Tuesday, December 18, 2007

Tiramisu Ice Cream


Ni dessert yang sempat ummi buat semalam, sebab senang sangat bahan-bahannya jadi rajin lah nak membuatnya.. Actly resepi asal dari Kak E dan dimodified oleh Niziela@MR. Pastu ummi pulak modified dengan bahan yang ada kat my pantry tu..hehe..sedaaaappp, try le...

Bahan:-
1 bungkus biskut marie perasa coklat
250 gm cream cheese
1 liter whipping cream - ummi ada 1 kotak kecil je
(*ummi substitute 200 ml whipping cream + 150 ml fresh milk + 150 gm plain yogurt)
180 gm gula castor
3 sudu besar koko - bancuh pekat dengan air
serbuk koko untuk hiasan

Cara Menyedia:-
Satukan cream cheese, whipping cream dan gula. Pukul hingga kembang jadi krim. Ketepikan. Kemudian celupkan biskut marie ke dalam bancuhan koko dan susun dalam bekas. Kemudian letakkan lapiskan dengan cream cheese tadi ke atas biskut. Ulangi proses melapis ini secara berselang seli sehingga 3 lapisan atau lebih pun xpa..Setelah habis, bahagian atas (lapisan cream cheese) disapu rata. Hiaskan dengan taburan serbuk koko di atasnya. Simpan dalam peti sejuk beku.

6 comments:

Nina Suria said...

salam ummi, wah esok raya tiramisu dah menanti dimeja. Ko dah redi ngan kapak dan parang ka?? jom kita pi mesjid

pastu ummi masak rendang daging korban tu kasi kakmOn makan.. amacam???

selamat hari raya haji maaf zahir dan batin

zaitgha said...

nih mmg dessert sedap nih....

Cat Cat said...

Kak Ummi,
Tiramisu tu nampak senang aje nak buat, kan..?? Tapi Cath tak berani lah... Takut nanti jadi Tira apa pulak...

zaliana said...

wow..mcm sedap ajer ummi..selamat hari raya aidiladha.

Ummi said...

salam aidiladha...baru balik petang tadi dari Temerloh..tu pun anak2 dara ummi tinggal kat kg esok balik dgn pak sedara diaorang..

KakmOn - tiramisu tu mmg x sempat dah nk hidang, anak2 je bantaii..Aii kakmOn yg nak sembelih lembu ke, nak melapah daging..hehe..bagi ummi sikit ek..Selamat hari raya Qurban jugak tuk kakmOn n family.

Zai - mmg sedap, tidakpun xkan sekejap je dah luak separuh bekas..hehe..ganas betul my kids ni..

Cath - Aa senang sgt lah tu..sambil wat kopi o jek..hehe.. Try le, mst jadiknya Cath..don't worry..

Za - kat rumah ni selalu ummi wat yg memg gerenti laku je tau..mmg sedap ni..Selamat Hari Raya Qurban untuk za n famly, balik mana Za, ada wat qurban ke?

Cik NurulZaty said...

sy baru wat tiramisu ice cream ni..

ntah jadi ke tak..

http://entityzealyz.blogspot.com/2011/02/saya-dan-tiramisu-saya.html