Showing posts with label side dish. Show all posts
Showing posts with label side dish. Show all posts

Friday, February 6, 2015

Pulut Kuning Berlapis Lagi Bertingkek..Suka-Suki Jer

BismillahirRahmanirRahim

Assalamualaikum...Jumaat yang mulia, semoga kita diberi banyak kelapangan untuk melakukan yang baik-baik dan indah-indah dalam hidup ini.   Allahumma Ameen.


Haisshh, baru gagahkan diri nak update jugak ni....tak tau la nape yang lemau sangat ntah laaa...jenguk blog sambil lewa je...hehehe.  Ok kali ni nak letak gambar je...xyah bagi resepi la kot, sekadar pulut kuning entah bila punya pun tak ingat, dah sebulan lepas dah kot....hehee... Ok, nak panaskan suasana dapur je yeaa...untuk cuci2 mata.  Kalau ada yang nak resepi pulut kuning, boleh search kat box tepi tu yeaa...insyaAllah, pernah kongsikan rasanya.  Cuba click Sini yea...



Sebenarnya akak suka makan pulut ni dgn sambal tumis ikan bilis lagi sedap kalau malas buat rendang...tp sebab malas jugak kaaan nak buat sambal dan sebab nak perabihkan serunding, nasib laaahh...layan je la dengan serunding yang adooo....hehe


Friday, February 10, 2012

Waffle Again n Again Upon Request

ASSALAMUALAIKUM....

Dah petang baru sempat nak letak entry.....adeeeii punya lah bz yang x tau dari mana asal usulnya...tiba2 buat akak jadi sibuk semacam jer.....melayan anak ke hulu ke hilir gak rasanya ni...pastu sonok2 lepak jer dgn diaorg... sembang2, borak2......tengok movie sama2....layan mcm2 citer diaorg....sambil terlentang tergolek akak....hehehhehe

Ingat nak entry malam tadi, pastu teralit pulak tengok siaran Al Hijrah, Ustaz Don duk bercerita pasal Cinta Rasul....gugur juga air mata ku...siaran sampai jam 10 mlm, ....maleh dah update...sambil ke hulu ke hilir kat dapur tu mengemas sikit2 dah jam 11 lebih...tituuunn je laaa...

Okay laaa....jom layan waffle yang jadi kesukaan anak2 akak kalau diaorg balik belaka....satu adunan xkan cukupnya....makan ni dr pagi sampai petang pun xpaa....dasssaaat tak? hehehe.. Dah beberapa kali buat...akak suka keduanya.... Tapi resepi Hajar tu boleh dibuat pancake jugak dari adunan yang sama....boleh dipelbagaikan....beberapa pancake yg akak buat pun menggunakan resepi Hajar ni... Tp resepi Southernfood ni akak x penah la buat pancake lgk.. sapa nak try silakan la yea....


WAFFLE (RESEPI 1)
Sumber: Southernfood.com
Tested by Home Sweet Home : Here

Bahan:-
  • 2 cawan tepung *
  • 3 sdt. baking powder *
  • 1/8 sdt. serbuk kayu manis * (bahan * diayak bersama)
  • 1 sb. gula
  • 1/2 sdt. garam
  • 3 biji telor - asingkan putih n kuning
  • 1 1/2 cawan susu segar
  • 5 sb. shortening (lemak sayuran) - dicairkan.
  • 1 1/2 cawan epal yang dicincang dadu
Cara-Cara:-
  1. Dalam mangkuk, campurkan bahan yang diayak dengan bahan kering lain.
  2. Pukul putih telor hingga kental (soft peak).
  3. Dalam mangkuk lain, pukul sedikit kuning telor dan campurkan susu, shortening dan kacau rata.
  4. Tuangkan ke dalam adunan kering tadi dan pukul hingga bahan sebati.
  5. Masukkan epal cincang dan gaul.
  6. Perlahan-lahan masukkan putih telor dan kaup balik hingga rata.
  7. Panaskan waffle iron dan sudukan adunan, ratakan. Tutup acuan waffle dan tunggu hingga masak dan garing (kecoklatan).
  8. Hidangkan dengan syrup or filling kegemaran dan makan ketika masih panas n rangup.
BUTTER PANCAKE & WAFFLE (RESEPI 2)
Resepi : Hajar Fotopages
Tested by Home Sweet Home : Here & Here

Bahan:-
  • 3 sudu besar butter-dicairkan
  • 1 biji telur
  • 1 cawan tepung naik sendiri
  • 1 sudu teh baking powder
  • 1 sudu besar gula
  • 1 cawan susu segar
  • 1 sudu besar jus lemon - kalau tak letak pun takpe
  • secubit garam
Cara Membuat:-

1. Campurkan semua bahan, guna blender...blend sebati
2. Biarkan adunan selama 10 minit**
3. Tuangkan sesudu adunan dlm kuali non stick yg tlh panas
4. Balikkan adunan bila nampak permukaannya berbuih
5. Biarkan seketika, bolehlah diangkat


Kat rumah ni kalau semua anak2 ada, akak kena buat 3 adunan sekali round tauuu....mmg x pernah cukup....nak2 makan dgn Nutella tu haaa... Akak suka sapu peanut butter + jem bluberi....besssttt sesangat rasa...

Wednesday, July 6, 2011

Butter Pancake, Terbaik Punya!!

Assalamualaikum.....petang ni just nak tayang pancake yang memang selalu sangat dah akak buat...terbaiiik punyerr....lembut, gebuuss dan sedaaappp! Asal dari Hajar Fotopages ni.... Pada akak kalau yg jenis plain punya pancake, ini yang paling best...lembut sampai ke petang..

Kalau buat ni, mmg laris.....silap2 sampai 3 adunan taauu...ya laa, satu adunan tu dapat lebih kurang 6 keping pancake jek...mana cukup kan...anak2 akak mmg boleh makan ni sampai 4 5 keping sorang...sbb apa eks, sebab sedap laaaaaa....hehe

Resepi ni jugak boleh digunakan untuk membuat waffle...mmg best gilooss! Akak dah penah buat mcm kat Sini...so C n P lg la kat sini...senang...Sape yang nak try untuk minum petang ni, silakan....






BUTTER PANCAKE
Resepi: Hajar Fotopages
Sumber: Ummi @ Home Sweet Home

Bahan:-
  • 3 sudu besar butter-dicairkan
  • 1 biji telur
  • 1 cawan tepung naik sendiri
  • 1 sudu teh baking powder
  • 1 sudu besar gula
  • 1 cawan susu segar
  • 1 sudu besar jus lemon - kalau tak letak pun takpe
  • secubit garam
Cara Membuat:-

1. Campurkan semua bahan, guna blender...blend sebati
2. Biarkan adunan selama 10 minit**
3. Tuangkan sesudu adunan dlm kuali non stick yg tlh panas
4. Balikkan adunan bila nampak permukaannya berbuih
5. Biarkan seketika, bolehlah diangkat. Hidangkan dengan maple syrup dan jem kegemaran.


Sunday, July 11, 2010

Butter Pancake and Waffle - 2 In 1

Ni sarapan akak 4 beranak pagi semalam...takat boleh tengok je la yea...semalam akak kurang sihat lah..agaknya baru badan ni naik "memor" kot balik jalan2...rasa nak demam semacam...malam tadi je rasa cam seram sejuk, hidung pun dah mula berair jek kena sikit balik ofis petang Jumaat tuh...masak sempoi2 je laaa...kita pergi Jualan Gudang Ekstreem Parkson (menjangkau 80%) la tengahari semalam..hahahaa, badan x sihat jadi sihat....tapi malam tadi akak "kong" pulak..hahaa, x larat betuii....baru terasa penat menyoping kat Padang Besar hari tu la kot..ish ish..sabauu je lerrr...tapi semalam pergi jualan gudang Parkson tu rasanya berbaloiii...kalau rajin akak masukkan entry, nak tanya u all, berbaloi ke tak harga barang yg akak sambar semalam tuh..! hehhee..

Okaayy meh layan adunan 2 dlm 1 yang sungguh sedap, rangup dibuat waffle dan lemak lembut bila dibuat pancake...akak ceduk dari dapur Checkie, asalnya dari FP Hajar. Tengok ramai yang dah buat iaitu Catlina dan Inahar jugak...sangat sedap pada tekak akak...budak2 pun suka bila dibuat waffle....abanglong siap mintak resepi lgk...kot2 nak buat la nnt agaknya...jangan ambik waffle mould mak dah laa..hahaa, buat kat rumah je la nnt ya abglong...Hajar, mintak izin C n P kat dapur akak ni lak ya..


BUTTER PANCAKE & WAFFLE

Bahan:-
  • 3 sudu besar butter-dicairkan
  • 1 biji telur
  • 1 cawan tepung naik sendiri
  • 1 sudu teh baking powder
  • 1 sudu besar gula
  • 1 cawan susu segar
  • 1 sudu besar jus lemon - kalau tak letak pun takpe
  • secubit garam
Cara Membuat:-

1. Campurkan semua bahan, guna blender...blend sebati
2. Biarkan adunan selama 10 minit**
3. Tuangkan sesudu adunan dlm kuali non stick yg tlh panas
4. Balikkan adunan bila nampak permukaannya berbuih
5. Biarkan seketika, bolehlah diangkat


waffle tu anak2 makan dengan jem strawberry yang dibeli di Cameron hari tu dan tuang pancake syrup untuk pancake tuh! Abanglong makan dengan madu jgk..

Wednesday, June 2, 2010

Kerabu Mangga Bersantan

Okaayyy ni baru nak masukkan entry tertunggak 3 hari lepas dah sebenornyaa...terlupa sungguh sebab bz ntah apa2...baru ni perasan tak letak lg entry ni...aiiihhh otak dah kabur tengok roti n ciskek kot..hahahaa...Okayyy xyah mintak la yaa...tengok dan telan air liur je laaa...Kerabu mangga bersantan ni asalnya dari buku Senangnya Memasak KERABU & SALAD Bersama Chef Hanieliza, cuma akak x letak ikan bakar just letak udang kering sangai jek..hehee...ok sedap jgk...akak meratah cukup banyak...pastu bg kat adik ipar semangkuk...Kalau nak buat pandai2 la adjust ikut ahli dlm rumah yeaa...kang x termakan pulak..hehe..Okay lah layan resepi ek..Thanks to Kak Liza...


KERABU MANGGA BERSANTAN (Resepi Chef Hanieliza)

Bahan A:
  • 4 biji mangga muda (500 gm)
  • 1 batang timun (dibuang tengahnya)
  • 1 batang lobak merah
  • 2 labu bawang besar
  • 5 biji cili merah (akak letak 3 biji jek)
  • 3 biji cili hijau (akak letak 5 biji cili padi)
  • Daun salad
Bahan B (untuk kuah):-
  • 1 cawan santan pekat (dr 1/2 biji kelaa)
  • 2 sudu kecil garam
  • 3 biji limau nipis (diambil jusnya)
  • 2 sudu besar lada hitam (ditumbuk halus)
  • 1 ekor ikan bakar (diambil isinya)
Cara Membuat:-
  1. Semua sayur disagat, diparut panjang ataupun dihiris halus-halus.
  2. Iakan bakar diambil isinya kemudian hancurkan/tumbuk sikit.
  3. Gaulkan kesemua bahan dengan bahan kuah seupaya rata.
  4. Rasakan masam dan masinnya..
  5. Hidangkan segera.

Saturday, May 15, 2010

Pisang Tanduk Goreng

Menu minum petang semalam....rajin pulak la balik kerja pi dapur goreng pisang, hehee..bkn apa, kelmarin pi pasar malam akak beli 3 biji pisang tanduk, tp xdalah macam tanduk seladang, sedang2 tanduk kambing je kot..heheee...layaan je lerrr...tp dah lama x makan, masyaAllah laku sakan bila family adik akak singgah hantar Najiha balik dari mengajar., x jangka pun nk makan seramai ni, hehee...sedap la pulaakkkk...hehe, x cukup weeeiii...Jangan mintak eh, dah licin...telan2 air liur je ler k...


Saturday, February 27, 2010

Apple Waffles

Snack untuk makan petang semalam....dah puas hentam nasi goreng jawa...makan waffle la pulak...Resepi dari Sini. Lain sikit bancuhan adunannya sebab campur dengan chopped apple dan terasa je epal tu bila ngap....Anak2 akak makan dengan maple syrup n blueberry filling pun sedap jugak...ingat nak hentam dgn eskrem, tp xda stok, maleh lak nk gi kedai wpun kedai dekat sejengkal jek dengan rumah...hehe...Ok, layaannn mata je ya....Sedap nih! K, meh akak translate resepi sini..

APPLE WAFFLES

Bahan:-
  • 2 cawan tepung *
  • 3 sdt. baking powder *
  • 1/8 sdt. serbuk kayu manis * (bahan * diayak bersama)
  • 1 sb. gula
  • 1/2 sdt. garam
  • 3 biji telor - asingkan putih n kuning
  • 1 1/2 cawan susu segar
  • 5 sb. shortening (lemak sayuran) - dicairkan.
  • 1 1/2 cawan epal yang dicincang dadu
Cara-Cara:-
  1. Dalam mangkuk, campurkan bahan yang diayak dengan bahan kering lain.
  2. Pukul putih telor hingga kental (soft peak).
  3. Dalam mangkuk lain, pukul sedikit kuning telor dan campurkan susu, shortening dan kacau rata.
  4. Tuangkan ke dalam adunan kering tadi dan pukul hingga bahan sebati.
  5. Masukkan epal cincang dan gaul.
  6. Perlahan-lahan masukkan putih telor dan kaup balik hingga rata.
  7. Panaskan waffle iron dan sudukan adunan, ratakan. Tutup acuan waffle dan tunggu hingga masak dan garing (kecoklatan).
  8. Hidangkan dengan syrup or filling kegemaran dan makan ketika masih panas n rangup.

Tuesday, January 26, 2010

Jemput-Jemput Bawang

Buat jemput ni sebab ada lebihan kuah kacang untuk nasi impit masa jamuan kat ofis hari jumaat tu...akak panaskan dan buat jemput2 bawang camni...weeee terangkat makan bekfes pagi sabtu tu...hubby lak gi kenduri kahwin member lama dia dengan geng ofis, akak x pergi sebab perut meragam sikit dari jumaat malam lg dah..entah apa akak makan macam2 masa jamuan hari jumaat tu ntah...campur segala..hehee...tp kuah kacang ni mmg sedap laa...senang kerja akak kan...jamu mata la yaaa...dah selesai..hehe


Saturday, January 23, 2010

Indian Style Pineapple Chutney

Ni acara masak-masak malam kelmarin...akak buat acar nenas masak ni untuk dimakan bersama nasi beriani dan daging prun sekali. Memang sedap dan ringkas je nak masak...tu lg akak suka..hehe...Resepi ceduk dari dapur Mat Gebu dan Mat ceduk dari FP Muna..Thanks to both for sharing this new style pineapple chutney...Akak c & p dari dapur Mat yaa..
Bahan:-
  • 2 biji nenas saiz sederhana@ 1 biji nenas saiz "king"
  • 1 camca teh serbuk kunyit
  • 1 camca teh serbuk cili
  • 2 camca teh jintan halus
  • 2 camca teh biji sawi
  • 1/2 camca teh halba
  • 1 kuntum bunga lawang
  • 3 camca teh minyak masak
  • Garam dan gula secukup rasa
  • 4 biji bawang merah, dihiris*
  • 1/2 inci halia, dihiris*(*yang ni tak letak dalam resipi asal)
  • 2 - 3 cawan air

Cara-Cara:-

  1. Kupas nenas, buang empulur dan potong kiub sederhana besar.
  2. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bawang merah/putih, halia dan biji sawi hingga harum dan biji sawi mula "meletop"...
  3. Masukkan nenas, serbuk kunyit, jintan manis, bunga lawang, halba dan air.
  4. Tambah sedikit garam dan gula. Masak dengan api sederhana hingga nenas lembut dan sedikit kering.
  5. Rasa dan jika perlu tambah garam atau gula secukupnya. Hidangkan bersama nasi minyak,nasi beriani atau nasi pilaf....

Thursday, December 3, 2009

Tauhu Sumbat

Selamat petang semua...dah minum petang ke? Eh tanya macam ala-ala Mat Gebu la pulak..hehe..rajin bertanya orang dah makan ke minum ke..hehee...sopan gitu..Kalau belum meh la jamah tauhu sumbat dari orang yang tengah setengah malas n setengah rajin ni eh...Akak buat petang semalam untuk akak laa, menggodek2 sambil jaga anakanda sorang dalam pantang tuh..tengah nk diet la konon2..wakakaa...xyah makan nasi dah malam..sempoi dan mengenyangkan untuk orang yang separuh malas dan separuh rajin...Hari ni hubby lak take over cuti jaga Aiman tuh..hehe...Hujan2 ni kan, nak jejak kaki ke dapur pun "naik segan" je kata org Utara...hehee...Sosnya sangat sedap..berbaloi-baloiii, akak siap cicah dengan udang goreng rangup lagi..resepi dari FP KakHanieliza tu..

TAUHU SUMBAT:-

Bahan:-
  • 5 keping tauhu
  • timun (akak guna 1 biji timun sederhana)
  • salad (akak letak 1/2 sengkuang)
  • carrot (akak guna 1 batang - jgn pilih yg keras sgt)
  • minyak

Cara-Cara:-

  1. Tauhu dipotong 3 segi dan goreng sampai masak.
  2. Belahkan bahagian yg hendak memasukkan sayuran.
  3. Hiriskan salad, carrot dan timun.
  4. Masukkan sayuran dalam belahan tahu dan hidangkan dengan sos cili.

SOS CILI TAUHU SUMBAT:-

Bahan:-

  • 5 biji cili merah
  • 3 biji cili kering
  • 1 ulas bawang putih
  • 1/2 cawan air
  • garam
  • gula
  • 1 biji jus limau nipis

Cara-Cara:-

  1. Mesinkan semua bahan kecuali jus limau.
  2. Masakkan sos sehingga pekat.
  3. Campurkan jus limau dan kacau rata.

Juadah Aidil Adha - Yang Terlewat..^__^

Ni edisi terlewat punya cerita yaaa..juadah Aidil Adha di kampung akak baru2 ni..hehee...igt nak posting semalam, tp bz sangat sebab akak ni kena menjaga Aiman yang baru "masuk jawi" kata orang2 tua..hehee...masak macam2 pun xdan nk posting gak...pastu baru je nk mengupdate smlm, tenet terus xda line pulak laa..tunggu2 gak xda...baik akak tdo lg best...hehee...so jamu mata je lah yaa...menu lain tu nnt2 akak masukkan okay..layaaaannn...
Rendang Limau Purut - edisi khas dari akak, resepi later eh..

pulut kuning je..no ketupat palas laa...xda daun nk anyam..ni my mom yg prepare..3 kg.

Kuah Kacang Daging ni, my sister Saniah yang sediakan...

Serunding Ikan Bilis Tok Nek ni dibuat oleh my sister-in-law, Sharizah..thanks Zah, sedaaapp..resepi ambil dari nenek akak..hehe

Monday, November 16, 2009

Jom Pekena Seafood Celup Tepung

Sabtu baru ni kitaorang antar Najiha untuk daftar bilik bagi Semester 2 Asasi di Uitm Kuantan ni.. Lepas tu, kitaorang pun ronda-ronda la ke Yayasan Pahang sana ingat nk masuk ke Dinasour Trek, saja2 nak bawak Aiman tengok for the first time...Rupanya sampai je situ, guard kat situ bgtau dah full sangat orang, kena tutup awal...aah la, masa tu baru jam 3.40 ptg..kalu ikutkan 4.30 baru xleh masuk situ...uiihh x sangka la pulak ramai yang ke situ..Tp xpalah x kesah sangat, nanti bila2 boleh pergi...bagi orang jauh2 dulu tengok..hehee..kitaorang dekat jek...ececee, nak sedapkan hati la konon...ish x kesah laa..Pamiran hasil kerjasama Petronas dan Yayasan Pahang tu akan berlangsung sampai bulan Jun 2010 nanti..
So, on the way balik tu singgah la kat Gerai Paksu di Tanjung Lumpur Kuantan ni yang terkenal dengan seafood celup tepung nih..memang laris, kalu lalu petang2, memang penuh kete kat situ...Hubby kata, bungkus je lah bawak balik sebab sonok makan ramai2 dengan abanglong yang tinggal kat rumah tuh..ok...layan la yaaa...kenyang sampai malam kami 5 beranak tibaiiiii..hehe
sotong celup tepung - 5 cucuk (2 ekor setiap cucuk)..

sata akak beli 4 hengget..hehe..1 hengget 3 ketuii...tp yang ni mmg sedap sata dia..puas hati...semua yg makan cakap camtu tauuu...

keropok lekor, ni beselah kan...actually nak beli keropok sagu, tp lambat pulak nak kena tunggu goreng...

Laaaayyyyyaaaaaaa....licin maaaaa....

Sunday, August 30, 2009

Jemput Udang Tepung Jagung


Ni salah satu bancuhan jemput udang yang selalu gak akak buat....anak2 suka...maknya pun suka...hehe..sorilah, cuci mata je yaa...menu hari Khamis hari tu...anak2 balik petang Jumaat terus akak pun bz semacam jek..x sempat nak update ari Jumaat tuh...Jemput ni pakej sekali dengan char kuey teow dan lychee smoothie tuh..

Bahan:-
  • 10 ekor udang sederhana besar (akak kerat2 kecil)
  • 3 cawan tepung gandum
  • 4 sudu besar (penuh) tepung jagung
  • 2 genggam taugeh - kerat2 sikit
  • secekak daun kucai - potong2 1 inci
  • 1 biji cili merah - hiris halus2
  • 1 biji telor - pukul sikit
  • 1/2 sudu soda bikarbonat
  • garam secukup rasa
  • 2 1/2 cawan air/secukupnya (adunan lembik sikit ya)

Cara-Cara:-

  1. Dalam mangkuk besar, gaul rata tepung gandum, tepung jagung, garam dan soda bikarbonat.
  2. Kemudian masukkan air sedikit2 dan gaul rata dengan tepung tadi.
  3. Masukkan telor, taugeh, kucai dan cili gaul mesra dan rata (jangan keras sangat, lembik sikit tetapi boleh dijemput dengan jari)
  4. Panaskan minyak yang banyak, jemputkan tepung dan goreng hingga kuning keemasan. (Balik-balikkan selalu ya).
  5. Angkat dan toskan. Hidang dengan cili sos kesukaan.

Tuesday, August 25, 2009

Kerabu Taugeh Bonda

Yang ni pun menu berbuka hari pertama..tapi yang specialnya mak akak sediakan memandangkan lauk pauk lain akak yang masak..hehe...ni memang favourite abah jugak...special dari bonda akak..thanks mom, sedappp!!...sape2 yang nak resepi, salin kat sini eh..tp xda ikut sukatan sangat eh..bahan agak2 je tau..hehe
Bahan (kurang lebih je):-
  • 300 gm taugeh - basuh dan celur sekejap dgn air panas dan toskan
  • 1/2 kg kerang - direbus dan diambil isinya
  • sedikit daun pegaga - dihiris halus2
  • 4 tangkai daun kesum - dihiris halus2
  • 1/3 cawan beras - digoreng tanpa minyak hingga garing sedikit - dikisar halus
  • 4 tangkai cili kering - direndam air panas dan tumbuk lumat
  • 4 - 5 biji bawang merah - hiris halus
  • 1/3 cawan santan pekat
  • 1/4 cawan kerisik
  • sedikit air asam jawa
  • garam secukup rasa
Cara Membuat:-
  1. Campurkan semua bahan kecuali beras goreng, garam, santan, air asam jawa dan kerisik. Gaul rata dulu.
  2. Setelah rata baru dicampurkan beras goreng, air asam jawa, santan, kerisik dan garam. Gaul mesra dan seimbangkan rasa. Ha, sempoiii gitu...selamat mencuba

Wednesday, August 12, 2009

Kentang Tempe Perisa Kari

Ummi buat ni atas permintaan my daughter Najwa yang kebetulan balik bila dia demam sikit kat U tempohari..so doctor bagi medical leave 6 hari...wpun doctor kata demam biasa, tp now budak2 yang duk hostel ke U ke..kalu demam jek, disuruh balik....emmmm...jadi semalam balik kerja ingat nak masak lauk ikan, tp dia dah request nasi air pulak, sebab katanya sakit tekak akibat batuk x hilang lagi..sian diaaa...so Ummi masak nasi air perisa ayam dan makan dengan serunding ikan (yang dikirim dengan Nor Tganu tempohari), cili padi kicap dan kentang tempe nih!
Bahan:-
  • 2 paket tempe - dihiris nipis2 dan potong 1 1/2 inci
  • 3 biji kentang - potong nipis dengan pemotong - rendam dlm air kapur 5 minit
  • 2 genggam ikan bilis kecil
  • 2 sudu makan cili kisar
  • 4 ulas bawang merah - tumbuk/kisar kasar
  • 2 ulas bawang putih - tumbuk/kisar kasar
  • 2 sudu makan air asam jawa
  • 1 sudu makan serbuk kari ikan
  • 1 sudu teh (rata) serbuk jintan manis
  • 1 sudu teh (rata) serbuk ketumbar
  • garam dan gula secukup rasa

Cara-Cara:-

  1. Panaskan minyak agak banyak dan goreng berasingan tempe, ikan bilis dan kentang hingga garing. Angkat dan toskan.
  2. Tinggalkan sedikit minyak dalam kuali, tumis bawang merah dan bawang putih. Kacau hingga sedikit garing.
  3. Masukkan cili kisar dan perlahankan api. Kacau hingga cili naik minyak.
  4. Masukkan serbuk kari, serbuk ketumbar dan jintan manis. Kacau.
  5. Masukkan air asam jawa, garam dan gula secukup rasa.
  6. Kacau hingga naik minyak dan seimbangkan rasa.
  7. Bila agak kering, masukkan kesemua kentang, tempe dan ikan bilis tadi. Kacau sebentar. Tutup api dan kacau lagi rata-rata. Siap untuk dihidang.

Sunday, August 2, 2009

Jagung Manis

Sori la tayang pepagi ni...buat petang semalam....terlupa nk posting..!! wallaaahh sedap la sangat...selalu asyik beli jek..penah buat tp x kick camni...maybe sebab letak gula, rupanya letak susu pekat manis lagi sedap...So kelmarin beli jagung frozen tu paket besar jugak laaa..so buat ni petang semalam sebenarnya...Resepi asal dari Azie tp akak intai kat dapur Nor teringin pulak la nak buat...memang sedap berlemak...Terima kasih Nor dan Azie eh...Dah licin pun, jamu mata je laa yaa..
Bahan:-
  • 500 gm jagung (*ummi guna frozen punya jek)
  • 2 sudu besar butter
  • 4 sudu besar susu pekat manis (*ummi kurangkan jd 3 sb. sebab jagung dah manis)
  • secubit garam

Cara-Cara:-

Kukus jagung dalam 20 minit...Bila jagung dah masak, pindahkan ke dalam mangkuk dan masukkan butter dan susu pekat manis ketika masih panas2 tu..gaul rata..dan tabur sedikit garam. Gaul sebati. Makanlah panas2...mmg best...

Najiha dah ready nk ngap je tuh..!


Friday, July 31, 2009

Oat Prawns With Marmalade Sauce


Sori lambat letak entry, igt nak posting tengahari td, balik memasak lauk pulak, dah la x sempat. Actually, yang ni untuk makan malam kitaorg semalam, lite-lite gitu..hehe..sebab anak2 semua kenyang mkn mee jawa ptg tu..so malam Ummi buat oat prawns ni jek...weeiiii laaaa..sedap sangat2 cicah dengan sos marmalade tu....pnyalah asyik makan...mcm duk kat negeri ongputih jek..hehe...Resepi dari teruna kacak gebuss dari Kulai tu, hehe..sape lagi kalau bukan Mat Gebu...Mat, mintak halal nak C&P je ni ya..time kasih..x puas makan, kena pulak udang mmg fresh akak beli tengahari tu... Cepat pi cari Marmalade, kita buat ni...sedap lahaiiiii

Untuk Maz dan Zura, ini lah rupanya jem marmalade yang akak gunakan...ada jugak brand lain, tp akak sempat rembat yg ni jek!

Bahan:-

  • 500 g udang sederhana, besar, kupas kulit dan cuci bersih, toskan
  • 1 biji telur*
  • 1/2 camca teh garam*
  • 1 camca teh serbuk lada hitam*(*disatukan dan kacau hingga rata)
  • 3/4 cawan tepung beras
  • Oats secukupnya (kurang lebih 1 1/2 cawan)

Bahan Sos Marmalade :-

  • 2 camca besar Marmalade
  • 2 camca besar sos cili
  • 1 camca teh kicap cair
  • 1 ulas bawang putih, cincang halus
  • 2 biji cili padi merah, cincang halus
  • 1 camca teh cuka makan
  • 2 camca besar air suam

Cara membuatnya :-

UNTUK UDANG OATS :-

Udang yg telah ditoskan tadi disalut dengan tepung, kemudian telur dan akhir sekali golekkan dengan oats hingga menyaluti keseluruhan udang. Buat sampai habis. Goreng dalam minyak panas hingga kuning keemasan, jangan goreng banyak2, cukup 10 - 12 ekor sekali goreng. Angkat toskan minyak dan letak atas paper towel. Buat hingga siap dan hidangkan bersama sos marmalade.

UNTUK SOS MARMALADE :-

Satukan semua bahan2 sos dan kacau hingga rata dan sebati. Rasa dan jika ok boleh dihidangkan bersama udang tadi. Jika tak de marmalade, boleh juga guna jem apricot...Selamat mencuba!!!!