Wednesday, December 5, 2007

Puding Tapai Ubi Berkuah

Lepas goreng nasi tadi, rasa cam nak wat sesuatu je, nak maniskan mulut...teringat dulu2 selalu wat puding tapai ni, my officemate pnya resepi, dah dekat 2 tahun x buat...so ptg td ada pasar malam mintalah hb carikan tapai ubi, nasib baik ada...Senang dan sedap tau, rasa cam ice-cream gitu..This is the recipe:-

Bahan:-
2 bungkus tapai ubi (lebih kurang 6 ketul)
(*buang empulur tengahnya)
1/2 cawan gula
600 ml fresh milk
1 biji telor - pukul sikit
1 1/2 sudu besar tepung jagung
1 sudu kecil esen vanila
sedikit pes pandan/pewarna hijau

Cara Membuat:-
Masukkan semua bahan dalam blender dan blendkan sehingga sebati. Masukkan dalam loyang atau bekas kecil-kecil, kukus lebihkurang 15 minit/masak. Sejukkan. Scope dalam mangkuk puding dan tuang kuah. Cubalah, sedaaapp!!

Untuk Kuah:-
1 tin susu Ideal
2/3 cawan gula
1/2 cawan air
1 helai daun pandan
1 sudu kecil esen vanila
Buahan koktel (optional) - ummi x suka isi buah.

Cara Menyedia:-
Campur semua bahan dan masak kuah dengan api perlahan. Tutup api bila mendidih, sejukkan.

1 comment:

Maya said...

As'kum Ummi :) Selera betul Maya tgk tapai ni! Begitu juga dgn recipe2 ummi yg lain...terutama sekali recipe pencuci mulot. Maya akan cuba recipe2 disini. InsyaAllah. Thank you for sharing :)