil dan nipis. Tumbuk2 daging. Setelah siap menggoreng bawang, gunakan minyak bawang untuk menggoreng daging yang telah ditumbuk)

20 - 25 tangkai cili kering ] kisar
20 biji bawang merah ] bersama
1 cawan hirisan gula melaka
1/4 cawan air asam jawa pekat
3 sudu besar kicap pekat manis
garam secukup rasa
1/2 cawan minyak masak
1 kilo bawang merah - buat bawang goreng

Cara Membuat:-
Panaskan minyak dalam kuali. Tumiskan cili dan bawang kisar. Masak hingga betul-betul pecah minyak. Masukkan gula melaka, kicap, air asam jawa dan garam. Seimbangkan rasa. Masak hingga kering sikit dan naik minyak lagi, baru masukkan daging tadi. Kacau rata. Tutup api dan masukkan bawang goreng dan kacau rata. Sedap dimakan dengan lemang/pulut/nasi/roti.

5 comments:

Cat Cat said...

Wah Kak Ummi... Nampak sedop daging dendeng ni... Kalau Cath dapat, siap makan for lunch and dinner for 3 days...

Ummi said...

Cath, i gerenti, sedaaapp! Akak bawak balik mlm raya Aidiladha baru ni, x sampai petang esoknya, licinnn cath. Tu belum sume adik beradik i balik, baru separuh jek..xpun x ckup lee..Mmg remeh sikit nk buat, tp worth it!!

MULAN said...

salam.. drooling nengok dendeng tu. gerenti sedap tuh..

easy2shop7378 said...

nekad esk nak masak lauk ni...bahan2 pun ade mentelah stok daging korban banyak lg dlm fridge....wish me luck....:-)

ummi30 said...

salam kak ummi, nak tanya sikit. kicap pekat manis tu kak ummi gunakan jenama apa? sebab saya x jumpa kicap pekat yg manis. tolong infom ya, tq kak. anyway, tq for d recipe, would love to try. wish me luck ok?