Thursday, July 18, 2013

DAGING MASAK HITAM ( TAPI TIDAK HITAM PUN )

Assalamualaikum....

Entry berjadual (auto-post) lagi....tuan dapur tengah bz masa ni....hehe

Alhamdulillah, curi-curi update sikit2 untuk satu entry dengan masa yang terhad, lepas la jugak satu resepi lagi ni...hehe.  Bagaimana dengan Ramadhan yang dilalui? Harap2 dapat disempurnakan sebaiknya dan kita sentiasa perbaiki dari hari ke hari.  

Okay la...kali ni nak share masakan Daging Masak Hitam.....tp akak punya x hitam sangat pun, terlebih cili la kot...hahaha, sebab kat rumah ni anak2 dah besar, nak yang pedas-pedas jer....malas nak celoteh panjang la, sebabnya daging ni pun masak ntah bila dah licin dan x tinggal sisa jugak dah dalam perut pun agaknya...haha

Tetapi x kesah lah kan, sempena Ramadhan ni boleh jugak ambil idea untuk masak lauk kan....kan... Jadi layan je la yea... Akak pun masak simple-simple jer sekarang ni, malas sangat nak fikir menu apa nak masak, balik jer rumah, tengok apa yang ada, masak aje apa yang senang dan sempat.  Asalkan dapat mengenyangkan perut sekadarnya sudah la.  Suami dan anak-anak pun x banyak ragam.  Ok, resepi ni cedok dari dapur Ratna @ MaDiHa yang rajin sungguh masak dan rajin update.... Tq for sharing ya Ratna...

Daging Masak Hitam
Resepi : Majalah Mingguan WanitaSumber:  Dapur MaDiHa

Bahan2
1 kg daging (dipotong nipis)
3 ulas bwg merah (dihiris)
2 ulas bwg putih (dihiris)
3 kuntum bunga lawang
2 inci kulit kayu manis
1/2 cawan kicap pekat
air asam jawa secukupnya
garam secukup rasa 
Minyak masak untuk menumis

Bahan Kisar
4 biji bwg besar
3 inci halia
4 ulas bwg putih
20 biji cili kering
1 sudu kecil jintan manis
1 sudu kecil jintan putih
1 sudu kecil ketumbar - Ida tambah ~ MaDiHaA letak jugak

Cara
  1. Panaskan minyak masak. Tumis bahan hiris, bunga lawang & kayu manis hingga wangi. Masukkan bahan kisar & tumis hingga garing & terbit minyak. 
  2. Masukkan daging, air secukupnya & renih sehingga daging empuk. Masukkan kicap pekat, air asam jawa & garam secukup rasa. Tambah aji jika suka. Biar kuah agak pekat & secukup rasa. Bila daging cukup empuk bolehlah hidangkan. (sekiranya daging tak cukup empuk... boleh tambahkan lagi air & masak lagi hingga kuah agak kering)

 Hehe....x hitam sangat pun, sebab terlebih cili rasanya...anak-anak mmg nak yang pedas2 jer....sape nak cuba, make sure masak kasi hitam eh...hehe.. Tapi pendapat akak, sedap lagi Daging Palembang, lebih umphhh! ^__^

Ni bukan hidangan berbuka okeh....masak dah sebulan dah kot, baru nak entry, so jangan makan nasi tu eh, pandang jer....hehehe.

10 comments:

adda syuhada said...

terliur tengok daging ni...

Cida de' Nuanza said...

hihihi...dh nampak mcm daging masak merah
tp nampak mengancam warnanya...

Gee® said...

Hitam pon hitam la K.Ummi yer... yg penting kenyang perut dpt nikmat rezki dr Allah...kannnn

Tina Othman said...

Ya ampun kak ummi lapar perut Tina tgk hihi

ilahjy said...

Tak hitam tak pee janji sedap...hihi

Mas said...

tengahari terjah dapo akak...
jadi lagi lapo nengok daging tu..
mengancammm

rahel said...

memang meletops daging masak hitam ni...boleh buh pewarna hitam klu tak hitam...hahaha..

cikmanggis said...

salam Ummi.Salam Ramadhan buat Ummi seisi keluarga.lamnya tak singgah ke dapur Ummi ni....terima kasih kerana berkongsi resipi daging ini.Boleh lah masak untuk berbuka esok.Ramadhan dah 1/2 ni idea pun dah tak ada ..apa nak masak seterusnya.:)

kinrara-bakery said...

hehehehe.. takkan nak letak kaler hitam ek kak? selalunya kalau kat sarawak diorang letak apa ke namanya tu.. gula apong ke hape.. lupa pulak...

Norehan Saad said...

sedapnya...terima kasih dengan resepi ni..nak cubalah