Sunday, August 9, 2009

Mihun Goreng Asam Jawa

Ni menu dinner malam tadi...Ummi x masak nasi la semalam sebab lepas je abanglong dan kawan2 dia sarapan (*bukan sarapan lah..hehe..brunch), diaorang keluar bandar tengok PC Fair kat Megamall tu..jalan2...dah lewat petang baru balik...Tinggal akak berdua dengan Aiman jek, roti canai pedas pun byk belen lagi...kitaorang tibai tu je laa...Lagipun duk bz mengemas, memvacum segala ceruk rumah, membasuh, mengurus segala kain-baju tuh..rasa nk terbaring pengsan rasa..! Aiman duk buat latihan math n sains dia..nnt petang, abglong balik tlg cek jwpn...Petang akak goreng mihun ni je dengan keropok keping/kering...kira terus makan malam laaa sebelum kawan2 abanglong tu ziarah ke rumah geng lain pulak...Lepas maghrib budak2 tu keluar...Sian pulak akak tengok budak Sarawak tu..ya laa disebabkan cuti tergempar virus H1N1 tu, nak balik Sarawak pun cuti sekejap je..duk jalan2 rumah member je laa..yang JB tu pulak sampai awal ke Kuantan ni sebelum dibenarkan balik semula ke hostel U hari ni...
Bahan:-
  • 1 paket mihun cap Terung - rendam dan toskan.
  • 200 gm daging - dihiris nipis
  • 5 biji bawang merah - dihiris nipis
  • 3 ulas bawang putih - dihiris nipis
  • 1 labu sederhana bawang besar - dikisar
  • 3 pokok sayur sawi - potong
  • 1/8 biji sayur kobis - potong kecil
  • 1 mangkuk taugeh
  • 2 keping tauhu - digoreng dan dihiris kecil
  • 2 sudu besar cili kering kisar
  • 5 sudu besar sos cili
  • 2 sudu besar air asam jawa
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 3 - 4 sudu besar kicap pekat manis
  • 1 sudu besar gula
  • 3/4 cawan air
  • garam secukup rasa

Hiasan/Tabur:-

  • 3 biji telor - digoreng dadar nipis - hiris halus
  • 2 biji cili merah - potong nipis menyerong
  • sedikit daun bawang - potong halus2
Cara Memasak:-
  1. Panaskan minyak dan tumis bawang merah dan bawang putih yang dihiris hingga kekuningan dan naik bau.
  2. Masukkan cili dan bawang besar yang dikisar. Kacau dan masak hingga naik minyak.
  3. Masukkan daging dan sedikit air. Masak hingga daging lembut.
  4. Masukkan sos cili, sos tiram, kicap, air asam jawa, gula dan garam. Kacau rata.
  5. Masukkan sawi dan kobis, kacau sebentar dan masukkan mihun yang ditoskan tadi. Kacau rata dan masukkan air untuk melembutkan mihun. Kacau balik rata-rata menggunakan api sederhana.
  6. Bila telah rata, masukkan tauhu yang dihiris dan kacau lagi. Seimbangkan rasa mihun.
  7. Masukkan taugeh dan kacau rata sebentar saja. Jangan terlalu layu. Tutup api.
  8. Hidangkan dan hias dengan telor dadar serta tabur daun bawang dan cili.

3 comments:

geraugebang said...

Tak pernah lak rasa mee hun yang letak asam jawa. Tak masam ke?

ummi said...

Geraugebang -
Akak bese masak camni, ikut style mak n mak sedara..biasa je, xyah la letak sos tomato..jes tmbah gula sikit je...ok..cara orang2 dulu2 x guna apa sos cam sekrg kan..Kdg2 diaorg letak kangkung jek, no sawi, no kobis..hehe, sedap apa!

mummyseri said...

ye la kak ummi..seri pon ta penah lg mkn ygletak asam jawa...mesti sedap nih da teliur hehehe bile2 wat bihun grg nt wat versi ni la...