Saturday, December 29, 2007

Bingka Ubi Kayu


Ari tu ronda2 rumah Mat, tengok dia punya bingka ubi, terliuq semacam..tekad nak buat gak nnt, so semalam beli la ubi kayu (*sian akak Mat, kena beli ubi..kalu cam Mat kan senang, cabut je belakang rmh). Hb tnya nk buat apa, rebus ke, eekk tak le, nak buang bingka, dia kata ok xpa, dia tolong sagat nnt...wallahh cantiiikk, betul dia tolong sagat niii...Tapi Ummi bakar x secantik macam mak-mak kita bakar le..diaorang guna dapur arang/kayu, ummi suka bila jadi berkerak nak hangus tepi tu...xpa lah, ini moden pnya stail, bakar dlm oven (*tp mat pnya cantik je..) hehe..dah anta sikit kat fmly adik petang tadi..dia kata sedap je..Apapun tk byak kat Mat bg resepi..(*kalu tnya mak, dia susah nk bg sebab main agak2 je bahan..)

Bahan:-
1400 gm parutan ubi kayu
225 ml air (disatukan dengan parutan ubi)
3 biji telor gred A
5 camca teh tepung jagung
150 gm gula melaka (potong kecil2)
300 gm gula pasir
635 ml pati santan
1 1/2 camca teh esen vanila
1 camta teh garam
1 camca besar mentega

Cara Menyedia:-
Parutan ubi yang telah dicampur dengan air, diperah (dengan kain bersih), tadah airnya dalam bekas lain. Biarkan air perahan ubi tadi sejat selama lbh kurang 20 mnt, biar sagunya mendak ke bawah. Keluarkan ubi dalam kain tadi masukkan dalam bekas lain dan campurkan sagu tadi dan kacau rata. Ketepikan.

Dalam periuk, masukkan gula melaka, gula pasir, garam, tepung jagung dan esen vanila. Kacau dengan whisk biar sebati. Masukkan santan dan mentega, gaul rata. Jerang adunan ini atas api perlahan sambil terus dikacau hingga gula melaka dan mentega cair (*x perlu mendidih). Angkat dan tapis serta tuang ke dalam parutan ubi tadi. Gaul rata.

Tuang dalam loyang berukuran 8x8x3 inci yang telah dialas dengan kertas minyak dan dilenser dengan mentega serta ditabur sedikit tepung. Bakar pada suhu 180C selama 10 minit. Kemudian turunkan kepada 130C dan bakar selama 1 jam 15 minit. (*ummi bakar lagi 10 minit guna api atas sj). Bila telah masak, keluarkan dari oven, biar sejuk 10 minit dan keluarkan dari loyang. Potong bila benar2 telah sejuk.

No comments: