Thursday, September 15, 2011

Mee Rebus (Mee Kuah) Pulau Mutiara

ASSALAMUALAIKUM....

Hidangan berbuka kelmarin sebenarnya nih... Tekak berasa nak makan mee rebus2 camni jek... Sebenarnya dah 2 kali akak buat mee rebus nih...yang pertama kali dulu memang xdan nak snap gambar....masak banyak time semua anak2 ada...masing-masing sibuk nak makan daaahh...tau-tau licin dah...nak amik gambar pun dah x cukup bahan jer...hehehe... Dapat komen yang cukup baik...2 thumbs up! Seisi rumah suka....memang sangat besttt pada tekak akak pun... sangat berbaloi membuatnya....

Ni lah mee rebus style utara yang akak cari-cari... Biasa makan kalau pergi Penang sana. Cara memasaknya pun lain sikit akak adjust style akak..hehe, mee direbus sekali ke dalam kuah yang telah dimasak terlebih dahulu. Masa nak makan tu didihkan balik sebahagian kuah ikut ramai mana nak makan, then masukkan mee yang telah dicelur dan celur/masak sekali lagi bersama kuah sekejap. Pastu campurkan kesemua bahan celur lain dan hidangkan dengan bahan hiasan...mmg best gilosss! Terasa pedas dan sedap dgn manis2 air udang, keledek, kentang dan karot tu...haiyoooo!! Lugi x makan maaaa....hahahaha.. InsyaAllah akan buat lagi dan lagi....Resepi intai dari Try Masak...terima kasih kepada penyumbang resepi ni.

MEE REBUS (KUAH) PULAU MUTIARA
Resepi: Try Masak
Carigali oleh : Ummi @ Home Sweet Home

Bahan Utama:-
  • 500 gm mee kuning, dicelur (5 cawan)
  • 500 gm daging lembu batang pinang, dihiris nipis
  • 250 gm udang dibuang kepala sahaja - (akak rebus, kisar n tapis air kulit dan kepalanya)
  • 50 gm sawi dicelur
  • 250 gm taugeh dicelur
  • 3 keping tauhu - dibakar dan dipotong nipis (*akak lupa beli kali ni..hehe)
  • 2 sudu makan minyak sayuran
  • garam secukup rasa
  • sedikit gula (*akak tambah sikit)
Bahan Lain :
(Didadu, direbus & dikisar bersama)
  • 2 biji (150 gm) ubi kentang
  • 1 biji (150 gm) keledek
  • 1 batang (100 gm) lobak merah
  • 2 biji tomato dipotong bulat dan nipis
  • 1/2 tin (170 gm) sup tomato - (*akak guna Kimball)
  • 1/2 tin kecil (170 gm) puri tomato
  • 5 sudu makan kicap cair
  • 4 sudu makan sos tiram
  • 2 sudu makan cuka
  • 1500 ml air untuk merebus daging
  • 300 ml air untuk merebus udang (*akak terus masuk udang dlm kuah je)
Bahan C: (Ditumbuk & Tumis)
  • 5 ulas bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • 5 tangkai cili kering
Bahan D: (Bahan Sampingan/Hiasan)
  • 2 tangkai cili merah - dipotong serong nipis
  • 2 tangkai daun sup - dipotong halus
  • 2 tangkai daun bawang - dipotong halus
  • 2 biji telur direbus - dibelah empat
  • 3 biji limau kasturi - dibelah dua (*akak guna limau nipis)
  • 5 sudu makan bawang goreng


Cara Memasak:-

  1. Rebus daging sehingga empuk. Toskan daging dan ketepikan air rebusannya.
  2. Rebus udang bersama-sama kulit. Asingkan isi udang dan kulitnya. Kisar kulit udang bersama air rebusan udang tadi dan sesudah itu tapiskan air rebusannya, ketepikan.
  3. Panaskan minyak di dalam kuali. Tumiskan bawang merah dan bawang putih sehingga wangi dan masukkan cili kering. Tumis hingga garing.
  4. Masukkan bahan tumisan ke dalam air rebusan daging.
  5. Masukkan air rebusan udang, campuran ubi keledek dan lobak merah yang telah dikisar halus, puri tomato, sos tomato, kicap, cuka, sos tiram, gula serta garam. Masak hingga mendidih.
  6. Cara Hidangan (Style Kak Ummi): Setelah mee dicelor, tuangkan airnya. Didihkan kembali sebahagian kuah mengikut byk mee yang diinginkan, celor sekali lagi bersama kuah tu..masukkan taugeh dan sawi. Hidangkan bersama bawang goreng, cili merah, tauhu, daun sup, daun bawang, limau kasturi dan telur.
Jemput makan...hehe

22 comments:

ninazsyafinaz said...

kak..yang nih dah jadi baja belum? kalau ader lagi..nak semangkuk...adoiiii jadi kepingin nih..

umi's cup cake said...

Salam kak ummi,
sedapnya tapi tengah pantang makan seafood, jadi kena tangguh dulu la nampaknya...copy resepi je la dulu ya..

Wahida said...

dengan gambar yang menawan ini telah membuat saya meleleh air liur bila tengok...i like,kak.. :)

JUMEE ZAILA AHMAD said...

kak ummii.....nak sikittttt.......

Lieya said...

Wahhhhh sedapnye kak... mee rebus ehh.. tp mcm renyah pulak nak membuatnya... hu hu... bile la nak ade time rajin ni ehhhh. Nak gak try buat mee rebus sendiri.

wana yusuf said...

... sedapnya kak ummi...mee rebus ni my fav...mesti cuba ni.....

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

assalam kak ummi...
nampak sedap mee rebus tu kak.... lepas2 raya ni lom jumpa lagi menu mee...
sibuk betul sy skrg ni... 5 n3 akak sy dah tertinggal... nasib sempat selak satu2.. hehe.. blog sendiri pun dah terbiar.. mood rajin belum mari... adeiii.. camno nih..

izahdaut said...

kak umi, celur sklai dlm kuah tak terasa kapur ke? nampak memang best sungguh. warne pun cantik.. aiii terasa2 nak makan jugakkk

Maria said...

Mat pagi Kak Ummi,sedapnye nampak mee kuah tu...

Mas said...

perhhhh..terliurnya mas tengok kak..
sedappppp tu...

tun_telani said...

fuhhh.. bestnyer.. tp tgk bahan2 mcm perlu extra vitamin R nk wat nih.. nk tumpang mkn je laa..hihi

hazila said...

Salam kak ummi,
Selamat hari raya kak. Nanti hantar mee rebus semangkuk ye...

ijan said...

Salam Kak Ummi cayang...
Ni kalau buat kat Faiz ni mesti dia suka. selalu jugak dia sebut mee rebus penang. kena terai ni. :)

Zaliedana said...

Assalam kak ummi,Nih org pulau mutiara dah mai nih,nmpak sedap mee tu kak,mmg dah amik resepi nih,nak wat juga nanti2,esk lusa nak wat soto dulu,huish meleleh ayaq liuq kak ummi oi..

rahel said...

Ehem3....godain gue lagi...tahan2...

Diana @ Melley Mey said...

Assalamualaikum akak umii cayang...
wah meleleh air liur d buatnya tau akak... sedaaaapnya tgk.... meh nak semangkuk... terliur dah nie... hheheee

Amie said...

assalamualaikum Kak Ummi,
berselera tengok mee rebus tu, memang sesuai sangatlah buat hidang buka puasa... raya ni tak banyak jalan (tak semua jemputan rumah terbuka dihadiri sebab asyik demam), selalunya ada kawan-kawan hidangkan mee rebus.

feezadee rith said...

feeza suka sgattt cara ummi masak,simple n menarik sgttt.sukalahhhh

deeTha H said...

salam kak Ummi,
nak semangkok tu mee rebus kuah....
sedap kali tengok gambar mee akak..

Anonymous said...

hi ummi,
saya memang pembaca setia & silent reader ummi....
suka sangat dengan resepi2 ummi. nak request resepi butter prawn la...dengan step2 sekali yer....
nak bytter prawn yang bersarang tu....tqqq

Oh Oeya said...

Waduhhh!! Tidak lagi tau aku ini.. sampe kapan harusss menahan ngencesss!!

sangmerpati81 said...

ini la resepi yg dicari2 selama belasan tahun ni.. thx yer sbb sudi kongsi resepi..