Showing posts with label mee. Show all posts
Showing posts with label mee. Show all posts

Sunday, April 28, 2013

Mee Mat Saleh Citarasa Melayu?

Assalamualaikum warahmatullah...

Alahai penat terasa seluruh anggota, teringat pulak kepada blog yang dah x seumpamanya...ada lagi ke yang nak menjengah, ada lagi ke yang sudi menyapa...tuan rumah dah suam-suam teramat sekarang ni... Kadang-kadang lain dirancang, lain yang terjadi...itulah kan.... Tugas seorang wanita, isteri dan ibu memang tidak pernah berhenti...namun dalam kepayahan menunaikan tanggungjawab terasa lega bila ada tangan yang membantu meringankan, alhamdulillah, terasa diri dihargai.  Namun seorang ibu dan isteri hanya ingin melakukan yang terbaik, mana ada yang tidak mahu membahagiakan seluruh ahli keluarga kan... Kebahagiaan seisi rumah, mampu menenangkan fikiran dan melenakan sebaik mata terpejam...syukur nikmat kebahagiaan yang masih berterusan...SubhanAllah...!

Berbahgia dan rasakanlah beruntungnya wahai wanita-wanita suri hati suami dan ibu kebanggaan kepada anak-anak....

Antara hadis Rasulullah SAW mengenai wanita:-

"Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga sembahyang dan puasanya."

"Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga.  Masuklah dari mana-mana pintu yang dikehendaki dengan tidak dihisab,"



Ok lah akak nak masukkan entry...tetapi mohon maaf berbanyak, entry tertunggak lama sangat dah seminggu...apa lah nak buat..!  Begitulah ruang yang sempat buat akak, redha je la.  Minggu ni pun emak dan abah datang bersama family abang petang Jumaat kelmarin dan bermalam satu malam.  Selepas sarapan pagi Sabtu semalam, mak abah dah nak balik sebab ada jemputan kenduri.  Pastu mcm biasalah, bz dengan kerja-kerja rumah segala.  Tengahari tadi pun family adik datang.  Adik ipar perempuan akak tu bawa bersama seorang guru yang sama mengajar dengannya.  Sempat buat choc chips muffin dan pengat keledek ungu hasil kebun lagik...xdan langsung nak snap gambar, licin pengat tuh sedang elok masak, hidang terus...muffin x yah laa, dah biasa masuk entry...hehe.. Itu citer selingan...

Okeh Mee Mat Saleh baru sempat nak entry ni...ramai yang tertanya masa akak letak kat wall FB minggu lepas...hahaha.. Mee Mat Saleh tapi dimasak ikut citarasa (tekak) Melayu...Mee ni dikirim jauh sebenarnya...lama sangat dah...kedudukannya pun sekejap simpan sana, sekejap simpan sini, lama-lama lupa...haha..dashyat kan akak!!  Mee ni sebenarnya ala-ala mee lidi, mee siput gitu laaaa...kena rebus dulu bagi lembut, then gorenglah macam mee biasa tuh.. So akak xda lah nak bagi resepi, goreng je la ikut suka hati yeaaa... 

Gambar kat bawah ni la rupa meenya....dah sedikit hancur sebab letak sana, letak sini, pindah sana, pindah sini...nak masak, x jadi, simpan....bawak keluar lg, x jadi jugak...simpan, berbulan, bertahun jadinya...haha, sabauu jek laaa...nasib baik elok kualitinya... Terima kasih buat adik yang seorang di Labuan sana.... Terima kasih juga atas hadiah-hadiah dikirim setiap kali menjelang Aidilfitri...hanya Allah yang dapat membalas budi baik mu dik!  Semoga ukhwah dibina tidak terlerai pergi begitu sahaja...


Sunday, April 21, 2013

Mee Bandung ADAMI, thanks Gee ^_^

Assalamualaikum warahmatullah....

Tak boleh nak kata apa dah bila tengok entry yang terhidang...basi seminggu, kesian betul kat pengunjung2 HSH yang bertandang....mohon maaf banyak-banyak...akak x tau nak bagi alasan kenapa begini...hehe.  So kira faham-faham aje la yeaa...Ruang yang ada akak manfaatkan seboleh mungkin untuk berkongsi, seandainya kesempitan waktu datang, mohon maaf banyak-banyaklah ya. Akak pun rasanya tidak mampu seaktif dulu lagi untuk update dapur alam maya ni.  Tetapi akak sentiasa share di FB kan...senang kat situ...feedback pun cepat kan... ^_^.

"Dan tidakkah mereka mengetahui bahawa Allah melapangkan rezeki dan menyempitkannya bagi sesiapa yang dikehendakiNya?  Sesungguhnya pada yang demikian itu terdapat tanda-tanda kekuasaan Allah bagi kaum yang beriman." 
-  Surah Az-Zumar (ayat 52)

Okay lah akak just nak kongsi entry yang dah basi jugak dah ni...dah lama terbenam dalam perut.  Tapi akak dah postkan kat FB minggu lepas kan...hehe.. Jamu mata kat sini pulak eh...
 
Terima kasih kepada Gee @ Corat Coret Panaroma Hidup yang telah baik hati mengirimkan sesuatu untuk akak dan sampingannya adalah pes mee bandung keluaran Adami nih.  Untuk pengetahuan, kami ni duduk berdekatan jer, kira sebelah taman jer, baru tahu..hahaha....Dengan pes ni, senang kerja, akak just tumis ajer bawang besar dipotong, bawang putih hiris dan bahan-bahan lain tu ikut apa yg ada dalam stok dapur akak jer seperti udang, crab stick, sawi dan sebagainya seperti sedikit sos dan sedikit kicap buat terangkat lagik... Tibai aje laa...  Sebenarnya pes ni dah cukup sedap, baunya menyelerakan bila digunting buka.

Jemput jamu mata je la yeaa....hari tu akak dah postkan tayangan kat FB kan...sori lah sini baru sempat enterprem....ngeeeee... layaaann...

Tuesday, August 7, 2012

Laksa Johor

ASSALAMUALAIKUM....

Apa khabar adik-adik di luar sana...semoga sihat semua hendaknya. Kita dah berada lebih di pertengahan Ramadhan dan ramai yang dah tunjuk kukis memasing nampaknya. Terliur akak tengok, tapi belum sempat lagi la nak mengukis, x tau la sempat ke x ni....harapkan masa cuti nak buat. Itu pun baru ni cuti 3 hari, akak balik kampung berbuka di rumah parents akak dan kampung hubby jugak. Walaupun dah xda kedua-dua mertua, namun sengaja lah menemankan adik hubby yang sorang di rumah pusaka tu....selepas tarawih, lewat malam tu baru akak balik ke rumah parents akak.

Anak-anak dara pun sibuk dah nak ajak mengukis, terutama Najwa tu...haiisshh, maknya ni kerja...ingat kena tunggu wiken ni laaa nak pulun sikit...hehehe. Tapi Najwa kata, mak bancuhkan aje lepas subuh, dia boleh bakingkan....adeeeeiii.. semangat anak dara ku...hehe.

Okeh laaa ni nak wat tayangan basi kat you all....buat laksa johor ni last week dah sebenarnya...hahaha, nasib la kan, baru sempat entry...tu pun banyak tertunggak tu...Terima kasih banyak kepada Sheila yang telah berjaya menggoda tekak akak hari tu, menyentap iman ku betul..hahaha...Apapun, akak suka resepi ni, mudah sangat nak buat dan akak pun guna santan kotak...hehehee...i liiikkeeee...Jom cuci mata je la eh...xyah telan air liur kering tu...hehe

Adeeiii lupa nak letakkan sambal belacan n limau kasturi masa posing laa...tu la nak cepat2 sangat sebab lepas tu nak menggentel buah melaka lak...adeeiii, malas dah nak snap semula gambar... Satu lagi malasnya, kena taip semula resepi Sheila ni...uwaaaa...xleh copy paste sbb tuannya dah terkena cilok gambar hari tu...so pendinding kena lah kuat kan Sheila, akak paham, xpa laaa..ku taip jua... Thanks again Sheila...lebiiuuu....muaahh!

LAKSA JOHOR

Resepi: Chahaya Sheila
Dicuba/rasa : Ummi @ Home Sweet Home

Bahan:-
  • 500 gram ikan parang (akak guna ikan tenggiri)
  • 200 gram udang (buang kulit dan bersihkan, kulitnya nnt dikisar)
  • * 1 sudu besar udang kering (rendam air panas kejap dan toskan)
  • * 5 ulas bawang merah
  • * 2 ulas bawang putih (bahan * dikisar bersama guna sedikit air rebusan ikan)
  • 1/2 inci lengkuas - dihiris (akak ketuk je)
  • 3 batang serai - dititik
  • 50 gram rempah kari seafood Mak Siti (*akak guna rempah ikan Adabi je)
  • 400 ml santan (guna santan kotak je mcm Sheila..hehe)
  • 2 sudu besar kerisek
  • 1 - 2 keping asam gelugur
  • Air secukupnya
  • Garam secukup rasa
  • Minyak untuk menumis
  • 1 inci kulit kayu manis
  • 2 kuntum bunga lawang
  • beberapa kuntum bunga kantan
  • daun kesum secukupnya
  • 1 paket spaghetti

Bahan hiasan:-

  • daun pudina - akak x letak
  • sedikit taugeh - akak x letak ni, anak2 xnak
  • 2 - 3 tangkai kacang panjang - potong halus
  • 5 - 6 biji limau kasturi - belah dua
  • bawang besar - dipotong nipis bulat
  • timun - dipotong bulat (tengok cara di blog Sheila)
  • cili merah dan sedikit belacan untuk sambal belacan


























Cara Memasak:-
  1. Rebus ikan yang telah dibersihkan hingga ikan masak. Angkat dan toskan, jangan buang air ikan. Sejukkan dan asingkan isi dan tulangnya.
  2. Kisar isi ikan dengan isi udang hingga halus menggunakan air rebusan secukupnya.
  3. Lebihan air rebusan pula dikisar dengan tulang ikan dan kulit udang yang telah bersihkan untuk mendapatkan stoknya. Ketepikan.
  4. Bancuh rempah kari bersama sedikit air untuk jadikan pes dan ketepikan.
  5. Panaskan minyak dalam periuk dan tumiskan serai yang dititik bersama kulit kayu manis dan bunga lawang hingga naik bau.
  6. Kemudian masukkan bahan bumbu yang telah dikisar dan kacau hingga garing sebentar.
  7. Masukkan rempah kari dan sedikit garam dulu dan kacau masak dengan api perlahan hingga naik minyak (tujuan memasukkan sedikit garam dulu adalah untuk mendapatkan rupa rempah yang cantik kemerahan dan rempah tidak mudah hangus).
  8. Masak rempah hingga betul-betul masak baru dimasukkan isi ikan dan udang yang dikisar tadi beserta stok air rebusan tadi.
  9. Masukkan asam keping dan lengkuas. Biar rempah masak dan sebati seketika dengan bahan-bahan.
  10. Kemudian masukkan santan dan kerisek. Masukkan juga bunga kantan dan daun kesum. Boleh juga ditambah air mengikut kehendak masing-masing. (*nota - kuah laksa ini lebih sedap jika ianya pekat sedikit, baru kick kata Sheila...hehe)
  11. Masukkan garam secukup rasa dan seimbangkan rasanya. Reneh sebentar kuah dengan api perlahan agar bahan sebati dan kuah nampak berminyak kemerahan. Bolehlah tutup api dan sedia untuk dihidangkan dengan spaghetti dan bahan2 hiasan.
  12. SPAGHETTI : Sediakan air secukupnya dan didihkan. Bila mendidih masukkan sedikit garam kasar dan beberapa titisan minyak zaitun. Masukkan spaghetti dan masak hingga spaghetti lembut lebih kurang 8 - 10 minit. Toskan dan gaul dengan sedikit minyak zaitun atau margerin agar spaghetti tidak mengeras.
  13. HIDANGAN : Letak spaghetti dalam pinggan/mangkuk sesuai, letakkan kuahnya dan hias dengan bahan-bahan yang dihiris tadi beserta sambal belacan dan limau kasturi. Boleh lah ngap....!! Terangkat beb..! Tqqqq so much to Sheila....tp akak anak beranak x reti la nak makan dgn tangan...hehe

Peerrgghhh....sedaaappp!

Wednesday, October 12, 2011

Fried Maggie With Scrambled Egg & Crabstick

ASSALAMUALAIKUM.....Menu yang sempoi-sempoi aje la yea...tuan rumah macam malas pun ada jugak ni...ni pun mujur masak jugak...hehehe...Jom carik plastik maggie pulak....masak ikut apa yang ada jek dlm esbok tu ha...jangan susah-susah kan... Kat dapur akak biasalah, telor, crabstick, daging kisar, ayam selain ikan mmg selalu ada laaa...

Sotong or udang mmg akak stop sekejap la seboleh-bolehnya sebab Aiman ni mcm alahan pulak hidungnya tuh...nak kata resdung, doctor kata alahan jerk...bukan sama ke tuh.. Dia selalu selsema x kira musim jek akak tengok...pastu pagi-pagi acap bersin... Namun setelah akak stop sekejap sejak puasa hari tu lauk pauk berasaskan sotong dan udang terutamanya, mmg nampak sangat perubahan dia, bertambah baik dan dah xda hingus-hingusan lagi pepagi nak pi sekolah...alhamdulillah.. Nanti sikit2 dan slowly boleh la pekena sotong n udang tu sesekali kan.... Jom layan maggie goreng sempoi jek nih....nama komain panjang...hahaha, mentang2 lah maggie tu kerinting panjang2 eks...

Ni sekadar nak menghabiskan maggie tajaan Nestle hari tuh...lambat habis lah sebab xleh selalu2 makan kaann....


FRIED MAGGIE WITH SCRAMBLED EGG & CRABSTICK
Resepi: Ummi @ Home Sweet Home

Bahan:-
  • 5 paket mee maggie - patah-patahkan.
  • 1 labu bawang besar - potong dadu
  • 4 ulas bawang putih - cincang
  • 3 sudu besar cili kering yang telah dikisar
  • 5 cawan air (lebihkurang)
  • 2 kiub pati ayam
  • 1/4 cawan sos cili
  • 3 sudu besar sos tomato
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 4 sudu besar kicap pekat manis
  • 1 sudu kecil serbuk lada sulah
  • 1/4 biji kobis - dihiris
  • 1 batang kecil - lobak - diparut kasar
  • 8 batang crabstick - dikerat 3 setiap 1
  • 4 biji telor - kacau goreng hancur2 dulu (scrambled egg)
  • garam secukup rasa
  • 1/4 cawan minyak masak
  • hirisan daun bawang dan daun sup
Cara memasak:-
  1. Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bawang besar dan bawang putih hingga naik bau. Masukkan pula cili kisar dan kacau-kacau biar cili agak masak.
  2. Masukkan kiub pati ayam, kesemua sos dan kicap tadi, kacau sebentar.
  3. Masukkan air secukupnya dan biarkan ianya mendidih. Masukkan garam secukup rasa. (agak2 dulu la yaa..kang termasin lak)
  4. Masukkan sayur kobis dan maggie yang telah dipatahkan tadi dan kacau-kacau sehingga maggie kembang masak dan kuahnya kering bersalut dgn bahan tumisan.
  5. Masukkan crabstik, parutan lobak dan diikuti dengan scrambled egg. Kacau rata perlahan agar crabstick tidak hancur dan seimbangkan rasa.
  6. Angkat dan hidangan dengan hirisan daun bawang/daun sup/cili merah.



Thursday, September 15, 2011

Mee Rebus (Mee Kuah) Pulau Mutiara

ASSALAMUALAIKUM....

Hidangan berbuka kelmarin sebenarnya nih... Tekak berasa nak makan mee rebus2 camni jek... Sebenarnya dah 2 kali akak buat mee rebus nih...yang pertama kali dulu memang xdan nak snap gambar....masak banyak time semua anak2 ada...masing-masing sibuk nak makan daaahh...tau-tau licin dah...nak amik gambar pun dah x cukup bahan jer...hehehe... Dapat komen yang cukup baik...2 thumbs up! Seisi rumah suka....memang sangat besttt pada tekak akak pun... sangat berbaloi membuatnya....

Ni lah mee rebus style utara yang akak cari-cari... Biasa makan kalau pergi Penang sana. Cara memasaknya pun lain sikit akak adjust style akak..hehe, mee direbus sekali ke dalam kuah yang telah dimasak terlebih dahulu. Masa nak makan tu didihkan balik sebahagian kuah ikut ramai mana nak makan, then masukkan mee yang telah dicelur dan celur/masak sekali lagi bersama kuah sekejap. Pastu campurkan kesemua bahan celur lain dan hidangkan dengan bahan hiasan...mmg best gilosss! Terasa pedas dan sedap dgn manis2 air udang, keledek, kentang dan karot tu...haiyoooo!! Lugi x makan maaaa....hahahaha.. InsyaAllah akan buat lagi dan lagi....Resepi intai dari Try Masak...terima kasih kepada penyumbang resepi ni.

MEE REBUS (KUAH) PULAU MUTIARA
Resepi: Try Masak
Carigali oleh : Ummi @ Home Sweet Home

Bahan Utama:-
  • 500 gm mee kuning, dicelur (5 cawan)
  • 500 gm daging lembu batang pinang, dihiris nipis
  • 250 gm udang dibuang kepala sahaja - (akak rebus, kisar n tapis air kulit dan kepalanya)
  • 50 gm sawi dicelur
  • 250 gm taugeh dicelur
  • 3 keping tauhu - dibakar dan dipotong nipis (*akak lupa beli kali ni..hehe)
  • 2 sudu makan minyak sayuran
  • garam secukup rasa
  • sedikit gula (*akak tambah sikit)
Bahan Lain :
(Didadu, direbus & dikisar bersama)
  • 2 biji (150 gm) ubi kentang
  • 1 biji (150 gm) keledek
  • 1 batang (100 gm) lobak merah
  • 2 biji tomato dipotong bulat dan nipis
  • 1/2 tin (170 gm) sup tomato - (*akak guna Kimball)
  • 1/2 tin kecil (170 gm) puri tomato
  • 5 sudu makan kicap cair
  • 4 sudu makan sos tiram
  • 2 sudu makan cuka
  • 1500 ml air untuk merebus daging
  • 300 ml air untuk merebus udang (*akak terus masuk udang dlm kuah je)
Bahan C: (Ditumbuk & Tumis)
  • 5 ulas bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • 5 tangkai cili kering
Bahan D: (Bahan Sampingan/Hiasan)
  • 2 tangkai cili merah - dipotong serong nipis
  • 2 tangkai daun sup - dipotong halus
  • 2 tangkai daun bawang - dipotong halus
  • 2 biji telur direbus - dibelah empat
  • 3 biji limau kasturi - dibelah dua (*akak guna limau nipis)
  • 5 sudu makan bawang goreng


Cara Memasak:-

  1. Rebus daging sehingga empuk. Toskan daging dan ketepikan air rebusannya.
  2. Rebus udang bersama-sama kulit. Asingkan isi udang dan kulitnya. Kisar kulit udang bersama air rebusan udang tadi dan sesudah itu tapiskan air rebusannya, ketepikan.
  3. Panaskan minyak di dalam kuali. Tumiskan bawang merah dan bawang putih sehingga wangi dan masukkan cili kering. Tumis hingga garing.
  4. Masukkan bahan tumisan ke dalam air rebusan daging.
  5. Masukkan air rebusan udang, campuran ubi keledek dan lobak merah yang telah dikisar halus, puri tomato, sos tomato, kicap, cuka, sos tiram, gula serta garam. Masak hingga mendidih.
  6. Cara Hidangan (Style Kak Ummi): Setelah mee dicelor, tuangkan airnya. Didihkan kembali sebahagian kuah mengikut byk mee yang diinginkan, celor sekali lagi bersama kuah tu..masukkan taugeh dan sawi. Hidangkan bersama bawang goreng, cili merah, tauhu, daun sup, daun bawang, limau kasturi dan telur.
Jemput makan...hehe

Wednesday, August 24, 2011

Cheesy Tomato Angel Hair

ASSALAMUALAIKUM.....

Dah akhir-akhir puasa ni kan...malas nak masak pun macam datang dengan tetiba jee....rajin nak mengukis adaaa, tp x sempat la pulak...malam2 x kuasa lak nak hadap oven tengah-tengah malam.....penat memasak petang pun x abis lg... Adeeii...harus ku gagahi jugak la kot, anak2 dara sanggup jek nak tunggu oven...tp akak jek takut kuih rentung sebab depa duk sambil-sambil melayan tenet kang, x pasaiii, pasaiiii kan...hahahhahah...

Eh melalut jek...jom la layan menu sempoi akak berbuka kelmarin nih....Ni kes nak menghabiskan belen bahan2 buat pasta in cream soup of tomato hari tuh...semalam punya menu tunggu turn laa... ^__^


CHEESY TOMATO ANGEL HAIR
Resepi: Ummi @ Home Sweet Home

Bahan:-
  • 300 gm spaghetti (angel hair)
  • 1 labu bawang besar - didadu
  • 4 ulas bawang putih - dicincang
  • 2 keping dada ayam - dihiris halus
  • 2 sudu teh lada hitam yang telah dikisar
  • 1 sudu teh serbuk lada putih
  • 2 helai daun salam kering (dried bayleaf)
  • 6 batang Onion n Cheese sausage - dihiris kecil
  • 4 keping Cheddar Cheese - disiat-siat kecil
  • 1/2 cawan cincangan tomato dlm tin (diced tomato)
  • 200 gm brokoli - potong kecil
  • 1 batang lobak merah - hiris halus
  • 1 tin cendawan butang - dihiris kecil
  • 1/2 biji lada benggala hijau - dipotong dadu
  • 1/2 biji lada benggala merah - dipotong dadu
  • 4 sudu besar sos tomato
  • garam secukup rasa
  • minyak zaitun (Olive Oil) secukupnya
  • air secukupnya untuk merebus angel hair
  • ceri tomato secukupnya - dibelah dua
  • Parmesan Cheese (serbuk) secukupnya - untuk ditabur
Cara Memasak:-
  1. Didihkan air secukupnya bersama sedikit garam dan beberapa titis minyak zaitun untuk merebus angel hair spaghetti. Rebus hingga lembut. Toskan.
  2. Dalam kuali, panaskan 4 sudu besar minyak zaitun dan tumiskan bawang besar, bawang putih dan daun bay hingga naik bau.
  3. Masukkan ayam, lada hitam yang dikisar dan lada sulah. Kacau rata sebentar.
  4. Masukkan sos tomato, cincangan tomato, sosej dan diikuti dengan cendawan butang. Kacau rata sebentar. Tambah sedikit air.
  5. Masukkan sayur lobak, kacau. Masukkan pula brokoli dan lada benggala, kacau lagi.
  6. Kemudian masukkan angel hair yang telah direbus tadi, kacau balik sebentar.
  7. Masukkan slice cheese tadi dan gaul rata-rata.
  8. Akhir sekali sebelum tutup api, masukkan tomato ceri yang dan kacau gaul sebentar. Tutup api dan hidangkan dengan taburan Parmesan Cheese.


Thursday, August 11, 2011

Kueteow Kerang Mewah

Assalamualaikum.....

Pagi ni just nak tayang kueteow goreng dengan kerang jek laa...mewah sekali kerang haaa...jenuh anak dara mengopek kulitnya....tengok2 dpt dekat 4 cawan....adeeeii..tp simpan 1 cawan, dah buat masak lauk lain semalam... kueteow ni menu berbuka kelmarin..hehe..sori la lambat entry...Layaaannn je la eh.. xda idea gak nak membebelsss...hehe.. Sukatan ni untuk 6 - 8 orang dewasa la eh..banyak la akak goreng...tekak berbuka lain sikit...hahahhaha. Masak ikut style akak je la ni...no bawang merah k...hehe

KUETEOW KERANG MEWAH
Resepi: Ummi @ Home Sweet Home

Bahan (anggaran) :-
  • 3 paket kueteow
  • 3 cawan kerang yang telah direbus dan diambil isinya (ni mmg mewah kerang - ikut suka la eks)
  • 5 sudu besar cili kering kisar
  • 8 ulas bawang putih - dicincang
  • 2 kiub pati ayam
  • 1/4 cawan sos cili
  • 1/4 cawan kicap pekat
  • 3 sudu besar kicap masin
  • taugeh secukupnya
  • daun kucai secukupnya
  • garam secukup rasa
  • minyak masak
  • cili jeruk (ikut suka)

Cara Memasak:-
  1. Panaskan minyak dalam kuali dan tumiskan bawang putih dan kacau hingga naik bau.
  2. Masukkan cili kisar dan kiub pati ayam, kacau biar cili elok masak.
  3. Masukkan sos cili, kicap dan sedikit air jika perlu.
  4. Masukkan kerang dan masak sebentar.
  5. Masukkan kueteow dan kacau rata dengan api sederhana.
  6. Akhir sekali, masukkan taugeh dan kucai, kacau rata sekejap sahaja (jgn layu sgt). Tutup api dan hidangkan dengan cili jeruk. Siap!

Tuesday, July 19, 2011

Mihun Singapura

Assalamualaikum....salam sayang dan terima kasih kerana masih sudi menatap dapur akak walaupun hidangan simple je ni tapi paling digemari oleh anak-anak akak taauuu...semua suka mihun singapura nih, nak nak makan dengan sambal kicap tuh...weeeyy, x sedar 2 pinggan, hehe...Lama dah x masak mihun ni. Nak tunggu orang Singapura hantar x tau laaa bila leh dapat nih....ntah bila leh sampai ke rumah Ayu dan Rima...hehee.... So terpaksa la org Kuantan goreng sendiri... Dah banyak kali sebenarnya akak buat, kadang-kadang x letak resepi pun....biasa-biasa jek kan..semua pandai goreng mihun nih..hehee.. Tapi kali ni ada sedikit kerajinan akak, C n P dari resepi sebelum nih....akak adjust jek bahan...udang sotong sume xda, guna ayam dan fishcake n fishball jek...no prob maaa....liciiinn... Jemput cuci mata yeaa....hehe... Sorilah tayang malam2 ni eh...ni jek masa yg sempat nak entry...huhuu

MIHUN SINGAPURA
Resepi: Ummi @ Home Sweet Home

Bahan-bahan:-
  • 1 paket meehoon (rendam dan toskan)
  • 200 gm bunga kobis
  • 1 batang carrot - potong halus2
  • 1/4 biji kobis
  • 2 biji cili (merah dan hijau)
  • 1 labu bawang besar - dadu
  • 5 ulas bawang putih - racik halus
  • 15 ekor udang basah (akak x letak pun kali ni)
  • 2 ekor sotong sederhana besar - potong bulat
  • 2 keping isi ayam - potong kecil
  • 1 paket bebola ikan (fishball) - belah 2
  • 1 paket kek ikan (fishcake) - potong nipis
  • 3/4 sudu kecil lada hitam yang telah dikisar
  • 1/2 sudu kecil lada sulah
  • 1 sudu besar kicap cair
  • 1 sudu besar sos tiram
  • Sedikit air untuk melembutkan mihun
  • Garam
Bahan Sos Cili Kicap (dikisar bersama):-
  • 15 tangkai cili padi
  • 1/4 cawan kicap pekat
  • 3 sudu besar kicap cair
  • 1 sudu teh cuka
  • garam dan gula secukup rasa
Cara Memasak:-
  1. Panaskan minyak, tumis bawang besar dan bawang kecil hingga kekuningan dan naik bau.
  2. Masukkan ayam, kacau sebentar.
  3. Masukkan serbuk lada hitam, lada sulah, kicap dan sos tiram diikuti dengan fishball, sotong dan udang. (*akak x letak sotong dan udang kali ni) Kacau lagi.
  4. Masukkan karot dan bunga kobis. diikuti dengan sayur kobis, cili potong dan garam.
  5. Tambah air sedikit dan masukkan meehoon. Kacau rata hingga meehoon lembut (tambah air jika perlu).
  6. Bila sudah masak, hidangkan bersama sambal kicap dan cili padi. Taburkan bawang goreng..(akak x buatpun bawang goreng kali ni)
sos kicap cili padi ni penambah selera...wahahaha

sempoii aje...bawang goreng pun x buat...hehe


Wednesday, June 29, 2011

Maggie Goreng Bersosej Kari

Assalamualaikum....hari ni akak hanya sempat buat tayangan maggie goreng je la eh....kemalasan melanda sungguh-sungguh ni....tapi masak tetap masak walaupun sempoii... Tapi akak xkan mengenepikan citarasa anak-anak kat rumah laa...kalau diaorg suka pedas, so pedas la akak masak, kalau suka ala-ala mamak, kita wat ala2 mamak...kalau nak rebus jek..kita rebus kan....x susah....

So, semalam setelah ditanya, semua mintak maggie letak sosej pulak...so akak layan....pedas tetap pedas...so kepada yang beranak kecil tu, jangan la letak banyak2 cilinya eh...fengsaaan kang...hehe Okayy, meh layan resepi dulu....Aiman kata, mcm perisa maggie asal lak, wpun akak buang terus sume perencah dalam paket yg disediakan tuh...x main nooooo...! hehee...cubalah, anak2 mesti teruja...pheewwww!


MAGGIE GORENG BERSOSEJ KARI

Resepi: Ummi @ Home Sweet Home

Bahan:- (untuk 6 - 8 orang)
  • 6 paket maggie kosong (dipatah-patahkan kecil)
  • 5 batang sosej ayam - dipotong kecil menyerong
  • 2 sudu besar cili kering kisar
  • 2 labu bawang besar - didadu
  • 5 ulas bawang putih - dicincang
  • 1 batang lobak merah - dihiris halus
  • secekak sawi - dikerat-kerat
  • 1 kiub pati ayam
  • 2 sudu besar kicap pekat manis ABC
  • 2 sudu besar sos cili
  • 2 sudu besar rempah daging
  • 2 1/2 cawan air atau secukupnya
  • garam secukup rasa
  • 1/4 cawan minyak masak untuk menumis
Cara Memasak:-
  1. Panaskan minyak dalam kuali, dan tumiskan bawang besar dan bawang putih hingga naik bau.
  2. Masukkan cili kisar dan rempah, kacau sebentar.
  3. Masukkan kicap, sos cili dan sosej ayam dan gaul sebati.
  4. Masukkan lobak merah dan air secukupnya.
  5. Bila mendidih, masukkan maggie yang dipatah-patahkan tadi dan kiub pati ayam. Gaul rata hingga maggie nampak sudah kembang masak dan mengering.
  6. Masukkan sawi dan garam secukup rasa. Gaul rata hingga maggie benar-benar masak.
  7. Angkat dan hidangkan.

Thursday, May 19, 2011

Kueteow Udang Pedas Tersentap....Hehe..


Assalamualaikum.....Hehehe...Tersentap ke tengok tajuk tuh...hehehe...bukan tersentap merajuk ni tau....tersentap sebab pedas mulanya, pastu licin masuk ke tekak...hahaha.... Dengan kata lain atau maksud sebaliknya....x terkata apa2....Sedap ke tak sedap ke, pedas ke hot ke, kena telan la kan...xpun lapooorr...hahahhaha... Habiskan jugak... Eh tp xdan nak suruh habiskan, dah habis dulu laaa.... Ciaann kat u all kan...dah licin...cuci mata je laaa....

Rasanya dah lama sangat x goreng kueteow nih... Buat ni pagi Selasa kelmarin sebenarnya....tu laaa...tersentap sebab xdan nak ajak orang lain makan...dah habis daahh...Awang Pink tu menyepit komain lgk...lajuuuu jek...x igt doniaaa...hehehee.... Jom layaaannn...zaaassttt!

Masak sempoii2 jek....sekadar memenuhi selera dan tekak family akak...


KUETEOW UDANG PEDAS TERSENTAP
Resepi: Ummi @ Home Sweet Home

Bahan:- (Hidangan 6 - 8 orang)
  • 3 paket kueteow - cuci sekejap dan toskan.
  • 8 sudu besar cili kering kisar
  • 6 tangkai cili padi *
  • 8 biji bawang besar *
  • 6 ulas bawang putih *
  • 3 sudu besar udang kering - rendam air panas sekejap* (bahan * ditumbuk)
  • 15 - 20 ekor udang sederhana besar - cuci bersih
  • 2 biji telor
  • 6 sudu besar kicap pekat ABC
  • 3 sudu besar kicap pekat manis cap Kipas Udang
  • 3 sudu besar kicap cair
  • 3 sudu besar sos cili
  • 2 sudu besar sos tiram
  • secekak daun kucai - kerat-kerat 2 inci
  • 1 mangkuk taugeh / ikut suka
  • 2 tangkai cili hijau - potong serong
  • garam secukup rasa
  • minyak untuk menumis
  • limau nipis - potong dan perahkan jusnya ketika hidang
Cara Memasak:-
  1. Pansaskan minyak dalam kuali, tumis bahan tumbuk beserta cili kisar hingga naik bau dan pecah minyak.
  2. Masukkan kesemua jenis sos dan kacau sebentar.
  3. Masukkan udang, kacau separuh masak. Diikuti dengan telor dan biar sekejap.
  4. Masukkan garam dan rasa ikut kesesuaian tekak.
  5. Masukkan kueteow dan kacau rata perlahan-lahan agar kueteow tidak terlalu hancur.
  6. Masukkan pula sayur taugeh, kucai dan cili hijau. Kacau balik perlahan rata-rata.
  7. Tutup api dan hidangkan dengan perahan limau nipis.

Sunday, April 24, 2011

Mihun Goreng Cili Padi

Assalamualaikum.....weeee dah hari ahad dah...cepatnya masa berlalu....esok dah kena kerja ekss...huhuuu....Apapun begitu hari-hari akak ni eh....bila dah at this age rasa nak duduk rumah jek banyak....badan pun dah kurang metabolisme kot...hehee..letih 2 hari bercuti...rasa nak cuti seminggu jek....adeeeiii....Apapun layan je la meehoon sarapan akak ni...pagi Sabtu punya sebenarnya...hehee, hari ni x wat sarapan....x sempat nak gi kursus....cik abang kita beli roti canai jek...balik tadi baru la masak lauk tengahari....pastu jamu laaa, anak2 saudara ada ni nak mengekek dengan Najiha...gelak ketawa malam td, x tau kul berapa diaorg tdo...Okay..meh la tgk resepi sempoi jek...tp licin dah la semalam.....hehee.


MIHUN GORENG CILI PADI
Resepi: Ummi@HomeSweetHome

Bahan:-
  • 1 paket mihun - direndam lembut dan toskan.
  • 8 tangkai cili padi (jenis thailand punya) *
  • 5 biji bawang merah *
  • 4 ulas bawang putih *
  • 2 sudu besar udang kering * (dikisar kasar - akak guna blender kering, kalau rajin tumbuk)
  • 1/2 biji kobis - dipotong2
  • 1/2 batang lobak merah - diparut memanjang
  • bebola daging kisar/daging - dipotong kecil
  • 1 sudu teh lada sulah
  • 4 sudu besar kicap cair
  • 2 sudu besar sos cili
  • 2 sudu besar sos tiram
  • air secukupnya
  • garam secukup rasa
  • minyak untuk menumis
  • daun bawang - dihiris halus untuk hiasan

Cara Memasak:-
  1. Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bahan tumbuk/kisar hingga naik bau.
  2. Masukkan bebola daging/daging dan masak hingga lembut.
  3. Masukkan kicap cair, sos cili, sos tiram, garam dan air secukupnya (untuk melembutkan mihun nnt).
  4. Bila mendidih, masukkan sayur kobis dan mihun. Gaul rata-rata.
  5. Masak mihun hingga benar-benar lembut, masukkan lada sulah dan gaul rata lagi. (boleh tambah air jika perlu untuk lembutkan mihun)
  6. Bila telah masak, hidangkan dengan cili padi potong dengan kicap (jika nak lebih pedas masa makan) dan tabur dengan daun bawang.

Wednesday, April 6, 2011

Yee Mee Goreng Bersalut Telor

Assalamualaikum....nak jamu mata u all dengan hidangan serba ringkas jek dari akak tuk dinner semalam...nak menghabiskan baki yee mee hari tuh...satu paket ada 5 sanggul gitu...so masak lagi separuh ni...selesai...xpun terlupa nnt kan..hehehe....Goreng pun ala-ala kita goreng maggie gak laaa....xyah rebus dulu...terus jek masuk dlm kuali...Ok, malas nak bebelsss panjangsss...jom layaaannzzz...hehehe


YEE MEE GORENG BERSALUT TELOR
Resepi: Ummi @ Home Sweet Home

Bahan:-
  • 2 sanggul yee mee
  • 5 biji bawang merah ) ditumbuk
  • 3 ulas bawang putih )
  • 2 sudu besar cili kering kisar
  • 200 gm isi ayam - potong kecil
  • 3 biji telor
  • 1 sudu teh lada hitam yg telah dikisar
  • 2 sudu besar kicap pekat
  • 2 sudu besar kicap cair
  • 3 sudu besar sos cili
  • secekak sawi - potong kecil
  • 1/2 btg lobak merah - hiris halus
  • 2 keping tauhu - digoreng dulu dan potong kecil
  • sedikit serbuk lada sulah
  • garam secukup rasa
  • 1 1/2 cawan air/secukupnya
  • minyak untuk menumis
  • 1 tangkai cili hijau n merah - potong serong untuk hiasan.
  • sedikit hirisan daun bawang
  • hirisan limau kasturi

Cara-Cara:-
  1. Panaskan minyak dalam kuali dan tumiskan bahan tumbuk beserta cili kisar dan kacau hingga wangi.
  2. Masukkan ayam dan lada hitam kisar, kacau hingga ayam masak.
  3. Masukkan air dan biar mendidih, lalu masukkan yee mee tadi dan kacau rata biar mee kembang.
  4. Bila air hampir kering, masukkan sawi dan lobak serta garam, sos cili, kicap dan serbuk lada sulah. Masukkan juga tauhu yg digoreng tadi, kacau rata.
  5. Kemudian tolak mee ke tepi dan pecahkan telor dalam kuali yg sama, kaup balik telor dengan mee dan kacau rata lagi hingga nampak mee bersalut telor.
  6. Jika yee mee telah betul2 lembut, tutup api dan taburkan cili potong tadi, gaul rata kejap. Hidangkan dengan perahan limau kasturi.


Friday, April 1, 2011

Review Resepi Jelita : (2) MEE LIDI GORENG HIJAU

Assalamualaikum....selamat petang....seterusnya akak kongsikan resepi Mee Lidi Goreng Hijau nih untuk sesiapa yang sesekali teringin berubah rasa....harap2 mencapai standard tekak memasing la yea...hehehe...


MEE LIDI GORENG HIJAU
Bahan:-
  • 1 1/2 paket mee lidi
  • 1 labu bawang besar - didadu
  • 3 ulas bawang putih - dicincang
  • 10 ekor udang basah
  • 2 sudu besar kicap cair/masin
  • 1 kiub pati ayam maggie
  • 1/2 biji kobis
  • 1 sudu kecil serbuk lada sulah
  • minyak untuk menumis
Bahan Dikisar Dengan Sedikit Air:-
  • 2 biji cili hijau
  • 6 biji cili padi hijau
  • 4 tangkai daun sup
  • 2 pokok daun bawang
Cara Memasak:-
  1. Masak air secukupnya dan bila mendidih, masukkan mee lidi dan masak hingga lembut, toskan dan gaul dengan sedikit minyak jagung. Ketepikan.
  2. Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bawang besar dan bawang putih hingga kekuningan dan naik bau.
  3. Masukkan bahan kisar dan masak hingga naik minyak.
  4. Masukkan kicap cair, kiub pati ayam, garam dan lada sulah. Kacau.
  5. Masukkan udang dan diikuti dengan sayur kobis. Kacau sebentar.
  6. Akhir sekali, masukkan mee lidi yang direbus tadi dan kacau hingga rata dan masak. Hidangkan dengan taburan serbuk lada sulah jika suka.

Thursday, March 24, 2011

Yee Mee Kicap


Assalamualaikum....petang ni just nak kongsikan resepi dinner semalam.....angin masak2 mcm x berapa kencang jek....masak nak sempoi2 jek la...kerja rumah x abis2 jek akak tgk..dalam kepala macam ingat nak buat, nak kemas sana, nak kemas sini, x lepas-lepas...adeeeiii. So, masak pun buat yg senang-senang jek...janji leh mengenyangkan perut2 yang tersayang kat rumah ni kan....

Resepi asal intai dari dapur Kak Ida 1001 Resepi nih....kalau ikutkan asalnya yee mee kicap nih xda lah pekat sgt...tp akak main hentam jek letak tepung jagung, dah terlebih sikit..so pekat pulak la kuahnya...hehehhehee...dah tu bila pecahkan telor, dah la x berapa mau nak cantik masaknya sbb kuah dah pekat, akak gaul je laa....nasib la ko mee.....tp memang sedap, rasa mcm hotplate yee mee kat pasaraya besar2 tu..hehehe.... Hb n Aiman puji kata bestt woooo...uisshhh salah siapa itu....sedap kerana air tanganku kaaa..kerana resepinya kaaaa...hahahhahahahha....so jom rempit resepi asal...Thanks kak Ida..Ummi C n P jek sini eh..

YEE MEE KICAP
Sumber: Kak Ida @ 1001 Resepi

Resepi untuk kuah yee mee

Bahan Ditumbuk:
  • 1 inci halia
  • 3 ulas bawang putih
  • 5 ulas bawang merah
Bahan Sampingan:
  • 1/2 ekor ayam, potong kecil (akak guna 400 gm daging)
  • 10 keping cendawan hitam, rendam hingga kembang
  • 1 batang lobak merah, hiris nipis
  • sedikit sawi, potong kecil
  • 1 biji tomato, potong kecil
  • telur 4 biji (*akak letak 3 biji)
  • 3 sanggul yee mee kering (*akak letak 2 sanggul yee mee jek)
  • 4 - 5 cawan air
  • bancuhan tepung jagung + air (akak letak 1 1/2 sudu besar tepung jagung + 1/3 cawan air)
Bahan Sos (campurkan semua dalam mangkuk kecil)
  • 5 sudu besar kicap masin
  • 3 sudu besar kicap manis
  • 3 sudu besar kicap cair
  • 3 sudu besar sos tiram
  • sedikit garam, perisa dan serbuk lada putih
Cara-Cara Masak Kuah:-
  1. Tumis bahan tumbuk hingga kekuningan.
  2. Masukkan ayam dan kacau sebentar.
  3. Masukkan 4-5 cawan air dan biarkan mendidih sehingga ayam separuh empuk.
  4. Masukkan cendawan hitam, carrot dan sos dan didihkan sehingga ayam empuk.
Cara Hidang:
  1. Sendukkan kuah dan ayam ke dalam hotplate (akak guna kuali jek..hehe), biarkan didih sebentar.
  2. Perlahankan api dan masukkan campuran tepung jagung dan sedikit air untuk memekatkan kuah.
  3. Kemudian masukkan yee mee, tambahkan kuah jika perlu, masukkan sawi dan tomato.
  4. Pecahkan 4 biji telur kedalam kuah. biarkan mendidih sebentar sebelum di hidangkan dengan potongan cili padi dan kicap...