Saturday, August 15, 2009

Spaghetti Carbonara

Haiiii...salam sabtu...akak tinggal berdua je dengan Aiman ni..maleh tul nak masak..hubby outstation lagik..Ahad malam baru balik kot...huhuuu...kali ni ada event Royal Pahang Billfish International Challenge (Pertandingan Memancing Ikan Layaran) di Kg. Lanjut, Kuala Rompin pulak...apahaiii la diaorg ni..musim virus merebak ni pun duk on jugak acara camni...ramai pulak tu peserta dari luar sana...asalnya Tengku Mahkota Pahang nak join jugak ni...tp xtau apa citer la pulak lepas family tuanku pun dah kena kuarantin kat hospital baru2 ni..Anakanda tuanku yang nak join event ni pun x jadi join la kot..x tanya hubby pun lagik...So akak layan spaghetti je lah untuk brunch hari ni...Aiman pun bangun lambat...akak kemas rumah dulu baru masak..hehe
Resepi ceduk dari dapur Noreen kat UK sana...Noreen, mintak izin lah nak kopipes je resepi eh...Memang sedap, thanks...Najiha pun ada balik sekejap ni..dah tibai jugak spaghetti ni..Akak wat half je dari resepi di bawah.
Bahan-bahan (2-3 org):-
  • 450g spaghetti
  • 2 camb minyak jagung (*ummi guna olive oil)
  • 1 labu bawang besar
  • 200g udang - dibuang kepala & kulit
  • 115g keju cheddar (*utk half resepi, ummi letak 2 kpg cheesedale)
  • 3 biji telur
  • 3 camb susu segar @ 4 camb whipping cream
  • garam, serbuk lada hitam secukupnya
  • 3 camb hirisan daun parsli @ dried parsley (*ummi guna dried parsley je)

Cara:-

  1. Jerang air yg banyak, bila mendidih, masukkan 1 camb minyak, garam dan spaghetti.
  2. Cincang bawang, panaskan minyak dan goreng bawang hingga layu dan keemasan.
  3. Masukkan udang dan kacau hingga udang masak. Ketepikan.
  4. Parutkan keju. (akak x buat step ni laa..guna cheesedale terus masuk dlm spaghetti ketika panas tu).
  5. Pukul telur dengan garfu.
  6. Bila udang masak, masukkan susu atau whipping cream dan bubuh garam serta serbuk lada hitam.
  7. Toskan spaghetti kemudian letak semula di dlm periuk.
  8. Masukkan telur dan keju, kacau cepat dan campurkan dengan bahan gorengan.
  9. Kemudian sajikan dan hias dengan daun parsley.

2 comments:

blogresipi said...

Kite lom pernah try lg resipi yg letak telur cenggini.. mcm best pulak.

ain said...

anak saya yg tua suka betul mkn carbonara ni lg2 yg kat KLCC. klu ke sana, mmg wajib dia mintak benda ni.