Sunday, August 30, 2009

Jemput Udang Tepung Jagung


Ni salah satu bancuhan jemput udang yang selalu gak akak buat....anak2 suka...maknya pun suka...hehe..sorilah, cuci mata je yaa...menu hari Khamis hari tu...anak2 balik petang Jumaat terus akak pun bz semacam jek..x sempat nak update ari Jumaat tuh...Jemput ni pakej sekali dengan char kuey teow dan lychee smoothie tuh..

Bahan:-
  • 10 ekor udang sederhana besar (akak kerat2 kecil)
  • 3 cawan tepung gandum
  • 4 sudu besar (penuh) tepung jagung
  • 2 genggam taugeh - kerat2 sikit
  • secekak daun kucai - potong2 1 inci
  • 1 biji cili merah - hiris halus2
  • 1 biji telor - pukul sikit
  • 1/2 sudu soda bikarbonat
  • garam secukup rasa
  • 2 1/2 cawan air/secukupnya (adunan lembik sikit ya)

Cara-Cara:-

  1. Dalam mangkuk besar, gaul rata tepung gandum, tepung jagung, garam dan soda bikarbonat.
  2. Kemudian masukkan air sedikit2 dan gaul rata dengan tepung tadi.
  3. Masukkan telor, taugeh, kucai dan cili gaul mesra dan rata (jangan keras sangat, lembik sikit tetapi boleh dijemput dengan jari)
  4. Panaskan minyak yang banyak, jemputkan tepung dan goreng hingga kuning keemasan. (Balik-balikkan selalu ya).
  5. Angkat dan toskan. Hidang dengan cili sos kesukaan.

No comments: