Saturday, December 8, 2007

Non Bake Blueberry Cheesecake - Best One!



Resepi Diana diambil dari blog mama vogue rozie....Memang sedap! Lembut je masuk ke tekak, alahaaaiiii...Buat malam tadi n petang tadi hidang tuk family adik.

Bahan dasar:
1 1/2 cawan biskut digestive - hancurkan ) ummi guna oreo
1 1/2 cawan biskut cream cracker - hancurkan )
2/3 cawan gula kastor
2/3 cawan butter - cairkan

Gaul sebati serbuk biskut dengan gula kastor dan butter. Ratakan dan tekan dalam springfoam, biar padat. sejukkan dalam fridge.

Bahan Filling:
300 gm cream cheese
2 sudu besar jus lemon
2 sudu besar serbuk gelatin
1/2 cawan air panas
500 ml whipping cream
2/3 cawan gula
topping - filling strawberry (ummi letak blueberry)

Pukul whipping cream dengan mixer pada kelajuan tinggi hingga kental. Ketepikan.
Campurkan serbuk gelatin bersama air panas kacau hingga benar2 larut. Ketepikan.
Dalam bekas lain, pukul cream cheese, gula dan jus lemon hingga sebati. Kemudian masukkan larutan gelatin. Pukul lagi. Masukkan whipping cream tadi, kacau hingga sebati dan rata. Tuang ke atas bahan dasar. Sejukkan dalam fridge semalaman. Sapukan filling bila menghidang dan makanlah ketika sejuk..memang sedap!!

5 comments:

zaitgha said...

ummi,

this really looks good but 500ml whipping cream?? must try this

Ummi said...

Yeap zai, 500ml whipping cream! this one really nice and you'll not regret tyring it..I only ate a bit of this, the rest my kids sapu bersih!! Haha..

E-na Zarina said...

Salam...minta izin nak copy resepi...tqvm

Anonymous said...

kak kalau nk tukar gelatin tu dgn serbuk agar2 cam ne erk? sukatan die

Unknown said...

salam k.ummi, nak tanya ... .sesetengah resepi cheese cake gunakan fresh cream, ada beza ke dgn uht whipping cream. Maaf ye kak sy budak baru belajar .