Tuesday, August 25, 2009

Ayam Goreng Berempah Serai

Okayyy ni akak nak letak jugaklah resepi Ayam Goreng Berempah Serai yang akak buat bawak balik kampung hari tu. Walaupun dah rangkum dalam entry berbuka puasa di kampung tu, tp akak tak letak resepi lagi, nanti senang nak rujuk kan...Resepi asal Love2Cook kat MyR tu..So akak mintak izin C & P je ya..thanks...2 ekor ayam akak buat, licin..hehe

Bahan-bahan ( Sekeluarga ):-
  • 1 ekor ayam (dibersihkan dan dipotong sederhana)

Bahan2 dikisar bersama:-

  • 6 ulas bawang putih
  • 7 ulas bawang merah
  • 2 inci halia
  • 2 batang serai
  • 3 sb cili kering kisar/ cili boh (lebih/ kurang ikut citarasa)
  • 2 sb serbuk kari daging
  • 1/2 sk serbuk jintan putih
  • 1/2 sk serbuk jintan manis
  • 1/2 sk serbuk ketumbar
  • 1/2 sk rempah 5 spices (takde pun takpe)
  • garam dan aji secukupnye
  • 3 tangkai daun kari
  • Minyak yang byk utk menggoreng


Cara-cara:-

  1. Campurkan semua bahan di atas bersama ngan ayam kecuali daun kari dan minyak. Gaul sebati dan biarkan perap selama 1 jam.
  2. Panaskan minyak dlm kuali. Pastikan minyak berlebihan supaya ayam tenggelam ketika digoreng.
  3. Masukkan ayam satu per satu dan goreng hingga masak. Taburkan daun kari bila dah 1/2 masak.
  4. Dah okey, angkat dan toskan minyak berlebihan. Boleh dimakan begitu sahaja!
    Selamat mencuba! ;)

4 comments:

VG said...

Yumo Kak Ummi. Can I join you to buka puasa? Not that I puasa, just that it looks so delicious! :D

ain said...

rasanya ms singgah umah kak nor pg td, ayam ni gak. now ni dh ada kat umah akak pulak, bila la nak gi umah sy pulak.hihihi

Anonymous said...

2 ekor kak ummi? awat tak cakap.. nk join jgk!!! heheh... memang best resipi Love nie.. :)

Anonymous said...

rempah 5 spices tu mane nk dapat???