Showing posts with label Sayur. Show all posts
Showing posts with label Sayur. Show all posts

Monday, January 26, 2015

PAJERI TERUNG...Bersawang sudah dapur ku ini..

Bismillahi rahmanirrahim

Assalamualaikuummm...SubhanAllah...Alhamdulillah...Allahu Akbar!
Allahumma solli'ala saiyidina Muhammad, wa'alaali saiyidina Muhammad..

Yuhuuuuu....Apa khabar..??
Ini hari mau kasi tau, kak Ummi update blog okeh...hehe, tp x tau bila lg nak update...ni tgh suam2 ni.. Ada kawan-kawan yang rajin tu tolong la tiup sikit semangat...Maaattt, help me..uhuk!  

Ada orang ke xda orang dapur ni....Ambooiihh manyaknya sawang, habuk berketul-ketul, lantai x nampak lorong dapur dah....haaiissshh...malasnya tuan rumah ni ekss...macamana boleh lama sangat dibuai mimpi ni...aduhaiii.  Ampun yaaa lama bercuti, tuan rumah mengemaskan badan dengan lemak tepu, dengan kebizian yang x berkesudahan la jugak pun kaaann...Aduhaaiii, ada ke lagi yang sudi menjenguk ni nanti...haha, xpa update seminggu sekali..caiyookkk Ummi...waaah, kata2 semangat untuk diri sendiri tuh!  



Ok, xmo citer panjang-panjang sangat...semalam kan akak buat pajeri terung, ada pulak yang suruh update blog, komen blog aii bersawang-sawang dah...hahaha..  Jom layan pajeri.

Nak bagi tau je yeaa...ini lah pajeri terung, bukan pajeri kari terung...hahaa... Tak pernah puashati kalau beli kat kedai, kuah meladung macam kari jek...owh nooo, not my taste...PAJERI SEMESTINYA KUAH YANG PEKAT, NAIK AROMA KERISEK DAN REMPAHNYA.  Terima kasih emak kerana menurunkan resepi pajeri terung yang paling best dan ngam dengan tekak selama hayat ini...Ingat dulu, mak cakap, kalau gediikss sgt nak cari calon, pastikan pandai masak pajeri dan rendang dulu...eerrkk...sentap anak kejap...hehe 

Yuk masak....Banyakkan berzikir dan mengingati Allah ketika memasak ya.

"Ya Allah, Engkau berikanlah kelapangan dan kerajinan buat hambaMu yang lemah ini untuk terus berkongsi sedikit ilmu yang Engkau pinjamkan dan semoga ia membawa kebaikan, kebahagiaan dan keberuntungan kepada yang mendapatnya dan semoga ianya bermanfaat"...Ameen..Ameen ya Allah.

PAJERI TERUNG BONDA

Bahan:-
  • 5 biji terung panjang size sederhana (dibelah 4 tengah, jangan putus, rendam n basuh)
  • 2 cawan santan pekat
  • 1 cawan santan cair
  • 4 sudu makan rempah kari daging 
  • 2 sudu besar udang kering - rendam dan toskan (tumbuk2 sikit)
  • 1/4 cawan (atau lebih sikit) kerisek
  • 2 sudu besar air asam jawa
  • 3 sudu makan gula
  • garam secukup rasa
  • lbhkurang 1/4 cawan minyak masak
Bahan Tumis:
  • 4 ulas bawang merah - dimayang
  • 2 ulas bawang putih - dimayang
  • 1 inci halia - dimayang
  • 1 inci kulit kayu manis
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 2 kuntum cengkih

Cara Memasak:-
  1. Sebelum mula masak, satukan rempah kari dengan santan pekat, gaul rata/sebati.
  2. Panaskan minyak dalam periuk, tumiskan kesemua bahan tumis dengan api sederhana, Kacau hingga naik bau dan sedikit kekuningan.
  3. Masukkan sebatian santan dan rempah tadi, perlahankan api.  Kacau selalu sehingga rempah masak dan pecah minyak.  
  4. Masukkan udang kering, air asam jawa dan gula.  Kacau sebentar.
  5. Masukkan kerisek, kacau dan masukkan terung serta santan cair.  Besarkan sedikit api dan balikkan terung sesekali dan masukkan garam secukup rasa.
  6. Perlahankan api dan biar terung lembut, jgn terlalu lembik. Apabila kuah telah pekat, seimbangkan rasa pedas rempah dan manis2 sikit.  Tutup api.
Note/Petua -  Setelah dimasukkan kerisek, kena kacau selalu sbb masakan akan mudah hangus jika tidak dikacau.




Bukan nak puji, mmg tengok suami makan sampai menjilat jariss....puas hati...Makan sampai habis...hehe

Monday, February 13, 2012

Terung Sambal Tumbuk

ASSALAMUALAIKUM

Petang ni akak just nak share resepi sempoi ntah masak bila punya x hengaattt daaahhh... Bizi sangat sekarang ni...tambah2 start minggu ni, hari minggu bakal memberikan suasana yang sangat sibuk dan mungkin kurang berkesempatan sangat nak bereksperimen or mencuba resepi-resepi baru....huhuuu..

Mula lah terpikir-pikir untuk ku noktahkan blog ini.....semacam sangat perlu titik noktah ini sehingga ke suatu pengakhiran yang tak tau sampai bila... Sangat perlu ku tinggalkan, tp terasa sayangnya....Sanggupkah aku?? Seperti kata-kata Dr. Mahathir, berhenti makan sebelum kenyang, tinggalkan ketika sayang, pergi sebelum ditinggalkan......oooowwwhhh...huhuuu. Xpalah, akak update dulu sementalah senggang masa, jika tidak, jangan diharap adanya entry akak okeehhh...faham-faham sahaja. ^___^

Lauk/sayur sebegini memang favourite akak....kalau pekena dengan nasi putih panas-panas, ada ikan goreng jek lawannya....sah-sah 2 pinggan tanpa prejudis...hahahhaa. Masak terung camni biar kering-kering merah berminyak sikit, ada rasa pedas-pedas masam maniss sikit...garam kurangkan okeh...! Laaayyyyaaannn.. *berderetnya list masak2 nak diupdate....huhuuu..

TERUNG SAMBAL TUMBUK

Resepi: Ummi @ Home Sweet Home

Bahan:-
  • 20 ulas terung ungu mini (boleh jgk guna terung2 lain)
  • 3 tangkai cili merah (dibuang biji) *
  • 4 biji bawang merah *
  • 2 ulas bawang putih *
  • 1 inci belacan yg dibakar * (bahan * ditumbuk2 kasar)
  • 1 - 2 sudu besar cili kering kisar
  • 1 sudu besar air asam jawa
  • 6 tangkai cili padi thai - diketuk
  • 2 sudu besar gula/secukup rasa
  • garam secukup rasa
  • 4 sudu besar minyak untuk menumis
Cara Memasak:-
  1. Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bahan-bahan tumbuk sebentar hingga naik bau.
  2. Masukkan pula cili kering kisar dan kacau hingga naik minyak (guna api perlahan).
  3. Masukkan gula dan air asam jawa, kacau.
  4. Masukkan terung diikuti dengan garam secukup rasa.
  5. Masukkan cili padi thai dan kacau balik terung dan cili padi hingga sedikit layu sahaja (rasa keras2 sikit bila dimakan) dan seimbangkan rasa. Tutup api.
sedapnya dapat makan dengan nasi putih panas-panas....

Thursday, August 4, 2011

Sayur Kacang Panjang Dengan Daging

Assalamualaikum....Ni just nak masukkan entry berbuka kelmarin berbuka hari kedua....terlewat sangatkah....huhuuu.... Yang semalam pun..... Aarrghh gasak ler... ni je lah masa yang ada dan yang termampu... Tu pun selagi ada yang sudi nak jenguk...kalau x akak x kesah...sebab asalnya pun nak share jek, pastu nak jadikan koleksi untuk generasi akan datang....tu je laaa. Selain tu, suka-suka nak bergaul mesra dengan anda blogger yang sudi menegur akak di sini. Maaf jika akak x sempat berkunjung dan membalas komen....

Ni lauk sempoi 2 dalam 1 ok....nak kata lauk, ada sayur, nak kata sayur, ada lauk...layaaannn.. ^__^. Hanya sesuai untuk org balik kerja terkejar2 nak masak macam akak ni laaa... Ambil gambar pun main tangkap muat jek. Ni gandingan dengan telor dadar tuna dan belen ikan masam manis kelmarin.....cukuplah kan. Sayur ni pedas-pedas sikit, baru terangkat diganding dengan daging tuh..

SAYUR KACANG PANJANG DENGAN DAGING
Resepi: Ummi @ Home Sweet Home

Bahan:-
  • 10 urat kacang panjang - dipatah-patah 2 inci
  • 150 gm daging - dihiris nipis/kecil
  • 1 inci halia - ditumbuk (rebus dengan daging)
  • air untuk memasak daging (anggaran 1 cawan)
  • 3 tangkai cili merah - ditumbuk (kalau xnak pedas kurangkan)
  • 3 tangkai cili padi - ditumbuk
  • 5 biji bawang merah - ditumbuk
  • 3 ulas bawang putih - ditumbuk
  • 2 sudu besar kicap cair
  • 1 sudu besar kicap pekat
  • 1/2 kiub pati ayam
  • sedikit serbuk kunyit
  • garam secukup rasa
  • gula (optional)
  • sedikit minyak
Cara Memasak:-
  1. Daging direbus dengan halia dan air secukupnya hingga lembut dan hampir kering. Tutup api dan ketepikan.
  2. Panaskan minyak dalam kuali dan tumiskan bahan tumbuk tadi hingga naik bau.
  3. Masukkan daging beserta baki airnya dan masak hingga daging lembut.
  4. Tambah kiub pati ayam, kicap cair dan kicap pekat dan gaul sebati.
  5. Masukkan garam dan gula secukup rasa.
  6. Akhir sekali masukkan kacang panjang dan kacau rata jangan layu sangat. Tutup api dan hidangkan.
Sempat jugak buat pengat pisang seadanya atas permintaan cik abang. Nak letak sagu pun dah licin buat puding sagu skoteng kelmarin....santan pun guna santan kotak Kara jek...tp santan ni mmg x mengecewakan...buat kuih pun selalu tibai santan ni jek....jangan susah-susahkan diri kan...kan.... Cukup-cukup dapat 6 mangkuk untuk kami sekeluarga...alhamdulillah...


Wednesday, August 3, 2011

Taugeh Goreng Ikan Pekasam

Assalamualaikum...hahaha, pelik tak dgr taugeh goreng dgn ikan pekasam??? Selalu dengan ikan kering/masin tu kan...ikan talang.... Ni tak. Ni kes nak perabihkan sikit lg ikan pekasam yg akak beli kat Arau tu dulu....akak goreng hari Ahad tu, x abis-abis...duk cubit sikit-sikit gitu... So akak campurlah dalam sayur taugeh ni...mcm biasa kita goreng dgn ikan talang yg dipotong kecik2 tu lerrr... Sayur ni untuk berbuka hari pertama kelmarin....wahahhaha...dah jadi baja.

Tu ler akak kata, akak mmg x sempat nak update....ni pun dah masuk gambar dlm draf ni semalam lgk...tp xdan nak mengomel untuk entry.... Xyah resepi la eh...layan gambar jek... Sume reti kan nak goreng sayur...Kalau nak letak ikan masin (dalam kes ni akak guna ikan pekasam ler...hehe), goreng dulu ikan masin, tumbuk-tumbuk sikit...pastu nnt campur ler dgn sayur....senang kan.. ^____^

Thursday, June 2, 2011

Udang Lemak Merah Pekat Dengan Kacang Panjang

Assalamualaikum, selamat petang....dah makan dah? Mesti dah sendawa sakan tu kan..hehee...Atau ada yang sedang berpuasa gak kot....duk bz la masak kat dapur kan...Sekejapnya hari berlalu...esok dah jumaat eh....Emm 1 Rejab daaahh.... Elok benar kalau kita dapat berpuasa kan...bulan penuh berkat!

Akak ni lak, x tau la makin lama macam x cukup masa jek..pastu malas menjadi-jadi....masak betul2 sempoi punya....malas gak nak amik gambar...hehehe....Ada ubat x malas camni....?

Okaaayy meh la layan lauk malam kelmarin sebenarnya nih...balik kerja x tau nak masak apa....dalam kete, terfikir-fikir...last-last nampak udang jek kat kedai...terus terlintas nak masak lemak merah pekat camni....pastu taruk kacang panjang...senang...xyah masak sayur dah...akak goreng ikan tenggiri 2 keping...daaaahhh...sambal belacan dlm peti ais pun ada lgk....cukup selera tengok hb n anak2 makan...hehee...Layaaannnn udang lemak merah ni eh..


UDANG LEMAK MERAH PEKAT DENGAN KACANG PANJANG
Resepi: Ummi @ Home Sweet Home

Bahan:-
  • 1/2 kg. udang - cuci bersih dan toskan.
  • 4 tangkai cili padi merah *
  • 2 tangkai cili merah *
  • 5 biji bawang merah *
  • 2 ulas bawang putih *
  • 1 biji buah keras *
  • 1 cm kunyit hidup * (bahan * dikisar bersama dgn sedikit air)
  • 2 batang serai - diketuk
  • 2 cawan santan pekat
  • 6 urat kacang panjang - dipatahkan 2 inci
  • 2 keping kecil asam gelugor
  • garam dan gula secukup rasa
  • 3 sudu besar minyak untuk menumis
Cara Memasak:-
  1. Panaskan minyak dalam periuk/kaserol. Tumis bahan kisar bersama serai hingga pecah minyak. Gunakan api perlahan.
  2. Kemudian masukkan udang dan gaul balik sekejap.
  3. Masukkan santan pekat dan asam gelugor, biar mendidih.
  4. Masukkan garam dan gula secukup rasa.
  5. Akhir sekali masukkan kacang panjang dan biarkan sekejap. Jangan sampai layu. Tutup api.
  6. Hidangkan bersama nasi putih...




Sunday, May 15, 2011

Kerabu Mangga Kerisik Ala Siam

Assalamualaikum....apa khabar? Sihat ke adik2 akak tersayang...terima kasih kerana masih sudi mengunjungi Home Sweet Home walaupun tuan rumah kadang2 x sempat sangat nak membalas komen2 di entry tuh..mohon berbanyak maaf, insyaAllah kala ada masa akak balas, tp semuanya akak dah baca...sangat hargai kunjungan kalian.... Akak pun bz sikit semalam sebab merai anak menantu abang ipar akak yang datang makan tengahari tuh...petang baru diaorg balik. Pastu malam mcm terbongkang jek letih..hehehe...

Hari ni macam biasa, ikut jadual kursus walaupun hb xda kerana outstation ke Tioman...huhuu...

Okayyy laaa nak tayang jek Kerabu Mangga nih....Kerabu ni selalu akak makan di kenduri-kenduri kahwin...duk rasa-rasa jek dan cuba kenal pasti apalah bahannya yang diaorg buat, sampai sungguh sedap sekali dengan kerisek dan pedas masamnya semua cukup... So inilah hasilnya, memang x menghampakan langsung...akak boleh ratah sseparuh bekas tu haa...takut gak makan banyak2 kang...kembung perut pulak...hehhehee... Jom layaaannn.... Tapi akak guna mangga epal muda yg akak sambar kat Pasar Malam, so lebih lemak2 masam gitu...beeesstttt! Kot ada yang teringin nak rasa kelainan dari kerabu mangga biasa tuh...silakan la eh..


KERABU MANGGA KERISEK ALA SIAM
Resepi: Ummi @ Home Sweet Home

Bahan (anggaran):-
  • 2 biji mangga muda (akak guna mangga epal) - diparut/dihiris halus memanjang
  • 4 ulas bawang merah *
  • 1 batang serai (ambil putihnya) *
  • 1 kuntum bunga kantan *
  • sedikit daun ketumbar *
  • 5 biji cili padi * (bahan bertanda * dihiris halus/dimayang)
  • 2 sudu besar udang kering - rendam air panas sekejap, toskan dan tumbuk halus
  • 1 sudu besar gula pasir
  • 1 sudu besar perahan jus limau nipis
  • 2 sudu besar sos cili Thai
  • 30 gm (4 sudu besar) kerisek
  • sedikit garam (optional)

Cara-Cara:-
  1. Dalam mangkuk besar, campurkan mangga dengan semua bahan-bahan yang dihiris dan dimayang tadi. Gaul rata.
  2. Masukkan gula, udang kering, jus limau nipis, sos cili Thai, garam dan akhir sekali kerisek.
  3. Gaul rata semua bahan hingga sebati dan seimbangkan rasa ikut tekak memasing. Hidangkan dengan nasi putih. Selamat Mencuba...!

Wednesday, March 9, 2011

Kacang Panjang Goreng Dengan Tempe

Salam semua...jom makan tempe....sebut 3x "saya suka tempe, saya suka tempe, saya suka tempe"...hehee...Menurut kata Dato' Fadzillah Kamsah, dia jadi bijak sebab terlebih sudah makan tempe...maknya hari-hari masak tempe....adussss...lama2 muka mau cam tempe., tp tempe mmg sedap lah kan....lainlah Dato' Fadzillah tu, kira muka encem2 manis gitu...tp jangan salahkan tempe lak...muka manis sebab kita ceria, banyak senyum, sedekahkan senyuman, dalam otak x serabut nak pkir hutang keliling pinggang ke, hutang orang kita x bayar ke, atau hal yang bukan-bukan...haaa...baru lancar perjalanan darah kan..kan...Haha...saja2 bebelsss lebih lak...macam pakar motibasi...adeehh..Jom la layan sayur kacang goreng dengan tempe nih...sempoi habis!

KACANG PANJANG GORENG DENGAN TEMPE

Bahan:-
  • 1 paket tempe - dipotong kecil dan nipis-nipis
  • 10 urat kacang panjang - potong serong
  • *3 biji cili merah
  • *4 ulas bawang merah
  • *2 ulas bawang putih
  • *sedikit belacan yg dibakar (bahan * ditumbuk)
  • 2 sudu besar kicap cair
  • garam dan gula secukup rasa
  • minyak untuk goreng tempe dan tumis
Cara Memasak:-
  1. Goreng tempe hingga kelihatan rangup, angkat dan ketepikan/toskan.
  2. Panaskan sedikit minyak dan tumis cili, bawang merah dan bawang putih. Kacau hingga naik minyak.
  3. Masukkan kacang panjang dan kicap cair, kacau sekejap sahaja.
  4. Masukkan tempe yang telah digoreng tadi.
  5. Masukkan garam dan gula secukup rasa. gaul rata dan seimbangkan rasa dan jgn biarkan kacang layu sangat.
  6. Tutup api dan hidangkan.

Thursday, March 3, 2011

Gulai Lemak Labu Ikan Bilis

Salam....tengahari ni just nak tayang gulai lemak labu je laaaa...lauk dinner semalam....setakat nak menghabiskan baki labu hari tuh...nnt masam lak kan....so dapat la semangkuk ni, cukup lah untuk bertiga beranak...hehee....Layaaannnn dulu la eh..

GULAI LEMAK LABU IKAN BILIS

Bahan:-
  • 1/3 bahagian labu - dipotong-potong
  • 3 ulas bawang merah - dihiris
  • 2 ulas bawang putih - dihiris
  • 1 sudu teh biji lada hitam - ditumbuk
  • 1 tangkai cili merah - dipotong serong
  • 1 genggam ikan bilis - separuh ditumbuk
  • 1 cawan santan cair
  • 1/2 cawan santan pekat
  • sedikit serbuk kunyit
  • daun kunyit - disimpul (*tp akak lupa..hehe)
  • garam secukup rasa
Cara-Cara:-
  1. Bersihkan labu dan masukkan dalam periuk bersama santan cair, bawang merah, bawang putih, ikan bilis, serbuk kunyit dan lada hitam.
  2. Masak hingga labu kelihatan lembut dan masukkan daun kunyit, cili merah dan garam secukup rasa.
  3. Akhir sekali masukkan santan pekat dan kacau sebentar hingga nampak mendidih.
  4. Tutup api dan hidangkan.

Wednesday, February 2, 2011

Kambas Masak Taucu

Kambas??? Pernah dengar ke tak? Hehee...tengok gambar mesti tau tu kan....yup...peria mini or ada sesetengah tempat sebut peria katak haa....sedap direbus buat ulam, tp jgn layu sgt, biar krup krap gitu....Begitu jugak utk sayur....sedap digoreng dengan taucu nih...Bagi penghidap kencing manis, sangat elok la makan sayur kambas nih., tp akak xda laaa..hehee....yup kambas yup....Okaayy, ini auto-published entry akak dah siapkan untuk u all...hehee, now kat kampung la ni...Kelmarin pergi pasaraya Tunas Manja nampak la peria mini aka kambas ni...selamat ku goreng taucu, sayur tuk dinner smlm...best pulak...meh layaannn...

KAMBAS MASAK TAUCU
Resepi: Ummi @ Home Sweet Home

Bahan:-
  • 4 biji peria aka kambas - belah dua buangkan biji dan potong serong
  • 3 ulas bawang merah - ditumbuk
  • 2 ulas bawang putih - ditumbuk
  • 1 inci halia - ditumbuk
  • 1 tangkai cili merah - potong serong
  • 1 tangkai cili hijau - potong serong (nak pedas, tukar cili padi)
  • 2 sudu besar taucu
  • sedikit air
  • sedikit serbuk kunyit
  • garam (jika perlu)
  • gula secukup rasa
  • minyak untuk menumis
Cara Memasak:-
  1. Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bahan yang ditumbuk serta cili hingga kekuningan dan naik bau.
  2. Masukkan sedikit serbuk kunyit dan peria mini/kambas. Kacau separuh masak.
  3. Masukkan taucu, sedikit air dan gula secukup rasa.
  4. Kacau hingga sayur 3/4 masak, jgn layu sangat. Tutup api.

Thursday, January 27, 2011

Sayur Taugeh Goreng Dengan Tempe

Petang ni akak nak share sayur masak malam kelmarin je laaa...dah licin dah pun...berlaukkan ikan golek tu ha...x tau nak masak sayur apa...tp duk pikir Aiman suka tempe...akak pun suka tempe n tauhu...so kita campur dengan taugeh n kucai segala...jadilah namanya Taugeh Goreng Dengan Tempe, ntah ok ke tak nama resepi tu...x kesah laaa..janji sodap masuk ke perut...best lama x pekena taugeh pun ya gak ni..hehehe..Xpalah, akak share je la yea...kot ada anak2 dara or bujang teruna baru nak belajar2 masak tu ha...hehe

SAYUR TAUGEH GORENG DENGAN TEMPE
Resepi: Ummi @ Home Sweet Home

Bahan (sukatan lebihkurang):-
  • 200 gm taugeh
  • sedikit daun kucai - kerat-kerat 1 inci
  • 2 keping tauhu - potong kiub kecil n nipis
  • 1 keping tempe - potong kecil n nipis
  • 1 labu bawang besar - dihiris kasar
  • 2 ulas bawang putih - dihiris nipis
  • 1 tangkai cili merah - potong serong
  • 1/4 sudu kecil serbuk cili kering
  • 1/4 sudu kecil lada hitam kisar
  • sedikit serbuk lada sulah
  • 3 sudu besar kicap cair/masin
  • 1 sudu besar sos tiram
  • garam secukup rasa
  • minyak untuk menumis
Cara Memasak:-
  1. Panaskan minyak dan tumis bawang besar, bawang putih dan cili merah hingga kekuningan dan naik bau.
  2. Masukkan serbuk cili kering dan lada hitam.
  3. Masukkan tempe dan goreng hingga tempe masak, kemudian masukkan tauhu.
  4. Masukkan kicap cair, sos tiram dan kacau sebentar. (Jgn sampai tauhu hancur lak).
  5. Masukkan taugeh dan kacau sekaligus dan garam secukup rasa. Masak sekejap saja. Jangan sampai sayur layu....tutup api.

Friday, January 14, 2011

Kobis Suhun Goreng Kunyit

Salam petang Jumaat.....arini xda entry istimewa sangat dari akak...dah penghujung hari kerja ni mulalah terasa dah kepenatannya, hati berbunga jek bila kenang weekend...rasa nak rehat sangat2 dah...hahaa...bkn rehat masak, tp masa x terkejar2 sangat bila duk rumah ni kan...kalau hari kerja, ya Allah...balik kerja masuk porch jek angkat kain, masuk rumah solat asar, pastu dah nak ke dapur masak apa2 yg patut, sambil masak tu sempatlah masukkan kain2 kotor dlm washing machine, sambil2 kemas meja makan ke, susun2 pinggan yg dah kering basuh pg tu...mcm2 laa..pastu siap masak, cepat2 mandi n solat maghrib segala....waaaa terbongkang! Malam sambil tgk Buletin Utama tu pun, tgn duk melipat kain...huhuuu, pastu gosok baju keje n baju sekolah Aiman, baru leh nak menghapdet blog ke apa ke...jam 11 tituuun dah la kalau hari kerja..lelap sampai ke subuh, 5.45 dh bgun, pastu siapkan bekal Aiman, sidai kain then siap2 pi kerja..begitulah rutin hari kerja akak....letiihhnyeerrr...tp duk rumah pun x abis2 gak kerja kan..sama jeee..Meh layan la sayur kobis n suhun goreng malam td...x sempat nak tak entry smlm..

KOBIS SUHUN GORENG KUNYIT
Resepi: Ummi @ Home Sweet Home

Bahan:-
  • 1/4 biji kobis - dipotong halus
  • 1 paket kecil suhun - direndam biar lembut
  • 1 labu bawang besar - mayang kasar
  • 2 ulas bawang putih - dicincang
  • 1 - 2 tangkai cili merah - potong serong
  • 1/4 sk lada hitam kisar (optional)
  • 10 ekor udang
  • 2 keping tauhu - dihiris nipis
  • 1/2 kiub pati ayam
  • 2 sudu besar kicap masin/cair
  • 1 sudu besar sos tiram
  • garam secukup rasa
  • sedikit air
  • minyak untuk menumis
Cara-Cara:-
  1. Panaskan minyak, tumis bawang besar, bawang putih dan cili merah hingga naik bau.
  2. Masukkan tauhu dan udang, kacau.
  3. Masukkan lada hitam, kiub ayam, kicap cair dan sos tiram.
  4. Masukkan suhun, kacau sebentar dan masukkan kobis. Kacau.
  5. Masukkan garam secukup rasa dan kacau sayur biar bercampur rata.
  6. Masukkan sedikit air, kacau dan tutup api. Hidangkan.

Friday, December 31, 2010

Brokoli Goreng Dengan Telor Hancur

Salam pagi jumaat yang mulia, selamat bercuti la kepada semua yeaa...ke ada yg kerja gak ni...tp kalau dah duk rumah mmg semacam jek kerja kan,kan...akak pun cuti ofis, keje kat rumah laa jugak..hehe...Malam tadi cadang nak masukkan entry ni...pagi ni nak letak entry lain, tp tenet mmg teruk tul...kejap dpt, lama putus...last2 akak malas nk tunggu, byk keje lain...Kebetulan sblm maghrib semalam ada jiran dekat rumah meninggal dunia disebabkan penyakit breast cancer yang dah ditanggung sejak 4 tahun lalu...jenazah dr hospital dibawa ke masjid berhampiran rumah akak untuk dimandi dan dikafankan sebelum dibawa balik ke Dungun, so akak n jiran dekat ni ke masjid la lepas maghrib semalam, kul 10 lbh baru akak balik...sedih jugak tengok anak arwah yg kecik tu baru tingkatan 1...tp itulah ketentuanNya...Al-Fatihah.

Xnak cakap banyak laa kan...jom makan brokoli yang bagus tuk kesihatan kan...sapa rajin nak baca kebaikan sayur ni, click kat Sini ...Ok, akak C n P sikit antara tips memasak sayur ni ialah:

Petikan dari http://www.nutrisari.co.id

Tips Seputar Brokoli1
Pilihlah brokoli yang berwarna hijau tua. Warna ini menunjukkan nilai nutrisi yang tinggi. Bunga brokoli yang berwarna hijau tua, atau agak keunguan mengandung lebih banyak beta-karoten dan vitamin C daripada yang warnanya lebih pucat. Pilihlah brokoli yang memiliki batang yang keras, karena batang yang bengkok atau terlihat lembek menunjukkan kualitas yang kurang bagus.
Cara terbaik menyiapkan brokoli untuk dikonsumsi adalah dengan mengukus, memasak dengan microwave atau ditumis dengan sedikit kaldu atau air. Cara ini lebih baik dibandingkan dengan merebus yang akan menghilangkan kandungan beberapa vitamin dan mineral.
Manfaat brokoli hadir dalam NutriSari Frut’ en Veg, kombinasi sari buah dan sayur dari wortel, brokoli, jeruk, anggur, jambu, dan apel, diperkaya klorofil dan serat inulin untuk membantu memenuhi kebutuhan buah dan sayur harian Anda.

BROKOLI GORENG DENGAN TELOR HANCUR
Resepi: Ummi @ Home Sweet Home

Bahan:-
  • 300 gm brokoli - potong ikut suka (asingkan bhg batang n kelopaknya)
  • 1 labu bawang besar - didadu
  • 3 ulas bawang putih - dicincang
  • 1/2 biji lada benggala merah - dibelah memanjang
  • 1/2 biji lada benggala kuning - dibelah memanjang
  • 1/2 batang lobak merah - dipotong ikut suka
  • 1 sudu besar kicap cair
  • 1 sudu kecil lada sulah
  • garam secukup rasa
  • sedikit minyak untuk menumis
Utk Scrambled Egg:
  • 3 - 4 biji telor - dipukul sikit
  • 2 biji bawang merah - dimayang
  • 1 tangkai cili merah/hijau - cincang halus
  • sedikit garam
Cara Memasak:-
  1. Campurkan bahan untuk scramble egg, panaskan minyak dalam non-stick pan dan tuangkan bahan telor. Biar kejap dan kacau goreng biar hancur dan telor masak. Angkat dan ketepikan.
  2. Tuang minyak dalam kuali yg sama dan tumis bawang besar dan bawang merah, kacau hingga kekuningan dan naik bau.
  3. Masukkan bahagian batangnya dulu, kacau sebentar, kemudian masukkan lobak merah dan brokoli (kelopaknya) diikuti dengan lada benggala.
  4. Masukkan kicap cair, lada sulah dan garam secukup rasa. Kacau.
  5. Akhir sekali, masukkan telor hancur tadi dan tutup api. Kacau-kacau biar bercampul rata. Angkat dan hidangkan.

Monday, December 20, 2010

Sayur Kailan Goreng Ikan Masin

Ni just lauk sempoi malam sabtu kelmarin sebenarnya....xdan nak letak entry sebab seharian Ahad semalam x lekat kat rumah pi kenduri jauh....menu biasa2 aje... Mungkin dah ramai tau masak sayur nih dan ada bermacam2 cara....ni cara sempoi2 akak la eh....kot ada yg tak tau dan baru nak belajar masak2 tuh, akak letak la cara masak....x susah pun kan.

KAILAN GORENG IKAN MASIN
Resepi: Ummi @ Home Sweet Home

Bahan:-
  • 2 ikat sayur kailan
  • 1 labu bawang besar - dimayang kasar
  • 2 ulas bawang putih - dicincang
  • 1 tangkai cili merah - potong serong
  • 1 keping (3 x 3 inci) isi ikan talang kering - didadu halus2
  • 1 sudu besar kicap masin
  • 3 sudu besar minyak untuk menumis
Cara Memasak:-
  1. Rendam sayur dengan air garam sebentar, cuci dan toskan. Kerat2 kepada 2 bahagian dan batangnya dipotong dan asingkan.
  2. Panaskan minyak dalam kuali, gorengkan isi ikan talang yang dadu halus tadi hingga agak garing.
  3. Kemudian masukkan terus bawang besar, bawang putih dan cili dan kacau hingga naik bau.
  4. Masukkan batang kailan terlebih dulu dan masak hingga lembut sikit dan tenyeh-tenyeh sikit isi ikan biar sedikit hancur.
  5. Masukkan kicap dan akhir sekali masukkan sayur dan kacau balik sebentar. (x perlu letak garam sebab isi ikan dan kicap sudah secukup rasa, terpulang kalau nak letak sikit garam).
  6. Masak sebentar (jgn layu sgt) dan angkat. Hidangkan.

Thursday, December 16, 2010

Salad Telor Hancur

Selamat petang semua...waaah ada yg liuk lentok jek leher tu kekenyangan kot...(*cewah, kata org paku serpih, mengata org akak yg lebih..hehe). Ni salad yang digandingkan dengan sosej kacang panggang tu....xdaakkk nasi semalam....tong beras xleh bukak...hahaha....punyalah banyak buat salad nih sebab takut org dlm rumah ni makan x rasa kenyang2 lak nnt., nasi xda kan. Sebetulnya anak2 dara akak yg suh buat salad nih, sebab hari tu diaorg ikut tengok demo masak Kak Liza, dapat rasa sikit sorang jek salad nih...so maknya kena la buatkan...nasib k.ngah yg byk tolong.. Sebenarnya akak main taram jek bahan, xda la sukat2 pun, tapi untuk mereka yang baru nak belajar2 tuh....akak letakkan sukatan ikut buku Senangnya Memasak Salad/Kerabu Bersama Chef Hanieliza nih.. Ringkas dan sedap weeyyy...

SALAD TELOR HANCUR (EGG SCRAMBLED SALAD)
Resepi: Buku Senangnya Memasak Kerabu & Salad Bersama Chef Hanieliza

Bahan A (untuk telor):-
  • 3 biji telor
  • 1 biji cili merah (ditumbuk/dikisar)
  • 2 ulas bawang merah - dimayang
  • 2 sudu besar minyak masak
  • garam
Bahan B (untuk sayur - dihiris):-
  • 100 gm kobis
  • 100 gm tomato
  • 3 biji cili merah
  • 100 gm lobak merah
  • 1 labu bawang besar
Bahan C:-
  • 1 cawan mayonis
  • 1/4 cawan sos cili
Cara Menyediakan:-
  1. Campurkan semua bahan untuk telor, kecuali minyak.
  2. Panaskan minyak dan tuangkan adunan telor, biarkan beberapa saat dan adukkan jadi telor hancur (scramble). Kacau-kacau hingga telor masak. Ketepikan.
  3. Gaulkan bahan-bahan sayur bersama telor hancur. Gaul hingga rata dan sebati.
  4. Tuangkan di dalam bekas dan paipkan mayonis dan sos cili.
  5. Gaul rata sebelum dimakan.

Thursday, October 14, 2010

Bendi Tauhu Telor Pedas

Weeeyyy laaa penatnya malam ni....macam2 hal tau...yang geramnya Bibik tukang cuci baju kita wat hal, dah x mo layan kita setelah 13 tahun berkhidmat...huhuuu...semalam meragam sakan...last2 pg tadi hb kata kena cari tukang cuci baru la...huk alaaaa...lepas2 raya, tengah2 bulan ni...uwaaaaaaa...tiba2 senak perut dibuatnya....Tapi tu lah, dah keperluan kan, terpaksalah cari jugak...uwaaaaa kopak lg...alaaaahaaiiiii...Malam ni pulak, akak kena merajinkan diri buat oreo ciskek pulak haiiii...demand dari officemate semua untuk Jamuan Persaraan big boss kita...waaaa, kita pukul 1 kg. cheese haaa, wat 2 adunan utk 1 loyang saiz 10 inci...adeeeiiii kesian tak kat akak....hehe, ramai yang ngidam nak ciskek oreo, ni pun baru jek masak ciskek tu..baru keluarkan dari oven...nak tunggu sejuk jap, baru masukkan dlm fridge..pastu baru zzzzz....Layan dulu la sayur makan malam semalam ni lawan dengan sotong celup tepung jek...sempoii abiss..hehehe

BENDI TAUHU TELOR GORENG PEDAS

Bahan:-
  • 15 tangkai bendi - basuh dan potong serong
  • 3 tangkai cili merah - ditumbuk/kisar kasar
  • 2 ulas bawang putih - cincang
  • 1 labu bawang besar - potong dadu
  • 2 sudu besar air asam jawa - untuk hilangkan lendir bendi
  • 1 sudu besar kicap cair
  • 2 keping tauhu - digoreng dan dipotong nipis
  • 2 biji telor
  • garam secukup rasa
  • sedikit minyak untuk menggoreng
Cara Memasak:-
  1. Panaskan minyak dalam kuali dan tumis cili tumbuk, bawang putih dan bawang besar. Kacau sekejap hingga wangi.
  2. Masukkan kacang bendi dan air asam jawa. Kacau rata.
  3. Masukkan kicap cair dan dan garam secukup rasa, kacau.
  4. Tolak bendi tadi ke tepi kuali dan pecahkan telor, biar sekejap dan kacau scramble.
  5. Kemudian masukkan tauhu yang telah digoreng tadi dan gaul semua biar rata.
  6. Tutup api dan jangan biar sayur masak layu lak. Angkat dan hidangkan.

Thursday, September 30, 2010

Pecal or Pecel?

Selamat petang semua....hari ni akak just nak masukkan resepi sempoi je...actually xda resepi pun...masuk gambar je laaa..sebabnya semua org reti nak buat, nak sedia or nak makan pecal gini....pecal ke peceel ek..heheee...ikut loghat daerah masing2 la eh...Ni sebenarnya salah satu favourite akak dan hb jugak laaa..Kalau balik kampung selalu mak buat ni sebab abah akak suka sangat, tu pasal akak jarang buat, melantak yg mak buat jek...hahahaa..anak2 x jeling langsuuunn...hehehee
Idea nak buat ni dah 2 3 hari lepas dah fikir masa buat nasi impit kuah kacang tu kan....kalau ada lebih kuah (mmg ada pun) nak wat pecal laaa...Biasa mmg buat dengan kuah kacang express jek, xyah masak mcm kuah kacang nasi impit ni...goreng kering bahan2 seperti lada kering, udang kering, bawang semua, then kisar kering jek dan tambah la air panas wif air asam jawa sekali, garam dan gula secukup rasa dan masukkan kacang tanah kisar....mmg sedap....wat cicah jemput2 pun sangat sedap....Tp kali ni akak nak perabihkan kuah kacang lebihan simpan dalam esbok hari tu...so panaskan dan layan je laaa dengan sayuran2 ni...so jadilah akak pecal...semalam berbuka pun melantak komainnn hb dengan akak...hahaa..so layaaannn...
bahan ikut apa yg dapat cari je la kat kedai...kangkung, sengkuang, timun, taugeh n kacang panjang, no tauhu2 pun...hehee, telor pun maleh nak rebus...


Saturday, July 17, 2010

Peria "Comeeyy" Goreng Dengan Udang - Jom Cadang Nama Baru

Haha...rasa x patut jek nak sebut nama sebenar peria tu kat sini, ya laaa ada ke "peria k*t*k" kan,...so akak tukar la nama jadi "peria comeeyyy" - boleh camgitu? Sapa2 ada nak bagi nama baru kat buah peria ni, jom pakat2 bagi cadangan...nanti kita tengok ranking ek....walaupun kulitnya menggerutu, xkan la xda nama lain nak letak...cian kat buah peria nih...orang nak makan pun x senang dibuatnya bila dgr nama gitu ek....hahahaa.....jom layan,...xyah resepi laa ek..goreng biasa2 jek dengan udang tuh....bagus tuk orang yg ada kencing manis....boleh menurunkan kadar gula dalam darah tu...hehee...akak ratah hampir sepinggan tu tau...tp bukanlah sebab ada kencing manis...akak masih selamat lgk...alhamdulillah...hehehe

Kalau ada nama saintifik pun, kalau senang nak menyebutnya, boleh la bg, tapi kalau udah sampai berbelit lidah nak sebut, cari la yg senang2 sikit...hehee

Goreng layu sikit2 jek, biar maintain khasiatnyaa.....kruk krak makan..bessttt..kadang2 rebus sekejap gitu, wat cicah dengan sambal pun bessttt..

Monday, July 12, 2010

Sayur Lemak Labu

Ni lauk tengahari akak semalam....hari tu pergi pasar nampak ada orang jual pucuk labu...teringat dulu2 emak rajin buat..akak tolong siat2kan bulu-bulu pada batang sayur pucuk labu nih...(*Mat, bulu rabbit xyah buang eh...hahahaa). Akak pun rembat la seikat..then beli buah labu tu haa..sederhana besar jek....ambil sebahagian jek at sayur dengan pucuk tu...pastu masak ala-ala kampung, letak ikan bilis jek, no udang2 laaa....nnt x real kampung kan...heheee....selera weeeee...tp awas lah eh..kalau orang ada angin2 dalam badan, jaga2 sikit makan labu nih...akak ni pun ada masa xleh, ada masa ok jek, takut gak angin medu serang..hahahaa..

SAYUR LEMAK LABU

Bahan:-
  • 1/2 biji labu sederhana besar (kupas, basuh dan kerat2 kiub ikut 2 inci)
  • 1 ikat pucuk labu - siangkan buang bulu pd batang sayur tu..
  • 2 cawan santan cair
  • 1 cawan santan pekat
  • 3 ulas bawang merah - hiris
  • 2 ulas bawang putih - hiris
  • 1 biji cili merah - hiris serong
  • 1 sk. lada hitam - tumbuk2 (optional)
  • 1 genggam ikan bilis
  • garam secukup rasa
Cara Memasak:-
  1. Masukkan santan cair, labu, bawang merah, bawang putih, cili, lada hitam (optional) dan ikan bilis dalam periuk. Masak atas api sederhana hingga mendidih. Biarkan labu lembut sedikit.
  2. Masukkan santan pekat, pucuk labu dan garam. Kacau sekejap biar daun sayur layu.
  3. Seimbangkan rasa dan tutup api.

Wednesday, June 2, 2010

Kerabu Mangga Bersantan

Okaayyy ni baru nak masukkan entry tertunggak 3 hari lepas dah sebenornyaa...terlupa sungguh sebab bz ntah apa2...baru ni perasan tak letak lg entry ni...aiiihhh otak dah kabur tengok roti n ciskek kot..hahahaa...Okayyy xyah mintak la yaa...tengok dan telan air liur je laaa...Kerabu mangga bersantan ni asalnya dari buku Senangnya Memasak KERABU & SALAD Bersama Chef Hanieliza, cuma akak x letak ikan bakar just letak udang kering sangai jek..hehee...ok sedap jgk...akak meratah cukup banyak...pastu bg kat adik ipar semangkuk...Kalau nak buat pandai2 la adjust ikut ahli dlm rumah yeaa...kang x termakan pulak..hehe..Okay lah layan resepi ek..Thanks to Kak Liza...


KERABU MANGGA BERSANTAN (Resepi Chef Hanieliza)

Bahan A:
  • 4 biji mangga muda (500 gm)
  • 1 batang timun (dibuang tengahnya)
  • 1 batang lobak merah
  • 2 labu bawang besar
  • 5 biji cili merah (akak letak 3 biji jek)
  • 3 biji cili hijau (akak letak 5 biji cili padi)
  • Daun salad
Bahan B (untuk kuah):-
  • 1 cawan santan pekat (dr 1/2 biji kelaa)
  • 2 sudu kecil garam
  • 3 biji limau nipis (diambil jusnya)
  • 2 sudu besar lada hitam (ditumbuk halus)
  • 1 ekor ikan bakar (diambil isinya)
Cara Membuat:-
  1. Semua sayur disagat, diparut panjang ataupun dihiris halus-halus.
  2. Iakan bakar diambil isinya kemudian hancurkan/tumbuk sikit.
  3. Gaulkan kesemua bahan dengan bahan kuah seupaya rata.
  4. Rasakan masam dan masinnya..
  5. Hidangkan segera.

Thursday, May 27, 2010

Salad Pudina Timun

Ni menu kelmarin rasanya...malam tadi ingat nak letak entry..tapi malasnyaa..malam ni pun rasa nak santai-santai jek...tapi akak merajinkan diri gak...aiiihhh...letih betul hari ni, x tau la nape....Meh la jamu mata yaa....ikut resepi asal nama Salad tp akak rasa ala-ala Acar jek...So kita tengok resepi Salad Pudina Timun ni...Resepi dari Try Masak ni. Sedap jugak...


SALAD PUDINA TIMUN
Bahan:-
  • 1/2 biji timun
  • 4 - 5 tangkai daun pudina
  • 2 biji cili hijau
  • 1/2 biji bawang besar
  • 1 sudu besar cuka
  • 1 sudu besar gula
  • 1/2 sudu besar garam
Cara-Cara:-
  1. Kisar cili hijau yang dipotong kasar bersama sedikit air hingga lumat.
  2. Setelah itu potong dadu timun serta bawang besar.
  3. Masukkan bahan-bahan yang dipotong tadi ke dalam mangkuk diikuti dengan bahan-bahan yang dikisar, gula garam dan cuka.
  4. Gaul semua bahan hingga sebati dan biarkan seketika.
  5. Salad pudina timun sedia untuk dihidang. Makan dengan nasi putih pun sedap...