Sunday, August 2, 2009

Pencok Ayam Panggang

Kebetulan anak2 semua ada balik seminggu baru ni disebabkan kes H1N1 ni...baru seronok nak masak2..tukang makan ramai...masak apa je, letak je licin..letak je licin...Tp pagi tadi k.ngah dah balik ke Uitm Segamat tu...bas kul 10 pg...Malam nnt hantar Najiha pulak...tp kali ni, kak ngah xnak bawak balik apa2 pun...dia malas berat beg nnt..hehee...susah bila sampai terminal kat sana...emmm ya laa...makan puas2 kat rumah je la eh...Abanglong pulak baru balik tghri Jumaat dan start cuti jugak 1 minggu...lagi kes dikesan di UMP...alahaiiii sonok lah Aiman tu...hehe..Okay balik pada resepi ni...cilok dari dapur Noreen. Memang sedap gilooosss...ish, ish, apa ni...masak apa semua rasa sedap..aihhh...xda yang x sedap ke...hehe..buat makan dengan nasi jagung...Thanks Noreen..


Bahan:-
  • 6 keping chicken thigh/leg (*ummi masak separuh ayam)
  • 1 camca teh garam
  • 1 camca teh serbuk kunyit
  • 1 camca teh serbuk lada sulah
  • 1 camca besar minyak
  • 1 1/2 cawan santan (*ummi guna santan kotak Ayam brand)
  • segenggam daun basil - diracik halus (xda ni..guna 1 camca teh dried basil jek)
  • 1 camca besar air asam jawa
  • garam dan gula merah secukupnya.
  • nenas - dipotong kecil

Bahan Kisar:-

  • 5 biji cili merah
  • 8 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 cm lengkuas


Cara Memasak:-

  1. Gaulkan ayam dengan garam, serbuk kunyit dan serbuk lada sulah.
  2. Kemudian panggang pada suhu 180C selama 25 minit.
  3. Sementara itu, panaskan kuali. Tumis bahan2 kisar sehingga naik bau dan garing.
  4. Masukkan santan, air asam jawa, gula merah, garam dan daun basil.
  5. Kacau rata dan biarkan reneh selama 15 minit.
  6. Kemudian masukkan ayam panggang tadi dan gaul rata supaya kuah menyerap pada ayam. Letak nenas.
  7. Keluarkan ayam dan bakar lagi selama 30 minit. (*nenas tinggalkan dlm kuali)

2 comments:

Anonymous said...

Mane la anak2 kak ummi tak serono balik umah.. tgk lauk2 tu ha..semua best... memang kalah ler makan kat asrama tue.hehehe

Ummi said...

Ijan -
Hehe..ya la agaknya..kalu diaorg xda pulak, akak mcm maleh je nak masak..kdg2 tgk resepi best, cam nak kena tggu diaorg balik je dulu..jd tggal bertiga mkn menu bese2 jek.. :D