Tuesday, August 25, 2009

Kerabu Taugeh Bonda

Yang ni pun menu berbuka hari pertama..tapi yang specialnya mak akak sediakan memandangkan lauk pauk lain akak yang masak..hehe...ni memang favourite abah jugak...special dari bonda akak..thanks mom, sedappp!!...sape2 yang nak resepi, salin kat sini eh..tp xda ikut sukatan sangat eh..bahan agak2 je tau..hehe
Bahan (kurang lebih je):-
  • 300 gm taugeh - basuh dan celur sekejap dgn air panas dan toskan
  • 1/2 kg kerang - direbus dan diambil isinya
  • sedikit daun pegaga - dihiris halus2
  • 4 tangkai daun kesum - dihiris halus2
  • 1/3 cawan beras - digoreng tanpa minyak hingga garing sedikit - dikisar halus
  • 4 tangkai cili kering - direndam air panas dan tumbuk lumat
  • 4 - 5 biji bawang merah - hiris halus
  • 1/3 cawan santan pekat
  • 1/4 cawan kerisik
  • sedikit air asam jawa
  • garam secukup rasa
Cara Membuat:-
  1. Campurkan semua bahan kecuali beras goreng, garam, santan, air asam jawa dan kerisik. Gaul rata dulu.
  2. Setelah rata baru dicampurkan beras goreng, air asam jawa, santan, kerisik dan garam. Gaul mesra dan seimbangkan rasa. Ha, sempoiii gitu...selamat mencuba

1 comment:

Azita said...

sedapnya berbuka dengan kerabu! saya mmg suka kerabu tapi anak2 x suka. kalau buat kerabu mkn dgn hubby jer... selamat berpuasa!