Monday, August 3, 2009

Pizza Mewaaaahhhh!!!

Pagi Ahad kelmarin sebelum Najwa balik ke Segamat kul 10 pg basnya..Pagi2 lagi Ummi dah uli doh donut HaSue ni...tapi bukan wat donut jek..bahagi dua wat pizza separuh...punyalah mewah isi toppingnyaa..ikut suka hati akak laaa..hahaaa...memang mengenyangkan la kalu pekena sejuring pun..hehe...Biasalah, anak2 suka...ibu pun sukaa...betul kan? Najwa ni jenis x makan sarapan pagi..Hubby xda, Ummi la hantar dia ke terminal bas...jam 9.00 pagi pizza dan donut siap...jadi tapau la untuk dia 1/4 bahagian pizza ni dengan donut 4 ketul...katanya dia wat brunch laaa...Sue, akak mintak izin kopipes je yaa...

Bahan:-

  • 500g Tepung Gandum Berprotein Tinggi (guna tpg biasa pun ok)
  • 1 Peket Yis Segera-11gram (jenama MAURIPAN atau apa2 jenama)kalo guna yis peket beso amik 1 sudu makan jer..
  • 50g Marjerin
  • 1 Sudu makan(penuh) Shortening(lelemak adunan)-Letak lebih sikit pun takpe
  • 2 Sudu mkn (penuh) gula pasir
  • 2 Sudu mkn Susu Pekat/2 Sudu mkn Susu Tepung [ikut citarasa]-Letak kedua2 lagi sedap
  • 1 Biji Telur-
  • 1/2 Sudu Teh Garam
  • 190ml-200ml Air Suam2 kuku(bergantung pd kualiti tepung)
  • gula halus/topping pilihan
Cara-cara:-
  1. Di dalam bekas yang agak besar, tuangkan air suam. Masukkan yis segera,gula pasir, susu, marjerin dan shortening. Kacau sedikit dan biarkan selama 8-10 minit-untuk yis yang baik, selalunya dalam 3-5 min dah mula berbuih..kdg2 lepas 2 min terus jer kite masukkan tepung, x kuasa tggu lama2..hee
  2. Setelah yis mula berbuih,ayakkan separuh dari tepung gandum terus ke dalam adunan.
  3. Masukkan pula telur yg dpukul sedikit dan juga garam.
  4. Kacau adunan sehingga sebati dan melekat pada sudu(bila dah sebati tu dkacau satu arah je mggunakan sudu).
  5. Ayak lagi tepung selebihnya, gaul menggunakan sudu seketika barulah uli menggunakan tangan.
  6. Uli sehingga doh sebati dan tidak lekat di tangan..(sisa2 tepung kat dlm bekas tu semua bersih). Doh dah siap dan jika ingin membuat kuih 5 spice roll, boleh la dibahagi dua. Utk resepi dan teknik membuatnya sila rujuk http://www.myresipi.com/top/detail/652.
  7. **Selain tuh doh nih sesuai untuk burger sambal,pau goreng dan sebagainya..
    Doh tidak perlu direhatkan,(kalau nak rehatkan pun boleh gak selama 5-10min)boleh terus sahaja dicanai setebal stngah inci(agak2 je) Boleh tmbh sedikit2 tepung jika adunan agak lembik ketika ini..
  8. Terap doh mengikut acuan donut atau bentuk kesukaan anda..Doh akan mula mengembang dan ringan sementara minyak dpanaskan..(lebih ringan/kembang doh, lbh gebu laa donut tu nanti) jadi kalo nak donut extra gebu kena laa sabor sket yer..hee
  9. Setelah minyak agak panas (jgn terlalu panas,nanti donut gorengan pertama agak hangus)perlahankan sedikit api,masukkan donut tetapi jgn terlampau penuh sebab donut ni akan mengembang lagi ketika digoreng(sbb adunan mengandungi telur).
  10. Goreng sehingga kekuningan dan toskan. Sedia utk dhidangkan bersama gula halus atau topping kegemaran anda. SELAMAT MENCUBA.. ^_^

2 comments:

ain said...

bestnya anak2 akak dpt mummy mcm kak ummi. raaajinnn ke dapur!!

Chik Mimi said...

kak nampak sedap sangat pizza tu kalau buat sendiri puas ati kan