Saturday, August 1, 2009

Skon Enak Berperisa

Breakfast Ummi 5 beranak pagi tadi, kebetulan semua anak2 kat U tu ada balik, apa lagi kes H1N1 leee....hubby pulak sempat sekejap je dgn diaorg, pastu dah kena gi Tioman sempena Tioman Mega Dive 2009....Bila ke dapur Kak Zai nampak skon ni...macam sedap jek..eh bukan macam lagik...memang sedap...ala-ala pancake berlauk laa...all my kids sukaaaa!!!! Thanks k.zai...mintak izin copy-paste je eh...


Bahan A:-

  • 150 gm tepung naik sendiri
  • 25 gm bijirin nestum2
  • camca teh serbuk pati ayam maggi

Bahan B:-

  • 100 gm daging ayam yg dikisar
  • 25 gm lobak merah disagat halus
  • 25 gm kucai,dpotong sepanjang 1 cm (*ummi ganti daun sup)
  • 25gm cendawan butang dihiris
  • 1 labu kecil bawang besar diiris
  • 4 camca besar jagung manis berkrim
  • 1 cawan susu rendah lemak NESTLE
  • sos cili maggi

Cara-Cara:-

  1. Gaul ramuan A dalam mangkuk hingga sebati.
  2. Masukkan ramuan B dalam susu NESTLE dan kacau perlahan-lahan. Gaul sehingga menjadi adunan pekat.
  3. Panaskan kuali tidak melekat dan masukkan 1 camca besar adunan tersebut (*lenserkan sedikit minyak dan Ummi letak 3 camca besar adunan).
  4. Masak atas api sederhana sehingga gelembung diatas permukaannya pecah.
  5. Terbalikkan dan masak bahagianyang sebelah lagi.
  6. Hidang panas dengan sos cili jika mahu.

2 comments:

geraugebang said...

Sedapnya, Macam nak try la. Esok boleh buat breakfast sebelum pi kerja. Macam sempat he he he. Tapi kalau tak letak nestum boleh ke?

ummi said...

Geraugebang -
Mmg sedap...elok la tu utk bekfes..Kalau dah xda nestum, xpa la kot..xdalah rasa nestum..try ganti oat pun ok rasanya..