Sunday, August 30, 2009

Penang Char Kuey Teow

Menu berbuka petang Khamis punya ni...mmg xda masa lgsung nak update, tambahan pulak anak2 ada balik petang Jumaat tu..jadi bz ntah apa2..ada masa tp macam penat giler pulak..hehe..so cuci mata je laa eh..lg pun siang2 ni xleh makan kan..haha...Resepi amik dari Che'iza kat MyResepi...Tapi akak punya x letak kerang pun, x sempat balik kerja nk merebus dan mengupas kerang, letak udang banyak2..tetap sedap...thanks Che'iza...akak mintak izin kopipes je la eh..

Bahan-bahan ( 2 org )
* UTK PASTE *

  • 200 gm udang
  • 250ml air
  • 4 ulas bawang putih di ketuk
  • 6 sb sos tiram
  • 3 sk kicap pekat
  • 3 sb kicap manis
  • 1 sk petis (*akak xda ni)
  • 2 sb pati ikan bilis / pati udang
  • 2 sk garam (kalau sos tiram masin kurangkan 1sk)
  • 1 sk gula

* UTK MEE *

  • 300 gm kuey teow
  • 1 sb cili boh (*akak guna cili kisar)
  • kerang
  • sedikit kucai & taugeh
  • 2 biji telur

Cara-cara:-

UTK PASTE-

Rebus udang dgn air. Bila udang hampir masak, angkat udang dan ditoskan airnya. Air rebusan jgn buang....Campurkan semua bahan utk paste dgn air rebusan udang tadi, reneh hingga menjadi paste yg agak pekat. Matikan api biarkan paste sejuk dan bolehlah simpan dlm fridge.

UTK MEE-
  1. Tumis lada boh hingga garing. Masukkan dlm 4sb paste td.
  2. Masukkan udang yg telah direbus td n kerang. Biasanya penang char kuey teow agak berkuah so letak sikit air dlm 1/2 cwn.
  3. Bila air didih masukkan kuey teow, kucai, taugeh n kacau rata.
  4. Pecahkan telur, kacau dan bolehlah diangkat. Proses memasak kuey teow ni dlm 3-4 min sj, pastikan api kuat semasa memasak.

**Paste ni selalu depa guna tuk meniaga so udang yg direbus mmg depa pakai. Tapi utk kegunaan sendiri kalau tak nak rebus ngan udang pun boleh tp petis kena tambah lg, jd 1sb. Paste ni juga sepatutnya sudah cukup masin dan manisnya so tak perlu letak lg garam n gula masa masak buat kuey teow tp kalau rasa cam tawar leh adjust eh......

2 comments:

MamaFaMi said...

Mak ai, naperlah ternampak char kue tiau ni tengahari buta ni... dan dan tu perut bergendang! Astaghafirullahalazim!

geraugebang said...

Sedapnya kue teow.